Baby Bottle Labels Dari Baby Koala Menjadikan Penyimpanan Susu Ibu Lebih Mudah!

Sunday, September 23, 2018

6 comments
Baby Bottle Labels Dari Baby Koala Menjadikan Penyimpanan Susu Ibu Lebih Mudah!  |  Menjadi seorang ibu perkara yang paling membahagiakan adalah dapat menyusu badan anak sepenuhnya.. Aku sendiri tak dapat menikmati saat bahagia tu dalam tempoh yang lama.. Paling lama pun hanya 6 bulan sahaja.. Selepas 6 bulan, anak-anak aku dengan sendirinya menolak untuk menyusu badan..

sumber foto : google

Time menyusu badan, perkara yang paling penting yang perlu aku buat setiap hari adalah pump susu mengikut jadual supaya stok susu sentiasa ada untuk bekalan ke rumah pengasuh.. Time tu jugak aku gigih buat label pada milk storage bottle anak aku supaya tidak tertukar dengan botol susu anak orang lain yang dijaga oleh pengasuh yang sama..

Macam-macam gaya dan macam-macam kaedah aku labelkan botol susu anak aku tu.. Mula-mula aku terus tulis dekat botol susu.. Lama-lama botol susu jadi kotor dan comot.. Lepas tu aku guna pulak kertas sticker.. Tetapi lepas kena air, dah tak boleh ditanggalkan gam yang terlekat dekat botol tersebut.. Stressss jadinya..

Baby Bottle Labels Dari Baby Koala Menjadikan Penyimpanan Susu Ibu Lebih Mudah!


Itu dulu, sekarang tidak lagi dengan adanya Baby Bottle Labels dari Baby Koala ni.. Bukan sahaja menjadikan penyimpanan susu ibu lebih mudah malah untuk melabel bekal makanan anak aku ke pengasuh pun mudah.. Yelah, sekarang ni aku dah tak breastfeeding lagi.. Anak aku pun dah 1 tahun umurnya.. Apa yang perlu aku fikirkan sekarang, hanya melebel bekalan makanan dia setiap hari ke pengasuh.. Nasib baiklah ada Baby Bottle Labels dari Baby Koala ni.. Memudahkan kerja-kerja melabel bekalan makanan anak aku tu..

Kalau korang nak tahu, Baby Koala ini merupakan sebuah jenama baby di Malaysia yang telah melancarkan produk genius iaitu Baby Bottle Labels untuk menjadikan penyimpanan susu ibu lebih mudah. Ini bertepatan dengan tagline mereka iaitu "Menjadikan kehidupan anak-anak lebih mudah"..

Bagi aku sendiri, produk genius yang dikeluarkan oleh Baby Koala ini sangat membantu dan memudahkan kerja aku menguruskan bekalan anak-anak aku.. Memandangkan aku seorang ibu yang bekerja, jadi dengan adanya Baby Bottle Labels ni, aku dah tak perlu nak buang masa untuk mencabut dan mencuci kesan label kertas sticker dan mencuci marker pen pada botol susu atau bekas makanan anak aku.. Memang meringankan kerja aku..

Boleh Tulis, Basuh Dan Tulis Semula!


Yang mana ibu-ibu yang masih breastfeeding tu, tak kiralah sama ada korang mengepam susu semasa waktu bekerja atau dirumah, aku sangat recommend korang guna Baby Bottle Labels dari Baby Koala ni supaya korang boleh melabel botol susu anak korang dengan nama, tarikh dan contents tanpa sebarang masalah dan tak perlu lagi nak risau botol susu anak korang tertukar.. Jangan risau, Baby Bottle Labels ni korang boleh tulis, basuh dan tulis semula sekerap mana yang korang mahukan.. Bestkan!!


Sejak menggunakan Baby Bottle Labels dari Baby Koala ni, hilang stress aku time nak melabel.. Haha.. Seperti yang aku katakan tadi, Baby Bottle Labels ni bukan sahaja boleh digunakan pada botol penyimpanan susu badan sahaja tetapi boleh juga digunakan untuk melabel botol air, bekas makanan kecil dan sebagainya.. Apa yang menarik lagi, Baby Bottle Labels ni didatangkan dalam warna yang menarik.. Warna warni uolls!! Time melabel, seronok jerk tengok label berwarna-warni.. Warnanya pun cantik.. hehe.. Oh ya, setiap pek mengandungi 4 keping label botol dan 1 marker pen.. Hiks..!!

