Mi Gal

Wednesday, August 6, 2014

2 comments

Assalamualaikum wbt..

Kulit Album Pure Vibration
sumber : google

Nak belanja satu klip video dari kumpulan reggae kegemaran aku...


Mi Gal - Pure Vibration

give me a one tall of water please,
its been a while me don’t
feel this feelin for so long,
she a took from me boring day,
hold me hand and we dance,
we do the reggae reggae,
the bird is singin singin a long the way…

[chorus]
me gal, lets dancing all the nite,
the trouble left behind now,
lets makin all the dark
nite comes alive..
alrite…
she love me[8x] me gal
she love me[8x] me gal

she looks so fairy,
[solo man]
queen of lion land,
[solo man]
love and light she have,
wish I had a girl that
always hold me tight,
I wish I had a girl that always colour me life,
Love that we share we can
spread it out,
Yea….yea..

[chorus]
What’s that in my head,
what`s shining day,
what’s that in my head,
colour shining…


Ahli Kumpulan..
sumber : google



Read More

Segmen Blogwalking Ogos By Karya Mahirah

Tuesday, August 5, 2014

27 comments

Assalamualaikum wbt..

Lama sangat dah rasa nye tak menjuin mane-mane giveaway atau segmen blogwalking ni... Terasa nak turut serta pulak kali ni.. Sebab tengok syarat-syarat penyertaannya sangat-sangat la mudah dan tak membebankan... Tak payah nak follow fb atau twitter.. Cuma perlu follow blog owner sahaja... hikhik.. Almaklumlah.. Kat sini tak boleh nak bukak fb atau twitter... Tu yang rasa sukar sikit tu untuk join GA atau segmen yang memerlukan follow fb dan twitter... 

Oke lah.. Dengan lafaz Bismillah, dengan rasminye Lea Azleeya menjoinkan diri dalam

Nota Kaki  :   Ayat nak gah aje kan... Hehehe~!!

Klik banner untuk join


Read More

Paku Yang Lekat di Hati...

1 comment

Assalamualaikum wbt...

Hubungan Sesama Makhluk. Pandangan kita terhadap diri kita sendiri adalah jauh lebih penting daripada pandangan orang lain terhadap diri kita. Inilah yang dikatakan harga diri dan inilah syarat utama untuk berjaya dalam hidup. Jadi, jangan risau kalau kita tidak dihargai, tetapi risaulah kalau benar-benar diri kita sudah tidak berharga. Harga diri kita bukan terletak pada barang-barang bernilai yang kita pakai atau kita miliki, tetapi pada ilmu, akhlak dan takwa yang ada dalam diri.

Renung-renungkan..


"Jangan suka menyakiti hati orang lain dengan kata-kata kita," nasihat seorang ibu kepada anaknya.

"Saya tahu itu salah, ibu. Tapi, saya akan cepat-cepat minta maaf. Itu satu kelebihan juga bu," balas si anak.

"Tetapi perbuatan kamu itu menyakitkan hati orang, anakku," kata ibu itu lagi.

"Saya rasa tidak. Selepas meminta maaf, segala-galanya langsai, ibu."

Si ibu berfikir. Apakah cara untuk menyedarkan anaknya daripada sifat buruk ini?

"Kalau begitu, kamu ikut cadangan ibu ini. Moga kamu akan fahami maksud ibu nanti."

Tanpa membantah anak itu setuju.

"Begini, setiap kali kamu menyakiti hati seseorang, kamu ketuk sebilah paku ke dinding ini. Kemudian, setelah kamu meminta maaf, kamu cabut semula paku yang kamu ketuk itu!"

"Baik ibu." 

Beberapa bulan berlalu, mereka sama-sama menghadap dinding tersebut.

"Lihatlah ibu, mana ada paku yang tinggal?" Ujar si anak dengan bangga. "Semuanya telah dicabut. Memang ramai orang yang saya sakiti hati mereka, tetapi semuanya telah memaafkan saya setelah saya meminta maaf dari mereka."

"Betul kamu sudah minta maaf dan mereka telah memaafkan, tapi sedarkah kamu....?"

"Maksud ibu..?"

"Cuba kamu tengok dinding ni. Semuanya sudah berlubang, calar dan "berkematu." Itulah hati-hati yang telah kamu sakiti. Walaupun kamu sudah dimaafkan, tetapi kesan perbuatan buruk itu masih berbekas di hati mereka. Hati yang dilukai ada parutnya, anakku....."

Si anak merenung dinding yang berlubang-lubang itu. Sudah tidak indah lagi seperti asalnya. Begitukah hati-hati orang yang telah aku sakiti? 




Jangan menilai sesuatu yang berlaku secara luaran. 
Cuba analisis maksud yang tersirat. Lapangkan hati, bukakan minda. 
Terimalah nasihat dengan terbuka.


Sumber cerita
Angguk Geleng 
Pahrol Mohamad Juoi & Husna Hassan


Read More

Apa Yang Boleh Saya Lakukan Untuk Bantu Palestin..??

No comments

Assalamualaikum wbt..


Sama-samalah kita... 


Pray for GAZA
Pray for Palestin

Save GAZA
Save Palestin

Peace & Love
Read More

Isteri Saya Hilang..!!

Monday, August 4, 2014

2 comments

Assalamualaikum wbt..

Sumber ::  Google


Nak dengar satu cerita tak??? ......Kalau takmo, nak jugak cerita.. Ekeke... Kisah dakwah yang memberi teladan kepada kita... wahhh gituu...~!! Kisah pendek aje tapi ada pengajaran disebalik cerita tersebut.. Jom sama-sama ikuti kisah dibawah... huhuhu~!!

