Biosol Pembersih Kewanitaan Prebiotik Dengan Madu


Biosol Pembersih Kewanitaan Prebiotik Dengan Madu  |   Sejak terjebak dengan produk Korea ni, sampaikan pembersih wanita pun aku carik yang dari Korea.. Hehe.. Entah la, aku rasa lebih yakin dengan produk Korea.. Sungguhpun begitu, sebelum  beli aku akan pastikan dulu produk yang aku nak beli tu selamat digunakan dan Halal.. Tak bolehlah main beli jerk kan.. Terbaru aku cuba pula Biosol, pembersih kesihatan wanita prebiotik dengan madu.. Hah, korang ingat susu ajerk yang ada prebiotik? Pembersih wanita pun hadeeee hokeh!! Meh aku cite..



Orite, Biosol ni merupakan produk keluaran Neil Armayan iaitu sebuah syarikat yang telah ditubuhkan di Korea sejak tahun 2008 dimana mereka menjalankan perniagaan eksport produk kesihatan dan kecantikan. Mereka juga pernah berada di dalam perniagaan spa 10 tahun yang lalu di Malaysia. Neil Armayan telah beroperasi di 4 negara sejak ditubuhkan iaitu Korea, Thailand, Malaysia dan Vietnam.. Kini mereka telah mengeluarkan 2 produk iaitu Revesol dan juga Biosol..

Biosol Pembersih Kewanitaan Prebiotik Dengan Madu

Aku memang pengguna pembersih kewanitaan.. Kalau tak guna aku pasti akan rasa tak selesa.. Sebelum ni aku guna yang berasaskan daun sirih.. Tapi kali ni aku teruja nak cuba Biosol ni sebabnya ia mengandungi prebiotik dengan madu.. Macam mana tu? Haaa.. Istimewa sangatkan.. Hehe..


Biosol, Pembersih Kesihatan Wanita Prebiotik Dengan Madu ni merupakan rumusan unit dari ekstrak tumbuhan semulajadi membantu memberikan khasiat, peremajaan dan pemulihan yang diperlukan oleh lapisan kulit, rupa dan penampilan vagina sambil melenyapkan vagina yang kurang sempurna kerana penyelesaiannya sangat mudah. Dengan menggunakan Biosol ni, kita dapat alami pembaharuan menyeluruh, keriangan dan semangat baharu daripada kulit vagina yang lembut dan licin.. 

Memang teruja habis nak guna Biosol ni bila tengok khasiatnya.. Selalunya guna pembersih kewanitaan ni semata-mata untuk sekadar membersih aje.. Dengan Biosol ni dapat pulak khasiat lain kan.. 

Fungsi Biosol


Sebenarnya penjagaan kawasan intim ni sangat penting.. Mungkin ada dikalangan kita pada hari ni mengambil ringan akan hal ini dengan menggunakan sabun biasa untuk mencuci.. Ramai yang tidak tahu sebenarnya, penggunaan produk yang bukan direka untuk bahagian tersebut mungkin boleh memudaratkan. Ini boleh menyebabkan jangkitan kuman atau rengsa, pH vagina berubah, berbau, gatal, dan keputihan.

Vagina yang sihat bergantung kepada tiga faktor iaitu bakteria yang sihat, keseimbangan pH dan kandungan glikogen epitelium dimana jika salah satunya tidak berfungsi dengan baik, boleh menyebabkan pelbagai gejala dan masalah... Jadi, buat wanita-wanita diluar sana jadilah pembeli yang bijak dengan memilih produk pencuci yang kaya dengan kandungan semula jadi dan prebiotik untuk melindungi bahagian intim daripada pelbagai gejala yang berkait rapat dengan ketidakseimbangan pH.

Kalau korang nak tahu, Biosol ni berfungsi membantu menghilangkan bakteria dan segala kekotoran dari kulit.. Ia juga membolehkan kulit menjadi lembut, licin, segar, bertenaga dan revitalize.. Bukan itu sahaja ye, Biosol ini juga menggalakkan peredaran darah, kulit menjadi lembap dan kuat disamping dapat menegangkan kulit di bahagian peribadi wanita.. Paling bagus tentang Biosol ni, ia  dapat mengawal pH yang sesuai dalam 4.5 hingga 5... 

