Top Social

Image Slider

Showing posts with label top. Show all posts
Showing posts with label top. Show all posts

Dos Kecil, Cucian Berkuasa Dalam Masa Lebih Singkat dengan 5X Kuasa Cucian Menerusi TOP TurboClean Ultra Concentrated Detergent

Saturday, January 26, 2019
Dos Kecil, Cucian  Berkuasa Dalam Masa Lebih Singkat dengan 5X Kuasa Cucian Menerusi TOP TurboClean Ultra Concentrated Detergent | Adakah mencuci pakaian menjadi rutin rumah yang paling lama, membuatkan anda tidak mempunyai banyak masa untuk bersama keluarga, kawan-kawan atau menikmati pengalaman baru?


TOP, jenama pencuci No. 1 di Malaysia kini merevolusikan pengalaman mencuci pakaian apabila membuktikan bahawa cucian penuh kuasa didatangkan dalam pakej kompak menerusi pengenalan TOP TurboClean Ultra Concentrated Detergent. Ia mampu memberikan 5X kuasa cucian dengan enzim turbo yang bertindak pantas untuk mengeluarkan kotoran lebih cepat menerusi satu penutup kecil sahaja.   

Rekabentuk TOP TurboClean yang kompak nyata sepadan dengan formula ultra-pekat yang ada di dalamnya. TOP telah menghasilkan Enzim Turbo yang bertindak pantas dengan 5X kuasa pembersihan bagi menghilangkan kotoran tersembunyi, terutamanya sebum dengan cepat dan efektif. Jadi, pakaian penuh yang dibasuh dengan mode basuhan ‘Quick Wash’ dapat dibersihkan secara lebih berkesan, sama seperti pakaian yang dibasuh menggunakan pencuci konvensional pada kitaran cucian penuh.   

Teknologi cucian inovatif ini terdiri daripada satu formula yang lima kali lebih pekat berbanding pencuci pakaian lain. Ia juga menghapuskan air yang tidak perlu yang membuatkan kebanyakan cecair pencuci menjadi lebih cair.   

Dengan pilihan kitaran cucian ‘Quick Wash’ yang lebih singkat tetapi tetap efektif, TOP TurboClean dapat menjimatkan banyak masa, penggunaan air dan tenaga elektrik. Jadi anda ada lebih banyak masa untuk diluangkan bersama orang tersayang, menikmati hobi serta “me-time’ dan “self-care” untuk diri sendiri disamping menikmati gaya hidup yang mesra alam.  

Enzim Turbo di dalam TOP Turbo Clean membersih secara menyeluruh dengan kombinasi Multi-Surfaktan untuk “menyerang” dan melarutkan kotoran. Muti-enzim pula dapat menembusi jauh ke dalam gentian fabric untuk menguraikan kotoran manakala Polimer pula membantu mengeluarkan sebum serta menghalang kotoran daripada terbentuk semula.  

Menurut Pengurus Pemasaran Southern Lion Sdn. Bhd., Encik Leroy Yoon, dengan pengenalan TOP TurboClean Ultra Concentrated Detergent yang kompak ini, satu segmen bahan pencuci premium baharu yang berprestasi tinggi bakal dibentuk. Sasaran utama produk ini adalah pengguna yang menghargai innovasi terkini yang memudahkan rutin mencuci pakaian serta menambah baik gaya hidup mereka, selari dengan janji jenama TOP iaitu Innovation for Better Living  

Cecair pencuci ultra pekat masih tidak digunakan secara meluas di Malaysia. kami percaya bahawa TOP TurboClean akan menjadi antara yang terawal dalam kategori ini dan bakal diperkenalkan secara meluas di Malaysia. TOP sememangnya terkenal kerana inovasi termajunya demi memenuhi keperluan pengguna dan merevolusikan pengalaman mencuci pakaian".    

Detergen dengan konsentrasi ultra agak sukar didapati di Malaysia, oleh itu kami yakin TOP Turbo Clean adalah antara yang pertama dalam kategori ini yang akan semakin dikenali di Malaysia. TOP terkenal dengan innovasi cemerlang untuk memenuhi kehendak pengguna dalam merevolusikan pengalaman mencuci pakaian. Dengan TOP TurboClean kami membuktikan bahawa innovasi yang hebat boleh didapati dalam saiz yang kecil & kompak tetapi dapat menambah baik rutin seharian dan gaya hidup pengguna secara signifikan. Ia mempunyai pelbagai kelebihan – jimat separuh masa mencuci, 5X kuasa membersih, jimat ruang, jimat air & elektrik dan dapat memberikan anda lebih banyak masa terluang untuk hal-hal yang lebih penting. Kami juga menetapkan harga yang berpatutan dengan kelebihan yang diberian oleh detergen ini,” kata Encik Leroy.  