Isteri Saya Hilang
********
Seorang suami berjumpa polis untuk melaporkan kehilangan isterinya yang keluar seketika untuk membeli gula, namun tidak pulang-pulang.

"Sudah berapa lama isteri encik keluar?" Soal polis.

"Saya tidak pasti pula. Pagi tadi atau tengah hari kot".

"Dia pakai baju warna apa?"

"Tak pastilah tadi. Mungkin hitam atau putih. Kalau tak pun kelabu."

"Baiklah. Dia ada bawa kad kredit atau kad ATM bersama?"

"Kad ATM memang selalu ada dalam dompet dia, tapi kad kredit tidak pasti pula."

Polis tersebut menggeleng-gelengkan kepada.

"Isteri encik keluar dengan kereta persendirian?"

"Ya, tuan, dia keluar menggunakan kereta saya, Perodua Myvi. Kereta saya tu berwarna silver, berusia hampir 4 tahun  pada 12 Disember nanti. Bumper depan kereta sebelah kiri ada kesan calar sikit. Bahagian dalam kereta, saya guna wangian Teddy Dream dari Lovely Lace."

"Okey, kalau macam tu kita cari kereta encik dahulu sebelum mencari isteri encik," kata polis menamatkan sesi soal siasat.





Sumber cerita
Angguk Geleng 
Pahrol Mohamad Juoi & Husna Hassan


Read More

Beduk Diketuk

Thursday, July 31, 2014

No comments

Assalamualaikum wbt.


Yehhh Yehhh... Abeh dah baca buku ni.. Yang aku dok gebang-gebang semalam tu, buku ni la yang aku baca... Terbahekkkkkkkk sangat... Banyak bagi pengajaran pada aku.. Cuma lagik tinggal mahu mengamalkannya dan istiqamah... Insya ALLAH... 

Mula-mula dulu aku dok tengok kawan aku je baca buku penulisan Pahrol Mohd Juoi ni.. Aku tak berminat sebab penulisan dia agak berat dan sarat... Maybe aku baca sambil lalu aje kowt... Tak baca menyeluruh.. Entah camne terdetik ati aku nak beli buku ni, masa aku melilau-lilau dalam Kedai Buku 1Malaysia haritu.. Mungkin aku tertarik dengan cover buku ni yang seperti komik... Isi dalam pown terdapat gambar kartun-kartun.. Mungkin sebab tu aku jadi tertarik untuk beli buku ni... Aku fikir tak la bosan baca bila disulami dengan kartun-kartun kan.. Ahakz..

Ternyatalah dengan idea penulis untuk menggunakan grafik kartun ni membuatkan aku tak bosan membaca penulisan dia yang ternyata juga memberi kesan yang mendalam pada aku.. Rupa-rupanya penulisan penulis ni sangat-sangat lah bagus... Patutlah kawan aku suka sangat baca buku penulisan beliau... Setelah baca buku ni, baru aku rasa nak memiliki semua buku penulisan beliau... Cara penyampaian beliau sangat lah praktikal... Simple tapi berkesan... Dengan dialog sahaja, dah cukup memberi penerangan yang mantap lagi berkesan..

Insya ALLAH, akan datang aku nak beli buku lain pulak hasil penulisan beliau... Yang nyatanya, ada sebuah lagi buku beliau yang aku belum baca.. Juga bercover kartun. Hahaha... 'Angguk Geleng'.. Nanti aku dah baca aku update ye....~!! 


Gambar : kredit chepahilahussein


Read More

Lagu Raya Feberet Lea Azleeya

Wednesday, July 30, 2014

2 comments

Assalamualaikum wbt..



Hah amek ko... 3 entri sekali dalam masa terdekat... hohoho... Nak jugak la kongsi lagu raya yang paling paling paling paling menjadi feberet aku untuk setiap tahun... Tengok 'paling' tu sudah la.. Dah menggambarkan betapa sukanye lagu-lagu  ni.. Ahakz.. 

Lagu Pertama


Raya Yang Sempurna
* Awie *


Lagu Kedua


Halaman Asmara
* Awie + Ziana Zain *


Lagu Ketiga


Salam Aidilfitri
* Jamal Abdillah *


Tu dia.. 3 lagu ye... Mesti nak dengar kalau time-time raya.... Kalau tak raya pown lagu-lagu ni masih valid untuk telinga Lea Azleeya ye.. Hehehe..

Sekian..


Read More

Hardware & Software Solat

1 comment

Assalamualaikum wbt..

Dah sorang-sorang kat opiz ni, boleh la membaca dengan tenang tanpa gangguan... Kerja dah settle.. So, time untuk berehat sambil membaca sambil juga mendengar lagu-lagu raya sambil sambil jugak lagi menjawab panggilan telefon yang bertalu-talu menelefon bertanya itu ini... Dapat jugak la update blog yang sudah berhabuk ni... huhuhu..~!!

Tengok tajuk entri kali ni  mesti ramai tertanya-tanye kan, solat pown ada hardware dan software keh? hahaha.. Tula, mula-mula terkesima jugak tengok tajuk ni dalam buku yang sedang dibaca ni... Tapi bila baca memang memberi banyak manfaatnya.. Buku ni ditulis oleh Pahrol Mohd Juoi... Meh LA kongsi sikit kat sini tajuk kecil tersebut..... Tajuk beso dia adalah Bab 3 : Macam Mana Nak Jadi Baik?


