Tonton Konsert Gegar Vaganza 3 Minggu Ke-4

Monday, November 7, 2016

3 comments
Assalamualaikum wbt..


Tonton Konsert Gegar Vaganza 3 Minggu Ke-4  |  Semalam aku berkesempatan menonton Konsert Gegar Vaganza secara live di TV.. Tak macam minggu sudah terpaksa mengadap PC tengok secara online yang linenye tersangkut-sangkut.. Huh.. Untuk persembahan pada minggu ni aku rasa semuanya berikan yang terbaik dan tidak mengecewakan.. Tapikan aku sedikit terkejut dengan penyingkiran pada minggu ini.. Rasa tak percaya pown ada.. Sebabnya, persembahan beliau ok pada minggu ni.. Tapi itulah adat bertandingkan ada menang ada kalah.. Mungkin bukan rezeki beliau untuk terus berada dalam Gegar Vaganza ni.. 

Siapakah "Beliau" yang aku maksudkan tu?? Kalau korang dah menonton konsert semalam sampai habis mesti korang dah tahukan sape yang tersingkir.. Tapi bagi yang belum tahu, meh la aku kabo ke korang sapa yang tersingkir semalam..

PESERTA GEGAR VAGANZA YANG TERSINGKIR PADA MINGGU KE-4



Pada konsert semalam beliau telah menyampaikan lagu "Jangan Menangis Sayang' berduet dengan Acong Sweetchild.. Beliau yang aku maksudkan adalah ELLY MAZLEIN....


Tamatlah sudah perjalanannya di dalam Gegar Vaganza Musim yang ke-3 ini.. Tapi manalah tahukan kowt-kowt nanti ada pemilihan semula untuk yang terkeluar.. Hehe.. Siapa tahukan..

Untuk anugerah PASANGAN PALING MENYENGAT dimenangi oleh Ayai.. Ayai berduet dengan Nora menyampaikan lagu Terlanjur Cinta (Rossa & Pasha)... Tuah ayam nampak di kaki.. Tuah orang nampak pada lagu.. Haha.. Tahniah Ayai..

SENARAI LAGU KONSERT GEGAR VAGANZA MINGGU KE-5

Konsert Gegar Vaganza 3 Minggu Ke-5
Tema  :  Hitz Vaganza
Tarikh : 13.11.2016 (Ahad)

  AMENG - Tiara (Kris)
  AZHARINA - Berhenti Berharap (Sheila On 7)
  GMIE - Sentuhan Kecundang (Ekamatra)
  INTAN SARAFINA - Jika Kau Rasa Getarnya (Slam)
  NORA - Kasih (Hetty Koes Endang)
  SHIDI - Ratuku (Awie)
  SITI SARAH - Purnama Merindu (Siti Nurhaliza)
  ZARUL - Ku Rela Dibenci (Aiman Tino)
  ZUR EDA - I Will Survive (Gloria Gaynor)

Lagu Pengacara GV3 Minggu Ke-5

JIHAN & NABIL - Teman Tapi Mesra (Ratu)

Okelah.. Itu saja info dari aku tentan konsert semalam dan minggu depan.. Kalau yang belum tengok konsert semalam, jom kite tengok dekat link kat bawah ni.. Kasi klik saja dekat situ.. Hoho..!!


Jom Tonton


Credit : Kepala Bergetar


Read More

Wordless Monday #2 - Tips Turun Berat Badan

6 comments
Assalamualaikum wbt..


- SMiLe -

Read More

9 Jenis Makanan yang Perlu Dielakkan Sebelum Tidur

Sunday, November 6, 2016

6 comments
Assalamualaikum wbt..

9 Jenis Makanan yang Perlu Dielakkan Sebelum Tidur  |  Tajuk kemain lagik ye.. Mane taknye, sejak kebelakangan ni aku rasa badan macam tak selesa sikit.. Lebih tepatnya rasa berat badan dah bertambah... Haha.. Camne lah jadi camtu?? huhuhu.. Manelah tak rasa macam tu, kalau dah tengah malam aku dok bedal meggi.. meggi.. dan meggi... Sebenarnya dah tahu tak elok tapi mulut nak makan, buatlah jugak..

Bila dah rasa badan sedikit tak selesa, timbul pulak kesedaran nak menggoogle, makanan ape yang tak sesuai diambil sebelum tidur.. Penting untuk kita tahu tentang ini sebenarnya supaya kita tak tersalah mengambil makanan yang boleh menjejaskan kesihatan kita.. Kesihatan perlu dijaga brooo.. 

So, jom kita tengok makanan apa yang perlu kita elakkan sebelum tidur..

9 Jenis Makanan yang Perlu Dielakkan Sebelum Tidur

Sumber : google


1. KOPI 

Sepertimana yang korang tahu, kopi mengandungi kafein yang tinggi dan ianya boleh menyebabkan korang susah nak tidur.. Bukan itu sahaja tau, ianya juga bersifat diuretic, yang menyebabkan korang kerap ke tandas dan mengakibatkan korang mudah terasa lapar.. Bila dah tengah malam terasa lapar, aku yakin korang akan selongkar apa saje yang ada dekat dapur untuk dimakan termasuklah junk food.. Awas!! Ini boleh menyebabkan berat badan naik ye.. Macam aku.. hahaa.. 

2. COKLAT

Untuk membuatkan hari rasa tenang dan gembira, ubat paling mujarab ialah dengan memakan coklat.. Tapi harus diingat ye, coklat juga tidak sesuai di makan sebelum tidur kerana ia juga mengandungi kafein dan gula yang tinggi.. Bila korang makan coklat dengan berselera sekali, kandungan gula akan meninggi didalam badan dan akan membuatkan korang mudah terasa lapar.. Akibatnya, lagi banyaklah korang makan nanti.. Hehe..