Keistimewaan Baby Bottle Labels Baby Koala


  • Boleh digunakan dengan mana-mana marker pen kerana ia mudah dipadam dengan air
  • Sangat elastik dan fleksibel
  • Dihasilkan daripada silikon gred makanan berkualiti tinggi yang bebas BPA, BPS, PVC dan Phthalate. 
  • Mesra alam dan tidak beracun
  • Mudah dan menjimatkan
  • Boleh di sterilizer, dishwasher dan microwave save
  • Sangat disyorkan untuk setiap kana-kanak.
  • Sesuai untuk ibu-ibu menyusu untuk melabelkan botol simpanan susu, susu formula untuk mengenalpasti botol bayi, sippy cup dan botol air
  • FDA A.S diluluskan

Cara Penggunaan Baby Bottle Labels Baby Koala

  • Masukkan label pada botol
  • Tulis pada label menggunakan marker pen yang disediakan atau mana-mana permanent marker pen. Tunggu selama beberapa saat untuk membiarkan dakwat kering sebelum menggunakannya.
  • Jika memanaskan botol di dalam air, pastikan korang lap label perlahan-lahan supaya tulisan tidak hilang.
  • Selepas mencuci label, jika ingin menulis semula dengan serta merta, pastikan label kering dengan mengelapnya dengan tuala kering.
  • Untuk menghilangkan tulisan, hanya perlu bilaskan label dengan air dan gosok atau lap denga span.
  • Untuk penggunaan chiller bag dengan pek ais, pastikan botol simpanan susu diletakkan dalam ziplock bag secara individu bagi mengelakkan kelembapan yang boleh menyebabkan tulisan hilang.
Dapatkan Baby Bottle Labels Baby Koala sekarang!!


Yeah, sekarang ibu-ibu dah boleh bersenang-senang dengan adanya Baby Bottle Labels dari Baby Koala ni.. Tak perlu lagi nak stress memikirkan cara nak melabel botol susu dan bekas makanan anak.. Sememangnya Baby Koala memahami semua ibu di Malaysia dengan menjadikan hidup ibu lebih mudah! Nak hidup jadi lebih mudah, jom dapatkan Baby Bottle Labels dari Baby Koala ini sekarang juga!!

Untuk sebarang pembelian dan maklumat lanjut, sila layari :-

Facebook

Instagram

Email
hellobabykoala@gmail.com


Read More

Lirik Lagu Di Matamu - Sufian Suhaimi

Saturday, September 22, 2018

6 comments
Lirik Lagu Di Matamu - Sufian Suhaimi  |  Rasanya semua pun dah familiar dengan lagu Sufian Suhaimi ni kan.. Dan tak hairan juga ramai yang suka akan lagu ni termasuklah aku.. Kehkeh!! Aku sendiri pun tak tahu kenapa aku suka sangat dengan lagu Di Matamu ni.. Tapi serius aku cakap lirik lagu ni memang sedih dan lagunya pun best.. 



Di Matamu - Sufian Suhaimi

Apakah kau cuba untuk menafikan
Keikhlasan hatiku padamu
Betapa ku mencuba
Mendapatkan secebis kasihmu

Apakah kau tak mampu untuk menentukan
Di antara kaca dan permata
Betapa telahanmu
Memaksaku mengundurkan diri

Dan tak seharusnya aku
Bertemu dirimu di dunia ini
Dan kau membuang diriku
Sesuka hatimu dan memilih dia

Dan ku tersandar begini
Meratapi hati yang telah dilukai
Aku sedar betapa hinanya
Ku di matamu

Namun jika ku diperlukan dan diterima 
Izinkanku menagih kasihmu
Namun jikaku ditolak tak diperlukan
Buang segala tentangku

Dan tak seharusnya aku
Bertemu dirimu di dunia ini
Dan kau membuang diriku
Sesuka hatimu dan memilih dia