HARDWARE & SOFTWARE SOLAT

"Bagaimana nak perbaiki solat?"

"Mulakan dengan mencari ilmu tentang kesempurnaan solat, hardware dan softwarenya."

"Wah, solat pun ada software dan hardwarenya?" Dia hampir ketawa. Terkejut dengan istilah yang saya gunakan.

"Hardware solat tu tentang rukun fi'li atau perbuatan fizikalnya seperti berdiri dengan betul, rukuk, sujud dan sebagainya."

"Softwarenya?"

"Rukun qauli, pada makna bacaannya di lidah dan rukun qalbi pada rasa yang bersemi di hati."

"Cari ilmu yang bagaimana?"

Kali ini saya menggeleng-gelengkan kepada. Tapi saya faham dia begitu teruja untuk menyoal.

Sikap positifnya mengingatkan saya pada ungkapan : 'Kalau kita menyoal, kita kelihatan 'bodoh' 5 minit, tetapi kalau kita tidak menyoal, kita akan bodoh selama-lamanya.'

"Cari makna bacaan surah al-Fatihah... bukan setakat itu sahaja malah cari tafsirnya. Cari simbolik daripada perlakuan rukuk, sujud dan berdiri betul."

"Oh, bukan sekadar sah, batal, halal, haram dan sunatnya sahaja?"

"Itu pun ya juga. Tetapi menghayati itu hanya awalan. Perlu dilanjutkan lagi hingga kita memahami malah menghayati semua rukun-rukun solat bukan sekadar tahu."

"Kita perlu jaga tujuh anggota sujudkan?"

"Ya, itu permulaan. Tetapi menghayati rasa hina diri, harap, malu, takut, kagum kepada Allah dalam sujud kita.... itu yang lebih penting."

"Itulah yang awak maksudkan dengan software solat?"

Saya mengangguk. Saya tegaskan kepadanya itulah rasa-rasa yang perlu ada dalam hati ketika melaksanakan rukun qauli (bacaan) dan rukun fi'li (perbuatan) dalam solat. Itulah roh solat, manakala yang lainnya hanya jasad.

Teringat saya, amaran daripada Imam al-Ghazali, bahawa jika solat dipersembahkan kepada Allah tanpa ada sebarang rasa, sama keadaannya dengan mempersembahkan bangkai yang tidak bernyawa.

"Rasa takut, harap, kagum, malu dan hina itulah yang membentuk khusyuk?"

Saya mengangguk lagi...

********************************

Itulah dia perisisan dalam tajuk kecil tersebut yang dapat dikongsi bersama-sama disini... Sama-sama la kite hayati perisian tersebut dan mengamalkannya.. Solat lebih bermakna jika kite memahami akan maksud disetiap bacaan dan perbuatan dalam solat... InsyaALLAH, sama-sama kite berusaha kearah itu.. Supaya mendapat lebih keberkatan didalam solat kita seharian...

Mungkin banyak lagi ilmu yang sangat-sangat berguna dalam buku yang sedang LA baca ini.. LA baru aje baca sampai Bab 3... Nanti kalau ada masa LA akan kongsikan lagik... hehehe... 

Buku penulisan Pahrol Mohd Juoi.







Read More

Bulan Kemaafan....

No comments

Assalamualaikum wbt..



Pasti ramai lagi yang bercuti time-time camni kan... LA dah mula kerja hari ni... Lapang je rasa opiz sebab tak berpenghuni.. Hak Hak.. Ape-ape pown LA nak ucapkan ..............

Selamat Hari Raya Aidilfitri 
Maaf Zahir Batin

kepada

Semua yang mengenali LA..
(wah cam artis dah rasanya ucapan sebegini rupe.. huhuhu)

p/s : Mohon maaf ye kengkawan andai ada salah silap terkasar bahasa sepanjang perkenalan dan persahabatan kite selama ni... sob sob sob...

Raya tahun ni bagi LA adalah raya suam-suam kuku... Tak rasa raya sangat pown sebab dah beso panjang kan.. Kalau masih kecik-kecik agik mesti raya bahang raya tu... Cuma raya kali ni berlainan sikit sebab hari raya pertama dan kedua diisi dengan ziarah menziarahi.. Kira full la aktiviti untuk raya tahun ni.. Alhamdulillah semua berjalan lancar dan adil seadilnya.. hohoho~!!

Oleh kerana mood raya yang suam-suma kuku kambing tu so semua bersederhana sahaja.. Tahun ni pown LA tak buat kueh raya langsung hokek... Punye la malas dan mood raya entah kemana menghilang... So semua 'kuih tunjuk' aje untuk tahun ini.. Ahakz...

Nak belanja gambar raya pown tak ada.. Tak bergambar pown... Dasyat kan punye mood tahun ni.. Hahaha... Sampai gambar pown tak amek... Tahun depan pulak kite tengok moodnye camne.. huhuhu...


Read More

Munajat Keampunan - Zikir Taubat Nasuha

Monday, June 23, 2014

No comments

Assalamualaikum wbt..

Pagi ni LA nk kongsi satu video zikir.... Selalunya LA akan dengar zikir ni time otw nak pergi kerja.. Sayu je rasa hati... Memberi keinsafan bila menghayati zikir ni... Subhanallah.. Indah sungguh zikir ni.. Selalu lah kita mengalunkan zikir yang indah ini dan juga menghayatinya.. Terasa tenang.. damai sangat....





