Widget Top Commentators Muncul Kembali

Tuesday, April 4, 2017

7 comments
Assalamualaikum wbt..

Widget Top Commentators Muncul Kembali  |  Orang pasang aku pown nak pasang.. Tak nak kalah.. Hehe sebenarnya, dulu dah pernah pasang tapi aku remove balik sebab blog aku jadi berat bila pasang widget ni dan bloglist aku hilang entah kemana... Bila dah tukar template baru ni aku try la balik pasang kot-kot dah ok kan.. Mula-mula pasang baru ni, masalah sama masih mengganggu.. Bloglist hilang dan blog lambat loding.. Lepas aku remove column bloglist dan masukkan semula, dia dah jadi ok.. Tentang blog lambat loading tu, takat ni bahagian bawah sekali jerk lambat keluar.. Mungkin nak kakulate comment ni kot.. Haha!! Entah leee labuu...

Aku pasang balik widget ni bukan apa sebabnya nak menghargai pengomen-pengomen blog aku ni.. Setia sungguh dia dengan aku.. Aku pown selalu curang dengan mereka.. Adeh.. Aku cuba buat yang terbaik hokeh lepas ni.. Moga masa mengizinkannya.. Hiks.. Jangan marah hakak, nanti cepat tua tau.. Haha..

Pape pown aku nak ucapkan thankzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz pada semua pengomen blog aku ni.. Korang memang sporting lah!!.. Insyaallah, kalau ada rezeki lebih aku nak jugak bagi hadiah kepada pengomen-pengomen tegar blog aku ni.. Mungkin aku pilih seorang atau pown dua.. Tak pown tiga... Tengok kepada rezeki aku.. ekeke.. Kire cam hadiah untuk pengomen bertuah laaa gituuu.. Dramaaa sangat hakak kannn.. Hukk..

Korang jangan la segan-segan atau serik untuk singgah kat blog hakak ni yeee.. Hakak tak bela singa pown kat blog hakak ni dek nonnn.. Jangan takut hokeh!! Aku akan cuba yang terbaik untuk buat kunjung balas ke blog korang dan jugak akan berusaha dengan gigih untuk blogwalking blog-blog kengkawan seangkatan.. Hehe..

Korang memang ohsemnesssssss!!


Read More

Pemenang Blog Giveaway by Rii

7 comments
Assalamualaikum wbt..

Pemenang Blog Giveaway by Rii  |  Petang tadi balik kerja tak terasa pown nak check hp.. Malam ni barulah tergerak hati nak berdating dengan hp.. Hehe.. Meriah pulak email yang masuk.. Macam-macam emel masuk.. Termasuklah emel yang agak mengejutkan aku ni.. 

Alamak, kalau tak nampak korang klik la gambo tu ye.. hiks..

Email dari tuan punya blog Sa-Viors... Adik Rii namanya.. Email menyatakan yang aku adalah sebagai salah seorang pemenang Blog Giveaway By Rii yang aku pernah join bulan lepas.. Ehh tak sangka pulak boleh menang.. Rezeki tuhan tu maha luas kan.. Rezeki datang tak disangka-sangka.. Alhamdulillah.. Thankz to Adik Rii jugak..

Tak nampak ekk?? Haaa klik le gambo tersebut.. .. jangan memalu... Haha!!

Pemenang Blog Giveaway ni telah diumumkan pada 01 April 2017 yang lalu.. Tahniah jugak pada semua pemenang.. Penyertaan dari twitter pown ada... 

Okelah, kalau korang nak kenal-kenal dengan pemilik Blog Sa-Viors ni, korang kene la terjah blog beliau.. Banyak info kat blog Adik Rii ni.. Dia juga seorang penulis tau.. Yang mana belum follow blog Adik Rii, boleh la follow ye.. Rugi tak follow blog beliau.. Disamping tu leh la kite tambah kenalan dalam dunia blogging ni kan.. Rakan seangkatan bak kata orang.. Hiks..

Jom Terjah!!

Read More

Firstime Try Maybelline Super BB Cushion Fresh Matte

9 comments
Assalamualaikum wbt..


Firstime Try Maybelline Super BB Cushion Fresh Matte   |  Punyalah lama peram entry ni.. Bukan apa sebabnya tak punya masa nak menerai produk ni.. Dok asek kelam kelibut jerk pepagi time nak p kerja.. Nak make up pown  tak sempat dik nonn.. Main pakai bedak aje la.. Hehe.. 

Sebagaimana yang korang tahu (aku main agak-agak jela korang dah tahu.. hehehe), Maybelline Super BB Cushion Frest Matte ni aku dapat hadiah dari 5th Lazada Birthday Surprise Box hari tu.... TQ Lazada Malaysia.. 


