Unboxing Althea Chrismas Gift

Tuesday, January 8, 2019

10 comments
Unboxing Althea Chrismas Gift  |  Hello Readersss!! Hah, kali ni nak cerita tentang hadiah pula.... Ada ke dikalangan korang yang tak suka bila dapat hadiah? Kalau ada, itu satu yang agak pelik bagi aku.. Aku yakin pasti ramai yang teruja bila dapat hadiah, terutamanya dari orang yang tersayang.. Betul tak? Begitu jugalah aku.. Tapi kali ni aku dapat hadiah bukanlah dari orang yang tersayang tetapi dari sebuah brand kesayangan aku iaitu Althea.. Sempena hari Krismas yang lalu, Althea bermurah hati menyediakan hadiah buat Althea Angels.. Aku ada buat wishlist 10 barang yang ingin aku beli di Althea.. Nak tahu tak, 5 daripadanya terkandung di dalam box Althea Chrismas Gift tersebut.. Seronok sangat weh!!


Apa yang ada dalam kotak Althea Chrismas Gift ni? Uisss serius aku cakap.. Masa terima box ni, teruja bukan main aku nak bukak... Yelah, setiap satu barang pasti memberi manfaat pada aku kan.. hehe.. Jom lihat, barang apa yang ada dalam kotak ni..


Pobling - Pore Sonic Cleanser


Lama dah sebenarnya nak beli pobling ni.. Cumanye selalu sangat pertimbangkan harganya yang agak meriah tu.. Akhirnya dapat jugak aku memiliki pobling ni.. TQ Althea.. Ramai sangat bagi feedback yang bagus tentang pobling ni.. Mahunya aku tak tertarik untuk turut memilikinya.. Hehe. 


Berus pobling ni sangatlah halussss dan lembut bebulussnye.. Jadi, tak perlu risau kulit muka calar atau luka.. Pobling ni menggunakan sebiji bateri AAA sahaja untuk berfungsi.. Ringan dan mudah dipegang..


Aku dah try pobling ni.. Yesssss, memang terbaik kerana dapat membersihkan muka dengan sempurna.. Serius, muka sangat bersih lepas menggunakan pobling ni... Satu lagi yang best tentang pobling ni, ia seolah² sedang mengurut muka kita.. Sambil cuci sambil urut kan. hehe.. 


It's My - Eyelash Curler Comb


Eyelash curler yang jenis ni memang aku tak pernah try guna lagi.. Ini firstime aku guna yang ada comb macam ni.. Bagi aku, kalau bulu mata yang jenis pendek memang tak sesuai pakai jenis ni.. Setakat ni aku guna, masih boleh capai la bulu mata aku walaupun x sebanyak mane.. Haha..

Jangan risau, tak rugi pun kalau beli yang ni sebabnye comb tu boleh dicabut dan boleh guna seperti biasa.. 


Tony Moly - Delight Tony Tint (Cherry Pink)


Warna Cherry Pink ni cantik.. Next boleh cuba warna yang lebih terang pula.. hehe.. Aku memang tak pernah pakai tint sebelum ni sebabnye rasa macam tak sesuai dengan bibir aku yang agak gelap ni.. Sorry ye, aku tak merokok! Haha.. Walaupun korang tak tanye, aku tetap jugak nak menjawab.. kikiki..


Missha - 4D Mascara


Missha Mascara ni memang feberet aku.. Rasanye setakat ni, inilah mascara yang paling best pernah aku guna.. Tak comot dan bergumpal-gumpal... Serius aku sangat suka.. 

Selalunye kalau aku shopping di Althea, mesti tak miss untuk beli mascara ni miskipun yang aku guna masih belum habis.. Buat stok kata orang.. hehe.. Yang penting, lambat lagi expired... 


Althea - Contour Cleanser


Yesss, produk Althea memang terbaik.. Ini salah satunye.. Contour Cleanser ni sangat sesuai untuk kulit muka aku.. Bertiup-tiup dah aku beli.. Macam mascara tadi juga, pencuci muka ni aku akan beli setiap kali aku shopping dia Althea.. Siap aku letak satu bilik air satu tiup Althea Contour Cleanser ni.. hehe.. 