Read More

Kanta Kesedaran

Tuesday, June 17, 2014

No comments

Assalamualaikum wbt..


Setelah bertungkus lumus menyiapkan segala bagai untuk majlis malam mesra silaturahim 2014 sabtu nanti, sempat lah jugak aku menyelit untuk menaip kat sini.. Bukan menjadi 'ular' tau.. tapi cuma sekadar berehat sebentar bersama blog Lea Azleeya.. Ahakkzz..~!! Sambil-sambil menaip, kembang kuncup hidung aku ni bau buah kuini.. Satu opiz berbau.. 

Okeh jangan nak melalut panjang-panjang sangat... Sebenarnya aku nak kasi tau kat hangpa semua yang aku baru je habis baca buku Prof. Dr. Muhaya Hj. Mohamad...


Best tau buku ni.. Banyak pengajaran yang kite boleh dapat dalam buku ni... Aku nak kongsi sikit secebis coretan yang ada lam buku ni.. huh.. "secebis coretan" tu kowt.. Ayat melampaui batas kan.. hahaha.. Ada salah satu perenggan tu banyak memberi kesan pada diri aku.. Baca saje peranggan tersebut, seolah-olah aku tersedar akan diri aku yang serba kekurangan ni.. Jom tengok ape ayat itu...

"Untuk lebih membina keyakinan diri, apabila kita hendakkan satu-satu jodoh, kita tulis ciri-ciri jodoh yang kita hajati. Antaranya, sebagai wanita yang baik, kita mengharapkan seorang lelaki yang beriman, hidup sihat, tidak merokok, lelaki penyayang, lemah lembut, dan lelaki yang baik dengan keluarga kita. Namun begitu, selagi kita sendiri tidak ada ciri-ciri seperti lelaki yang kita idamkan itu, pada pengalaman dan pandangan saya, kita tidak akan mendapat orang seperti yang kita idamkan itu. Sebabnya, kita akan menarik orang yang sama auranya dengan kita. Kalau kita seorang wanita yang gedik-gedik dan seorang yang tidak menutup aurat, agak-agak lelaki soleh mahu atau tidak dengan kita?"

Begitulah kata-kata Prof Dr Muhaya dalam bukunya.. Bila baca perenggan ni, aku seolah-olah baru tersedar dari mimpi... Oleh itu, marilah kita sama-sama menjaga hubungan kita dengan ALLAH SWT dan bertakwa kepadaNya. Sekiranya kita menjaga hubungan kita dengan ALLAH dan sentiasa bertakwa kepadaNya, pastinya ALLAH akan menyayangi kita dan membantu kita menyampaikan segala hajat kita.

Binalah keyakinan yang kukuh kepada ALLAH agar keyakinan diri kita lebih kukuh. Bagi menghilangkan rasa waspada terhadap apa-apa tindakan kita, berdoa dan bermohonlah kepada ALLAH. Buatlah solat Istikharah dan solat Hajat bagi memohon petunjuk ALLAH, agar pilihan dan keputusan yang kita buat itu betul dan dapat menghilangkan rasa was-was serta akan terbinalah keyakinan diri. InsyaALLAH, dengan ketakwaan kita kepadaNya, ALLAH akan melindungi kita daripada sebarang musibah..

Wallahu'alam

Read More

Hukum Minta Kawan Tolong 'Punch Card'

Monday, June 16, 2014

2 comments

Assalamualaikum wbt..

Sekian lama tak menaip kat sini.. Rindu sangat rasanye nak mencoretkan sesuatu... Tapi tak berapa nak coret gak ni.. Sekadar nak berkongsi video ceramah Ustaz Azhar Idrus ni.. Jom la dengar sama-sama.. 


Hukum Minta Kawan Tolong 'Punch Card' 
Ustaz Azhar Idrus




Hukum Minta Kawan Tolong 'Punch Card' 
Ustaz Azhar Idrus


Read More

Sedih ~ Tak Tenang ~

Thursday, May 29, 2014

1 comment

Assalamualaikum w.b.t.

sumber : google

"Aku tak tenang la hari ni"...

"Sedihnya hati"...

Hehehe... macam-macam keluhan kite dengar bila hati tak tenang, bila timbul rasa sedih, bila gelisah bertandang dan ketika hati sedang berduka oleh sebab-sebab yang boleh menyebabkan keadaan itu terjadi.. (faham tak) hahaha.. Setiap manusia di dunia  ni pasti akan merasai perasaan yang sebegitu.. Apatah lagi ketika berlaku perkara-perkara yang tak diingini.. Tapi percaya lah.. semua tu mengajar kite tentang erti sebuah kehidupan..

Bila terasa tak tenang, rasa sedih, gelisah dan berduka, ape biasa korang buat? Mesti ada yang mengisi masa lapang supaya dapat melupakan semua tu kan.. MeBZkan diri seharian.. Tak kurang jugak yang menangis semahunya kan.. Percayalah, penawar yang paling mujarab ketika kite berada dalam keadaan seperti itu adalah BERZIKIRLAH KEPADA ALLAH.. Itu lah ubat yang paling mujarab untuk merawat hati yang sedang gundah gulana, tidak tenteram, sedih, gelisah dan berduka.. 

sumber : google


Ini lah ayat yang selalu aku amalkan ketika aku berada dalam keadaan tidak tenang dan sedih.. Sentiasalah berzikir kepadaNYA.. Kite pasti mendapat ketenangan..

sumber : google

Okeh.. Jam dah menghampiri pukul 5... Takat ni aje la boleh aku bebelkan untuk hari ni.. hehehe.. MOga-moga kita sama-sama mengamalkannya ye... Sucikan hati dengan solat taubat.. Sebagai renungan bersama, aku hadiahkan gambar hati ni untuk semua dan diri aku sendiri..

ehsan google



Read More

Gerimis Senja

Wednesday, May 28, 2014

1 comment

Assalamu'alaikum wbt..

ehsan en. google

Takde ape-ape nak aku celoteh kat sini sebenarnya.. Cuma nak tempek sebuah lagu yang dipopularkan oleh Alleycats - Gerimis Senja.. Suka sangat lirik + lagu ni.. 