3. KEJU

Keju adalah makanan yang perlu dielak sama sekali kerana keju mengandungi kalori dan lemak yang tinggi dan boleh menyebabkan kegemukan.. Keju juga akan memberi gangguan terhadap perut sekiranya diambil sebelum tidur seperti terasa sesak dan mual..

4. MAKANAN PEDAS

Perghh makanan pedas la sedap kan.. Tapi tak elok tau diambil sebelum tidur kerana kandungan cili dan rempah ratus akan menyebabkan perut korang mudah meragam dan paling kronik boleh menyebabkan korang mengalami heartburn atau dalam bahasa malayu nye rasa pedas di dalam dada.. Keadaan ini akan membuatkan korang sukar untuk tidur.. So, elakkan la ye..

5. KEK, AISKRIM & BISKUT

Elakkan makan makanan ini sebelum tidur kerana dengan memakan makanan ini kandungan gula didalam darah akan meningkat dan juga akan menambah tenaga mengakibatkan korang sukar tidur.. Sebaiknya gantilah dengan makanan yang lebih sihat seperti buah-buahan...

6. BURGER

Yang ni memang aku gemooo sangat makan.. Haha.. Tapi korang kena tau yang makanan ni kandungan lemak dan kalorinya sangatlah tinggi.. So, sangat tak elok ye makan sebelum tidur..Nanti bertambah pulak lemak dalam badan korang dengan kalorinya sekali.. 

7. KACANG & BIJIRIN

Bijirin adalah makanan yang sememangnya kaya dengan protein dan serat.. Sekiranya korang mengambilnya sebelum tidur, besar kemungkinan korang akan mengalami perut yang tidak selesa sepanjang malam kerana makanan ini mengandungi gas dan menyebabkan angin dalam badan..

8. SODA

Korang pown tahukan minuman soda ni bahaya untuk kesihatan kerana kandungan gula didalam minuman ini sangat tinggi.. Ianya boleh mengakibatkan sakit jantung dan diabetis sekiranya kerap meminumnya.. So, please say "NO" pada minuman ini.. Jaga lah kesihatan korang ye...

9. KENTANG GORENG

Fuhh ini satu lagi makanan yang syok bila time tonton tv.. Sempoii aje layan tv sambil kunyah kentang goreng.. Tapi tu lah, sebenarnya tak elok untuk kesihatan.. Kandungan minyak didalamnya akan menyebabkan lemak terkumpul dalam badan dan boleh juga meningkatkan kolestrol.. Bahaya woooo.. So, ingat lah ye.. Jangan ikut sedap di mulut aje.. hehe..


Okelah.. Itu sahajalah yang aku nak bebelkan.. Sebelum makan ingat dulu kesihatan ye.. Pilih sesuatu yang berkhasiat untuk di santap.. Peace no war...!!



Read More

Pencarian Bloglist November & December by Aerillhassan.com

10 comments
Assalamalaikum wbt..

Klik banner untuk join

Pencarian Bloglist November & December by Aerillhassan.com  | Next segmen.. Kali ni by blogger Aerillhassan.. Beliau mencari 15 bloglist untuk dimasukkan ke dalam blog beliau selama 2 bulan.. Adakah aku bertuah?? Hahaha.. Moga-moga yekk.. Syarat mudah.. So, jomjoin reramai..

Tarikh Tamat
12 November 2016


Read More

SAPS Ibu Bapa | Semak Keputusan Peperiksaan Anak Secara Online

3 comments
Assalamualaikum wbt..


SAPS Ibu Bapa | Semak Keputusan Peperiksaan Anak Secara Online  |  Berita baik buat para ibu bapa di luar sana terutamanya yang terlalu sibuk dengan kerjaya sehingga tak punya waktu untuk melihat keputusan anak disekolah mahupun dirumah.. Sekarang ibu bapa dah boleh semak keputusan peperiksaan anak secara online.. Mudah kan..?? Semuanya hanya di hujung jari sekarang.. Nak semak dimana tu?? Haaa jom aku story sikit..

SAPS Semakan Ibu Bapa membolehkan para ibu bapa untuk menyemak keputusan peperiksaan anak-anak mereka serta melihat prestasi akademik mereka..

APA ITU SAPS IBU BAPA?

SAPS Ibu Bapa merupakan sistem analisis peperiksaan sekolah yang diwujudkan oleh pihak kementerian bagi memudahkan ibu bapa membuat semakan keputusan peperiksaan sekolah anak mereka..

SPAS semakan ibu bapa ini boleh dilakukan secara online.. Antara keputusan peperiksaan yang boleh disemak adalah :-
  • Keputusan sekolah rendah dari darjah 1 hingga 6
  • Keputusan peperiksaan sekolah menengah dari tingkatan 1 hingga 5

BAGAIMANA CARA UNTUK MEMBUAT SEMAKAN?

Ibubapa/penjaga boleh membuat semakan dengan mengikuti langkah-langkah seperti berikut :-

1.  Layari laman portal rasmi SAPS atau klik pada pautan seperti berikut :-


2.  Step seterusnya, klik pada petak hijau "SEMAKAN IBUBAPA" dan akan terpapar laman seperti gambar di bawah..


3.  Seterusnya, sila masukkan maklumat yang diperlukan seperti  No. Kad Pengenalan, Tahun Peperiksaan, Jenis Sekolah, Kod Pengesahan dan klik "SEMAK"..