Apa yang best tentang pencuci muka ni, korang boleh baca kat SINI..


Rire - Bubble Bubble Lip Mask


Aku memang ada masalah bibir kering dan selalu mengelupas.. Alhamdulillah Rire Bubble Lip Mask ni sangat membantu.. Nape warna kuning botolnye? Sebabnye bahan utamanye adalah lemon.. Masa apply kat bibir memang terasa lemonnye.. Rasa nak makan pun ada..

Seronok tau pakai lip mask ni.. Dia akan menghasilkan buih-buih halus selepas beberapa minit dipakai.. Hasilnye, bibir terlebihhh lembut.. Aku suka weh!!


Aprilskin - Magic Snow Cushion 2.0 (#23)


Memang betul Aprilskin Cushion ni harganya boleh tahan mahalnye.. Tetapi, jangan tak tahu ye hasilnye sangat ohsem bila apply kat muka... Muka nampak sangat smooth dan flolesss... Tak tipu sebabnye sebelum ni aku dah pernah pakai cushion ni.. Ini adalah unit kedua untuk aku..

Memandangkan harganye agak ehem ehem, memang aku guna berpada-pada dan ia boleh tahan lama.. Hiks.. Nampak tak kedekut disitu.. Gile ko, takan nak beli tetiap bulan.. Rabak poket.. Haha!! Serius, Aprilskin Magic Snow Cushion ni memamg thorrrrrbahekkk!!!!


Tony Moly - Panda's Dream Brightening Eye Base


Last sekali aku dapat cuba benda alah yang comel ni.. Memang comel casing dia.. Bersesuaian dengan manfaatnya.. Panda's Dream Brightening Eye Base dari Tony Moly ni fungsinya untuk menutup lebam bawah mata.. Teksturnya ala-ala cream jugak.. Nak cakap berjaya tutup seratus peratus lebam bawah mata tak jugak.. Tetapi membantu la sedikit sebanyak..


Aku cover dengan panda ni bawah mata aku, still lagi kena cover dengan concealer dan bb cushion barulah kurang sikit kelihatan.. Hehe.. Ataupun memang lebam bawah mata aku ni dah sememangnya parah sampaikan susah dah nak cover dengan lapisan yang nipis.. Haha.. Tak pe la, sekurang-kurangnya kita usaha untuk menutupnya kan dan hampir berjaya.. Hiks..


Unboxing Althea Chrismas Gift Box


Itulah 8 barang yang aku dapat dari Althea.. Alhamdulillah semuanya sangat bermanfaat untuk aku.. Melengkapkan lagi rutin penjagaan wajah aku.. Paling buat aku teruja adalah Pobling.. Serius best weh.. Muka gerenti bersih sebersih bersihnya.. Oklah, bagi korang yang nak usha produk K-Beauty, bolehlah layari https://my.althea.kr/... Semua produk sangat best... Standby duit jerk ye dalam akaun.. Hehe..


Read More

Kempen CSR TOP Dengan Kerjasama MYDIN Menyumbangkan Pakaian Seragam Sekolah Kepada 500 Orang Pelajar Demi Masa Depan Yang Lebih Cerah

Saturday, January 5, 2019

5 comments
Kempen CSR TOP Dengan Kerjasama MYDIN Menyumbangkan Pakaian Seragam Sekolah Kepada 500 Orang Pelajar Demi Masa Depan Yang Lebih Cerah  |  TOP, jenama bahan pencuci No. 1 di Malaysia kembali menceriakan 500 orang kanak-kanak dari beberapa buah NGO terpilih di seluruh negara menerusi kempen CSR Cerahi Kehidupan Bersama TOP. Memasuki tahun keempat, kempen tersebut menyediakan pakaian seragam dan keperluan persekolahan kepada lebih 1,600 orang kanak-kanak dari 18 buah rumah kebajikan.

