Fridge Magnet From Canada Dari Eldarwena

Monday, October 23, 2017

17 comments
Fridge Magnet From Canada Dari Eldarwina | Yeahh fridge aku bertambah satu lagi FM... Alhamdulillah, baru-baru ni aku menang Giveaway FM From Canada yang dianjurkan oleh blogger Eldarwena.. Dan hadiahnya dah pun sampai dengan selamat kelmarin... Sampai aje adiah tu terus tampal kat peti.. Nampak sangat excitednye kan.. hehe..


Hah, yang mane satu agaknye yek FM dari Canada tu? Korang rasa? hehe.. Tak banyak mane lagik sebenarnya FM yang aku kumpul.. Ada yang dah rosak sebab kena baling dek si Qhaliff.. Redha jerk la.. Huhuhu.. Ada satu lagi belum sampai ke tangan dari anak saudara.. Tak ingat dia bercuti kemana ritu.. Tak pe la, kite tunggu dan lihat aje nanti... Ok la, jom tengok FM dari Canada itu..

Tinta dari Blogger Eldarwena


Ok, ni FM yang aku dapat.. Vancouver Columbia.. TQ kepada Eldarwena dengan hadiah yang best ni.. Moga El terus dimurahkan rezeki olehNYA.. Amin YRA...

Korang yang mane belum kenal siapakah gerangan Eldarwena ni moh pakat terjah blog beliau... Banyak yang menarik disana.. Jom terjah!! Jangan lupa follow sekali yek.. Hiks..


Read More

Review Novel | Naskah Terakhir Laura Isabell by Anna Lee

Monday, October 16, 2017

22 comments
Naskah Terakhir Laura Isabell by Anna Lee  |  Assalamualaikum.. Hi, korang... Nampaknye hari ni aku agak ketandusan idea untuk mengarang entry.. Entah kenapa, dari tadi dok taip, padam, taip, padam.. Hadoiii.. Tapi mood untuk aku review novel tu menewaskan segala-galanya.. Sampaikan aku berusaha perah idea aku ke tahap maksima kuasa dua.. Haha.. Giless betol.. Ok, kali ni aku nak review novel karya Anna Lee lagi.. Entah yang keberapa kali pun aku tak sure.. Malas nak kire sebenarnya... Novelnye berjudul Naskah Terakhir Laura Isabell..


Eceli, novel ni aku habis baca dah lama gile kot.. Kalau nak tahu bila aku baca sila selongkar goodreads aku ye.. haha!! Nampak tak, penyakit malas tengah menyerang aku sekarang... Hiks.. 

Orite, berkenaan novel ni.. Pada awalnye, pandangan aku terhadap novel ni sangat teruk.. Aku jangkakan novel ni tak best dan membosankan sebab aku dapat tahu ceritanya tentang kisah-kisah zaman dahulu kala.. Dalam fikiran aku dah terbayang kebosanannya semasa membaca.. Tapi kenapa aku beli? hurmm aku beli sebab aku suka penulis Anna Lee ni dan cuba mengumpul karyanya.. Hehe..

Tapi selepas baca novel ni, segala anggapan dan pandangan aku tu berkecai sama sekali sebab jalan cerita novel ni best hokeh!! Tak terjangka dek fikiran aku, yang penulis boleh garap cerita sedemikian rupa.. Jalan cerita yang menarik dan tak membosankan... Ada juga part yang menyentuh perasaan tau.. Sob.. Sob.. Sob..


Tak nak menceceh panjang-panjang sangat.. Apa yang boleh aku katakan disini, aku suka novel ni.. Malas nak cerita jalan ceritanya.. Korang bacalah sinopsisnya kat gambar atas ni yek.. Tak nampak kalu, kasi besar itu gambar... Haaa dah keluar bahasa pelik.. Tatabahasa kelaut.. Haha!! Untuk review yang lebih cun, korang baca review di goodreads aku seperti kat bawah ni yek.. Yang mane ada akaun goodreads tu, sudi-sudikanlah follow aku disana ekk.. 😎😁

Naskah Terakhir, Laura Isabell

My rating: 4 of 5 stars

Naskah Terakhir Laura Isabell... Kisah yang menarik dan mengagumkan... Tak terbayang bagaimana penulis boleh menulis kisah sebegini... Kisah dizaman dahulu kala.. Di tahun 1911.. Sebuah garapan yang baik dari penulis..

Pada awalnya, aku ingatkan novel ni akan membosankan aku.. Tapi ternyata tidak... Aku membaca tanpa mahu berhenti.. Kisah yang membuatkan aku ingin mengetahui kesudahannya secepat mungkin..

Sebuah kisah cinta di zaman dahulu.. Cinta sejati cinta kerana Allah... Walaupun tidak bersatu tapi cinta mereka tetap utuh kerana Allah.. Cinta yang membawa kepada penghijrahan seorang yang bernama Laura Isabell... Wanita inggeris yang berjaya diislamkan oleh kekasihnya kerana Allah..

Jalan cerita yang menarik... Aku suka!!..




Read More

MayterLynn Nutrisi Terbaik Untuk Ibu Mengandung Dan Menyusu

Sunday, October 15, 2017

14 comments
MayterLynn Nutrisi Terbaik Untuk Ibu Mengandung Dan Menyusu  |  Pengambilan makanan yang seimbang dan mencukupi adalah kunci pertumbuhan dan perkembangan janin yang sihat.. Dari awal kehamilan lagi ibu-ibu perlu memberi perhatian kepada diet yang seimbang dan pengambilan protien, mineral, DHA, kalsium, zat besi dan lain-lain lagi bagi memastikan janin mendapat nutrien yang diperlukan.. Wanita hamil juga memerlukan nutrisi tambahan untuk persediaan proses kelahiran dan penyusuan bayi... Macam aku sendiri yang baru sahaja melahirkan anak ini, sangat memerlukan makanan tambahan untuk memastikan susu badan mencukupi dan proses penyusuan berjalan lancar.. Menjadi kebimbangan kepada para ibu bila susu badan berkurangan.. Jadi, untuk membanyakkan susu badan, aku mencuba minuman kesihatan Lazior - MayterLynn...

mayterlynn, lazior, untuk ibu mengandung, untuk ibu menyusu, banyakkan susu badan, untuk ibu hamil,

MayterLynn Nutrisi Terbaik Untuk Ibu Mengandung Dan Menyusu

MyterLynn merupakan minuman campuran botani Serbuk Ubi Keledek dengan Dedak Oat yang kaya dengan serat dan nutrien....  Berdasarkan kajian penyelidikan, makanan bijirin perlu diambil 1/3 dari diet harian dan 50% daripadanya adalah berasal dari bijirin.. Serat dan nutrien dalam bijirin dapat membekalkan nutrien yang diperlukan oleh tubuh badan manusia di samping dapat membantu mencegah obesiti, diabetes, kekurangan zat makanan, gangguan sistem saraf, kardiovaskular, kolesterol, gangguan usus dan sebagainya..

MayterLynn sangat bagus dan selamat diamalkan oleh ibu mengandung dan menyusu kerana ia dihasilkan dari bahan botani (bahan semulajadi), tiada gula, perasa dan pewarna tambahan.. Ia hanya menggunakan ekstrak Stevia sebagai pemanis semulajadi sekaligus dapat mengelakkan diabetes semasa mengandung.. MayterLynn juga kaya dengan nutrien yang mudah diserap oleh badan dan dapat meningkatkan penghasilan susu badan, mencegah anemia, sembelit dan sebagainya..

Semasa mengandung dulu, aku mengalami HB rendah (anemia).. Tetapi masa tu aku belum diperkenalkan lagi dengan MayterLynn ni.. Jadi, bagi korang yang mengalami HB rendah, bolehlah cuba MayterLynn ni sebab ia juga dapat mencegah berlakunya anemia iaitu HB rendah.. Ok, MayterLynn boleh diamalkan oleh semua golongan dimana bukan sahaja wanita tetapi lelaki juga boleh mengambilnya bermula dari umur 1 tahun dan keatas.. Ia adalah pilihan terbaik untuk dijadikan minuman harian buat seisi keluarga..

Peringatan!!
Pengidap G6PD perlu mendapatkan nasihat dari pakar perubatan terlebih dahulu sebelum consume MayterLynn..


