Top Social

10 Barang Yang Ingin Aku Beli Di Althea

Saturday, December 15, 2018
10 Barang Yang Ingin Aku Beli Di Althea  |  Aku ni bukanlah seorang kaki shopping.. Tetapi bila sekali terjebak dalam kancah 'shopping' maka susah nak berhenti... Haha!! Now, aku giat bukak tutup - bukak tutup laman web Althea sebabnya banyak barang make-up dan skincare aku yang dah nak habis.. Jadinya, bila dah terjah laman web Althea maka penuhlah wishlist aku.. Ahakz.. 


Eh, sekejap! Korang tau tak apa itu Althea? Haa kalau ada yang masih tak tahu, Althea adalah sebuah laman web yang menjual barang atau produk kecantikan secara online yang datangnya nunnnn dari Korea... Biasanya kalau yang gile dengan K-Beauty pasti dah sinonem dengan Althea ni kan termasuklah aku.. Ahakz.. Sejak terjebak dengan K-Beauty ni memang Althea lah tempat aku shopping.. Tak nak membebel terlalu banyak, jom tengok wishlist aku, 10 barang yang ingin aku beli di Althea..


1. APRILSKIN Magic Snow Cushion


Orite, ini adalah barang pertama yang aku ingin beli di Althea, APRILSKIN Magic Snow Cushion.. Seriously, aku memang suka BB Cushion ni sebabnya aku dah pernah guna dulu.. Now, aku teringin nak guna balik sebabnya BB Cushion ni dapat cover semua cela di muka kita dengan mudah dan menampilkan wajah yang sempurna dan flawless.. I loikeee!! Almaklumlah muka aku ni bukannya 'suci' sangat.. Haha.. Ada la jugak parut jerawat dan kengkadang jerawat pun ada.. Jadi, dengan menggunakan APRILSKIN Magic Snow Cushion ni, dapatlah aku tutup segala cela kat muka aku ni.. Nama lagik magic cushion kan... Hehe..

Harganya tak mahal dan tak murah, sedang-sedang bak kata orang.. Berpadanan dengan hasilnya yang sangat superb iaitu RM82.00 sahaja.. Kalau ada yang nak beli dan cuba jugak, bolehlah klik link ni ye → https://my.althea.kr/magic-snow-cushion-2-0-2016-new


2. Elizavecca Skin Liar Primer


Ini produk wajib ada dalam beg aku.. Baru ni aku dah kehabisan si Elizavecca Skin Liar Primer ni.. Rasa macam tak sempurna jerk make up aku.. Hehe.. Paling terok, Skin Liar Primer ni selalu aje 'sold out' bila aku nak beli.. Nampak sangat produk ni bagus dan laku keras dekat Althea tu.. Harganya pun murah weh! 

Aku sebelum make up memang akan guna Skin Liar Primer ni supaya make up aku tahan lama dan mendapatkan matte finishing.. Muka pun nampak lebih flawless sepas make up.. Sangat membantu uolls... Paling best, make up memang tak akan bercapuk sama sekali.. Aku sangat recommend korang untuk guna Skin Liar Primer ni sebelum make up.. Gerenti korang puashati dengan hasilnya.. Harganya sangat murah iaitu RM23.00 sahaja.. Boleh beli di link ini → https://my.althea.kr/skin-liar-primer


3. MISSHA 4D Mascara


MISSHA 4D Mascara ni juga wajib ada dalam beg make up aku.. Aku tak percaya pada mascara lain selain mascara jenama MISSHA ni.. Ciri-ciri mascara yang aku suka haruslah tidak berketul-ketul dan mudah digunakan.. Ciri-ciri ni ada pada MISSHA 4D Mascara ni.. Serius aku suka mascara ni dan tak mungkin akan cari yang lain.. Ahakz.. Sekali beli mesti aku akan beli 2 pcs supaya aku tak putus bekalan.. Memandangkan kedua-duanya aku dah guna dan bakal habis tak lama lagi, MISSHA 4D Mascara ni wajib berada dalam wishlist aku.. Harga memang murah iaitu cuma RM16.00 sahaja.. Boleh terjah link ini → https://my.althea.kr/the-style-4d-mascara


4. RiRe Bubble Bubble Lip Mask


Bibir ni dah lama tak dirawat dan dibelai.. hehe.. Ada masa sampai kering bibir aku ni menggelupas dan paling teruk sampai pecah.. Sakit woiii... Ini gara-gara kurang air dan juga pemakaian lipstik yang terlalu kerap dan tak sesuai dengan bibir aku.. Jadi, terfikir jugak aku nak cari lips mask.. Sebelum ni bukan tak pernah guna lips mask, pernah aje.. Cumanya kali ni nak cuba pula yang jenis bubble bubble ni.. Baca feedback dari mereka yang dah guna, memang best... Jadi, aku pun nak jugak cuba kan.. Hehe..