Satu botol 900g cukup untuk 45 cucian dan dapat menjimatkan ruang di kawasan mencuci pakaian agar kelihatan lebih tersusun dan kemas.  

Pencuci pakaian baharu kami mampu mengubah cara rakyat Malaysia mencuci pakaian,” kata Leroy. 

Kami ingin memberi pengalaman mencuci pakaian yang lebih baik di rumah, dan kami yakin inovasi ini akan berjaya menarik kelompok pengguna yang lebih luas – daripada golongan professional yang sentiasa sibuk, keluarga normal sehinggalah golongan urban yang mencucui pakaian di luar kediaman mereka.”  

Rekaan penutup TOP TurboClean yang pintar mengurangkan risiko tumpahan atau melebihi had yang dicadangkan untuk satu cucian. Bahan pencuci yang berlebihan boleh menyebabkan buih menjadi banyak seterusnya memberi kesan kepada pakaian dan mesin basuh. Ia juga mengakibatkan pengguna tidak dapat memperoleh jumlah cucian yang sepatutnya.   

5X kuasa cucian dalam masa yang singkat, saiz botol TurboClean yang kompak. Selain itu, ia juga mempunyai semua kelebihan pencuci TOP sedia ada seperti anti-bau hapak, anti-debu hama dan anti sebum sebagai jaminan kehidupan yang lebih bersih dan sihat.  

TOP TurboClean Ultra Concentrated Detergent in Power Fresh mempunyai haruman yang segar dan terkini untuk aroma kebersihan yang mantap.
TOP TurboClean Ultra Concentrated Detergent in Power Bloom mempunyai haruman flora yang mendakap anda dalam wangian yang romantik dan menenangkan.

Ia sesuai untuk mesin basuh cucian atas dan hadapan, selain boleh digunakan dengan kitaran Quick Wash sekaligus memberikan anda lebih banyak masa bersama keluarga, rakan-rakan mahupun melakukan aktiviti kegemaran.    Boleh didapati dalam dua varian, anda boleh memilih wangian segar Power Fresh atau bau floral Power Bloom yang sensasi, ia boleh didapati di seluruh negara dalam botol kompak 900gm pada harga RM20.15  sebotol. Manakala pek isian semula berharga RM16.45 bagi setiap pek. 




Kempen CSR TOP Dengan Kerjasama MYDIN Menyumbangkan Pakaian Seragam Sekolah Kepada 500 Orang Pelajar Demi Masa Depan Yang Lebih Cerah

Saturday, January 05, 2019
Kempen CSR TOP Dengan Kerjasama MYDIN Menyumbangkan Pakaian Seragam Sekolah Kepada 500 Orang Pelajar Demi Masa Depan Yang Lebih Cerah  |  TOP, jenama bahan pencuci No. 1 di Malaysia kembali menceriakan 500 orang kanak-kanak dari beberapa buah NGO terpilih di seluruh negara menerusi kempen CSR Cerahi Kehidupan Bersama TOP. Memasuki tahun keempat, kempen tersebut menyediakan pakaian seragam dan keperluan persekolahan kepada lebih 1,600 orang kanak-kanak dari 18 buah rumah kebajikan.

Kempen CSR TOP Dengan Kerjasama MYDIN Menyumbangkan Pakaian Seragam Sekolah Kepada 500 Orang Pelajar Demi Masa Depan Yang Lebih Cerah

TOP bekerjasama dengan peruncit utama, MYDIN untuk melaksanakan kempen mengumpul dana CSR bermula 15 November hingga 15 Disember, di mana, 30 sen daripada jualan produk terpilih TOP di semua cawangan MYDIN di seluruh negara akan disalurkan untuk membeli keperluan persekolahan anak-anak yang berusia di antara 7 hingga 17 tahun dari 18 buah rumah kebajikan.