.
.
.
.

Gerimis Senja
.
.
.
.



Read More

OAT Choco

Thursday, May 22, 2014

7 comments

Assalamu'alaikum wbt

Tengah rajin sikit ye hari ni.. Jangan nk buat muka terkejut ek melihat kerajinan ku ini.. Ahakz.. Bukan pe, aku cuma nak buat survey pasai makanan ni.. Pelik aku.. Cam jadik fenomena lak..

OAT Choco

Curik kat google ye.. jgn mare..

Hah ini la 'sesuatu' tu... Best KEH?? Takat ni aku belom agik membeli + mencuba snack ni... Ketinggalan betul la aku ni kan.. Sambil buat muka jakun ni tau... Sebab ape aku buat tataw jek pasal bende ni pada awalnye, sebabnye aku memang bukan penggemar oat... hhehehe.. Tapi bila dah heboh bercakap sal oat choco ni, nak jugak rasa.. Mane la tau sedap ke kan bila berada lam mulut aku ni.. hikhik.. 

Ritu ada gak jalan-jalan dekat Car Booth kat depan UTC.. Ada gak tengok orang dok jual bende ni.. Aku dengan selamba badak masa tu berkata-kata lam ati.. "Dari mana datang lak snack ni.. cam pelik aje aku tengok.." hikhik.. Kejam tak?? Tengok!! sekarang aku lak mencarik.. Nantilah kalau rajin-rajin kaki ni, aku pergi la menapak lak kat depan UTC tu... Malam buta lak tu Car Booth tu bermula.. Hadoiii..

tq en. google ks pinjam pic ni

Hah.. ni isi dalam dia.. Dah cam kekacang je kat luau tu kan sekali tengok.. Aduiii, bila boleh rasa ni... 
Sabau jelah.. hohoho ~!!




Read More

Lagu Time Kecik-Kecik..

No comments

Assalamu'alaikum wbt..

Terlalu lama rasanya tak menghapdet blog... Rindu sangat-sangat nak berblog.. Tapi apekan daya masa menghadkan segalanya... Bukan tu aje.. KEMALASAN yang melampau pown menjadi punca-punca terjadinya blog ni tak berhapdet... hehehe..

Teringat aku masa kecik-kecik dulu... Dengar lagu omputih tapi tataw ape yang dorg sebut .. Almaklumlah kecik agik time tu kan... Bukannya tahu bahasa2 inggeris ni... Takat dengar dan buat lirik sendiri boleh la.. Janji bunyik ala-ala gitu... Hahaha.. Banyak jugak lagu yang aku reka sendirik lirik dia.. tapi bunyiknye lebih-lebih kurang la dengan versi asal.. Time-time kecik dulu mesti la dengar lagu kanak-kanak kan,.. Takan dengar lagu jiwang-jiwang dewasa lak.. Tapi budak sekarang dah pandai dah.. Dah update la budak-budak sekarang.. layan lagu orang-orang dewasa dah.. Tak layan lagu kanak-kanak hingusan ni.. hehehe

Salah satu lagu yang masih aku ingat sampai sekarang.. Aku pown tak pasti ape tajuk lagu ni yang sebenar.. Tapi aku masih ingat lirik yang aku buat dulu.. Agak lucu  bunyinye.. Tapi menarik bagi aku.. HAhahaha..Poyos betol rasenya bila nyanyikan balik.. Sape-sape yang tahu lagu  ni, boleh la nyanyi sama-sama aku.. sape tataw, just buat muka terkejut je ye,.. hahaha.. jummm..~!!

"lets go to the zoo, de wat supi sudu, de de winggu"

HAhahaha... itu la lirik yang sering aku nyanyikan masa kecik-kecik dulu.. Bila dah beso 'gajah' ni, terasa lucu lak.. Tapi tetap menghiburkan hati aku sendiri.. Bila aku nyanyi kuat-kuat, mesti semua cakap "ape yang ko mengarut ni.. dah x betul ek".. HAhahaa.. itu lah dialog yang biasa aku dengar sesudah aku habis nyanyikan lagu yang 'kiut' ni..