Katanya RiRi Bubble Bubble Lip Mask ni dapat membuang sel kulit mati pada bibir dan memberikan kelembapan serta dapat melembutkan bibir... Haha, itu yang aku carik! Haha... Lagi pun, Bubble Lip Mask ni mengandungi ekstrak lemon dan kaya dengan vitamin c baik untuk kulit bibir.. Harga lip mask ni hanyalah RM29.00 sahaja.. Jom check kat sini → https://my.althea.kr/bubble-bubble-lip-mask


5. Laneige Essential Power Skin Refiner Moisture

Yeahh muka aku perlukan toner diketika ini.. Sebelum ni aku memang tak pernah guna lagi toner dari jenama Laneige ni.. Memang aku tahu dan sedia maklum yang jenama ni sangat terkenal dan mempunyai pengguna setia yang ramai.. Produknya juga adalah yang terbaik di pasaran.. Aku jerk lambat untuk mencubanya..

Jadi, kali ni aku tak nak ketinggalan lagi dan ingin mencuba sendiri kehebatan produk Laneige ni.. Lagi pun aku lihat ramai rakan-rakan aku yang dah mencubanya dan hasilnya sangat bagus.. Kulit aku memang jenis kombinasi.. Adakala kering dan ada kala ia berminyak.. Huhu.. Laneige Essential Power Skin Refiner Moisture ini menjadi pilihan aku sebabnya ia dapat membantu memberikan kelembapan pada kulit wajah dan menyeimbangkan minyak juga.. Hydro-Ion Mineral Water yang terkandung dalam essential ni mampu mempercepatkan kelembapan pada kulit.. Memang terbaik weh! Harganya cuma RM85.00.. Boleh tengok sini ye → https://my.althea.kr/power-essential-skin-refiner-moisture


6. Laneige Two Tone Lip Bar



Laneige Two Tone Lip Bar ni memang dah lama aku nak beli.. Tapinye, kena fikir banyak kali sebabnya aku tak pernah lagi beli lipstik berharga RM72.00 sebatang.. Haha.. Namun, hati aku ni rasa tak puas selagi tak beli.. Apa salahnya sekali sekala reward untuk diri sebatang lisptik yang mahalkan.. Lagi pun jenama Laneige ni sangatlah terkenal dan produknya juga berkualiti.. Jadi, dengan harga tu rasanya berbaloi-baloi untuk aku beli dan cuba.. Selain itu, warna yang ditawarkan sangat cantik oiii!!.. Sekarang ni memang aku suka sangat mengenakan lipstik two tone ni.. Nampak lebih menarik dan meyakinkan... 

Lipstik ni ada 10 shades.. Warna gabungannya cerah dan gelap.. Biasanya aku akan pakai warna gelap di bahagian dalam.. Nice weh!! Tak caya cuba la.. Haha.. Meh pakat beli kat sini → https://my.althea.kr/two-tone-lip-bar


7. Milky Dress Barbie Make Blurer Pop Cheek


Sekarang ni aku agak rajin sikit bermake up.. Blusher pun menjadi penting bagi aku sekarang.. Kalau sebelum ni aku gunakan Onsaemeein Velvet Moist Lip Tint sebagai blusher. Kali ni aku nak bertukar kepada Milky Dress Barbie Make Blurer Pop Cheek pula disebabkan Onsaemeein Lip Tint tu selalu sangat 'sold out'.. Memang sangat susah nak dapatkan stok.. 

Warna blusher Milky Dress ni cantik juga.. Bolehlah tukar angin pula kan.. Rasa macam nak rembat ketiga-tiga warna sebabnya sangat cantik.. hehe.. Harganya RM26.00 sahaja hokeh! Meh tengok sini → https://my.althea.kr/barbie-make-blurer-pop-cheek-6g


8. The Face Shop Designing Eyebrow Pencil


Yeah, aku pengguna setia eyebrow jenama The Face Shop ni.. Barang yang wajib ada bila aku make up.. Tak de ni, memang tak lengkap la make up aku.. Ahakz.. Ada banyak pilihan warna.. Biasanya aku guna dark brown.. Memandangkan eyebrow aku dah nak habis, haruslah aku masukkan dalam wishlish aku supaya aku tak putus bekalan eyebrow ni.. Haha!! Macam tu sekali ye.. Hiks..

