Tonton | Dia Semanis Honey | Full Episod


Assalamualaikum wbt..



Siti Nordiana berlakon kembali la weh...!! Lama benar tak tengok lakonan Siti Nordiana.. Lepas ni boleh la tengok balik Siti Nordiana berlakon.. Mesti best cerita ni.. Drama apa?? Drama DIA SEMANIS HONEY laa.. Yang akan ditayangkan di Astro Ria/Ria HD mulai 02 Mei 2016.. ehh dah start semalam ye drama ni.. Hehe... Aku pown ketinggalan ye.. Tak pe.. Mesti ada ulangan tu... Kalau tak sempat jugak boleh la tengok kat sini ye..

Tonton dari sumber-sumber seperti dibawah ye..




Drama ni sebenarnya diadaptasikan daripada novel Dia Semanis Honey karya Dila Dyna.. Aku pown belum baca novel ni... Mungkin coming soon kowt akan dibaca.. haha.. Terlalu banyak sangat novel best-best sekarang yang di adaptasi menjadi drama.. Tak sempat nak follow.. Jom tengok sinopsis novel ni..

------------------------------------

Sinopsis 

Bagi Hani, pertunangan ini tak sepatutnya berlaku. Bagi Ahnaf pula, pertunangan ini diterima hanya kerana taatnya seorang anak.

Perbalahan demi perbalahan, akhirnya membibitkan cinta. Tetapi saat diri sudah bersedia untuk bergelar suami, muncul pula Ariana menghancurkan segala impiannya untuk hidup bersama Hani.. Hani ditinggalkan..

Tiga tahun berlalu, Ahnaf kembali setelah sekian lama menyepi.. Kembalinya lelaki itu saat Hani punya Adam di sisi.. dan kehadiran Bella di sisi Ahnaf mengukuhkan lagi tembok pemisah antara mereka..

"Buat apa pulak I nak terhegeh-hegeh berbaik dengan you sedangkan you dah ada Bella, dan I dah ada Adam!" - Hani

"You tak perlu ingatkan I pasal Adam. Sebab I dah jelas dengan kedudukan kita sekarang!" - Ahnaf.

"Baguslah kalau you dah tahu. Lepas ni, tolong jangan tanya soalan yang berkaitan dengan 'kita'. Sebab perkataan 'kita' tu dah lama tak wujud antara you dengan I." - Hani

Adakah perkataan 'sahabat' itu hanya dibibir sahaja, sedangkan hati berbisik mengimpikan sesuatu yang lebih dari sekadar sahabat. akan bersatu semulakah dua hati yang masih memendam cinta di hati masing-masing, atau pertemuan ini hanya akan berakhir dengan perpisahan sekali lagi?

Adakah pertemuan sekali lagi ini akan mencipta sekali lagi perpisahan? Atau.... akan menjadi titik penyatuan dua hati untuk selama-lamanya?..

"Kita bertemu... Kita berpisah... dan... Kemudian bertemu semua...."

------------------------------------

Wahhh kemain agik yee sinopsis dia.. Mesti novel ni best jalan cite dia.. Drama pown mesti best ni.. hehe.. Haruss tonton..

Jom tengok para pelakon drama ni lak..

------------------------------------

Judul
DIA SEMANIS HONEY

Episod
16 EPISOD

Tayangan
02 MEI 2016

Hari / Masa
ISNIN - KHAMIS / 10 MALAM

Siaran
ASTRO RIA /ASTRO RIA HD 123

Skrip
NAZRI M. ANNUAR / FAIRUL NIZAM ABLAH

Novelis
DILA DYNA

Pengarah
MICHAEL ANG

Terbitan
CUBE FILM SDN BHD

Pelakon / Watak
ALIF SATAR
sebagai Ahnaf Wafiy

SITI NORDIANA
sebagai Hani Safira

HAIRUL AZREEN
sebagai Adam Hazrul

HAFEEZ MIKAIL
sebagai Hanafi

FAREZ RIDZWAN
sebagai Hakimi

ZIHA SALLEH
sebagai Ara

NADYA SYAHERA
sebagai Bella

FALISHA CROSSLEY
sebagai Ariana

ALEZA SHADAN
sebagai Pn. Munirah

NINA JUREN
sebagai Pn. Sri Hartini

LAN KRISTAL
sebagai Hafiz

ADAM MIKA
sebagai Nabil

ZAINOL MACWILSON
sebagai Dr. Farid

DANISH HAZRIQ
sebagai Rayyan

FATIHAH BAHARUM
sebagai Aishah

Lagu Tema / OST Dia Semanis Honey
Tajuk  : Memori Berkasih
Artis  :  Alif Satar & Siti Nordiana

------------------------------------


Selamat menonton..!!

No comments