Mudahkan?? Dengan kemudahan yang disediakan oleh KPM ni, rasanya ibubapa lebih mudah untuk mengetahui perkembangan/prestasi akademik anak-anak mereka.. Oh ye, untuk pengetahuan semua bagi keputusan peperiksaan yang besar seperti UPSR, PT3 dan SPM juga akan di apdet dalam sistem SAPS NKRA ini.. So, akan datang semua peperiksaan dah boleh disemak secara online..

Semoga dengan adanya sistem ini, ibubapa lebih mengambil berat tentang akademik anak-anak dan dapat merancang plan pembelajaran dengan lebih baik dan sempurna..



Read More

Giveaway Penghargaan SA-VIORS

Saturday, November 5, 2016

9 comments
Assalamualaikum wbt..

Klik banner cantik ni untuk join

Giveaway Penghargaan SA-VIORS  |  Holaaa.. Blogger Rii buat giveaway lagik.. Wajib join ni sebab hadiah menarik ohh.. Satu lagi dah terpikat dengan banner yang cantik tu.. Memang cantik gile.. Pandai betul Rii create.. Warna tu mengancam.. ehhhhh terpanjang pulak cite sal banner ye... haha..

Macam biasa, kalau nak join GA mesti tengok syarat-syaratnya dulu... Kalau terlalu cerewet memang tak join sebab tak punya masa yang terluang.. Ahakz.. Macam biasa jugak, bila Adik Rii buat GA ke segmen ke mesti syarat sempoi aje dan seharusnya hakak join dik non..!! So, jom tengok syarat-syaratnya yang telah aku tunaikan.. Hiks..


SYARAT-SYARAT.

1. Follow blog ni. (wajib) - Dah follow lama dah!!
2. Buat satu entri bertajuk 'GIVEAWAY PENGHARGAAN SA-VIORS'. - Dah tarok nun diatas sana..
3. Letak gambar kat atas tu. - Hehe mesti tarok sebab banner cantik gile bapak!!

4. Backlinkkan ke entri ni. - Insyaallah dah backlinkkannye.. 
5. Sertakan 2 maklumat berikut dalam entri tu :


Nama blog : Lea Azleeya | www.leaazleeya.com
Email : sotskirts@gmail.com


6. Dah siap, publishkan. - Akan dipublish selepas selesai menaip.. Hiks -done-

7. Tinggalkan url di ruangan komen. - holaaa harus ditinggalkan komennya nanti... -done-


Nak tengok hadiah klik SINI...

11 orang bertuah dicari... Moga ada rezeki.. Andai tiada rezeki, sekurang-kurangnya dapat menghavockan lagi GA ni support kengkawan.. tak gitu?? hehe..

Tarikh Tamat
Bila-Bila Masa Katanye..



Read More

November Bloglist by Fatina

Friday, November 4, 2016

7 comments
Assalamualaikum wbt..

Klik banner untuk join

November Bloglist by Fatina  |  Wohhaaa!! Aku di invite lagi oleh adik Rii (baru tau nama baru jap tadi) empunya blog SA-VIORS ... Oleh sebab dah terinvite, dengan rela hati aku menjoinkan diri lam Segmen November Bloglist by Fatina ini.. Hiks.. 

Segmen kali ni syarat-syarat dia ada kelainan sikit.. Moh le kite sergah syarat-syaratnya :-




  1. Must follow my blog. *Compulsory*
  2. Tag 2 person to join this segment and do notify, once, you've tag them.
  3. Copy and paste banner above and make a title 'November Bloglist by Fatina*
  4. Share your thought about my blog. *You can write it in a simple way*
  5. When you have done, please leave your comment down below with the links of the post.

Syarat :-

NO. 1
- Dah lama mem-follow blog tersebut..

NO. 2
- Sape yek jadi mangsa tag aku kali ni.. hehehe.. jaga-jaga..

  1. SHAHIDA DZULKAFLI A.K.A SHA
  2. SHIKIN RAZALI

NO. 3
- Dah menajukkan segmen ini dengan tajuk tersebut..

NO. 4
- Haaa syarat no. 4 ni la unik sikit.. "Share your thought about my blog." huhi.. Apakah?? Ok, ni jawapan aku ye..

Aku suka blog Fatina ni sebab yang paling utama adalah kat blog beliau tu ada tertera dekat bawah header menutab "BOOK REVIEW".. Ahakz.. Aku peminat buku so, suka sangat baca bila orang review tentang sesebuah buku itewww!! Tak kire la buku jenis ape pown.. hehe

NO. 5
- Done..


Jom korang kite join segmen ni reramai.. Sesamalah kite menyapot kengkawan blogger kite buat segmen...


Tarikh Tamat
14 November 2016


Read More

SEGMEN | Jom Tambah Like

7 comments
Assalamualaikum wbt..

Klik banner untuk join



SEGMEN | Jom Tambah Like  |  Wahh malam ni ada pulak blogger buat segmen untuk tambah like Facebook Page.. Kebetulan pula rakan dalam FB page aku tu tak berapa nak ada.. Al maklumlah Fanpage baru dibuat.. hehe..

Untuk kali ini, Segmen Jom Tambah Like ini dianjurkan oleh Blogger Izzati Suhaide... Bagus juga segmen seumpama ini dianjurkan kerana boleh la membantu penambahan rakan dalam fanpage kite.. Hehe..