9 Kebaikan Biosol 



  • Melenyapkan kekeringan vagina
  • Mengekalkan pH optimum untuk vagina
  • Menegang dan mengetatkan kulit/otot yang kendur
  • Meningkatkan kesihatan dan menyamankan kulit
  • Merancang pembiakan bakteria yang berfaedah dalam lapisan kulit dalaman
  • Mengandungi ciri anti-penuaan dan menukar sel kulit yang lesu
  • Mengetatkan dan menegangkan otot vagina, mengembalikan tona dan tekstur
  • Menyediakan nutrien penting yang diperlukan untuk melembap dan menghidrat kulit
  • Menggalakkan pertumbuhan semula epidermis untuk memperbaiki, melembut dan memulihkan kulit

Apa Kata Lea Azleeya Tentang Biosol?


Dah 2 minggu aku guna Biosol.. Alhamdulillah sangat serasi dengan aku dan tiada sebarang kesan sampingan.. Aku lebih yakin kini sebab biosol ni memberikan aku keselesaan sepanjang hari.. Jadi, nak buat apa-apa aktiviti pun dah tak risau lagi akan ketidakselesaannya.. Serius aku dah jatuh cinta pandang pertama dengan Biosol ni weh!.. Oh ya, ia didatangkan dalam cecair yang sedikit likat tetapi tak melekit sama sekali.. Itu yang bestnya... Kalau melekit ni, boleh menyebabkan ketidakselesaan.. Betul tak?

Baunya pun best.. Ada sedikit bau madu.. Almaklumlah bahan utamanya adalah madu, jadi tak hairanlah kalau ada sedikit bau madu.. Yang penting sekali, Biosol ni tidak mengeringkan vagina.. Kalau dilihat dari segi packagingnya, yesss sangat praktikal.. Mudah dibawa kemana-mana kerana botolnya tidak terlalu besar.. Jadi, dalam handbag pun boleh isi.. Aku sangat recommend semua kaum wanita di Malaysia untuk mencuba Biosol ni.. Sekali cuba pasti setia selamanya.. Cewahh.. Haha!! Ayat dah macam iklan tv jerk kan.. Hiks..

Dapatkan Biosol Sekarang Untuk Kesihatan Dan Keselesaan


Yeahh, bagi korang yang rasa nak cuba jugak, bolehlah dapatkan Biosol ni sekarang.. Jangan mengambil mudah akan kebersihan kawasan intim kita ye jika tidak mahu pelbagai gejala dan masalah datang menyinggah.. Hehe.. Harga untuk sebotol Biosol ni adalah RM 107.80 untuk 200ML..


Untuk maklumat lanjut, sila layari :-

Website

Facebook

Instagram


QuickEdit
Lea Azleeya
6 Comments

6 comments:

  1. mula mula ak bace, bisol. hahahahahahhahahahahaha. tp ak bace balik mcm terpikat nk beli plak si bisol ni.

    ReplyDelete
  2. boleh tahan jugak harga biosol ni..mula² baca sekali imbas ingat bisol tadi..hahaha

    ReplyDelete
  3. Wow... mcm terkejut lak korea ada pencuci intim wanita kan..? Padahal semua wanita seluruh dunia mencuci bahagian intim.. hihihi

    ReplyDelete
  4. Eh baru taw korea ada buat keluar produk untuk bahagia intim wanita..

    ReplyDelete

[name=Lea Azleeya] [img=//1.bp.blogspot.com/-grWfwgzBOkQ/Xq8WSYJDTsI/AAAAAAAAfZI/tVxseM6NvuIeDN_Ksav4Cf2pX3udRXJGQCLcBGAsYHQ/s1600/lea%2B1.jpeg] [description=Hi, Lea here! I'm lifestyle & beauty blogger based in Kuantan, Pahang. I'm started blogging since Jun 2013. For any review, please email me at sotskirts@gmail.com] (facebook=http://www.facebook.com/s0tskirt) (twitter=http://www.twitter.com/LeaAzleeya) (instagram=http://www.instagram.com/lea_azleeya) (youtube=http://www.youtube.com/leaazleeya)