Btw, baru pagi tadi aku berkesempatan untuk mencuba keohseman BB Cushion ni.. Firstime tau... Biasa-biasa pakai pondesen yang teksturnya bukan unik cenggini.. Yang ni memang unik.. Patutla dipanggil 'cushion', sebab tekstur dia bila ditekan-tekan dah macam kite duduk atas cushion sofa.. Haha.. Baru la den faham.. Almaklumlah sejak dua menjak ni dah kurang ber-make-up dek kerana bizi manjang... huh..

Untuk percubaan pertama aku ni, aku suka akan teksturnya.. Bila pakai kat muka, memang nampak sekata dan muka nampak licin jerk.. Memang terbaiklah... Kirenye boleh la cover para 'jururawat' yang ada kat muka aku ni.. Ehh, kemaheenn gemilang lagik jerawat tumbuh kat muka aku sejak dua menjak ni.. Adakah muka aku tak dijaga?.. Haisss tak boleh jadi ni.. Kena siasat pasni.. Hiks..

Nak tengok tak hasil aku pakai BB Cushion ni.. Segan sebenarnya nk up gambo sendirik yang thorrrrlebey "cohomel" ni.. Haha!! Tapi dek kerana nak buktikan aku suka akan BB Cushion ni, terpaksa la jugak up gambo aku.. Jangan muntah hijo dah la ye... Hiks..

Sememeh muka.. Ni gambo guna camera biasa aje.. 
Nampak tak ada 'jururawat' kat tepi hidung tu.. Dapat cover hokeh!!

Dah up gambo yang guna camera biasa nak jugak la up gambo yang guna camera setting beauty.. Hakak nak fefiling flowlesssss jugeeekk kan... Haha.. Jangan kecam hakak hokeh!!

Beauty setting.. Sorry!! Huhuhu

Kesimpulannya, aku suka sangat dengan BB Cushion ni.. Cumanya yang aku pakai ni tone - 02 Light.. Agak cerah untuk kulit aku yang tak berapa nak cerah ni.. So, lepas ni kalau nak beli aku kene beli yang medium punye... Baru ngam dengan warna kulit aku... Huhu.. Paling best, sampai ke tengahari ni kulit masih menten tak berminyak.. Memang terbaik!!

Kalau korang rasa nak usha harga Maybelline Super BB Cushion Frest Matte ni, boleh la usha di Lazada Malaysia ye.. Mane tau ada offer menanti anda.. 

Read More

24 April Hari Kelepasan Am Tambahan

Monday, April 3, 2017

9 comments
Assalamualaikum wbt..

24 April Hari Kelepasan Am Tambahan  |  Baru kejap tadi dapat text whatsapp dari member tentang hal ni.. 24 April, hari kelepasan am tambahan bagi seluruh negeri.. Alhamdulillah dapat lagi satu hari cuti tambahan.. Hehe.. Kemaruk cuti betul aku sekarang ni.. Haha!! Jangan marahh aaaa dek non!

24 April jatuh pada hari Isnin.. So, dah boleh plan ape nak buat.. Sabtu Ahad hari cuti, tambah pulak isnin pun cuti.. Alhamdulillah.. Dapat merancang aktiviti bersama keluarga.. Terbaikk!!

Korang apa plan??


Read More

Teh Ais Sebagai Peneman Dahaga

7 comments
Assalamualaikum wbt..


Teh Ais Sebagai Peneman Dahaga  |  Sekarang ni air kegemaran aku adalah Teh Ais... Mengandung kali ni aku hanya terpikat dengan air Teh Ais jer.. Mengandungkan Qhaliff dulu, aku lebih dengan air milo.. Orang cakap kalau minum air yang berkafien ni, HB boleh turun.. Takat ni alhamdulillah HB di tahap yang ok-ok aje.. 

6hb ni temujanji seterusnya.. Aku harap HB aku tak turun la.. Haha.. Hadoii risau jugak kan.. 

Bercerita tentang Teh Ais ni, kengkadang aku beli teh ais yang tak berapa best.. Tawar dan hambar aje warnanye.. Time tu mesti frust menonggeng.. Tak dapat nak nikmati rasa teh ais yang sebenar.. Huhu.. 


Ni menu lunch aku hari ni.. Beli dekat luar bukan masak sendiri.. Aku memang dah tak boleh nak ke dapur buat masa ni.. Tak tahan bau.. So, terpaksa lah menghabiskan duit dengan membeli makanan di luar... Yang ni pown harganya dah RM 7 termasuk Teh Ais.. Harap-harap aku dapat pulihkan tahap bau aku ni secepat mungkin.. Huhu..

Korang makan apa tengahari tadi? Mesti lagik best dari aku kan..


Read More