Jadinya, jomlah wahai rakan-rakan bloggerku semua kite pakat join segmen ni.. Syarat mudah aje.. Tak menyusahkan hokek.. Pastukan, sudilah kirenya koram meng-LIKE Facebook Page aku seperti di bawah ni.. hikhik.. Juz klik aje like tu.. Hahaha.. Mudahkannnnn...!!





Segmen tamat pada :-
8 NOVEMBER 2016



Read More

Novel Siti Rosmizah Lagi Menjadi Pilihan

2 comments
Assalamualaikum wbt

Novel Siti Rosmizah Lagi Menjadi Pilihan  |  Oke, semalam aku dah review novel Andai Itu Takdirnya 2... Itu menandakan aku dah habis baca novel tersebut dan akan memilih novel atau buku ilmiah lain pula untuk menjadi bahan bacaan aku.. Novel apakah menjadi pilihan aku kali ni?? Jom tengok sesama..


Novel ni lah yang akan menjadi bahan bacaan aku seterusnya.. Rindu Awak Separuh Nyawa juga hasil karya Siti Rosmizah.. Kenapa aku pilih novel ni?? Haa sebabnya penulisnya adalah penulis kegemaran aku.. Haha.. Aku yakin novel ni pown best kerana setiap penulisan Siti Rosmizah tak ada lagi yang mengecewakan aku setakat ini..

Jom belek sinopsis novel ni dulu sebelum baca...


Nampak tak?? Boleh baca tak?? Kalau tak boleh sila besarkan mata anda.. kalau tak nampak lagi, korang kene besarkan gambar ni la.. Haha.. 

Novel ni lagi tebal dari novel Andai Itu Takdirnya 2 tau.. Ketebalannya adalah 1225 m/s... Oh My!! Bilalah agaknya aku akan habis baca novel ni?? Jangan makan tahun sudah.. haha... Macam biasa, kalau aku dah habis baca novel ni nanti, aku akan buat review tentang novel ni ye..

Kalau korang nak tahu tentang apdet bahan bacaan aku dan nak tahu aku tengah baca buku apa sekarang.. Korang boleh tengah dekat Footer Bar aku ni..


Dekat kolum BEING READ tu aku akan update bahan bacaan aku... Kalau dah bertukar buku tu bermakna aku dah habislah baca buku sebelumnya.. Hehe.. Kengkadang ada jugak aku tak sempat nak buat review buku yang aku dah habis baca.. Mungkin masa tu aku terlalu bizi dan terlupa terus untuk buat review.. Ahakz.. 

Untuk novel ni tataw lah bila akan bertukar kepada yang lain.. Novel ni tebal sangat ohh!! Kene bagi masa yang panjang dekat aku untuk menelaahnya.. Haha..

Oke lah.. sampai sini dulu.. Dah habis baca nanti baru aku review k.. Bubeyy!!


Read More

Segmen Pencarian Bloglist by Murni Alysa

6 comments
Assalamualaikum wbt..

Klik banner untuk join

Segmen Pencarian Bloglist by Murni Alysa  |  Halo, halooo.. Kembali bersegmen kita ye... Kali ni blogger Murni pula mencari bloglist untuk blog beliau.. Jadinya aku juga tak nak ketinggalan dan nak jugak menjoinkan diri dalam segmen ni.. hehe...

Syarat penyertaan sangat mudah dan simple like kekacang kuda yang sedang dikunyah.. Haha.... Apakah syaratnya??

Syarat sangat simple dan mudah:

  • Follow Blog Murni Alysa
  • Follow IG @murni.alysa 
  • Copy banner dan post dekat blog korang
  • komen di entry ini dengan link url penyertaan

Dah syarat pown mudah, jom la join reramai... Gerenti tak pening kepala.. Ahakz..


Tarikh Tamat
30 November 2016





Read More

Tonton Suri Hati Mr Pilot [2016] Full Episod

2 comments
Assalamualaikum wbt..


Tonton Suri Hati Mr Pilot [2016] Full Episod  |  Episod akhir untuk cerita ni dah pown disiarkan semalam 03 November 2016.. Ini bermakna cerita ni dah tamat siarannya.. Aku rasa mesti ramai yang menjadi penonton setia cerita ni kan.. Aku tonton jugak cite ni tapi takde la setia sangat sebabnya aku ni bukan ada masa sangat nak mengadap tv aje.. Bila berpeluang mesti aku tengok.. Terutamanya siaran ulangan pada hari cuti.. Haaa time tu la aku ada masa sikit untuk nonton.. Hiks..

Bagi korang yang senasib dengan aku, moh le kite tonton secara online aje.. Leh tengok non-stop lagi puas hati.. Tak gitu?? Kat mane nak tonton?? Jom pakat klik link yang aku kasi kat bawah ni... Kita pakat nonton sesama yee...!!




TONTON DI SINI






Read More

Wordless Friday #1 - Ia Takkan Kekal Lama

2 comments
Assalamualaikum wbt..

Sumber : Google


-SMiLe-



Read More

Gangguan Bekalan Air Di Kuantan

Thursday, November 3, 2016

4 comments
Assalamualaikum wbt..


Gangguan Bekalan Air Di Kuantan  |  Masalah gangguan bekalan air ni sebenarnya dah lama.. Hari tu dekat dengan seminggu lebih juga air tak de.. Kalau ada pown sekejap-sekejap aje tetapi sangatlah halus dan slow airnya.... Baru dua tiga hari lepas ada air, tetiba hari ni terputus lagi bekalan air.. Hadoiii.. Tataw apa masalahnya.. 