Kempen CSR TOP Dengan Kerjasama MYDIN Menyumbangkan Pakaian Seragam Sekolah Kepada 500 Orang Pelajar Demi Masa Depan Yang Lebih Cerah

TOP bekerjasama dengan peruncit utama, MYDIN untuk melaksanakan kempen mengumpul dana CSR bermula 15 November hingga 15 Disember, di mana, 30 sen daripada jualan produk terpilih TOP di semua cawangan MYDIN di seluruh negara akan disalurkan untuk membeli keperluan persekolahan anak-anak yang berusia di antara 7 hingga 17 tahun dari 18 buah rumah kebajikan.

Keperluan persekolahan itu termasuklah pakaian seragam, beg sekolah dan alat tulis yang lengkap buat semua kanak-kanak yang terlibat.

Kempen ini mempunyai dua objektif utama iaitu memberikan kanak-kanak pakaian seragam baharu yang boleh mereka banggakan, seterusnya memberikan motivasi untuk mereka mencapai sesuatu dengan lebih tinggi dengan menaikkan keyakinan dan harga diri mereka. Ia juga bertujuan mendidik mereka tentang pentingnya gaya hidup yang bersih. Ini termasuklah menjaga dan mencuci pakaian masing-masing agar sentiasa bersih. 

Pakaian seragam untuk kanak-kanak dari rumah kebajikan di seluruh negara ini sudah boleh diambil sebelum sekolah dibuka. Ini pasti memberi ketenangan minda kerana mereka boleh memakai pakaian baharu untuk sesi persekolahan yang baru. 


Pengurus Pemasaran Southern Lion Sdn. Bhd., Mr. Leroy Yoon berterima kasih kepada MYDIN dan para pelanggan atas sokongan mereka terhadap program yang nyata memberi harapan serta kegembiraan kepada kanak-kanak berkenaan. 

Kami terharu dengan sokongan MYDIN dan para pelanggannya yang memberi sokongan tidak berbelah bahagi dalam menjayakan kempen yang cukup bermakna ini. Sumbangan ini sangat bermakna kepada kanak-kanak yang kurang bernasib baik. Sokongan mereka nyata memberi harapan dan kegembiraan kepada kanak-kanak yang tidak sabar untuk memulakan sesi persekolahan dengan pakaian seragam baharu, sama seperti rakan-rakan mereka yang lain. 

Pada masa yang sama, TOP juga berbangga untuk menawarkan inovasi dan manfaat produk kami kepada semua. Kami berbesar hati untuk menjadi sebahagian daripada inisiatif yang dapat memberi motivasi kepada kanak-kanak untuk menikmati masa depan lebih cerah. Terima kasih kepada semua pengguna TOP yang menjayakan kempen ini selama empat tahun berturut-turut,” kata Mr. Yoon. 

Maklumat lanjut, sila layari laman web http://www.southernlion.com.my atau hubungi talian khidmat pelanggan : 1800-88-0133

18 buah rumah kebajikan yang terlibat ialah:- 

Kedah/Perlis
  • Pertubuhan Rumah Anak Yatim Daerah Kuala Muda 
  • Rumah Superkids
Penang
  • Pertubuhan Rumah Kebajikan Seri Cahaya Pulau Pinang 
  • Pusat Jagaan Persekutuan Kebajikan Anak Anak Yatim Islam Pulau Pinang
Kelantan/Terengganu
  • Rumah Tunas Harapan Pakatan Kasih 
  • Rumah Anak Yatim dan Dhuafa' Siti Aminah (RAYSA)
Perak
  • The Salvation Army Ipoh Children's Home 
  • Pusat Jagaan Anak-Anak Yatim Nurul Iman
Kuala Lumpur/Selangor
  • Rumah Hope 
  • Rumah Bakti Nur Syaheera
Pahang 
  • Badan Kebajikan Anak-anak Yatim dan Miskin Nadwah Permata Camar 
  • Pusat Jagaan Wanita dan Kanak-kanak Casa Harapan 
Negeri Sembilan
  • Persatuan Kebajikan Kanak-kanak Rhema 
  • Pertubuhan Anak Yatim Darul Aminan (PAYDA)
Melaka
  • Pertubuhan Kebajikan Bhagawan Sri Ramakrishna Malaysia 
  • Pusat Jagaan Kanak-Kanak Harapan Bukit Baru
Johor
  • Pusat Kebajikan Kalvari Johor 
  • Persatuan Kebajikan Darul Hanan

Mengenai Southern Lion Sdn Bhd


Southern Lion Sdn Bhd ialah syarikat kerjasama 50/50 di antara Lam Soon (M) Bhd dan LION CORPORATION, Jepun. Ia terus menambah baik kualiti kehidupan pengguna di Malaysia dengan menawarkan produk-produk isi rumah seperti penjagaan fabrik, kediaman, kecantikan dan oral yang inovatif pada harga mampu milik. Southern Lion merupakan syarikat pengeluar bahan cucian pertama yang menerima persijilan ISO 9001.