Fungsi MayterLynn

Selain memberikan fungsi yang baik kepada ibu mengandung dan menyusu, MayterLynn juga mempunyai fungsi lain seperti :-
  • Membekalkan nutrien yang diperlukan oleh tubuh badan setiap hari
  • Mengurangkan risiko strok
  • Mengurangkan risiko diabetes
  • Mengurangkan risiko penyakit jantung
  • Mengekalkan berat badan yang sihat dan ideal
  • Mengurangkan risiko asma
  • Mengekalkan kesihatan jantung
  • Mengurangkan risiko keradangan
  • Kurangkan risiko kanser kolon (usus besar)
  • Menggalakkan tekanan darah pada tahap yang sihat
  • Mengurangkan penyakit gusi dan mencegah kehilangan gigi
  • Mengelakkan sembelit
  • Kaya dengan serat dan rasa kenyang sepanjang hari
  • Mengimbangi gula dalam darah dan menghalang gula dalam darah naik secara mendadak


Manfaat MayterLynn

Selain dari fungsi-fungsi di atas, MayterLynn mempunyai beberapa manfaat lain seperti dapat melegakan gejala menopaus, kaya dengan Omega-3 dan  baik untuk kesihatan mata..

Melegakan Gelaja Menopaus
  • Dengan pengambilan MayterLynn, ia dapat melegakan gejala-gejala menopaus dengan menstabilkan emosi, mengurangkan kemurungan, stress dan insomnia, mengatasi masalah berpeluh secara berlebihan, dapat melegakan sakit otot dan mengekalkan kesihatan tulang serta mencegah jangkitan faraj. 

Kaya dengan Omega-3
  • MayterLynn kaya dengan Omega-3 yang boleh membantu melindungi sel membran dan retina mata, mencegah dan melegakan mata kering, melindungi hati, mengurangkan kolestrol, mencegah saluran darah tersumbat dan risiko aterosklerosis, Memperlahankan peningkatan kanser prostat, membantu otak untuk pembangunan intelektual, mengaktifkan otak dan meningkatkan pertumbuhan sel otak dengan baik, menghalang keradangan dan melambatkan gejala alahan.

Untuk Kesihatan Mata
  • MayterLynn adalah perlindungan yang terbaik untuk mata.. Ia kaya dengan Omega-3, Zink, Anthocyanins dan DHA yang dapat membantu untuk menjaga kesihatan mata... Dengan mengamalkan MayterLynn, ianya dapat mengurangkan keletihan dan kekeringan mata, penglihatan menjadi lebih baik, mencegah rabun malam, Glaucoma, katarak dan lain-lain lagi.



Kandungan MayterLynn

Wahh banyak betul manfaat MayterLynn ni kan.. Hanya dengan satu botol, kita dapat pelbagai manfaat darinya... Apa pula kandungan MayterLynn ni ye? Ok, MayterLynn ini mengandungi 20 bahan yang terpilih dan berkualiti yang terdiri daripada bijirin, gandum, soya dan kacang seperti serbuk ubi keledek ungu, beras perang, bijan hitam, dedak oat, emping oat, beras pulut hitam, kacang hitam, kacang merah, kacang hijau, kacang soya, kacang mata hitam, beras barli, gandum, beras sorghum, soba, serat larut, inulin, serat epal, sebuk minyak biji rami dan ekstrak stevia..

Bahan Utama MayterLynn


Bahan utama yang digunakan dalam menghasilkan MayterLynn ini adalah Ubi Keledek Ungu yang kaya dengan pelbagai nutrien seperti Selenium, Asid Amino, Anthocyanin, Selulosa, Vitamin dan Zat Besi. 



Cara Pengambilan MayterLynn

MayterLynn boleh diambil ketika sarapan pagi, minum petang, makan malam mahupun ketika supper.. Selain itu, ia juga boleh dinikmati secara kerap bagi menggantikan minuman yang berkafien, makanan ringan dan makanan yang mengandungi kalori yang tinggi.. Ini juga boleh memberikan kesan pelangsingan tubuh secara sihat..

Ok, cara penyediaan MayterLynn sangatlah mudah.. Hanya dengan beberapa step sahaja dah boleh menikmati kelazatannya..


1. Masukkan 2 sudu besar MayterLynn ke dalam cawan
2. Tuangkan 200ml air panas atau air suam
3. Kacau dan nikmati MayterLynn

Mudahkan!! Semudah ABC cara penyediaannya.. Rasanya pun sedap tau.. Paling penting ianya tak manis dan TAK MUAK!! Bagi korang yang tengah hamil atau tengah menyusu badan, boleh la cuba MayterLynn ni.. Banyak manfaatnya yang boleh didapati dengan pengambilannya.. Paling best dapat meningkatkan kuantiti susu badan.. Memang ohsem!! Disamping tu dapat juga melangsingkan badan.. Bestkan.. 

Oklah, bagi yang berminat untuk mendapatkan MayterLynn atau untuk maklumat lanjut, boleh layari laman facebook mereka seperti dibawah :-

Facebook


Read More

Abadikan Kenangan Indah Di Personalized Mug WePrintGift

Saturday, October 14, 2017

15 comments
Abadikan Kenangan Indah Di Personalized Mug WePrintGift  |  Sudah menjadi trend zaman sekarang, kalau boleh semua benda nak di custom made untuk dijadikan koleksi peribadi.. Begitu juga dengan aku, pelbagai barangan custom made dan personalized dah aku kumpul buat koleksi dengan mengabdikan gambar kenangan bersama yang tersayang.. Kebiasaannya barang yang sering menjadi perhatian untuk dijadikan barangan personalized adalah Mug.. Kenapa Mug? Mug adalah salah satu barang penting yang perlu ada di setiap rumah atau di tempat kerja.. Ia merupakan pilihan yang popular untuk dijadikan barang peribadi mahupun hadiah.. Macam aku juga, kalau nak create barang peribadi, pilihan pertama aku adalah Mug..  Terdahulu, aku sempat custom made Mother's Day Mug untuk emak aku sempena hari ibu.. Kali ni aku nak abadikan kenangan indah bersama anak aku pula di Personalized Mug WePrintGift..

weprint, weprintgift, mug peribadi, mug, personalized mug, mug cantik

Tentang WePrintGift

WePrintGift merupakan sebuah laman web printing online yang menawarkan lebih 3,000 produk  dan barangan untuk dipilih dengan kualiti tinggi, user-friendly design tools dan kaedah percetakan yang tahan lama... Selain itu, jaminan wang dikembalikan adalah 100%, bantuan customer service yang pantas dan terbaik serta anda akan nikmati pengalaman membeli belah di WePrintGift yang menyenangkan..


Abadikan Kenangan Indah Di Personalized Mug WePrintGift

Sepertimana yang aku nyatakan tadi, mug adalah sesuatu yang penting di rumah mahupun di tempat kerja dan menjadi item popular bilamana seseorang ingin jadikannya koleksi peribadi mahupun sebagai hadiah.. Kalau kita lihat sendiri, bila ke majlis kenduri kahwin, ramai yang memilih mug sebagai cenderahati.. Tak kurang juga yang memilih sebagai hadiah sempena hari jadi, hari ibu, hari bapa, hari guru dan sebagainya..

Aku sendiri gemar mengumpul mug sebagai koleksi peribadi aku disamping mengabdikan gambar kenangan bersama orang tersayang... Pilihan aku kali ni adalah dengan menggunakan perkhidmatan printing dari WePrintGift.. Kenapa aku pilih WePrintGift?? Haa banyak sebabnya.. Salah satunya, aku suka kualiti gambar dan tulisannya.. Jelas dan terang serta tahan lama kerana mereka menggunakan heat transfer printing technology untuk mencetak gambar dan tulisan mengikut design kita sendiri.. Jadi, gambar yang diprint cantik dan menarik.. Barulah moment indah terlakar dimug tersebut dengan sempurna.. Tak gitu?? Hehe..

Korang pun boleh dapatkan personalized mug anda sendiri di WePrintGift.. Korang pasti takkan kecewa dengan kualiti yang diberikan kerana WeprintGift adalah antara yang terbaik.. 


Kenapa Perlu Tempah Mug Anda Di WePrintGift

Beberapa sebab lain yang perlu korang tahu kenapa perlu tempah mug di WeprintGift adalah :-

  • Diperbuat dari bahan seramik
  • Bersaiz 3.25" diameter dan 3.75" tinggi
  • Boleh digunakan dalam Dishwasher dan Microwave
  • Boleh didapati juga dalam saiz 11oz
  • Gred AA dengan kualiti premium
  • Dicetak sepenuhnya dengan monogram, logo dan sebarang imej di permukaannya
  • Boleh didapati dalam 2 jenis cetakan iaitu Glossy dan Matte
  • Pesanan tiada had minimum ( no minimum order require (MOQ) )

Cara Order Personalized Mug Di WePrintGift

Tak rugi menempah mug peribadi di WePrintGift kerana perkhidmatan yang diberikan adalah superb terbaik. dan kualiti mug juga terjamin.. Aku sendiri berpuashati dengan perkhidmatan dan kualiti mug dari WePrintGift.. Mug yang aku tempah ni bolehlah menjadi kenangan aku dengan anak aku.. Manalah tahu, bila anak dah besar nanti gambar yang diabadikan tu dah hilang atau terdelete, bolehlah dia tengok di mug tersebut.. Sebab itulah, korang pun perlu ada satu untuk dijadikan kenangan.. Tak perlu risau, cara nak tempah mug di WePrintGift sangatlah mudah.. Jom aku ajarkan..