Aku tengok juga dalam berita tv kowt-kowt lah ada berita tentang masalah air di kuantan ni.. Tak de pulak beritanya.. Atau aku yang tak perasan?? Masalah gangguan air di Selangor ada la.. Hurmmm.. Tadi aku p jengok jugak dekat FB Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) kowt-kowt ada notis tentang gangguan bekalan air di kawasan aku ni.. Hurmm Tak de pulak.. Ke aku tak perasan sekali lagi?? Hadoii.. 

Notis untuk ganguan bekalan air berjadual bagi daerah kuantan hanya yang ini terbaru di apdet 13 jam yang lepas...



Adakah kawasan aku ni termasuk kawasan sekitar bagi paya bungor, semuji, resort semuji dan kawasan sekitarnya itu?? Tapi aku tinggal area pandan.. Jauh kowt dari tempat tu.. Adehh buntu aku dibuatnya.. Susah ohh tak de air.. Nak masak susah.. Nak Basuh kain baju susah.. Nak basuh pinggan mangkuk susah.. Pendek kata semua kerja jadi tergendala.. 

Sape-sape yang tinggal di kuantan, kowt-kowtlah ada info tentang masalah ni, leh la kongsi dengan aku ni haaaa yang berkurangan informasi ni.. Adehh.. Hakak terkonfius sekejap dekkk..

Aku harap masalah gangguan bekalan air ni dapat di selesaikan dengan secepat mungkin oleh PAIP dan sekiranya betul-betul tak dapat dielakkan, mohon agar pihak PAIP keluarkan notis yang jelas bagi kawasan yang terlibat... Tak de la kitorang tertanya-tanya kenapa dan mengapa... ye dak??!!



Read More

3-Days Header Giveaway by Mellya

10 comments
Assalamualaikum wbt..

Klik banner untuk join

3-Days Header Giveaway by Mellya  |  Semangat untuk join Giveaway masih tersisa.. So, malam ni nak join short header giveaway by Blogger Miss Crayola ni.. Mane tau kowt-kowt dapat menang header pulak kali ni yek.. Kalau tak menang pown sekurang-kurangnya dapat support geng-geng blogger punye segmen @ giveaway.. Tak gitu??

Adik Fhatin Amelia kite ni mencari 3 orang peserta bertuah untuk memenangi 2 header designnya sendiri.. Bestkan.. Dah la artwork designnya cantik-cantik dan pandai main dengan warna.. Hakak suka sangattttttt!! hehe

Okeh, pemilihan pemenang macam biasa dengan menggunakan khidmat random.org ... Dan paling penting bila nak join GA ni, adalah syarat yang ditetapkan itu harus dilihat.. So, syaratnya sangatlah mudah ye.. Hanya follow blog dan instagram beliau aje.. Semudah mengunyah kacang.. Ahakz..

So, tak payah nak tersipu-sipu celah PC tu, jomlah join reramai.. Peace..!!


Tarikh Tamat
06 November 2016



Read More

Watermark Baru Blog Lea Azleeya

14 comments
Assalamualaikum wbt..

Holaaaa...!! Selamat petang semua... Ngah wat ape tu?? Kalau tak de nak buat ape, meh baca blog Lea meh... Hehe.. 

Okeh, petang ni nak cerita tentang watermark baru blog aku ni... Al kesahnye aku dah bosan dengan design watermark yang aku pakai sebelum ni.. Terasa nak sesuatu yang baru dan dari hasil kerja orang lain.. So, aku buat keputusan untuk tempah watermak aku ni dengan seorang blogger yang terlebih OHSEM design-designnya iaitu Blogger Azhafizah... Kalau korang dikalangan blogger mesti kenal dengan beliau kan.. Aku memang mengagumi hasil kerjanya.. Semua design yang beliau reka pasti melatop!!

Jom tengok watermark baru aku...


Inilah hasilnya.. Aku berpuashati dengan hasil kerja Blogger Azhafizah ni.. Untuk kali ni aku request untuk masukkan 3 elemen tersebut iaitu Nama, URL blog dan desciption seperti di dalam gambar di atas.. Simple dan kemas...

Sebelum ni aku pernah menggunakan khidmat beliau untuk mendesign template dan header blog aku.. Dan kali ni aku tempah watermark pula... Kalau korang nak mendesign blog, watermark, header, bisness card dan lain-lain yang sewaktu dengannya, korang boleh lah terjah blog Azhafizah dan boleh tengok hasil kerja beliau yang bagi aku tersangatlah ohsem.. hehe..

Jom terjah..!!

BLOG SIHATIMERAHJAMBU


Read More

Review Novel | Andai Itu Takdirnya 2

15 comments
Assalamualaikum wbt..


Review Novel | Andai Itu Takdirnya 2  |  Alhamdulillah.... Selesai jugak akhirnya aku menghabiskan novel Andai Itu Takdirnya 2 ini.. Setelah sekian lama aku berusaha untuk habiskan pembacaannya.. Hehe.. Ketebalan novel ni boleh tahan jugak iaitu 921 muka surat.. Tebal gile kowt.. Kalau dulu novel setebal ni aku boleh baca cuma dalam masa 2 @ 3 hari, tetapi sekarang aku tak punya masa yang terluang untuk mengadap novel 24 jam.. Dengan kekangan tugas hakiki di pejabat, tugas sebagai isteri, tugas sebagai ummi dan tugas sebagai blogger.. Huhu.. Gile ko, bila masa aku ada masa untuk menelaah novel-novel ni.. Pulak tu novel tebal camni.. 