Read More

Giveaway Let's Beauty By Apekinah.com

Friday, January 4, 2019

9 comments
Giveaway Let's Beauty By Apekinah.com  |  Holaa!! Salam Jumaat buat semua.. Ada yang tak pergi solat Jumaat ke tu? Tamo mengelat ye kaum adam sekalian.. Hehe.. Orite, dah alang-alang ada masa terluang ni, teringin pulak nak join giveaway anjuran Blogger Kinah ni.. Hadiah yang disediakan macam memanggil-manggil minta join giveaway ni.. Hehe.. Papepun kita up banner comel ni dulu..


Sape-sape yang rasa nak join boleh terus klik banner kat atas ni ye.. Syarat tak susah mane, jadi rugi sangat kalau tak join... Manalah tahu kot-kot ada rezeki untuk menang beauty box dari kinah.. Apa-apa pun, aku ucapkan gut luck kepada semua yang join.. Korang yang mana belum join tu, moh leee join reramai kasi meriah giveaway ni..


Tarikh Akhir
31 Januari 2019


Read More

Murtabak Mengkasar | Murtabak Sedap Menjadi Pilihan Ramai Di Kuantan

Thursday, January 3, 2019

10 comments
Murtabak Mengkasar | Murtabak Sedap Menjadi Pilihan Ramai Di Kuantan  |  Nampaknya projek jalan-jalan cari makan geng-geng blogger pantai timur pada hujung minggu yang lalu bukan terhenti setakat di Restoran Bummbu Nasi Singgey sahaja tetapi diteruskan pula dengan minum petang di gerai Murtabak Mengkasar Bukit Sekilau pula.. Dah agak lama jugak aku tak merasai keenakan Murtabak Mengkasar ni.. Tak dinafikan, Murtabak Mengkasar adalah murtabah sedap yang menjadi pilihan ramai orang di Kuantan ni malah mereka dari luar kuantan juga..

Murtabak Mengkasar | Murtabak Sedap Menjadi Pilihan Ramai Di Kuantan

Murtabak Mengkasar Bukit Sekilau

Murtabak Mengkasar di Jalan Bukit Sekilau ni sebenarnya sudah lama beroperasi iaitu lebih kurang 17 tahun lamanya.. Sememangnya murtabak mengkasar ini sangat terkenal di Pekan dan juga Kuantan malahan ia juga sudah menjadi satu jenama murtabak di Negeri Pahang.. Kalau korang nak tahu, Murtabak Mengkasar ini telah menjadi santapan kegemaran bagi kerabat Diraja Pahang dan ramuan istimewanya juga telah diturunkan oleh Tukang Masak Sultan Pahang.. Hurmm patutlah Murtabak Mengkasar ini sangat istimewa dan menjadi kegemaran orang ramai..


Kalau dari rumah aku ke gerai Murtabak Mengkasar Bukit Sekilau ni memakan masa selama 30 minit sahaja  sekiranya trafik berjalan lancar... Kalau jalan sesak, faham-faham saja la kan.. Hehe.. Ok, gerai ni sangat mudah dicari kerana dia bersebelahan dengan Kampus UiTM Bukit Sekilau.. Alah ape susah, sekarang ni kan ada aplikasi waze atau google map yang boleh tolong kite cari lokasinya.. Jadi tak perlu nak runsing bagai takut sesat atau tak jumpa.. Kat bawah ni aku upkan alamat untuk korang..