Cara membuat tempahan di WePrintGift :-

Langkah 1 - Pilih produk yang anda suka

Langkah 2 - Cipta design anda sendiri

Langkah 3 - Tempah dan buat bayaran

Untuk panduan lebih lengkap cara membuat tempahan di WePrintGift, sila klik link dibawah ini :-
http://www.weprintgift.com/index.php?route=information/information&information_id=22


Miliki Mug Peribadi Anda Sekarang!

Untuk maklumat lanjut atau sebarang tempahan, sila layari :-

Wedsite : www.weprintgift.com
Facebook : https://www.facebook.com/weprintgift2017/ 
E-mel : enquiry@weprintgift.com



Read More

October Book Giveaway by Blog Siqahiqa

Friday, October 13, 2017

11 comments
October Book Giveaway by Blog Siqahiqa | Wahh sahabat buat giveaway.. Sahabat mana ni? Sahabat seulat sebuku aku.. Hehe.. Katanya ni giveaway pertama beliau sempena birthdaynya dibulan oktober ini.. Sebelum teruskan niat join giveaway ni, kita wish besday dulu buat bedeygurl..
Happy Birthday Siqah.. Lea doakan moga Siqah dipanjangkan umur, diberi kebahagiaan dalam hidup hingga jannah, dilimpahkan rezeki yang halal dan sentiasa diberikan kesihatan yang baik serta berada dibawah lindunganNya.. 
Orite, dah boleh join giveaway ni.. Up banner dulu.. Hiks.. 

Klik banner untuk join

Bila blogger seorang 'ulat buku', maka giveawaynya pun akan berkaitan dengan buku termasuklah hadiahnya.. Bila ada blogger yang juga 'ulat buku', maka blogger tersebut akan serah diri dengan rela hati untuk join giveaway itewww!! Hehe.. Siapa itu?? Siapa lagi, akulah tu... Lea Azleeya, yang akan sertai giveaway yang ada kaitan dengan buku.. Kehkehkeh!!

Eh, apa yang aku melalut panjang sangat ni.. Oklah, dengan lafaz Bismillah aku join giveaway ini... Moh la kite tengok hadiah apa yang Siqah sediakan untuk para pemenang... 2 orang jerk tau pemenang dicari dan ada hadiah misteri untuk dimenangi... Best kan... Moh tengok hadiah utama dulu sebab hadiah misteri masih dirahsiakan dan masih menjadi tanda tanya... (ayat tak leh blah) haha!!

2 buah buku untuk dimenangi

Tarikh Tamat
12 November 2017

Read More

Badut Pembunuh Makan Kanak-Kanak Dalam IT

6 comments
Badut Pembunuh Makan Kanak-Kanak Dalam IT | Lama tak layan movie.. Feel nak tengok movie sekian lama dah menghilang.. Lepas bersalin ni baru feel tu datang balik.. Kalau dulu, tengok movie pun macam tak punya perasaan dan susah sangat nak faham jalan cerita.. Sekarang dah kembali normal.. Mungkin sekarang fikiran dan jiwa lebih tenang kerana tengah cuti-cuti malaysia kan.. Haha!! Baru-baru ni aku berkesempatan layan filem seram berjudul IT yang diadaptasi dari novel epic Stephen King's.

Badut Pembunuh Makan Kanak-Kanak Dalam IT

Filem ini memang best dan mendebarkan dari awal sampai akhir.. Ceritanya mengisahkan tentang seorang abang bernama Bill yang sangat menyayangi adiknya, Georgie... Hari-hari mereka sentiasa bersulamkan kebahagiaan dan kegembiraan bersama.. Pada suatu hari, kegembiraan tersebut berganti kesedihan apabila adiknya dibiarkan bermain berseorangan dalam hujan lalu hilang tanpa jejak..


Dari situlah, bermulanya pencarian adiknya oleh Bill bersama beberapa orang rakan karibnya.. Malah pencarian tersebut juga untuk merungkaikan misteri kehilangan ramai kanak-kanak lain di kawasan mereka yang berlaku sejak dulu lagi tanpa dapat dirungkai..

Pencarian tersebut telah membawa mereka kepada penemuan badut yang bergelar Pennywise atau The Dancing Clown yang suka makan kanak-kanak..


Badut ni nampak jerk comel (comel ke? cam seram jerk... haha) dengan gigi arnab 2 batang kat depan bila dia senyum.. Tapi sekali dia nganga nak ngap, huisss seram wehh!! Dengan gigi berselirat berlapis-lapis tajam.. Terkujat aku tengok... Hadoii.. Kalau korang suka cerita seram, leh la try tengok filem ni.. Tak mengecewakan..

Aku bagi 💟💟💟💟💟 (5 luv) untuk IT..

Kalau korang nak tengok  movie apa sedang ditayangkan dipawagam sekarang dan nak tengok sekali trillernya, anda boleh terus ke website  https://www.showtimes2u.com/ untuk lihat senarai pawagam dan waktu tayangan filem dipawagam berhampiran dengan korang.. Banyak tau movie terbaru yang best-best sekarang.. Map ke pawagam pun disertakan sekali dalam website tu.. Sangat membantu...


Read More

Shopping Sakan Di Lazada Dengan Voucher Merdeka Contest

Wednesday, October 11, 2017

22 comments
Shopping Sakan Di Lazada Dengan Voucher Merdeka Contest  |  26 September lalu, pemenang untuk Merdeka! Merdeka! Lazada Blogger Contest telah pun diumumkan di SINI... Dan aku telah memenangi tempat kedua dalam contest tersebut dengan hadiah berupa shopping voucher bernilai RM300.. Alhamdulillah... Hadiahnya dah pun di emailkan kepada aku pada 29 September yang lalu..

Shopping Sakan Di Lazada Dengan Voucher Merdeka Contest 

Lama jugak dok peram voucher ni sebab tak tahu nak shopping apa.. Biasalah kalau dah banyak camni nilainya, harus dimanfaatkan sebaiknya sampaikan tak tahu nak beli apa.. Pada asalnya plan nak beli barang baby, tapi rasanya semua dah ada cukup lengkap cuma botol susu aje yang tak beli lagi.. Jadi beli apa yang perlu aje lah.. Encik suami pun awal-awal lagi dah mintak dibelikan kasut kerja.. Almaklumlah kasut kerjanya lama dah tak bertukar.. Kesian jugak.. Jadi bagilah reward dekat dia untuk kali ni.. Ehh, kali ni je ke..?? Rasanya banyak kali dah.. Haha.. Nak beli baju untuk Qhaliff pun, tak jadi sebab risau tak padan dengan saiz.. Banyak dah beli baju online, bila sampai aje tengok saiznya kecil.. Jadi lebih baik beli terus di kedai.. Nak tau barang apa aku shopping di Lazada? Jom tengok..


7 barang aku shopping di Lazada dengan voucher merdeka contest tersebut... Itu pun puas fikir nak beli apa.. Encik suami rembat 2 pasang kasut kerja.. Ewaaahh sakan dia noooo... Untuk baby, aku beli botol susu pigeon.. Beli yang besar terus.. Kalau beli yang kecik, sekejap aje pakai.. Rugi hokeh!! Kalau baby tak sesuai botol ni, boleh kasi Qhaliff aje.. Pastu Desk Lamp untuk kegunaan sebagai lampu malam.. Untuk aku pulak, aku beli Maybelline Super BB Cushion dan lipstik aje.. Lipstik tu tak plan pun nak beli sebenarnya.. Itu pun sebab nak kasi cukupkan jumlah RM300 tu.. Nampak, wipes pun aku beli.. Haha.. Dah alang-alang bende alah tu dok lalu lalang depan bijik mata aku, terus aje lah masuk dalam cart..  Total semua RM 299.45.. Tak cukup jugak 300 tu.. Tak pe la.. Sen-sen aje pun kan.. Halalkan aje.. Hehe..

Postage memang tak termasuk dalam RM300 tu.. Perlu dibayar secara berasingan.. So, aku cuma bayar kos postage aje RM20..

Aku shopping ni 9hb Oktober dan kebetulan time ni tengah MYCYBERSALE... Potongan sehingga 90%.. Lagi murahlah harga barang.. Dapatlah shopping banyak sikit barang.. Ada hikmahnya juga aku peram lama voucher ni yek.. Kalau tak, kena bayar harga asal.. Huhu.. Alhamdulillah..

lazada malaysia, lazada, mycybersale

Korang yang mana nak shopping online tu, jom pakat terjah LAZADA MALAYSIA.. Sekarang tengah ada sale bersempena MYCYBERSALE.. Potongan sehingga 90% bermula 9hb hingga 13 Oktober 2017 ini.. Jangan lepaskan peluang untuk shopping sakan di Lazada ye..