Walaupun mengambil masa yang agak lama untuk menghabiskannya, aku tetap bertabah kerana aku tahu kalau novel karya Siti Rosmizah mesti best punye dan tak mengecewakan jalan ceritanya.. 


Sebelum ni aku dah pernah baca novel Andai Itu Takdirnya dan kesannya pada aku adalah aku membaca sambil menitiskan air mata... Gile sedih..!! Jalan cerita yang digarab dalam novel ni bagi novel pertama dahulu sangat terkesan dan sangatlah sedih.. Sebab itu lah aku bertabah hati dengan membeli novel ni untuk aku hadam kisah disebalik novel kedua ni...

Untuk novel Andai Itu Takdirnya 2 ni, ceritanya lagi sedih daripada yang pertama dulu.. Sampai teresak-esak aku menangis.. Bila fikir balik, ehh novel je kowt.. Haha.. Rasa nak sepak-sepak diri sendiri.. Hehe!!

Tapi serius weh, novel ni sangatlah sedih.. Jalan ceritanya sangatlah hidup.. Seolah-olah aku yang berada di tempat Aleya itewww!! Ahakz.. Meh la aku cite sikit kat korang jalan cerita novel ni.. Tapi sikit-sikit aje la ye.. Panjang kowt kalau cite semua.. Huhi..


Sambungan daripada novel yang lepas, Syed Aizril dan Aleya telah kembali hidup bahagia bersama anak-anak setelah pelbagai ujian dan badai mereka lalui.. Setelah 8 tahun mereka melayari bahtera berumah tangga dengan indah dan manisnya, mereka sekali lagi di uji dengan dugaan yang berat untuk mereka galas...

Syed Aizril telah melabur jutaan ringgit dalam saham emas yang didalangi oleh Faizal iaitu musuhnya sendiri.. Faizal adalah bekas kakitangan syarikat miliknya dulu dimana dia telah dipenjarakan kerana pecah amanah.. Sejak itu, faizal menyimpan dendam terhadap Syed Aizril dan Aleya dan berjanji akan memusnahkan hidup mereka..

Bermulalah dugaan dalam hubungan Syed Aizril dan Aleya.. Perniagaan Syed Aizril jatuh kerana wang syarikat telah habis digunakan untuk melabur.. Sehinggalah perkara ini sampai ke pengetahuan papanya... Papanya terlalu marah dan menyebabkan ego Syed Aizril tercabar lalu dia keluar daripada rumah itu untuk membuktikan yang dia boleh berdikari dan membayar balik hutang syarikat tersebut tanpa bantuan papanya..

Ego gile ko yek Syed Aizril.. Menyampah betul aku.. Eh! emosi lak aku.. haha..

Dengan menjual semua aset yang dia ada, dia dapat membayar sedikit hutang tersebut.. Mereka sekeluarga berpindah ke rumah flat untuk meneruskan hidup dengan duit yang ada.. Kereta semua dijual kecuali kereta Aleya agar senang untuk kemana-mana.. 

Bermula dari situlah kehidupan mereka susah... Syed Aizril berubah sikap menjadi pemarah kerana masalah bertimpa-timpa yang datang.. Tambahan pula dia tidak pernah hidup susah sebelum ini..


Aduh panjangnya cerita ni.. Aku pendekkan ye..

Dipendekkan cerita, Syed Aizril menerima tawaran makciknya, Datin Syarifah Rosnah untuk membayar semua hutangnya dan kembali hidup senang seperti dulu.. Sebenarnya Datin Rosnah ada agenda tersendiri dengan tawaran tersebut.. Datin Rosnah ni berdendam dengan Aleya kerana kematian anaknya... Dia nak buat Aleya ni hidup merana dan bercerai berai dengan Syed Aizril.. Adalah sorang lagi perempuan gedik ni nama dia Syarifah Azreen, anak saudara Syarifah Rosnah telah diarahkannya untuk menggoda Syed Aizril... Syarifah Azreen ni pown memang ada hati dengan Syed Aizril ni dan berusaha untuk memiliki cintanya..

Dengan dugaan yang melanda hidupnya tu, membuatkan Syed Aizril mula menerima Syarifah Azreen dan melupakan janji-janjinya terhadap isterinya.. Bila dah rapat dan plan nak kawen, bermacam-macam kata hinaan dan cacian terhadap Aleya dilemparkan.. Iskk memang sakit hati lah kata-kata dia.. Rasa nak sepak jerk Syed Aizril ni.. Gile meroyan betul... Haha.. Emosi lagi!!

Masa tu Aleya mengandung anak mereka yang ke-4.. Dia jijik tengok Aleya dan tak nak bertanggungjawab atas kandungan Aleya tu serta disuruhnya Aleya gugurkan kandungan.. Isk bodohnyaa!! Dia cakap dia tak sayang anak tu.. Di tak nak anak tu.. Padahal anak dari zuriat dia jugak.. 

Yang paling tragis, Syed Aizril ni dera anak dia yang kembar tu si danny dan Awin duduk luar rumah time hujan turun dengan lebat.. Dahlah si Danny tu ada sakit asma/lelah.. Masa tu dia ngan Aleya dah tinggal berasingan dah.. Dia yang menjaga anak-anak.. Oleh kerana sikat bodoh dia tu semata-mata kerana pompuan murah si Azreen tu, anak dia Danny meninggal dunia kerana lelah akibat kesejukan yang melampau..