Dan ku tersandar begini
Meratapi hati yang telah dilukai
Aku sedar betapa hinanya
Ku di matamu


Read More

Unboxing Althea Turn 3 Beauty Haul

Wednesday, September 19, 2018

10 comments
Unboxing Althea Turn 3 Beauty Haul  |  Holaaaa!! Hi korang.. Hakak dengan produk kecantikan tak dapat dipisahkan.. Cewahhh.. Padahal hakak bukannya seorang kaki makep tegar.. Haha!! Tapi serius, aku memang suka sangat dengan produk kecantikan ni.. Bila beli produk kecantikan tak kiralah, lipstik ke, compact powder ke, skincare ke, apa sajalah produk kecantikan, mesti aku excited.. Hehe.. Orite, kali ni aku nak unboxing Althea Turn 3 Beauty Haul!! 


Tempat feberet aku shopping produk kecantikan semestinya di laman web Althea.kr... Macam-macam produk ada dijual di sana.. Kadang tu sampai rambang mata nak pilih yang mana satu.. Semuanya best-best belaka.. Rasanya dah banyak kali jugak aku shopping kat sana.. Boleh dikatakan aku adalah pelanggan tetap Althea.. Haha!!

Apa yang aku shopping untuk kali ni? Haaa mesti korang tak sabar nak tahukan? Jom kite unboxing sesama..

Althea Turn 3 Beauty Haul


Kalau dulu aku shopping di Althea rasa macam nak beli semua produk.. Sekarang tak lagi sebabnya aku dah tau apa yang aku perlukan dan apa yang patut aku beli.. Cumanya, untuk satu-satu tujuan tu, banyak pulak pilihannya.. Haha!! Jadi, kene pilih yang betul-betul sesuai dengan apa yang kita mahukan.. Sebelum beli, aku akan tengok dulu review dari pembeli sebelumnya untuk menentukan produk tersebut ok atau tidak.. 

Apa yang aku beli kali ni? Haaa ada 5 item semuanya iaitu :-
  • Contour Cleanser (150g)
  • Black & Black Pore Cleansing Set
  • Skin Liar Primer (30ml)
  • Angle Foundation Brush
  • Powder Brush

Kalau ikutkan hati memang banyak lagi yang aku nak beli.. Tapi cukuplah 5 item dulu untuk kali ni.. Nextime kite shopping lagi.. Banyak jugak produk yang menjadi feberet aku di Althea.. Untuk kali ni, aku cuba beberapa produk yang aku belum pernah guna.. Jom kite tengok satu persatu..!!

Contour Cleanser (150g)


Althea Contour Cleanser ni memang pencuci muka feberet aku semenjak aku diperkenalkan dengan Set Skincare Althea Bare Essential - 3 Easy Step Korean Skincare Routine oleh Althea Angel.. Kenapa aku suka sangat dengan Contour Cleanser ni? Haa sebabnya pencuci muka keluaran Althea ni dapat membersihkan muka aku dengan sempurna.. Tak perlu pakai mekap remover dah.. Cuci aje pakai Contour Cleanser ni, semua mekap yang aku pakai akan tanggal.. Tapi harus diingat ye, aku bukan kaki mekap teballlll.. hehe.. 

Rutin mekap aku setiap hari, aku akan pakai krim, foundation yang sangat nipis sebab aku dah pakai krim muka kan, compact powder, celak, maskara dan juga lipstik.. Aku memang tak pakai make up remover untuk tanggalkan mekap aku.. Aku terus aje cuci pakai Countour Cleanser ni.. Clear muka aku tau!! Haha.. Satu lagi yang aku suka tentang pencuci muka ni adalah ia berfungsi untuk membentuk muka.. Dapat kuruskan muka tau kalaui pakai lama-lama.. Nama lagi Contour Cleanser kan.. Hiks..


Black & Black Pore Cleansing Set


Nella Black & Black Pore Cleansing Set ni aku tak pernah cuba lagi sebelum ni.. Hidung aku ni boleh tahan jugak bintik hitamnya.. Sebab tu la aku pilih produk ni untuk selesaikan masalah aku ni.. Tengok review pengguna sebelum ni, nampak macam produk ni berkesan untuk kurangkan bintik hitam.. Jadi, aku nak cuba sendiri untuk tengok hasilnya.. Menjadi ke idok...