Read More

Pengalaman Bersalin Anak Kedua, Muhammad AQiff RizQi

Monday, October 9, 2017

27 comments
Pengalaman Bersalin Anak Kedua, Muhammad AQiff RizQi  |  OMG!! Mood untuk update kisah pengalaman aku bersalin anak kedua ni tetiba aje datang... Bila dah mood datang, harus cepat-cepat taip apa yang patut... Kang mood dah lari bertempiaran, susah pulak nak kejar.. hehehe... Pengalaman bersalin anak kedua ni agak berbeza dari yang pertama... Boleh dikatakan, lebih dasyat dari yang pertama.. Orang cakap, lahirkan anak pertamalah yang maha dasyat.. Tapi tidak bagi aku kerana lahirkan anak kedua ni lagik tragis.. Nak tahu cite selanjutnya, kenelah baca sampai habis ye..


Anak pertama dulu aku bersalin belah petang hampir-hampir masuk waktu maghrib... Anak kedua ni aku bersalin belah pagi sebelum subuh... Berbezakan.. Haha..  Waktu bersalin pun aku amek port kan.. Biasa la sebelum kita cerita, kasilah hakak berdrama sikit.. hehe..

10 September 2017
12.00 Tengahari

Tanda dah keluar time ni.. Macam anak pertama jugak, keluar darah... Orang cakap, kalau keluar tanda darah ni sakit dia memang dasyat.. Ternyatalah ianya benar.. Tapi time ni sakit biasa-biasa jerk.. Baru lagik kan.. Boleh relax-relax lagi.. Boleh pergi jalan rumah kawan lagi time ni makan-makan.. Lepas balik dari makan tu, rehat sekejap dan buat persediaan dan check apa yang patut dan sempat lagilah kemas rumah.. hehe.. Qhaliff pun encik suami hantar siap-siap rumah pengasuh petang tu jugak.. In case apa-apa senang nanti... Hati tu rasa dah nak pergi serah diri, risau jugak kan kalau tetiba sakit teruk.. Tapi tenangkan diri lagi tunggu lepas solat isyak baru pergi serah diri..

9.00 Malam

Semua kelengkapan dan keperluan aku dan baby dah ready dalam kereta... Tibalah masa untuk aku serah diri... Dalam perjalanan terfikir untuk pergi makan dulu... Nanti nak bersalin tak de tenaga pulak kalau tak makan... Ada yang pesan, sebelum ke hospital baik makan dulu supaya time nak bersalin kita ada tenaga.. Oleh nasihat itu, aku pergilah makan dulu.. Time ni sakit dah agak terasa dan semakin kerap tapi masih aku boleh tahan lagi... Dah sampai bandar kuantan, mula cari tempat makan.. Buntu pulak nak makan dekat mana.. Selera tak berapa nak ada sebenarnye sebab itu tak tahu nak makan dekat mana... Kebetulan lalu pulak depan McD time tu terus terasa nak makan mekdi tetiba.. Haha.. Selera apakah itu?? OMG!! Terus decide untuk makan mekdi aje.. Drive Thru je la senang sikit.. Tak kuasa mak nak masuk mekdi, makan dalam tu.. Makan aje dalam kereta..

11.00 Malam

Lepas makan, terus aje pergi hospital untuk serah diri.. Hospital depan Mekdi tu je haaa.. Time ni sakitnye lebih kerap dan dah agak terasa sangat.. Tapi tetap under control lagi.. Selawat dan doa Nabi Yunus tak lekang di bibir aku.. Moga dipermudahkan segalanya.. Sampai saje hospital di bahagian Low Risk, terus daftarkan diri dan aku dibawa kedalam bilik rawatan untuk doktor buat pemeriksaan... Terasa agak malang diri ini untuk kali kedua kerana doktor lelaki yang check aku... Tuhan saja tahu betapa aku rasa tak selesa.. Tapi aku tiada pilihan... Ini bukan hospital swasta untuk aku request doktor perempuan... Lebih malang bila doktor tersebut adalah doktor baru a.ka pelatih...

Macam biasa lah, bila dah masuk ke dalam bilik pemeriksaan tu, segala wayar akan dilekatkan kat perut aku untuk dapatkan bacaan denyutan jantung baby dan juga tengok kekerapan contraction.. Lepas tu, bukaan jalan diperiksa.. Aduii malu bukan kepalang bila doktor lelaki yang check.. Baru 1cm katanye.. Aku agak frust sebab sakitnye kemain lagi tapi baru 1cm.. Biar betul.. Pelbagai soalan ditanyanya.. Tentang anak terdahulu, tentang masalah kesihatan dan bagai-bagai lagi.. Kemudian aku diminta pindah ke katil lain untuk scan.. Kali ni doktor wanita yang scan.. Doktor terlatih.. Alhamdulillah.. Dan lepas scan, sekali lagi doktor check jalan.. Kali ni katanya 3cm.. Lalu doktor lelaki tadi ditegurnya kerana salah buat bacaan jalan.. Berhuhu lagi aku kerana aku dibuat seperti bahan uji kaji.. Disuruhnye doktor lelaki tadi, check balik dan belajar semula baca jalan.. Ya Allah, tuhan  sahaja tahu betapa hati aku sakit ketika ini.. Ditambah sakit contraction lagi.. Boleh pulak dia buat aku bahan pembelajaran dia..

Lepas selesai segala prosedur di bilik pemeriksaan tersebut, aku dibawa ke wad bersalin sementara menunggu waktu untuk melahirkan.. Ada 2 orang lagi sedang menunggu masa.. Ada juga yang baru masuk terus ke labour room, mungkin dah sampai masa.. Sepanjang aku tunggu waktu aku, beberapa orang juga telah selamat melahirkan.. Aku dan 2 orang lagi di wad bersalin masih menanti giliran masing-masing... Yang katil sebelah aku, nampak selesa berbaring dan tidur.. Yang seorang lagi, dok berjalan kehulu kehilir, mungkin untuk memudahkan bersalin kot.. Aku lihat dorang relax jerk.. Tak rasa sakit ke dorang ni?... Aku ni bagai nak mati menahan sakit yang tak terperi.. Tapi time ni masih boleh bertahan walaupun dah sakit sangat dan masih boleh pergi toilet beberapa kali... Hehe.. Boleh jugak dok layan wasap and messenger..

11 September 2017
2.00 Pagi

Jam 2.00 pagi, dah mula rasa sakit sangat.. Sampaikan hanya boleh bertahan dengan duduk di birai katil.. Kalau baring, rasa sakitnya lagi maha dasyat.. Jadi, aku hanya mampu duduk di birai katil sahaja sambil menahan sakit.. Dah puas menahan dan rasa tak sedap hati, aku minta nurse checkkan jalan lagi sebab dah rasa lain macam.. Masuklah aku dalam labour room dengan harapan agar inilah penamatnya dan aku boleh melahirkan dengan selamat.. Doktor yang sama check aku.. Doktor pelatih lelaki tersebut menyatakan jalan masih 3CM!! Hoh!! Terpinga-pinga aku.. Betul ke?? Dari jam 11 malam hingga sekarang masih menten 3CM.. Tapi apa boleh aku buat kalau itu dah katanya.. Maka, aku kembali ke katil aku semula.. Nurse maklum pada aku akan datang melawat setiap pesakit selepas 2 jam kemudian.. Aku sabarkan hati menunggu nurse datang melawat nanti.. Time ni dok wasap dengan encik suami.. Katanya dah mengantuk sangat and nak tidur sekejap dalam kereta sambil tinggal pesan supaya call dia kalau dah dekat nak bersalin.. Huhu..

3.00 pagi

Sakit makin mencucuk-cucuk.. Lepas baring aku duduk.. Puas duduk aku baring.. Masa ni sakit makin menyiksakan.. Allahuakbar... Tak dapat nak gambarkan macam mana.. Nak pergi toilet dah tak mampu... Tak mampu nak berjalan lagi.. Tapi masih sabar menanti sehingga jam 4 pagi mengharapkan nurse datang check.. Masa ni aku mengharapkan masa berjalan dengan pantas.. Tak larat dah nak duduk dalam keadaan yang ngeriiii macam ni..