Ada lagi sedih, sebelum peristiwa kematian danny tu, Aleya datang nak tengok anak-anak dia kerana dah teralu lama tak jumpakan sebab si Aizril tak kasi jumpa hasutan dari Azreen dan si rosnah tu.. Aleya hanya diberi jumpa di pintu pagar sahaja dan diharamkan memasuki kawasan rumah tersebut.. Aleya bawak bekal untuk menguapkan anak-anaknya makan... Tapi dihalang oleh Aizril.. Merayu-rayu Aleya mintak belas ehsan untuk suapkan anak dia makan.. Time ni la aku sedih gile baca.. Sampai teresak-esak aku nangis wehh.. Gile ahh!!

Adehh aku dah letihlaa menaip review ni.. Haha.. Cukup ar takat ni.. Kalau korang nak tahu cerita selanjutnya yang lagik menyedihkan ni, korang beli ar ekk novel ni.. Korang mesti nangis punye ar..!! Percayalah cakap aku.. Kalau korang tak nangis baca novel ni, itu bermakna hati korang ada masalah tu.. Korang memang takde perasaan.. Haha!!


Aku titipkan Tinta Penulis untuk korang.. Hehe.. Oke lah sampai sini aje ye review aku.. Nak tahu kene beli sendiri.. Aku yakin korang takkan kecewa.. Ahazk... Adiosss..!!

Read More

MENANG Segmen Blogwalking & Bloglist Sviors Nov - Dis

7 comments
Assalamualaikum wbt..

MENANG Segmen Blogwalking & Bloglist Sviors Nov - Dis  |  Allahuakbar.. Aku diberi rezeki lagi untuk menang Segmen Blogwalking & Bloglist Sviors Nov - Dis... Tak sangka dapat menang lagi.. Alhamdulillah murah betul rezeki aku bulan November ni..


***************************


Kali ni aku menang sebagai pemenang bertuah dan memenangi Top up RM 10 dari Blogger Sa-Viors....Alhamdulillah... 

P/s : Akak ucapkan terima kasih pada adik (sori akak tataw nama sebenar adik hehe) kerana sudi pilih akak sebagai pemenang bertuah.. Akak doakan adik sentiasa dibawah lindunganNYA dan dilimpahkan rezeki yang halal.. Amin.. :)

Jom kengkawan kita blogwalking blog penganjur segmen ini..






Read More

MENANG Segmen Bloglist By Blog Wani Sukarno

Wednesday, November 2, 2016

6 comments
Assalamualaikum wbt..

MENANG Segmen Bloglist By Blog Wani Sukarno  |  Allahuakbar.. Rezeki bulan november melimpah ruah... Alhamdulillah.. Kali ni aku menang untuk segmen anjuran Blogger Wani Sukarno pula iaitu Segmen Bloglist By Blog Wani Sukarno.... Rezeki yang tak dijangka-jangka.. Syukur..



Thankz to Wanie coz anjurkan segmen ini dan sekali gus sudi memilih aku sebagai pemenangnya.. Hikhik.. Terharu dapat masuk bloglist blog beliau.. Semoga blog wanie terus ceria dan berjaya.. Lepas ni buat la lagik segmen.. Lea pasti join tau.. Haha..

Thankz Wanie.. :)

Jom Blogwalking blog penganjur segmen..


Read More

Aplikasi Share Post Blog Ke Media Sosial Bermasalah

7 comments
Assalamualaikum wbt..



Aplikasi Share Post Blog Ke Media Sosial Bermasalah  |  Hadoiii masalah datang lagi... Aplikasi yang aku guna untuk share post blog aku secara automatik ke media sosial bermasalah.. Apa harus aku buat ni..?? Dah buntu rasanya... 


Nampak tak tu yang keluar coding tu.. Adehh.. Apa harus aku buat... Korang ada cara penyelesaian tak?? Aplikasi yang aku guna tu adalah https://dlvr.it/ ... Baru hari ni jadi, tataw apa masalahnya... 


Read More

30 Lagu Layak Ke Separuh Akhir Muzik-Muzik 31

4 comments
Assalamualaikum wbt..


30 Lagu Layak Ke Separuh Akhir Muzik-Muzik 31  |  Wahh Separuh Akhir Muzik-Muzik dah semakin hampir.. Siapa yang layak ke pertandingan separuh akhir tersebut?? Haaa ni aku nak cite ni.. 

Sebanyak 30 buah lagu bakal dipertandingkan di Separuh Akhir Muzik-Muzik 31 yang akan berlangsung pada 04 dan 11 November 2016 nanti yang bersiaran secara langsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam Jam 9.00 malam.. Jom lihat lagu mana yang berjaya ke peringkat separuh akhir...

SENARAI LAGU LAYAK KE SEPARUH AKHIR MUZIK-MUZIK 31

1.   Aiman Tino - Ku Rela Dibenci
2.   Akim & The Majistret - Obses
3.   Amyra Rosli feat Waris & Juzzthin - Ada Saja
4.   Ayda Jebat - Pencuri Hati
5.   Azhael - Mencinta
6.   Black - Anugerah Terindah
7.   Bunkface - Darah Muda
8.   Dayang Nurfaizah - Lelaki Teragung
9.   Estranged feat Fazura - Hancur Aku
10. Faizal Tahir - Setia
11. Hafiz Suip & Misha Omar - Terimaku Seadanya
12. Harris Baba - Katakan
13. Hazama & The Penglipur Lara - Di Amaran Mama
14. Hyper Act - Takkan Pergi
15. Ippo Hafiz - Kekal Bahagia
16. Jaclyn Victor - Seindah Mimpi
17. Janna Nick - Mungkin Saja
18. Khalifah - Hang Pi Mana
19. KRU - Hingga Ke Jannah
20. Mal Imran - Cinta Sukar Ditafsirkan
21. Mark Adam - Berat
22. Projector Band - Sudah Ku Tahu
23. Sakura Band - Polaroid
24. Shiha - Seperti Novel Cinta
25. Shila Amzah & Alif Satar - Selamanya Cinta
26. Stacy - Romeo
27. Sufian Suhaimi - Terakhir
28. Syamel - Hidup Dalam Mati
29. Syamsul Yusof & Mawi - Kalah Dalam Menang
30. Tasha Manshahar & Syed Syamim - Ragu-Ragu

Antara 30 lagu ini hanya 12 lagu sahaja yang akan dipilih untuk bertanding di Juara Lagu 31 nanti.. Lagu manalah agaknya yang akan mara ke Juara Lagu 31 yek.. Sama-sama kita tunggu nanti...