Keperluan persekolahan itu termasuklah pakaian seragam, beg sekolah dan alat tulis yang lengkap buat semua kanak-kanak yang terlibat.

Kempen ini mempunyai dua objektif utama iaitu memberikan kanak-kanak pakaian seragam baharu yang boleh mereka banggakan, seterusnya memberikan motivasi untuk mereka mencapai sesuatu dengan lebih tinggi dengan menaikkan keyakinan dan harga diri mereka. Ia juga bertujuan mendidik mereka tentang pentingnya gaya hidup yang bersih. Ini termasuklah menjaga dan mencuci pakaian masing-masing agar sentiasa bersih. 

Pakaian seragam untuk kanak-kanak dari rumah kebajikan di seluruh negara ini sudah boleh diambil sebelum sekolah dibuka. Ini pasti memberi ketenangan minda kerana mereka boleh memakai pakaian baharu untuk sesi persekolahan yang baru. 


Pengurus Pemasaran Southern Lion Sdn. Bhd., Mr. Leroy Yoon berterima kasih kepada MYDIN dan para pelanggan atas sokongan mereka terhadap program yang nyata memberi harapan serta kegembiraan kepada kanak-kanak berkenaan. 

Kami terharu dengan sokongan MYDIN dan para pelanggannya yang memberi sokongan tidak berbelah bahagi dalam menjayakan kempen yang cukup bermakna ini. Sumbangan ini sangat bermakna kepada kanak-kanak yang kurang bernasib baik. Sokongan mereka nyata memberi harapan dan kegembiraan kepada kanak-kanak yang tidak sabar untuk memulakan sesi persekolahan dengan pakaian seragam baharu, sama seperti rakan-rakan mereka yang lain. 

Pada masa yang sama, TOP juga berbangga untuk menawarkan inovasi dan manfaat produk kami kepada semua. Kami berbesar hati untuk menjadi sebahagian daripada inisiatif yang dapat memberi motivasi kepada kanak-kanak untuk menikmati masa depan lebih cerah. Terima kasih kepada semua pengguna TOP yang menjayakan kempen ini selama empat tahun berturut-turut,” kata Mr. Yoon. 

Maklumat lanjut, sila layari laman web http://www.southernlion.com.my atau hubungi talian khidmat pelanggan : 1800-88-0133

18 buah rumah kebajikan yang terlibat ialah:- 

Kedah/Perlis
  • Pertubuhan Rumah Anak Yatim Daerah Kuala Muda 
  • Rumah Superkids
Penang
  • Pertubuhan Rumah Kebajikan Seri Cahaya Pulau Pinang 
  • Pusat Jagaan Persekutuan Kebajikan Anak Anak Yatim Islam Pulau Pinang
Kelantan/Terengganu
  • Rumah Tunas Harapan Pakatan Kasih 
  • Rumah Anak Yatim dan Dhuafa' Siti Aminah (RAYSA)
Perak
  • The Salvation Army Ipoh Children's Home 
  • Pusat Jagaan Anak-Anak Yatim Nurul Iman
Kuala Lumpur/Selangor
  • Rumah Hope 
  • Rumah Bakti Nur Syaheera
Pahang 
  • Badan Kebajikan Anak-anak Yatim dan Miskin Nadwah Permata Camar 
  • Pusat Jagaan Wanita dan Kanak-kanak Casa Harapan 
Negeri Sembilan
  • Persatuan Kebajikan Kanak-kanak Rhema 
  • Pertubuhan Anak Yatim Darul Aminan (PAYDA)
Melaka
  • Pertubuhan Kebajikan Bhagawan Sri Ramakrishna Malaysia 
  • Pusat Jagaan Kanak-Kanak Harapan Bukit Baru
Johor
  • Pusat Kebajikan Kalvari Johor 
  • Persatuan Kebajikan Darul Hanan

Mengenai Southern Lion Sdn Bhd


Southern Lion Sdn Bhd ialah syarikat kerjasama 50/50 di antara Lam Soon (M) Bhd dan LION CORPORATION, Jepun. Ia terus menambah baik kualiti kehidupan pengguna di Malaysia dengan menawarkan produk-produk isi rumah seperti penjagaan fabrik, kediaman, kecantikan dan oral yang inovatif pada harga mampu milik. Southern Lion merupakan syarikat pengeluar bahan cucian pertama yang menerima persijilan ISO 9001.