4.00 Pagi

Tenaga makin berkurangan akibat menahan sakit.. Sakit dah tahap maksima... Darah pun makin banyak keluar sampai habis katil kena darah.. OMG!! Apakah.. Bersalin sebelum ni, tak pernah berdarah macam ni sekali.. Kain aku tak payah cakap la.. Darah di merata-rata.. Tapi tak de la macam tumpah darah tu kan.. Cuma darah agak banyak keluar tak seperti aku bersalin yang dulu.. Aku makin takut.. Sakit dah tak tertanggung lagi.. Tunggu nurse datang check tapi tak juga datang... Akhirnya, aku gagahkan diri berjalan ke bilik rawatan sambil berpaut pada dinding.. Sampai saje depan pintu bilik rawatan, aku terus panggil nurse dengan suara tak berapa nak keluar dah sebab sakit sangat.. Huhu.. Nurse suruh aku bertenang dan duduk atas kerusi dulu sementara dia kemas katil bersalin yang baru selesai digunakan oleh pesakit lain.. Lepas tu terus saja aku disuruh naik ke atas katil bersalin untuk check jalan... Kali ni check jalan sangatlah sakit sebab aku memang dah sakit kan.. Doktor yang sama juga check aku.. Katanya dah 7 ke 8cm kalau tak silap aku.. Aku dengar tak dengar dah time tu.. Rasa dah berada kat dunia lain dah.. Haha.. Gile betul la.. Hehe..

Air ketuban dipecahkan... Nurse cakap, baby dah berak dalam perut dan terus disuruhnya aku untuk teran risau baby tertelan najis.. Aku tak rasa nak teran lagi sebenarnya time tu tapi aku gagahkan jugak diri untuk paksa teran.. Tapi kenapa tak boleh.. Aku rasa pundi kencing aku penuh dan dalam masa yang sama nurse pun terus ambil tiub untuk buang air kencing aku.. oh, nurse ni macam tahu-tahu aje kan.. Terima kasih.. Lepas tu barulah aku ada rasa nak meneran.. Pada awalnnya nurse sahaja yang uruskan aku.. Lepas tengok aku tak berjaya dalam usaha meneran, doktor wanita datang membantu.. 2 orang lagi doktor baru, lelaki sebagai pemerhati.. Semua nurse yang ada memberi semangat kat aku dan bantu sedaya mampu.. Seksanya rasa... Sakit bukan kepalang.. Berlainan sekali melahirkan anak pertama dulu.. Kali ni lagi dasyat sakitnya nak bersalin.. Sedaya mungkin aku meneran.. Kata doktor, kepala dah keluar sikit, sampai tang dahi tu tak lepas.. Bila dah segala usaha dilakukan dan aku juga tak berjaya untuk bersalin secara normal, doktor buat keputusan untuk gunting.. Allahuakbar.. Sakitnya.. Rasa sangat masa dia gunting...

Lepas dah gunting, aku disuruh teran sekuathati.. Risau baby lemas... Dan aku usahakan sampai berjaya.. Alhamdulillah tepat jam 4.50 Pagi, anak kedua aku selamat dilahirkan... Bersyukur sangat aku bila dah terlepas dari azab yang maha dasyat.. Azab di atas muka bumi yang hanya secebis.. Di akhirat kelak, tak tahu lah macam mana.. Allahuakbar..

5.00 pagi

Proses untuk mengeluarkan uri dan darah-darah beku dilakukan... Rasa sakit masih mencengkam dek kerana kesan gunting dan kesan bersalin... Selesai urusan tersebut, tibalah masa untuk proses menjahit yang aku sendiri rasa seriau kerana tugas ini diberikan kepada doktor lelaki pelatih tadi.. Aku rasa tak yakin tapi aku redha aje lah.. Aku dibius.. Permulaan, tiada rasa apa-apa.. Berjalan dengan baik.. Cuma aku jadi semakin risau bila doktor menjahit dengan agak lambat.. Terlalu lambat.. Dalam hati, nanti dah habis ubat bius tu mahu aku menjerit nanti time jahit bahagian kulit.. Rupanya rasa tak yakin aku tu bersebab.. Ternyata doktor tersebut tak berjaya nak selesaikan tugasnya dengan baik.. Dia tak pandai jahit hokeh!!! Arggghhh rasa nak marah pun ada.. Nurse pula ambil alih sambil nurse tu membebel kat doktor tu sebab tak maklum dekat doktor wanita tadi yang dia tak pandai jahit.. OMG!! Aku jadi mangsa keadaan lagi..

Nurse tu pun tak tahu nak sambung jahit macam mana lagi sebab katanya jahitan doktor tadi sangat tak cantik.. Dia usahakan juga.. Seperti yang aku jangkakan, time nak menjahit kulit luar, ubat bius dah hilang.. Sakit bukan kepalang.. Aku dijahit hidup-hidup.. Menjerit aku time jahit tu.. Sakit sangat wehhh!! Tapi apa boleh buat, terpaksa bertahan jugak.. Masa bersalin anak pertama dulu, time jahit tak sakit langsung sebab nurse yang jahit tu sangat pantas dan pandai.. Selesai urusan jahit menjahit, nurse mintak maaf sebab jahitan tak cantik akibat sambung kerja orang lain.. Aku pasrah..

Selesai semua, baru aku call encik suami.. Dia pun terkejut sebab semuanya dah selesai.. Tak sempat nak call dia, dah sakit sangatkan tak ingat apa dah.. Makanya, kali ni aku bersalin tanpa ditemani encik suami.. Dia ambil tugas dia untuk azankan anak.. Lepas tu teman aku rehat sekejap dalam labour room sebelum aku ditempatkan ke wad.. Selepas ditempatkan di wad, aku dikhabarkan akan ditahan sehari semalam untuk pemantauan baby kerana baby suspek tertelan najis.. Mari berhuhu.. Alhamdulillah baby ok.. Berak dan kencingnya semua ok dan teratur.. Hari selasa aku dah dibenarkan keluar wad.. Yeyyy boleh balik dahh!! Haha..

Alhamdulillah kali ni pun semua nurse memberi layanan yang baik pada aku.. Terima kasih pada semua nurse dan doktor HTAA yang dah berusaha untuk bantu aku melahirkan anak yang kedua ni sehabis baik dan merawat aku sepanjang aku di hospital dengan layanan terbaik.... Hanya tuhan sahaja yang dapat membalas jasa kalian.. Hiks.. 😉

Ok, la.. Tu aje la pengalaman ngeri yang aku nak cerita.. Hehe..Panjang melebooo dah tu.. Aku titipkan pengalaman ni sebagai kenangan aku dikemudian hari.. Yang anak pertama dulu tak sempat pulak aku nak buat entry.. Tak pe la, cukuplah pengalaman ngeri kali ni aku abadikan dalam blog aku ni.. Juga untuk kengerian korang yang akan mengalaminya.. Haha.. Jom aku belanja sikit gambar baby boy aku, Muhammad Aqiff Rizqi..


11 September 2017 (Isnin)
4.50 Pagi
HTAA

Time ni dah balik umah mak dah..

Kepala dah botak kene cukur dek tukang urut.. 
Tak elok katanya simpan lama-lama rambut baby yang dalam perut..


OMG!! Dia senyum... 


Ni gambar terbaru.. Belum sebulan lagi usiaku..


Read More

Giveaway Refresh Blog

Friday, October 6, 2017

20 comments
Giveaway Refresh Blog  |  Holaaaa.. Bergiveaway lagi kite.. Boleh bersenang-senang sikit bila si kecil tu tidur.. Alhamdulillah.. Hehe.. Kali ni nak join giveaway geng pata timoooo kitee, Shalimar.. Giveaway ni agak menarik sebab kena up lagu feberet kita... Jengjarang ada giveaway cenggini.. Terbaik Sha.. Hiks.. Sebelum melalut ke laut, baik aku up banner dulu... Ehh tapi kenapa ekk nama giveaway ni Giveaway Refresh Blog?? Hurmm Satu persoalan tu... Tak pe, kita up banner dulu yek... 

Klik banner untuk join plz..!!

Banner pun dah buat aku nak join.. Warna kegemaran aku.. "CEKELAT".... Tak yah menceceh banyak sangat sebab aku tak sabar nak up lagu feberet aku.. Shalimar ingat dia sorang je ada lagu feberet.. Aku pun ada laa... (haha dah cam nak gaduh jerk bunyiknye ekeke).. Banyak sebenarnya lagu yang aku suka.. Terutamanya lagi reggae dari group PureVibracion... Tapi kali ni aku nak up lagu retis melayu kita jerk.. Lagu Tiada Tangis Lagi dari Ella.. Dolu-dolu selalu la karok lagu ni.. Lagu kenangan ohh!! Opppss...!!