Read More

Wordless Wednesday #1 - Don't Make...

2 comments
Assalamualaikum wbt..


- SMILE -

Read More

MENANG Giveaway dan Blog List Oktober 2016 di vitamin-cerdik.com

Tuesday, November 1, 2016

3 comments
Assalamualaikum wbt..

MENANG Giveaway dan Blog List Oktober 2016 di vitamin-cerdik.com  |  Alhamdulillah rezeki untuk menang giveaway masih ada lagi.. Syukur sangat-sangat.. Tq Allah.. Tq Sis Raihanah...


Petang tadi sekali lagi aku dikejutkan oleh sahabat aku Sha yang menyatakan aku MENANG Giveaway & Bloglist Oktober 2016 di Vitamin-Cerdik.com ni... Dah banyak kali juga dia tolong inform dekat aku kalau aku menang mane-mane GA.. Hehe.. Ye la kengkadang tak ingat dan tak perasan kan...


Tq Sha.. Muaxxx ciked.. hehe Sayang kamo0 ketat~ketat!!


Aku di nombor #4.. hehe.. Alhamdulillah.. Aku berterima kasih sangat-sangat pada Sis Raihanah kerana sudi memilih aku sebagai pemenang.. Hadiah yang disediakan adalah seperti di dalam gambar.. Tak pasti untuk aku yang mane satu.. Hiks..

Aku doakan sis Raihanah dilimpahkan rezeki yang halal berlipat ganda dan bisness yang dijalankannya terus maju dan maju.. Amin.. :)


Jom blogwalking blog penganjur Giveaway ni..!!




Read More

Neuvoo - Pencarian Kerja Anda Bermula Di Sini

3 comments
Assalamualaikum wbt..


Neuvoo - Pencarian Kerja Anda Bermula Di Sini  |  Hi korang!! Ada yang tengah cari kerja ke sekarang ni?? Kalau ada elok sangatlah baca entry aku ni.. Aku nak kenalkan kat korang sebuah enjin pencarian kerja iaitu Neuvoo.. Jom kenali Neuvoo..



Neuvoo adalah enjin pencarian kerja yang paling diperlukan oleh para pencari kerja. Ia boleh didapati di lebih daripada 64 negara di dunia ini.. Malaysia adalah salah satu negara yang mempunyai tahap persaingan yang tinggi. Neuvoo dapat membantu para pencari kerja untuk mencari pekerjaan dengan efektif bermula dari pekerjaan yang tidak memerlukan kelayakan yang tinggi seperti pelayan dan housekeeping sampai ke posisi pengurusan atau jawatan eksekutif.

  • Apakah perbezaan Neuvoo dengan enjin pencarian kerja atau lembaga kerja yang lain?
  • Terdapat 4 kali ganda tawaran kerja berbanding dengan enjin pencarian kerja yang lain di Malaysia.
  • Antara laman pencarian kerja yang mesra pengguna yang senang digunakan dan diakses
  • Menawarkan peluang pekerjaan anda atau mencari kerjaya idaman anda secara percuma
  • Hantaran notifikasi email secara langsung kepada pencari kerja setiap hari apabila terdapat tawaran kerja yang baru.


Neuvoo bukan hanya enjin pencarian kerja yang biasa, tetapi Neuvoo sangat inovatif dan sangat up-to-date. Keperluan para pencari kerja dapat disatukan bersama pada Neuvoo. Selain inovatif dan sangat up-to-date, Neuvoo juga memiliki fungsi-fungsi yang canggih tidak terdapat di enjin pencarian pekerjaan yang lain. Meskipun Neuvoo memiliki fungsi-fungsi yang canggih, tetapi Neuvoo adalah alat pencarian kerja yang sangat senang digunakan dan diakses oleh para pencari kerja. Pada saat ini, Neuvoo menawarkan lebih dari 60 ribu pekerjaan di Malaysia. Tambahan pula, majikan-majikan dapat menawarkan pelunag pekerjaan mereka di Neuvoo untuk mendapatkan bakat-bakat yang diperlukan.

Secara ringkasnya, Neuvoo merupakan Google yang khas untuk mencari tawaran pekerjaan. Neuvoo berusaha dan fokus kepada membantu para pencari kerja sehingga mereka memperolehi pekerjaan impian mereka..

Neuvoo bersiap sedia untuk membantu para pencari kerja untuk mendapatkan pekerjaan impian mereka!

Untuk maklumat lebih lanjut, sila kunjungi laman web Neuvoo di http://my.neuvoo.com

Ataupun, korang boleh terus search jawatan kosong di enjin pencarian kerja Neuvoo ini di sidebar blog aku ni... Aku dah sediakan iFrame bagi memudahkan korang mencari kerja kosong.. Hiks..






Read More