Teringat lak satu 'peristiwa' tu.. Dulu-dulu aku memang selalu p karok.. Kalau pergi KL mesti karok kat Redbox.. Karok tu adalah xtvt wajib aku dulu... Memang gile karok la dulu... Satu hari tu, aku pergi karok dengan seseorang ni yang juga kaki karok cam aku.. Memang sekepala la aku ngan dia dulu.. Hantu nyanyi betul kitorang ni dulu... Dok tengah-tengah syok menyanyi, aku teringat dengan lagu 'kiut' aku ni la.. Terus aku amik mic dan terus nyanyi lagu berhantu aku ni.. Terus dia tercengang dan tanye aku "Lagu ape tu".. Sambil dia buat muka konfius dan gerun + cuak.. Hahahaha.. Tak leh blah tengok muka dia.. Aku ape lagik, terus buat penderaan mental keatas dia.. Aku paksa dia nyanyi lagu misteri aku tu.. Dia tak nak sebab lagu tu "terlampau best".. Wakakaka.. Aku tetap buat paksaan sampai hampir-hampir dia mengidap penyakit mental ketika itu.. (dasyat tak cerita aku ni yang ditokok tambah)... ekeke.. Last-last dia TERPAKSA menebalkan muka dan mengikut aku nyanyi lagu tu.. hahahahahahaha (gelak besar aku)... Aku siap ajar dia cara-cara nak nyanyikan lagu tu... Dia bukan tau melody dan lirik lagu tu.. hahaha  Tapi ok la sebab dia sporting sangat.. Nak jugak dia memenuhi permintaan aku tu.. Sampai dia suka lak lagu simple aku tu.. hahaha.. Ingat lagik ke dia ngan lagu ni ek.. Ape la cite dia sekarang.. hehehe.. Kenangan betul la semua ni.. hikhik.. Simpan semua kenangan dalam buku "hati"... Itu je yang ada sekarang.. huhuhu

Best tak cerita aku?? Korang pown mesti ada lagu yang korang reka sendirik kan time-time hingusan dulu... Tapi mesti korang tak leh tiru aku punye lagu yang sangat-sangat comel ni kan.. hahaha..

Okeh la kawan-kawan.. Moga lain kali aku coretkan lagik pape cite.. Aku nak p hadap kerja lak.. Jumpa lagik deh... 

Bubeyy...

Smile Sokm0~!!


Read More

GIVEAWAY 2014

Wednesday, April 30, 2014

2 comments
STICKY POST


Read More

Merundum

Thursday, April 24, 2014

No comments

Assalamualaikum

Lama tak apdet blog... Rindu sebenarnya tapi keadaan tak berapa nak mengizinkan... Banyak bende yang nak di apdet tapi belum kesampaian.. Ni pown curi-curi menaik sebab rindu sangat-sangat... hehehe.. InsyaALLAH ada masa terluang pasti akan diapdet nanti.. Giveaway pown dah lama tak join.. Sori sangat-sangat kepada yang mempelawa Lea untuk join.. Bukan sombong tetapi memang keadaan tak mengizinkan..

Smile.. :)
Read More

Isabella, Hantaran Kasih Tuhan

Friday, April 11, 2014

No comments

Assalamualaikum..


Alhamdulillah dah abih membaca untuk buku ni... Buku ni mengisahkan seorang penganut agama kristian yang sangat taat dan juga seorang anak daripada keluarga yang sangat berpegang teguh dengan agama kristian dan akhirnya memilih Islam sebagai agama yang benar... Best buku ni... Sila lah beli ye kalau nak tau cerita buku ni ye... Payah gile nak dapatkan buku ni.. Asek sold out aje... Ni pown bernasib baik je masih ada... Setelah sekian lama mencarik...



Buku ni pown dah abeh aku baca... Buku ni menceritakan tentang seorang wanita yang sangat tabah dengan keadaan fizikalnya yang cacat pada kaki akibat sakit polio yang dihidapinya sewaktu kecil kerana demam panas yang teruk...Namun kecacatannya itu tidak menjadi penghalang kepada kejayaannya sebagai penaung Yayasan Darul Wardah... Ibunya telah tiada dan hanya ayah menjadi penawar kepada nya... 

Banyak lagik la suka duka dalam buku ni.. Buku ni adalah novel islamik.. Diselitkan jugak surah-surah yang membawa maksud atau berkaitan dengan situasi didalam penceritaan novel  ni... Secara tidak langsung, ianya boleh menambahkan pengetahuan kitakan... Banyak pengajaran dalam novel ni yang boleh kita dapat dari pembacaannya... So, tak rugi la kalau nak beli pown kan... Sape-sape yang suka Novel Islamik, bolehla try baca novel ni lak... :)

Read More

Ketam Masak Lomak Cili Api

1 comment

Assalamualaikum..

Ketam Masak Lomak Cili Api.,.. Nyummyy... 


Huh.. Bila mau buat lagik ni ek... ???

Read More

Jangan Baca Novel Ni..!!

Wednesday, April 9, 2014

No comments

Assalamualaikum

Nape tuuu... ??


Tengok si budak kecik yang shomel tu.. Entah ape dia buat tu... Baca novel agak nye tu.. hehehe... Pape pown aku sangat-sangat-sangat sayang kat budak buchuk soram ni... Paling cerdik di dunia.. ;)

JANGAN BACA NOVEL NI..!!


Korang pernah tengok tak novel ni... ?? Dengan kulit hitamnya... Tajuk warna merah menyala cam darah... Uisss.. Semacam je kalau tengok kan... Tajuk pown pelik aje... Hehehe.. Tula pandangan pertama aku bila tengok novel ni.. Tapi kan.. Unik jugak la novel ni.. Kreatif... 

Aku dah habis baca novel ni.. Best gak la novel ni.. Cuma ada pening-pening lalat sikit time baca... Seram gak time baca tu.. Rasa cam berada dalam situasi penceritaan novel ni.. huiss... Kejang otak aku baca novel ni.. Hahaha... 

Novel ni ada 2 jenis tau.. Maksud aku ada 2 buku laa.. Ada sambungan kepada novel "Jangan Baca Novel Ni".. Kene baca kedua-dua novel barulah boleh faham cerita yang hendak disampaikan... 