Tiada Tangis Lagi
Ella

Engkau jadi kenangan 
Dalam hati 
Terlalu lama engkau pergi  

Langit masih begitu
Anggun dan biru
Mempayungi taman rindu

Kiambang menjadi lambang
Kau bagai bayang bayang
Kini ku terbuang

Danau tenang selalu
Seolah tidak tahu
Gelora di hati ku

Selama hayat ini
Ku simpan rahsia hati 

Ku renung masa nan lalu
Terasa pilu
Kemana harus ku mengadu

Kiambang menjadi lambang
Kau bagai bayang bayang
Kini ku terbuang

Danau tenang selalu
Seolah tidak tahu
Gelora di hati ku 

Selama hayat ini
Ku simpan rahsia hati
Di sini ku berdiri
Tiada tangis lagi


Sobb Sobb Sobb.. Sedih wehh.. Huh!! Oklah, syarat semua dah aku settle-kan.. Mudah aje syaratnya... Alhamdulillah.. TQ Shalimar.. Dengan ini, rasminya aku join giveaway ini..

Tarikh Tamat
20 Oktober 2017



Read More

Giveaway Suka Hati Lah by E'in

Tuesday, October 3, 2017

17 comments
Giveaway Suka Hati Lah by E'in  |  Hehehe kiut sangat tajuknya.. Pape pun tahniah buat E'in sebab akhirnya berjaya anjurkan giveaway buat pertama kali katanya.. Sebelum aku membizi mendraf entry lain, aku join dululah Giveaway Suka Hati Lah by E'in ni.. Kang dah membizi tak sempat pulak nak join.. Hiks..

Klik banner untuk join

Orite, banner dah pun di up kan.. Syarat yang lain pun mudah aje.. Cuma follow blog dan google+ beliau aje.. Mudah gile kot syaratnya.. Pemenang hanya seorang sahaja dicari oleh E'in untuk memenangi hadiah berupa sebotol perfume De'Xandra... Meh la join ramai-ramai.. Kalau menang nanti leh la mewangi... Hehe..

Aku nak tag secara paksa di sini 2 orang rakan aku... Moh join wehhh!! 

Tarikh tamat
23 Oktober 2017



Read More

Giveaway Paling Gedik

Sunday, October 1, 2017

20 comments
Giveaway Paling Gedik  |  Hi korang!! Nampaknya hari ni aku sangatlah free sebab semua kerja urgent dah selesai semuanya.. Time-time ni lah aku boleh lapangkan diri untuk join giveaway kengkawan... Orite, kali ni aku nak join giveaway yang agak gedik sikit.. Hehe.. Kenapa gedik? Sebab tajuknya Giveaway Paling Gedik!! Haha.. Sweet sangat tajuknya.. 

Klik banner untuk join

Untuk giveaway ni, hanya seorang pemenang sahaja dicari.. Hadiahnya pun comel sangat secomel tajuk giveaway ni.. Nak tahu ke hadiah apa? 


Tu dia.. Baju tidoq yang comel-comel belaka.. Haisss comel sangat weh baju tido ni.. Mane mau dapat ni? Rasa nak beli semua jerk kalau jumpa.. Haha.. Kalau korang rasa nak merasa pakai baju tidoq yang comel ni, jom la join reramai giveaway ni.. Mane tau ada rezeki menangkan.. Aku pun sekadar mencuba nasib jerk la ni.. Sebab sorang aje yang akan dinobatkan sebagai pemenang.. Hihi..

Kalau rasa nak join tu, boleh klik banner kat atas nun ye.. Syaratnya sangatlah mudah.. Pejam mata pun boleh setel.. Haha!! Drama sangat hakuu!!


Tarikh Tamat
Bila-bila masa sahaja!!



Read More

Review Novel | Parut Dari Zahida Zarkasi

Saturday, September 30, 2017

12 comments
Review Novel | Parut Dari Zahida Zarkasi | Lama betul peram entry ni.. Dari awal bulan 9 lagik.. Sekarang dah akhir bulan.. Huhu.. Kejung otak nk ingat balik jalan ceritanye.. Nasib baik dah up review di goodreads... Leh jugak buat rujukan balik.. Hehe.. Moh le tengok ape kata aku tentang novel Parut dari Zahifa Zarkasi ni...  Ok ke idokkkk???


First impression aku terhadap novel ni ialah "Tak Best"!!.. Tengok saja tajuknya.. Hanya tentang Parut... Tengok pulak cover dia, sangatlah tak menarik... Tapi bila dah baca, perghh memang terkagum sekejap dengan jalan cerita yang di garap oleh penulis.. Terbaikk toqqq!!.. Aku suka jalan ceritanya.. Walaupun pada awalnya susah jugak nak faham disebabkan watak yang tetiba aje wujud pada awal cerita... Lama kelamaan, ceritanya semakin sebati dan mula menarik minat aku untuk terus baca sampai habis..

Aku ceritalah sikit ye jalan ceritanya.. Kisah bermula bila mana seorang gadis yang bernama Haifa hilang ingatan akibat dari kemalangan.. (tanggapan pertama aku).. Dia tiba-tiba menghilangkan diri disaat dia disatukan dengan kekasih hatinya.. Dia melarikan diri ke utara tanah air tanpa tujuan.. Ada sesuatu yang membawa dia sampai kesana.. Sampai aje disana, dia tinggal bersama tok timah nenek angkatnya yang baru dikenalinya.. Tok timah dah tua dan dia membela.. Dia nak cari pewaris untuk belaannya itu dan Haifa menjadi mangsanya.. Rupanya, haifa hilang ingatan kerana dipengaruhi oleh ilmu hitam tok timah sehingga dia terbawa kesana tanpa sedar.... 

Parut? Ye novel ni mengisahkan tentang parut yang ada diwajah Haifa.. Yang sebenarnya, Haifa tak de pun parut diwajah.. Itu semua ilmu hitam Tok Timah untuk membuatkan Haifa merasa rendah diri.. Huhu.. Tok Timah yang berparut dimuka sebenarnya.. Sangat hodoh dan menakutkan.. Tapi dek kerana ilmu hitam dia, Haifa tak nampak semua tu.. Sebab tu dia boleh terima untuk tinggal dengan tok timah.. Semua orang kampung pelik dengan keberanian Haifa.. 

Apa jadi dengan Haifa selepas itu?? 

Nak tahu kena beli dan baca sendiri yek.. Takat tu jerk la aku cite.. Takan nak cite sampai habis kot kan... Korang beli dan baca sendiri baru syiokk.. Korang tak kan kecewa dengan jalan cerita novel Parut ni.. Banyak lagik plot menarik dalam novel ni... Suspen, seram semua ada.. Best!! Kalau baca mesti tak sabar nak tahu kesudahannya.. 


Orite, ini sinopsis novel ni.. Korang baca la sinopsisnya dulu.. Pastu korang nilai sendiri dari sinopsis dia best ke tak.. Tapi yang pasti, bagi aku Parut ni best... Tak rugi beli dan baca.. Berbaloi-baloi bak kata orang... Kat bawah ni review aku di goodreads.. Moh baca lagik.. Haha!!

ParutParut by Zahida Zarkasi
My rating: 4 of 5 stars

AKU SUKA NOVEL NI!!
Yess aku suka jalan cerita yang digarap oleh penulis dalam novel ni.. Sangat menarik dan perjalanan cerita yang berjalan lancar tanpa tersekat dimana-mana.. Tahniah buat penulis kerana berjaya menghasilkan sebuah karya yang menarik seperti ini..

Permulaan cerita membuatkan aku semakin ingin tahu apa yang seterusnya akan berlaku.. Sampaikan aku tak sanggup stop baca novel ni sbb nak tahu sangat kenapa dan kenapa...!!

Parut mengisahkan seorang gadis bernama haifa yang telah terkena ilmu hitam tok timah yang menginginkan seorang menjadi pewaris belaannya.. Sebelum dan selepas kisah haifa terkena buatan tok timah tu byk la liku-liku yg haifa lalui.. suka duka.. pendek kata novel ni memang cukup lengkap jalan ceritanya.. Aku suka.. Hehe..

Kalau nk tahu jalan ceritanye kena baca sendiri.. Baru feel..

View all my reviews



Read More

First Beauty Box Giveaway by Us with Love ❤

Friday, September 29, 2017

7 comments
First Beauty Box Giveaway by Us with Love ❤ |  Comel sangat tajuk giveaway ni sebab ada kat belakang tu.. hehe.. Mula-mula rasa malas nk join giveaway ni.. Lastnya terjebak jugak sebab tetiba ada masa terluang dan tak tahu nak buat apa.. Anak pun tido dengan gojessssnyee.. Hiks.. So, dapatlah aku join First Beauty Box Giveaway by Us with Love ❤ ni... Apa-apa pun kita up banner giveaway dulu yek.. Kang tak lengkap pulak syarat-syarat yang dikenakan.. 