ALAMAT
Gerai Murtabak Mengkasar
Pusat Jaja UiTM,
Jalan Bukit Sekilau,
26060 Kuantan, Pahang

NO. TELEFON
012-963 0448

WAKTU OPERASI
3.00 Petang - 1.00 Pagi

PRODUK
Murtabak Mengkasar & Murtabak Frozen

LOCATION



Selalunya kalau sebut aje murtabak, mesti ingat bulan puasa atau pasar malam kan.. Kebiasaannya, time bulan puasa memang makanan ini sangat dicari dahulu sebagai pembuka selera berbuka puasa.. Di pasar-pasar malam juga ada dijual murtabak dengan pelbagai varisi tetapi sudah semestinya tak sama dengan Murtabak Mengkasar ni kerana ia mempunyai keunikannya yang tersendiri seperti rempahnya adalah homemade, bentuknya juga berbeza dari yang lain iaitu segiempat memanjang dan ia memiliki tiga lapisan berintikan daging atau ayam yang diadun bersama rempah ratus yang berkualiti.. Sebab itulah Murtabak Mengkasar ini menjadi pilihan ramai..


Menu Istimewa Di Murtabak Mengkasar Bukit Sekilau

Ok, Murtabak Mengkasar ni ada 5 jenis kesemua iaitu Mix Special, Daging Special, Ayam Special, Daging Biasa dan Ayam Biasa.. Harganya pula adalah dari RM8 hingga RM12 sahaja.. Memang murah setanding dengan saiznya yang agak besar.. Kalau dilihat akan ketebalan murtabaknya, aku yakin ramai yang beranggapan ia memuakkan.. Sebenarnya tidak kerana selepas satu suapan, korang akan menyuapnya lagi sehingga habis.. Hehe.. Memang sedap dan puas hati..


Oh ya, di gerai Murtabak Mengkasar juga terdapat menu sampingan seperti Roti Canai, Roti Telur, Roti Telur Bawang, Roti Planta, Roti Bawang dan juga Roti Boom.. Kot la ada yang datang tetapi tak nak makan murtabak kan, jadi bolehlah order menu sampingan yang ada..

Sebelum aku terlupa Murtabak Mengkasar ini cawangan utamanya adalah di Pekan, Pahang.. Jadi, bagi korang yang menghala ke Pekan, Pahang bolehlah singgah Murtabak Mengkasar di Pekan, Pahang untuk merasai keenakannya.. Rugi kalau pulang tanpa rasa terlebih dahulu Murtabak Mengkasar ni..

Menu Murtabak Mengkasar Pilihan Aku

Antara menu murtabak yang menjadi pilihan aku di gerai Murtabak Mengkasar ini adalah Murtabak Daging Biasa, Ayam Biasa, Daging Special dan Ayam Special.. Yang Mix punye aku tak sempat nak rasa sebab perut dah penuh.. Haha!! Jom aku belanja gambar..

Murtabak Ayam Biasa

Murtabak Daging Biasa

Murtabak Daging Special

Murtabak Ayam Special

Yang ni Mix Special punya..

Murtabak Mengkasar ni memang besar saiz dia.. Jadi, sekeping boleh makan dua orang.. Isinya juga sangatlah meriah weh!! Dengan bersalut telur lagi kalau yang special.. Memang terbaiklah rasa dia.. Kuahnya pula didatangkan dalam dua jenis iaitu kuah kari dan juga bawang jeruk pink tu (tak tahu orang panggil apa.. haha!!)


Bagi aku memang sangat berpuashati dengan murtabak di gerai Murtabak Mengkasar Bukit Sekilau ni.. Saiznya besar, harga berpatutan dan rasanya sedap... Layanan juga terbaik dari pekerja-pekerjanya.. Paling best, gerai ini dibuka pada setiap hari.. Jadi, sekarang ni kalau nak makan murtabak dah tak perlu nak tunggu bulan puasa atau tercari-cari di pasar malam dah.. Pergi aje terus kat Gerai Murtabak Mengkasar ni dan nikmati murtabaknya yang enak.. Seronok weh!!


Murtabak Mengkasar Frozen

Bila dah menjadi terkenal dikalangan masyarakat malah rakyat Malaysia, tak mustahil kalau murtabak pun disediakan dalam bentuk sejuk beku.. Begitulah juga dengan Murtabak Mengkasar ini, dimana korang dah boleh dapatkannya dalam bentuk frozen... Mudahlah untuk dibuat stok di rumah dan dimakan pada bila-bila masa sahaja..