Harganya sangat sangat sangat sangat murah.. Hanya RM11.00 sahaja.. Senang digunakan dan warnanya pun cantik sangat.. Nak selongkar, sila klik link ni ye → https://my.althea.kr/designing-eyebrow-pencil-0-3g


9. Althea Contour Cleanser


Pencuci muka pasti tak boleh tinggal.. Mesti kena ada dalam wishlist.. Pencuci muka pilihan aku haruslah dari keluaran Althea sendiri iaitu Contour Cleanser.. Serius, aku memang suka dengan pencuci muka ni.. Sangat sesuai untuk muka aku.. Dah banyak tiub jugak aku guna.. Sebelum kehabisan, aku kenalah buat stok.. Tak de la nanti dah habis baru kelam kabut nak beli.. Hehe..

Aku suka sangat pencuci muka ni sebabnya ia dapat membersihkan kulit dengan sempurna.. Make up habis tanggal.. Tak payah nak guna make up remove bagai.. Cukup dengan pencuci muka ni aje.. Selain itu, ia dapat membentuk wajah kita sekiranya guna dalam jangka masa yang berterusan.. V-shaped uollsss... Tak nak ke.. Hakak haruslah nak.. Ahakz!!

Harga murah aje.. Harga mampu milik iaitu RM23.00 untuk 150G... Murah weh!.. Lama jugak penggunaannya.. Jimat sangat.. Nak beli, boleh klik link ni → https://my.althea.kr/contour-cleanser


10. Pobling Pore Sonic Cleanser (White)


Barang terakhir yang ingin aku beli di Althea adalah Pobling Pore Sonic Cleanser.. Selalunya cuci muka dengan tangan jerk.. Nak la jugak try cuci muka menggunakan Pobling Pore Sonic Cleanser ni kan.. Ramai yang telah guna benda alah ni dan berpendapat ia sangat berkesan untuk memcuci muka dengan lebih sempurna.. Hah gitu!

Muka lebih bersih dari biasa uolls kalau guna Sonic Cleanser ni.. Dorang la kata.. Aku belum cuba lagi.. Pobling ni hebat tau sebab mempunyai kuasa 10,000 sonic/minit... Tu dia.. Memang muka akan terasa bersih la lepas guna Pobling ni.. Nak-nak lagi liang pori.. Memang bersih se bersihnya.. Bila baca feedback orang yang dah guna, aku sendiri teruja untuk cuba sendiri walaupun harganya agak meninggal.. Ekeke.. 

Pobling ni bukan guna kuasa elektrik ye tetapi menggunakan bateri sahaja dan sangat lembut bila digunakan pada muka kita.. Ia sama sekali tidak akan merosakkan kulit muka ya.. Harganya agak tinggi juga iaitu RM88.00.. Harga meninggal tetapi barangnya terbaik.. Berbaloi-baloi la kan dengan harga tu.. Nak beli, sila terjah disini → https://my.althea.kr/pore-sonic-cleanser-white


Itulah 10 barang yang ingin aku beli di Althea... Andai kata tak tercapai untuk beli kesepuluh-sepuluh ni dalam satu masa, tak pe kite beli sikit-sikit.. Dapat satu dari 10 wishlist ni pun dah boleh senyum sampai ke telinga tau.. Haha.. Bagi korang yang nak dapatkan produk K-Beauty yang berkualiti dan original, bolehlah beli di laman web Althea.. Websitenya pun mesra pengguna ye.. Korang tak perlu nak pening kepala semasa checkout barang.. Pembelian di laman web Althea sangat mudah.. Bagi korang yang firstime ingin beli barang di Althea sebagai new customer, jangan lupa dapatkan 15% diskaun dengan memasukan kod : NEW-MY semasa checkout ye.. Untuk info lanjut, boleh layari https://my.althea.kr/


11 comments on "10 Barang Yang Ingin Aku Beli Di Althea"
  1. Menarik lah product Althea ni. Berhantu sungguh lah. Heheh..

    ReplyDelete
  2. suka la APRILSKIN Magic Snow Cushion tu rasa nak beli gak... huhu

    ReplyDelete
  3. Pobling tu macam nak juga beli satu , hehe.

    ReplyDelete
  4. nk terjah althea meta. semalam mek tgk dia punya iklan christmas box. aiiiiii. buat mek geram jah

    ReplyDelete
  5. Ramai jugak yang berkenan dengan Pobling tu ye. Moga tercapai hajat kak lea

    ReplyDelete
  6. Ehhh ada 2 barang yang samalah dengan kita. Bubble-bubble lips dengan pobling tu.

    ReplyDelete
  7. airah suka sangat brand laneige.siap masukkan essense dia dalam wishlist lagi

    ReplyDelete
  8. perghh merecikss semuanya! seronok tengok. nak satu kak leaa hahaha

    ReplyDelete
  9. Liez macam nak beli semua brg dkt althea.. sbb yakin barangan korea semua bagus...

    ReplyDelete