Klik banner untuk join

Kalau korang nak tahu, giveaway ni ramai sponsor.. Jadi, sebab itulah hadiahnya jugak hebat iaitu pemenang akan mendapat sebuah beautybox yang didalamnya terdapat barangan bernilai RM 250.. Perghhh best ohh!! Tapi cuma seorang pemenang sahaja dicari... Layakkah aku? Bertuahkah aku? Terpilihkah aku?? Ohh, itu terpulang pada rezeki masing-masingkan.. Kalau terpilih, Alhamdulillah.. Kalau tak terpilih, itu bermakna bukan rezeki aku dan mungkin rezeki korang... hehe.. Yang penting, kite support sesama sendiri supaya ukhwah terjalin lebih erat.. Haaa tu dia, siap keluar ayat ukhwah tu.. Kerrrrrlaaazzzzz ko mak!!

Rasanya semua sponsor pun aku dah follow sebelum ni dan agak rapat jugak dengan mereka-mereka.. Siqah, Nurul, Mrs. Pip, Mellya, Shafyqah dan Aira... 

Siqah memang aku rapat sejak dulu lagi.. Tu pun sebab kitorang minat membaca dan aku banyak tanye dia pasal gambar.. Dia snap dan edit gambar memang cantik sangat,... Kagum siot aku dengan dia.. 

Nurul lak aku rapat sejak join giveaway dia dulu dan terus kontek untuk beli shaklee dan seterusnya disebabkan planner pulak.. Haha!! Gile betul kan... 

Mr. Pip, selalu blogwalking blog aku dan aku jugak selalu terjah blog dia.. Cuma sekarang jerk aku ni kekangan masa sangat tak dapat nak jengok Mrs. Pip Sangat.. Sori yek Mrs. Pip.. Nanti ada masa lea kembali.. hehe.. 

Mellya, dulu-dulu kerap join giveaway dia.. Semua giveaway yang dianjurkannya sangat menarik dan mendapat sambutan.. Dari situ aku kenal dia.. 

Shafyqah pun sama.. Selalu terjah blog aku.. Dan aku ni jerk jarang-jarang jengok dan melawat dia.. Cam aku cakap tadi la kekangan masa dik oiii... 

Aira, Yess baru jerk berkenal-kenalan.. Lagik rapat bila satu group dalam #teambloggerpantaitimur.. Moga terus erat silaturahim kita dalam group pata timo tu yek.. hehehe..

Hoh panjang lebo la pulak entry ni.. Saje buat panjang sebab semua sponsor aku kenal.. So, apa salahnya sekali sekala bercerita sal dorang kan.. Bukan selalu.. Jadinya, kepada korang yang nak join giveaway ni klik jerk banner kat atas tu yek.. Meh la kite pakat join reramai kasi meriah giveaway ni hokeh... Akak chowww dulu!!



Tarikh Tamat
20 Oktober 2017

Read More

MYLARA Skincare Pilihan Terbaik Untuk Merawat Masalah Kulit Wajah

9 comments
MYLARA Skincare Pilihan Terbaik Untuk Merawat Masalah Kulit Wajah  |  Aduiii stress wehh!!.. Lepas bersalin, kulit muka aku mula bermasalah.. Kering sana, menggerutu sini.. Kusam tak yah cakap la.. Memang tahap kusam kronik punye...  Nasib baik tak tumbuh jerawat aje.. Huhuhu.. Untuk mengatasi dan merawat kulit muka aku ni, aku lebih prefer skincare yang mudah digunakan sebab aku ni bukan rajin sangat.. Hehe.. Selain tu, faktor paling utama kena pastikan skincare tersebut tiada bahan kimia merbahaya dan telah diluluskan oleh KKM.. Itu syarat wajib ye dalam pemilihan skincare.. Bahaya oh, kalau main hentam pakai jerk.. Boleh rosak kulit muka nanti.. Kalau korang nak tahu, aku agak teruja dengan testimoni pengguna satu produk skincare ni.. Ramai yang dah berjaya dengannya.. Jadi, aku buat keputusan untuk menggunakan MYLARA Skincare pilihan terbaik untuk merawat masalah kulit wajah.. Wajah siapa?? Wajah aku la.. Haha!! Jom aku kongsikan dengan korang kehebatan produk MYLARA ni..


Disebabkan aku ni seorang yang tak berapa nak rajin, so aku prefer pakai MYLARA Basic Set sahaja.. Dalam basic set ni cuma terdapat 3 item aje sebenarnya dan aku tambah 1 lagi item untuk masalah kulit aku ni, jadilah 4 item kesemuanya.. Dengan hanya 4 item ini, aku tak perlu ambil masa yang lama untuk apply kesemuanya.. Tak sampai 5 minit dah boleh look amazing gituu!! Produk ini tiada kesan sampingan kerana ianya diperbuat daripada bahan organik dan berkesan merawat masalah kulit seperti kulit kusam, kulit berminyak, jerawat, jeragat, parut jerawat dan hiperpigmentasi.. Paling penting produk ini telah mendapat kelulusan KKM dan dijamin HALAL.. Selain itu, MYLARA Skincare ni memiliki doktor dan staff-staff yang mahir dalam bidang masing-masing yang boleh consult korang jika korang menghadapi sebarang masalah.. Terbaik kan!!

Jom kenali serba sedikit tentang MYLARA Skincare :-
MYLARA Skincare adalah hasil dari gabungan tenaga profesional dalam merumus formulasi set penjagaan wajah untuk kekal sihat dan terawat. Dirumus dari ekstrak tumbuhan dan buah, MYLARA sesuai digunakan buat semua jenis kulit wajah, seawal usia 14 hingga 60 tahun.. MYLARA Skincare dihasilkan dari kilang yang bertaraf GMP. Bahan-bahan serta formulasi yang dihasilkan telah diuji secara klinikal dari aspek keberkesanan dan keselamatan berlandaskan syarat-syarat pengilang GMP... Tiada ujikaji pada haiwan dijalankan.
mylara, skincare terbaik, merawat masalah kulit wajah, skincare lulus KKM, skincare murah,
MYLARA Skincare Pilihan Terbaik Untuk Merawat Masalah Kulit Wajah
Set yang aku guna ni terdiri daripada 4 item iaitu cleanser, peeling gel, day cream dan night cream.. Simple kan.. Hanya dengan 4 item ini dah boleh merawat pelbagai masalah kulit wajah.. Tapi kenalah konsisten ye.. Kalau kejap pakai kejap tak pakai, memang tak merawatlah jawabnya.. Walaupun aku ni tak berapa rajin, tapi aku  konsisten tau.. Haa.. Nak cantik kenalah konsisten kan.. Baru hasilnya lumayan gituu.. Hiks.. Setiap item ada keistimewaannya tersendiri.. Nak tahu?? Terus baca sampai habis ye..


MYLARA 4 in 1 Collagen Cleanser (60ml)
Harga : RM 24.00

Gel pencuci muka berwarna 'pink muda' (pewarna dari ekstrak mawar) yang mempunyai 4 fungsi utama iaitu membersih, melembutkan, menganjalkan dan menyamakan tona kulit ini boleh menghapuskan kesan-kesan make-up, minyak dan kekotoran pada wajah.. Antara bahan utamanya ialah :-

  • Ekstrak Betik  -  Melembap, menghilangkan pigmentasi dan  mengurangkan kedutan
  • Minyak Kelapa  -  Anti iritasi dan memberi kelembapan
  • Ekstrak Lidah Buaya  -  Melembap dan melembut
  • Kolagen Larut  -  Memberi kelembapan, melembutkan dan anti-penuaan

Cara Penggunaan
Cuci muka 2 kali sehari dengan mengikut 2 langkah berikut :-
  1. Pamkan 1-2 kali pencuci muka ke atas tangan yang basah, buihkan dan ratakan ke atas muka dan leher
  2. Bilas dengan air suam secukupnya dan biarkan kering sebelum menggunakan MYLARA Hydro Peeling Gel
Aku suka pencuci muka ni sebabnya dalam bentuk gel yang mesra pengguna, lembut, berbau harum serta multi-fungsi.. Paling best, boleh menanggalkan make-up.. So, tak payah dah guna make-up remover.. Terus aje guna MYLARA Collagen Cleanser ni untuk bersihkan make up dan segala kotoran pada wajah.. Muka pun terasa segar aje lepas cuci.. Tak tegang dan pedih.. Lembut aje rasa hokeh!! Selain itu, ia tak terlalu berbuih.. Kata orang, pencuci muka yang tak banyak buih ni, adalah ciri-ciri pencuci muka yang baik dan boleh mengekalkan kelembapan kulit wajah.. Wahh memang terbaikk uolls...