Jangan Baca Novel Ni

Tanpa Tajuk.. Sambungan JBNN... (sekuel)

Nahh tu dia novelnya.. Novel ni hasil penulisan Ismi Fa Ismail.. Kalau korang suka baca buku-buku seram.. fiksyen.. boleh la try baca novel ni... Uiss.. mengganggu fikiran jugak la baca novel ni.. Kalau korang x suka seram dinasihatkan tak yah la baca ye.. Kang jadi pape susah lak.. hahaha.. Tapi pastikan korang beli kedua-duanya sekali baru korang boleh faham ceritanya...

Selamat Membaca... :)


Read More

Hadiah Giveaway 5K Dunia sebenar Shida...

Tuesday, April 8, 2014

4 comments

Assalamualaikum..

Punye la lama GA ni dah berlalu... Baru berkesempatan aku nak hapdet hadiah yang dimenangi oleh aku... 


Tu dia adiah yang aku dapat... Adiah ni sponser oleh blogger Shida.. Thankz shida.. shomel sangat bookmark ni.. Alhamdulillah... Kebetulan lea suka membaca.. dapat lak bookmark yang comel ni boleh la guna semasa membaca buku yang mane tak disediakan bookmark.. Alhamdulillah.. :)



Read More

Rendang Daging

6 comments

Assalamualaikum..

Puasa dah semakin menghampiri kita kan... Sape-sape yang belum ganti puasa boleh la ganti segera... Nanti tak sempat pulak nak menggantikan... Bila ingat puasa, terus la teringat hari raya kan.. hehehe.. Bila ingat raya terus terbayang-bayang rendang dengan nasik impit.. Tu makanan kegemaran aku bila hari raya.. Kueh mueh ni tak berapa nak pandang sangat la.. Yang kene terkam dulu seharusnya rendang dengan nasik impit..

Uis.. belum raya lagik dah sebut semua tu kan... Bukan pe.. Tadik aku dok belek-belek gambar dalam komputer aku ni.. Terjumpa lak gambar rendang yang aku penah masak untuk menjamu rakan-rakan opiz ni selepas raya dulu-dulu.. Wah dulu-dulu tu.. Kiranya dah lama la kan... hikhik..

Rendang Daging


Uis.. bila lagik la nak terbuat rendang ni... Penyakit malas berleluasa sekarang ni.. Teringin lak nak makan tu time-time camni...

Ada satu agik masakan daging yang aku suka... Aku tataw nak kasi nama ape... Aku bantai aje masak.. Last-last menjadik dan sedap jugak la.. Tataw nak tarok nama ape kat masakan ni... Tapi bawang mesti mau banyak kasi tarok dalam.. Baru manis dan sodap.. hahaha..

Daging Masak bantai aje lah...~!!

Adeh lapoooo0o0ooo....


Read More

SilkyGirl Moisture Balm Lipcolor + Garnier Facial Foam

Monday, April 7, 2014

2 comments

Assalamualaikum..

Ritu aku beli lipstik baru setelah aku agih-agihkan lipstik lama aku kepada adik-beradik aku.. Banyak  jugak lipstik yang aku dah dermakan kepada adik beradik aku.. Lipstik yang masih tak luak sebabnya aku pakai sikit aje then aku bosan terus tak pakai pastu beli baru.. Tu yang terjadi lambakan lipstik tu... Daripada dibiarkan tak terpakai baik aku agih-agihkan kepada adik beradik aku kan...

Baru-baru ni aku ada lah buat rondaan yang tak disengajakan kat ECM Kuantan... Gatal lak kaki masuk Guardian... Terus kaki melangkah ke bahagian kosmetik... Tetiba terpandanglah bahagian Silkygirl.. Uiss.. Lipstik baru la... (dalam ati lah)... Belek punye belek teruk berkenan.. Pilih punya pilih terus sambar 2 warna yang aku suka..


Silkygirl MBL - Berry + Peach

2 Warna yang menjadi pilihan aku.. Berry (03) dan Peach (02)... Lipstik ni best sebab ada moisture Balm kat tengah-tengah dia... Kirenya 2in1 la kan... Tak yah dah nak sental Lips Balm dulu... Lipstiknye dah pakej dah 2in1... Lipstik + lipsbalm... Terbaik lah silkygirl.. Bila pakai lipstik ni bibir jadik lembab aje.. Soft aje... Pendek kata.. Lipstik ni memang best.. 

Peach (02)

Berry (03)

Selain tu aku sempat jugak rembat pencuci muka garnier.. Saje-saje je aku beli.. Untuk standby dalam beg make up aku... Senang sikit nak cuci muka time nak solat... Tak yah la aku susah-susah bawak sabun pinkish kesayangan aku tu kehulu kehilir.. Nasib baik la muka aku tak bermasalah sangat sekarang.. Alhamdulillah...

Garnier Pure Active Facial Foam

Pencuci muka ni  daripada ekstrak delima.. Saje cuba-cuba kan.. Tapi tak berapa nak best sangat sebab sabun dia kuat sangat.. Susah nak cuci sikit sebab sabun dia terlalu tebal.. Padahal pakai sikit aje.. hehehe.. Kene berusaha untuk cuci keseluruhan sabun pada muka.. Tapi tak pe la kan sebabnye aku pakai time nak solat kat opiz aje...


Read More

Nasi Goreng Lea.

2 comments

Assalamualaikum..

Nasik GoreM..

Entah bila aku buat nasi goreng ni.. Lupe dah hari ape... Hehehe.. Ni la akibat kalau dah lama x update blog kan...