Kata Tuan Hj. Din, pada awalnya, murtabak frozen ini dibuat secara kecil-kecilan sahaja sehinggalah ia mendapat sambutan yang luar biasa dan mula membuatnya secara besar-besaran dengan memasarkannya sehingga ke Jeddah.. Packagingnya juga dah menarik sekarang tidak seperti mula-mula dahulu.. Yelahkan, kalau dah dipasarkan ke luar negara, packagingnya juga haruslah menarik.. Barulah pelanggan yakin untuk membelinya.. Harga pun tak mahal mana, yang special cuma RM15 sahaja manakala yang biasa pula RM12...

Packaging yang menarik

Setiap produk yang dikeluarkan oleh pengurusan Murtabak Mengkasar, kualiti produk makanan yang dipasarkan sangat dititikberat dan dijaga dengan baik.. Sebab itu juga, ramai yang percaya dengan produk keluaran Murtabak Mengkasar Sdn. Bhd. ni..

Haa berita baik buat korang di luar sana yang berminat untuk menjadi ejen bagi menjual Murtabak Mengkasar Frozen, bolehlah buat permohonan sekarang kerana mereka sedang mencari ejen bagi seluruh Semenanjung Malaysia bagi meluaskan lagi perniagaan mereka..

Eh, aku pun ada bawa balik sekotak murtabak frozen ni tau.. Cuma belum ada masa nak masak lagi.. Mungkin hujung minggu ni kalau tak keluar kemana-mana.. Hehe..

Apa Kata Aku Tentang Murtabak Mengkasar


Bagi aku, rasa dan keenakan yang ada pada Murtabak Mengkasar ni sudah cukup bagi menarik orang ramai untuk singgah dan makan di gerai mereka.. Aku sendiri sangat teruja dengan rasanya.. Pada aku, ia memang sedap.. Bagi korang pula aku tak pasti sebabnya setiap orang selera masing-masingkan berbeza.. Jadi, untuk tau sedap ke tidak, korang kena datang sendiri dan rasa..


Saiznya memang puashati sampaikan sekeping kena makan dua orang baru boleh habis.. Isinya pun sangatlah banyak dan padat.. Paling penting murtabak ni tidak mendatangkan rasa muak ye.. Sekali makan, rasa nak lagi dan lagi.. Servis yang diberikan oleh pekerja-pekerjanya pun sangat bagus.. Memang tak perlu tunggu terlalu lama di meja.. Sekejap saja, murtabak dah sampai.. Hehe..

Sempat beramah mesra dengan owner Murtabak Mengkasar

Bagi mereka yang datang dari jauh tu, bolehlah beli yang frozen.. Nanti bolehlah menikmatinya kat rumah pulakkan.. Kalau ada yang nak buat stok kat rumah pun boleh.. Borong banyak-banyak simpan dalam peti ais.. Bila rasa nak makan, bolehlah terus masak.. Dah tak perlu nak mencari lagi..

Oklah, secara keseluruhannya aku berpuashati dan aku doakan semoga perniagaan Murtabak Mengkasar ini terus maju dan berjaya.. Nak bagi ratinglah.. Hehe.. Aku bagi 4.5/5 untuk keseluruhannya.. Lain kali aku pasti akan singgah lagi.. Insyaallah..


Untuk maklumat lanjut, boleh layari :-

Facebook

Instagram



Read More

PLANNERHUT | Planner 2019 Hadiah Giveaway Dari Lullabyssz

Wednesday, January 2, 2019

10 comments
PLANNERHUT | Planner 2019 Hadiah Giveaway Dari Lullabyssz  |  Selamat tinggal 2018 dan selamat datang 2019... Selamat tahun baru buat semua readersssss Blog Lea Azleeya.. Apa azam baru korang tahun ni? Aku macam biasalah tak berazam pun sebabnya bila ada azam, belum tentu lagi tercapai.. Bila tak de azam, banyak bende boleh aku capai.. Hehe.. Macam orang tak de matlamat hidup aje bunyiknye kan.. Haha!! Walaupun tak de azam, tetapi aku harus ada plan untuk perjalanan hidup aku ni.. Jadi, aku memerlukan Planner 2019.. Alhamdulillah tahun ni aku tak perlu bersusah payah nak keluar duit beli planner baru sebabnya tuhan beri rezeki pada aku untuk menang sebuah Planner 2019 hasil dari aku join giveaway anjuran Blogger Lullabyssz...