MYLARA Hydro Peeling Gel (20ml)
Harga : RM 25.00

Merupakan gel penghapus kulit mati pada wajah yang dihasilkan dari kelopak mawar dan berasaskan air.. Sangat bermanfaat untuk menutrisikan kulit, menjadikan kulit bersih, putih, lembut dan sihat.. Fungsi utama Peeling Gel ini adalah untuk menghapuskan sel-sel kulit mati pada permukaan wajah yang menyebabkan kulit kusam, tidak berseri dan nampak tidak sihat.. Selain itu, ia juga dapat mengecilkan pori-pori wajah.. Mengandungi bahan-bahan seperti :-
Aqua, Sodium Laureth Sulphate, Cocamidoprophyl Betaine, Glycerine, Aloe Indica (Aloe) Extract, Potassium Hydroxide, Silicon Blend, Polyetheylene Beads, Rosa Damascena (Rose) Distillate, Juglan Regia (Walnut) Shell Powder, Carbomer Hyaluronic Acid, Triethanolamine, Allantoin, Honey Saccharideisomerate, Cellulose, Phenoxyethanol, Methylisothiazolinone, Disodium EDTA, Fragrance

Cara Penggunaan
Digunakan selepas menggunakan Collagen Cleanser.. Letakkan beberapa titisan gel dihujung jari dan sapu perlahan-lahan ke seluruh kawasan muka dan leher selama 3 - 5 minit.. Bilas dengan air suam..

Aku guna Hydro Peeling Gel ni 2 kali seminggu.. Best tau, kulit rasa lembut jerk tak menyakitkan.. Habis semua kulit mati tanggal.. Kulit aku yang menggerutu tu pun dah semakin ok.. Bersih jerk kulit lepas guna.. Paling penting, selamat digunakan ye tiada kesan sampingan dan sesuai untuk semua jenis kulit..



 MYLARA Matte Miracle CC Cream SPF 30 (7g)
Harga :  RM 28.00

Krim multifungsi yang berkesan melindungi kulit wajah dari sinar UV dengan SPF 30.. Terbukti secara klinikal dapat meningkatkan tekstur kulit dan memberi kelembapan yang secukupnya dan melembutkan kulit wajah.. Krim ini berciri 'matte finishing' yang tidak menyebabkan wajah berminyak dan tidak menyumbatkan pori-pori.. CC Cream ini terdiri daripada primer pencerah wajah, foundation ringan, pelembap, dengan bahan-bahan anti-penuaan dan pemangkin kolagen.. Bahan istimewa yang terkandung dalam CC Cream ini ialah :-
  • Minyak Argan  -  Melembap dan menegangkan (prokolagen)
  • Titanium Dioxide  -  Melindungi dari sinar matahari dan anti-cancer (kulit)
  • Serbuk Mutiara - Mempercepatkan pertumbuhan kulit baru dan regenerasi kolagen

Cara Penggunaan
Selepas penggunaan Hydro Peeling Gel, sapukan CC Cream 15 minit sebelum terdedah kepada sinaran matahari.. Adalah digalakkan untuk menambah sapuan selang 2 jam jika masih terdedah kepada sinaran matahari...

I luv it!! Krim muka yang berciri 'matte finishing' memang krim muka feberet aku.. Mane taknye, bila pakai ofkos tak melekit dan tak berminyak.. Muka pun nampak natural glow jerk.. Teksturnya pun ringan dan lembut.. Kalau pakai krim ni, dah tak perlu nak apply foundation.. Mudahkan.. Tak perlulah nak tebalkan lagi muka dengan foundation bagai.. Sebab segalanya dah terkandung dalam CC Cream ni.. Baunya pun best tau.. 



MYLARA Revitalizing Night Cream (7g)
Harga : RM 28.00

Krim malam yang berfungsi mencerahkan kulit dari dalam untuk menyubur dan melembapkan kulit sehingga 8 jam.. Membantu menghapuskan noda hitam, menyamakan tona wajah, menghapuskan tanda-tanda penuaan dan mencerah seawal 14 hari pemakaian dengan bahan-bahan yang terbukti secara klinikal.. Dihasilkan daripada bahan mentah import berkualiti tinggi dan dijamin merawat wajah secara optimum sepanjang malam.. Mempunyai bahan aktif iaitu buah berry yang secara saintifik membuktikan kesan pencerahan dan antioksida 10 kali lebih berkesan dari bahan aktif lain.. Bahan utama didalamnya adalah :-
  • Alpha Arbuntin  -  Mengurangkan noda hitam dan menghalang produksi enzim tyrosinase
  • Beeswax  -  Melindungi dari kotoran sekitar dan melembap
  • Vitamin C  -  Anti-oksida, anti-cancer dan menggalakkan produksi kolagen
  • Vitamin E  -  Meremajakan dan melembap
  • Ekstrak Aloe Vera  -  Melembap dan melembutkan
Cara Penggunaan
Sebelum tidur, selepas penggunaan pencuci muka, dengan menggunakan hujung jari, sapukan lapisan nipis ke muka dan leher. Untuk penyerapan sempurna, urut dengan perlahan selama 1 - 2 minit.

Bagi aku krim malam MYLARA ni adalah yang terbaik pernah aku cuba sebab krim malamnya tidak melekit seperti krim-krim kilo di pasaran.. Yang best, muka terasa sangat lembap, ringan dan halus jerk.. Warna krimnya pun cantik oh 'soft pink' gitu.. Rasa sayang pun ada nak guna.. Hehe.. Paling penting, bebas merkuri ye kengkawan.. Biasakan krim malam ni banyak yang ada merkuri.. Tapi MYLARA punya krim malam, memang tiada merkuri.. Dijamin selamat..

Orite, kalau korang nak tengok tekstur produk dengan lebih jelas, bolehlah tonton video kat bawah ni ye.. Mungkin tengok gambar tak berapa jelaskan teksturnye..

Pilih HD untuk kualiti video yang ohsem.. 

Eceli, aku dah menggunakan MYLARA Basic Set ni hampir 2 minggu.. Setakat ni perubahan dah boleh nampak sedikit.. Kulit yang menggerutu tu dah soft.. Mungkin dari penggunaan peeling gel.. Segala sel kulit mati dapat dihapuskan.. Muka yang terlebih kusam dulu, dah segar kembali walaupun tak sepenuhnya lagi.. Lepas ni kena lebih konsisten lah untuk mendapatkan kulit yang lebih cantik.. Huhu.. Sebenarnya kalau korang nak tahu, untuk kesempurnaan kulit dengan MYLARA Skincare ni ada fasanya tau... Meh aku terangkan kat korang supaya lebih faham setiap fasa yang harus dilalui sepanjang penggunaan MYLARA Skincare ni..


MYLARA Skincare Menyempurnakan Kulit Anda Di Setiap Fasa

MINGGU 1 HINGGA 2
FASA 1 - DETOKSIFIKASI

Tindakan Klinikal
Penyerapan di bawah permukaan kulit akan menghilangkan sel-sel mati yang menyebabkan pori tersumbat dan menyembuhkan kesan pertumbuhan jerawat

Hasil/Kesan
Kulit anda akan mula serasi terhadap proses detoksifikasi. Kulit akan mula terasa gatal, kering dan kemerahan... Namun akan mula berkurang menjelang akhirnya fasa 2. Tona kulit anda akan mula kelihatan lebih sekata.


MINGGU 2 HINGGA 3
FASA 2 - PEMULIHAN

Tindakan Klinikal
Kulit mula menghasilkan sel-sel normal yang sihat. Sel-sel pigmen mula membebaskan melanin secara lebih sekata. Sel-sel baru juga dikuatkan dengan penggunaan secara konsisten seperti yang disarankan.

Hasil/Kesan
Keadaan kulit anda pada fasa ini sedang disesuaikan dengan sistem penggunaan produk ini. Anda akan dapat melihat kulit anda menjadi tegang, licin, lembut dan bersih.


MINGGU 3 HINGGA 4
FASA 3 - PENYEIMBANGAN

Tindakan Klinikal
Sel-sel kulit sedang diserasikan dengan baik ke dalam sistem untuk proses transformasi kulit

Hasil/Kesan
Kulit anda akan kelihatan dan rasa lebih bersih, berseri dan lembap dengan tona yang lebih sekata


MINGGU 4 HINGGA 5
FASA 4 - WAJAH BARU

Tindakan Klinikal
Kulit anda akan kelihatan seperti kulit baru yang telah dihidupkan semula. Adalah amat digalakkan untuk meneruskan penggunaan yang konsisten untuk mengekalkan khasiat dan kelembapan yang mencukupi bagi kulit anda.

Hasil/Kesan
Anda seperti dilahirkan semula dengan kulit wajah yang baru! Kulit anda sekarang tentunya lebih berseri-seri dengan tona yang sekata disamping kelihatan lebih muda dengan mengekalkan penjagaan agar sentiasa sihat!


Setiap fasa dah korang tau progressnye kan.... Jom tengok testimoni berjaya dari pengguna produk MYLARA Skincare ni.. Korang mesti kagum dengannya..






Untuk sebarang pembelian atau maklumat lanjut, sila layari :-

Website

Facebook

Instagram

Email
mylaraskincare@gmail.com

Whatsapp
013-920 0960


Read More