Shopping Canvas Di Printcious.My

Friday, September 30, 2016

4 comments
Assalamualaikum wbt..

Shopping Canvas Di Printcious.My  |  Rasa terlebih rajin hari ni dok update blog.. Malam ni pown masih ada sisa-sisa kerajinan itewww.. Makanya hakak nak update tentang hakak memborong sakan di Printcious.my...Kalau korang nak tahu, ni bukan kali pertama aku bershopping di Printcious.my tetapi dah kali ke 2 kowt.. Yang sebelum ni baca kat SINI  |  SINI .... 

Apa yang aku beli kali ni?? Meh ikut aku, kite tengok ape yang dah aku beli...


Tu diaa... Canvas dek non hakak beli... Ko ada?? Haha.. Aku beli ni nak letak kat dinding dapur yang agak sendu tu... Dekat Printcious.my kan kita boleh DIY kite punye barang yang hendak dibeli.. So, puas lah aku dok mencarik idea nak buat frame ni.. Yang kitchen rule tu cam biasa la aku menggunakan khidmat encik google.. Hehe.. Yang gambo kartun tu memang aku guna yang aku sendiri la.. Gambar ni aku tempah dengan Lanun Ranggi dolu-dolu.. So, boleh la aku abdikan karton ni dalam frame.. Ahakz..

Dah nama lagik nak letak dekat dapur kan.. Aku pown tarok la tajuk frame "Dapur Ummi Qhaliff".. Hehe nak jugak ada nama Qhaliff tu kan.. Tak boleh berenggang langsung kowt... Haiiyooo... Camne aku tak dapat idea nak tarok nama dia sekali, cuba korang tengok gambo ni..


Nampakk tu.. Barang sampai aje, dia lah yang paling sibuk nak soh bukak.. Cam dia tau jerk barang best sampai.. hehe..

Aku sangat berpuashati dengan kualiti canvas dari Printcious.my ni.. Gambar yang di print atas canvas tu pown jelas.. Canvas pown dari kain yang ok.. Harga pown tak mahal mana, ngam ngam soiii gituu.. Harga berpatutan la maksudnya tu.. Hehe.. Apa lagik?? Haaa penghantaran pown sepantas kilat.. Tq encik Skynet juga sebab hantor dengan cepat.. Pendek kata, servis yang diberikan oleh Printcious.my sangat gut-gut gituuu.. I loikeeee!!

Nak tengok tak encik somi gantung kat ne?? hehe.. Jangan gelak sudahhh!!


Tu diaa..!! Gantung dekat lorong nak masuk dapur antara meja bar.. Hehe.. Nampak tak tu kecacatan telah berlaku... Tinggi sebelah framenya digantung.. Haddoiii.. Frust mak nakk.. Ni lah jadinya bila buat kerja tamo ukur dulu.. Bajet-bajet mata tajam menikam membajet kesamaan tepat setepat tepatnya.. Dan hasilnya tinggi sebelah.. Haha.. Redha aje hakak time tu dek non... 

Wokeh.. Kalau korang nak jugak tempah cam aku ni, korang leh la p terjah laman web Printcious.my.. Macam-macam produk dok ada kat sana yang boleh korang DIY kan... Korang mesti berpuas hati punyalah dengan hasil nya nanti... Jom terjah sekarang.. Mane tau kowt-kowt ada sale, leh shopping lebih sikit.. Haha..





"Precious Gift From Your Heart"



Read More

Comics Giveaway by Sviors

9 comments
Assalamualaikum wbt..


Comics Giveaway by Sviors  |  Komik.. Komik.. Komik.. Lama dah tak baca komik... Kalau menang ni boleh kembali baca komik.. Hah gituuu... Haha.. Meh kite join reramai GA by blogger Sviors  ni... Banyak kowt hadiah komik.. 9 buah komik untuk dimenangi.. Tapi hanya 3 orang pemenang ajo dicarik ye.. Soram dapat 3 buah komik..Ahakz.. Hadiah ekstra pown disediakan tau..Syiokkk weh.. Rugi tak join.. Jom la join..


Tarikh Tamat
12 Oktober 2016


Read More

Semakan Daftar Pemilih

6 comments
Assalamualaikum wbt..