Read More

Eat That Frog

2 comments

Assalamualaikum..

Dapat hadiah dari seorang rakan... Sebuah buku yang agak menarik tajuknya.. "Eat That Frog"... Bila baca tajuk tu rasa loya je  tekak kan... Tapi bila baca baru tahu ape yang hendak disampaikan dan ada maksud yang sangat berguna disebalik tajuk tersebut..

Eat That Frog by Brian Tracy

Buku ni sangat-sangat bagus untuk dibaca bagi merancang jadual kerja yang berkualiti... Memberi semangat untuk kita bekerja dengan lebih sistemetik... So, setiap orang seharusnya mempunyai buku ni... Aku dah ada... Korang bila lagik?

Thankz zimah sebab menghadiahkan buku ni.. Sangat berguna... Thankz juga dengan kata-kata semangat yang dicoretkan pada halaman pertama buku ini... Thankz so much.. :)



Read More

Mee Bandung Terlajak Sedap..

4 comments

Assalamualaikum..

Penah tak korang makan Mee Bandung?? Tak beragak kan soalan aku... hakhak.. Yang aku tahu Mee Bandung yang paling femes adalah dekat Muar, Johor kan... Tapi bagi aku, Mee Bandung Muar bukan menjadi kegemaran aku dan sebaliknya aku tak berapa nak suka rasa Mee Bandung Muar... Hehe..

Dalam banyak-banyak Mee Bandung yang pernah aku rasa, hanya Mee Bandung kat gerai makan makcik sorang ni aje yang aku suka dan memang bagi aku terlajak sedap.. Gerai ni terletak di basten lama kat bandar kuantan... 

Mee Bandung

Ni lah rupa Mee Bandung tu.. Hahaha.. Bagi aku nilah Mee Bandung paling sedap yang pernah aku rasa.. Lain dari yang lain... Selera masing-masing lain kan.. Citarasa masing-masing pown lain.. So, ni dari penilaian diri aku sendiri.. Korang mesti ada citarasa korang sendiri kan..

Kat gerai makcik ni bukan saje Mee Bandung menjadi kegemaran aku... Bihun Sup pown sodap.. Nasi Goreng Kampung pown sodap... Tapi kebanyakannya bila pergi kedai makcik tu aku akan order Mee Bandung la.... Feberet aku kan... 

Mee Bandung makcik tu sedap.. Tapi nama makcik tu aku sendiri pown tataw.. 
Hahahaha...~!!

Read More

Handmade... Al-Quran Kesayangan...

No comments

Assalamualaikum..

Huh.. Sekian lama blog ni bermasalah tak boleh nak follow mollow rakan-rakan... Dan akhirnya telah selesai masalah tersebut.. Tetiba kan masalah ni selesai... huii.. Sampai tahap nak berblog pown takde mood.. Kihkih..

Sebetulnya baru harini dan ketika ini aku berkesempatan untuk membuka blog kesayangan aku ni.. Ni pown boleh la bukak sebab waktu rehat kan.. Banyak kerja yang nak disettle kan.. Awal-awal bulan ni banyak laporan yang hendak dibuat.. Mane lagik nak update kursus-kursus kakitangan kat tempat aku ni.. Dengan masalah tatatertib agik... Fuhhh.. (konon2 bz sgt la tu) hehehe.. Jumaat ritu lak dapat MC sebab masalah kesihatan... Uiss banyak beno masalahnya kan.. Anugerah tuhan semuanya.. Alhamdulillah...

Aku sebenarnya dah larik dari tajuk entry ni sebenarnya.. hahaha.. Tapi tak pe lah kan.. Tu mukadimahnya dulu... Kene la panjang sikit... Dah agak lama aku tak update berkenaan buku-buku yang aku beli dan baca kan... Terasa rindu sangat-sangat nk update sebenarnya.. Tapi kali ni aku nak update berkenaan Al-Quran lama kesayangan aku... Aku dah buatkan baju baru untuk Al-Quran aku tu.. Hitam lagik uollss.. Bukan pe, aku kesian sangat tengok kulit dia yang dah terkoyak-koyak... Kalau tak diganti bajunya pasti terkoyak rabak jadiknya... Isi dalam menten cun... Luar je teruk sikit keadaannya.. So aku fikir-fikir, baik aku buatkan baju untuk Al-Quran aku tu..

Ini lah hasilnya..

Handmade

Siap ada tali penanda agik..


Itulah hasilnya... Setelah bertungkus lumus menyiapkannya.. Aku lupa nak amek gambar sebelum.. Amek gambar selepas ajo.. Lepas berbaju baru ni makin bersemangat aku baca Al-Quran.. Alhamdulillah.. Bukan Al-Quran je aku balut... Diary comel aku pown aku balut jugak... Terlebih rajin lak aku time tu... Dah lama sebenarnya aku buat ni semua.. Cuma tak berkesempatan nak update kat sini... 

Diary Comel Aku


Korang pown boleh buat... Mudah aje... :)


Read More

Update Buku Baru..???

Friday, March 28, 2014

No comments

Assalamualaikum..


Ihsan google


Rindu nak update buku baru.. Banyak gile buku baru yang di beli tak dapat di apdet... Arghhhh tensionn.. Hahahaha... Bila la dapat apdate.. Tunggu RedOne aku ada line tenet baru leh update.. Huisss lambatnyeh...

Satu lagik masalahnye.. aku tak dapat nak follow orang lain.. Ada sape-sape dapat bantu tak??
Tulunnn......~!!


Read More