PLANNERHUT | Planner 2019 Hadiah Giveaway Dari Lullabyssz

Hadiah ni sebenarnya dah lama sampai.. Cuma aku belum berkesempatan untuk update di blog.. Now aku curi masa sikit untuk 'menunjuk' kat korang planner baru aku ni.. Hiks.. Riak lagik takbur kan.. Haha.. 

Eceli planner ni dari PLANNERHUT sebuah shop menjual planner yang cantik dimana aku sendiri admire dengan planner yang dijualnya.. Serius memang cantik planner yang dorang jual.. Tak sangka tahun ni aku tak perlu keluarkan duit untuk membelinya.. Thankz to Messarah kerana memilih diri ini untuk memenangi hadiah yang best ni.. Hiks..

Mesti korang nak tengok kan kecantikan paras rupa dalaman planner ni kan.. Meh la aku 'menunjuk' kat korang.. Sekali lagi riak dan takbur.. Sekian.. Haha..

Page 1 - Boleh tarok detail peribadi kita ye.. Kot la tercicir, leh la orang yang terjumpa tu anto balik kat kite.. Tu pun kalau orang yang jumpa tu jenis yang bertanggungjawab.. hehe..

Ada jugak page untuk korang catat goals korang.. Checklist ibadat... Siap ada graf lagik tu.. Mudah nak tengok balikkan apa yang kita dah buat... Tahap kita dimana.. Reward pun boleh catat jugak.. Kot la tahun ni nak reward diri beli jet peribadi ke.. Ngeeee...

Ini yang bagus ni.. Setiap tahun berazam nak khatam al-quran.. Satu perkara yang baik.. Haa tak payah nak pening kepala baca sampai surah mana.. Boleh terus tick kat sini kalau dah selesai baca setiap surah.. Gile mudah wehh!!

Yang ni part aku paling suka tetapi tak pernah berjaya.. Haha.. Mula-mula cantik jerk saving, bila time tak de duit aku dah tak tahan kene goda dengan duit simpanan aku tu.. Kikiki.. Haaa ada jugak bahagian bills checklist.. 

Ada yang tengah nak kuruskan badan? Leh la catat kat bahagian Fitness Checklist ni.. Aku pun kene catat jugak nampak gayanye.. Berat badan tak menentu sekarang ni.. Huhu.. 

Monthly planner

Weekly Planner

Ini untuk bulan Ramadhan planner.. Ada part menu dan aktiviti.. Bolehlah catat nak masak ape untuk sahut dan buka puasa.. Plan awal-awal.. Baru tak buntu nak masak ape kan.. Untuk kitela kaum hawa.. cewahh..

Nak tengok kalender penuh pun ada ni ha..

Ini part last sekali dimana bahagian yang boleh korang tulis karangan hidup.. Hehe.. Ada bahagian bergaris dan juga kosong.. 

Orite, semua dah aku 'menunjuk' kat korang.. Mungkin ada yang masih belum beli planner untuk tahun ni dan ada plan untuk membelinya.. Jadi, bolehlah korang cuba dapatkan planner dari Plannerhut ni.. Memang cantik dan lengkap untuk checklist kehidupan kite seharian.. Paling best, this is islamic planner.. Yeahh iloike!!

Akhir sekali sebelum aku blah dari entry ni, aku nak ucapkan terima kasih yang tak terhingga buat Messarah sebab hadiahkan planner yang cantik ni.. Moga Messarah dilimpahi rezeki yang halal dan menjalani kehidupan di tahun baru ini dengan lebih baik dari sebelumnya.. Amiin YRA.. 

Yang mana belum mengenali Messarah, boleh terjah blog beliau di https://messarah.blogspot.com/...


Read More