Semakan Daftar Pemilih  |  Pilihanraya semakin hampir... Korang dah semak ke daftar pemilih.. Kat mana korang akan mengundi nanti... Kalau belum, meh semak sekarang dekat sini..

http://daftarj.spr.gov.my/DAFTARJ/




Read More

Tazkirah Jumaat

3 comments
Assalamualaikum wbt..



Read More

Ranking Alexa LeaAzleeya.com Sept 2016

2 comments
Assalamualaikum wbt..

Ranking Alexa LeaAzleeya.com Sept 2016  |  Lama dah tak update ranking alexa ni lepas bertukar kepada dotcom ni... Mood update dah terbang melayang sejak bertukar dotcom rank alexa jatuh terjunam.. Huhu.. Bila dah bertukar ke dotcom ni, automatik rank akan jatuh umpama kita bukak blog baru... So, seolah-olah blog aku ni dilahirkan semula.. Cewahhh...

Hari ni tergerak hati nak check balik.. Alhamdulillah ada perubahan.. Jom tengok LeaAzleeyadotcom ni berada di rank ke berapa juta?? Juta yeee... Haha...!!

Alexa Rank (LeaAzleeyadotcom) - September 2016


SEPTEMBER 2016
Global Rank  :  2,342,608
Rank in Malaysia  :  11,192

Okeh, inilah rank alexa aku setakat bulan September ni.. Moga-moga akan terus berada di tahap yang terohsem akan datang.. Insyaallah... 


Read More

To My Son

Thursday, September 29, 2016

2 comments
Assalamualaikum wbt..


For my anakzzs~!!

:: Qhallizam ::



Read More

Semakan Nama Penerima Dekoder Percuma MYTV 2016

Wednesday, September 28, 2016

2 comments
Assalamualaikum wbt..


Semakan Nama Penerima Dekoder Percuma MYTV 2016  |  MYTV Broadcasting ni adalah unit dekoder percuma yang akan diberikan kepada lebih kurang 2 juta rakyat malaysia yang dipilih secara rawak... Siapa yang dah semak nama penerima dekoder percuma MYTV ni?? Terpilih atau idoookkk?? Bagi yang belom semak, korang boleh la semak sekarang sama ada korang terpilih atau tidak sebagai penerima dekoder percuma itewww..!!

Apakah Itu Televisyen Terestrial Digital (DTT)?

Negara-negara ASEAN telah menetapkan pelaksanaan penutupan siaran analog (Analogue Switch Off - ASO) secara berperingkat antara 2015 sehingga 2020... Untuk memastikan penyeragaman isyarat, negara-neraga yang mempunyai sempadan bersama termasuk Malaysia, Thailand, Singapura, Indonesia dan Brunei bersetuju menetapkan 2018 sebagai sasaran pelaksanaan ASO. Projek DTT di Malaysia adalah dibawah naungan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dan dipantau oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Projek ini adalah sebahagian daripada agenda nasional untuk mentransformasikan industri penyiaran negara melalui pendigitalan dengan tujuan mempertingkatkan taraf hidup rakyat ke arah mencapai status negara maju menjelang 2020... Ia merupakan salah satu inisiatif terpenting dalam Rancangan Malaysia ke-11.


Semak Nama Anda Sekarang!!

Korang boleh menyemak melalui kaedah-kaedah berikut :-

Boleh semak melalui Pusat Khidmat Pelanggan MYTV di talian 1300 80 6988 ataupun ikuti step-step seperti dibawah ini..

Step 1
Layari laman web rasmi http://mytvbroadcasting.my

Step 2
Masukkan No. Kad Pengenalan di ruangan yang disediakan..


Step 3
Lihat keputusan samada :-

BERJAYA??




TIDAK BERJAYA??


Aku?? Huhu "MOHON MAAF... ANDA TIDAK TERPILIH.." haaa itu lah result yang aku dapat daripada semakan no IC aku.. ahakz.. Tak de rezeki lagik untuk dapat MYTV free.. Korang camne?? Semak la cepat.. Mane tau kowt-kowt ada rezeki korang untuk dapat dekoder MYTV percuma ni..


Saluran yang ditawarkan!

Antara saluran yang ditawarkan oleh MYTV adalah seperti berikut :-


Korang dah semak belum?? Kalau belom jom semak sekarang..!!




Read More