Assalamualaikum wbt..
kredit foto : travelkliq.com
Tip Percutian Yang Tenang Tanpa Masalah Kewangan | Kalau cakap je pasal bercuti sape yang tak teruja kan.. Bercuti ke luar negara.. Bercuti di dalam negara... Perghh memang syok.. Tapi aku nak tanye korang, korang pergi bercuti tu korang dah rancang ke perbelanjaan.. Atau korang main redah jerk?? Bukan apa, time pergi kemaheeeennnn seronok, bila balik je dari bercuti dah mula fikiran kusut tak tenang dek masalah kewangan.. Sebab tu perancangan perbelanjaan sangat penting sebelum pergi bercuti..
Meh le aku kongsi dengan korang beberapa tip yang mungkin boleh membantu korang sebelum pergi bercuti...
1. Menabung
Bagi yang memang dah banyak duit simpanan sampai tak kehabisan atau gaji memang besar gile, aku rasa memang tak de masalah kowt nak pergi bercuti kemana-mana tanpa memikirkan masalah kewangan.. Tapi bagi yang suam-suam kuku macam aku ni, perlu sangat rancang perbelanjaan sebelum pergi bercuti..
So, langkah pertama yang perlu diambil adalah MENABUNG.. Sediakan tabung khas dan setiap bulan korang asingkan terus duit ke dalam tabung khas tersebut.. Bila dah cukup target korang, dengan senang hati korang dah boleh pergi bercuti dengan menggunakan duit simpanan percutian tersebut..
2. Rancang Dengan Teliti
Haaa yang ni penting tau.. Korang kene tentukan kat mane korang nak bercuti.. Sama ada negara, bandar atau tempat-tempat peranginan.. Korang juga kena rancang siap-siap lokasi menarik yang korang nak kunjungi semasa percutian tersebut.. Melalui perancangan tersebut juga, korang dah boleh mengetahui jenis pengangkutan yang sesuai ke lokasi pilihan korang dan bayaran yang dikenakan..
Ini boleh menjimatkan tenaga, masa dan juga perbelanjaan korang nanti.. Tak de la sampai sana baru nak terkial-kial mencari tempat menarik.. mencari pengangkutan bagai.. Tak ke haruu biruu nanti..
3. Pakej Murah
Kalau korang nak bercuti kat luar negara, eloklah korang cari negara yang ada pakej promosi yang ditawarkan oleh ejen pelancongan.. Dapatlah korang potongan harga kan.. Kat situ dah menjimatkan perbelanjaan korang..
4. Bajet Harian
Buat bajet harian siap-siap sepanjang percutian korang.. Ianya termasuklah kos penginapan, kenderaan, makan minum dan shopping... Ini akan melancarkan lagi perjalanan percutian korang tanpa dibelenggu dengan masalah kewangan..
5. Teksi Jadi Pilihan
Kalau korang plan nak bercuti secara beramai-ramai, aku syorkan korang memilih teksi sebagai pengangkutan korang kerana ianya lebih murah berbanding bas atau kereta... Yelah dah ramai kire tong-tong la kan.. Kalau bas kene bayar mengikut bilangan orang pulak.. Kalau pakai kereta pulak dah nak kene fikir duit minyak, tol dan bagai-bagai lagi..
6. Ole-Ole Murah
Yang ni biasa la, kalau pergi bercuti kat mana-mana tak sah kalau tak bawak balik ole-ole kan.. Mane beli untuk diri sendiri lagi, keluarga dan kengkawan.. Kat situ saje pown dah habis banyak kowt.. So, untuk langkah-langkah penjimatan, korang cari la maklumat dulu sebelum korang membeli tu.. Kat mana barang yang murah-murah.. Pastu jangan pulak korang rambang mata, semuanya nak dibelinya.. Beli yang perlu dah la.. Tak payah nak bajet banyak duit sangat ye.. Haha..
Lagi elok kalau korang catat siap-siap nama-nama yang korang nak kasi ole-ole tersebut.. Tak de la pembaziran berlakukan..
7. Duit Kecemasan
Haaa duit kecemasan perlu ada.. Ini penting bagi kegunaan bila perlu.. Contohnya, semasa percutian korang tak sihat ke dan memerlukan rawatan, haaa masa tu la korang nak guna duit kecemasan ni.. Tak pown time nak balik tu, berat bagasi korang dah berlebihan, kalau tak de duit kecemasan, mane korang nak amek duit bayar semua tu kan.. Dan mungkin ada lagi kemungkinan yang memerlukan duit kecemasan.. So, korang kena stanby duit kecemasan ok..
8. Wang Tunai
Wohaaa..!! Sebaiknya korang guna wang tunai semasa berbelanja.. Itu sebaiknya kerana bila korang guna kad kredit, korang akan dikenakan cas perkhidmatan atau bunga yang tinggi.. Selalunya, sebab inilah korang akan dibelenggu masalah kewangan bila pulang bercuti nanti.. So, kalau boleh elakkan guna kad kredit ye semasa bercuti.. Hiks..