Haaa setakat ni aku dah guna dua kali.. Alhamdulillah memang nampak perubahannya.. Bintik hitam semakin berkurangan.. Berus set ni sangatlah bestttt digunakan.. Lembut sangat weh!! Haha.. Memang tak menyakitkan muka.. Kena guna secara konsisten, insyaallah hilang semua bintik hitam kat muka aku ni.. Aku guna 3 kali seminggu kalau rajin.. ekekeke..


Skin Liar Primer (30ml)


Elizavecca Skin Liar Primer ini pun merupakan produk yang baru aku cuba.. Dari hasil siasatan aku keatas produk ni, ramai yang memberi feedback yang best-best belaka.. Jadi aku decide untuk cuba sendiri produk 'penipu' ini.. Haha.. Kenapa dinamakan skin liar primer? Haaa sebabnya bila pakai, muka jadi flawlesss.. Kikiki.. Betul ke idok?? Nak tahu kenalah cuba sendiri ye.. Ahakzz..


Angle Foundation Brush & Powder Brush




It's My Brush - Angle Foundation Brush dan Powder Brush ni memang dah lama nak beli tapi  tak terbeli sebabnya bila time nak beli mesti kehabisan stok!! Selalu apply foundation pakai jari jemari jerk.. Sekarang dah ada brush ni memang lebih mudah kerja meratakan pondesen.. Hiks.. Sama juga dengan powder brush tu sangat berguna time mekap.. Bebulu brush ni sangat lembut.. Rasa nak terlelap time layang dekat kulit muka.. Kikiki.. Cam kene belai jerk.. Wakakakaka!! Ini serius hokeh, brush ni memang best!!


Moh tengok video aku unboxing pulak.. Hiks..


5 produk yang aku shopping di Althea dah aku share info dengan korang... Insyaallah, next unboxing aku akan share lagi.. Ada lagi produk idaman aku di Althea yang belum aku beli.. Semua dah dimasukkan dalam wishlist aku.. Nak tahu, kenalah tunggu aku shopping dulu.. Haha!!

Orite, kalau korang nak shopping produk K-Beauty yang best-best dan meletop, bolehlah shopping di Althea.kr.. Aku yakin korang akan menjadi pelanggan setia Althea macam aku ni haa sebabnya semua produk yang dijual sangatlah menarik dan best-best belaka.. Di Althea pun selalu ada promotion tau.. Jadi, selalulah jengok website mereka ye untuk dapatkan harga diskaun..

Untuk sebarang pembelian atau maklumat lanjut, sila layari :-

Untuk maklumat lanjut, sila layari :-

Website

Facebook

Instagram


Read More

Beauty Giveaway By Mrs Pip

Monday, September 17, 2018

10 comments
Beauty Giveaway By Mrs Pip  |  Tak serik-serik join giveaway!! Walaupun jengjarang menang.. Haha.. Tak pe sekurang-kurangnya boleh support kengkawan blogger.. Ni haa nak join satu lagi giveaway beauty... Mentang-mentang la blog aku niche beauty ye, pilih giveaway beauty aje.. Hehe.. Orite, kali ni kite join pula Beauty Giveaway by Mrs Pip pula.. 


Syarat untuk giveaway Mrs Pip ni pun mudah jugak.. Cuma kena cerita sikit 'Apa yang aku suka tentang  blog Mrs Pip?'... hehe 

Apa yang aku suka ye tentang blog Mrs Pip ni? Hurmmm.. 
  • Fast loading bila masuk blog Mrs Pip
  • Nice Template
  • Tulisannya senang dibaca
  • Banyak info di dalamnya
  • Entry best!! 
Hah tu dia aku buat point aje senang.. Hehe.. Korang tak nak join ke giveaway ni.. Moh la join reramai.. Manalah tau ada rezeki untuk menang kan.. Hiks..

Tarikh Tamat : 06 Oktober 2018



Read More

Let's Be Beautiful by Ana Suhana

6 comments
Let's Be Beautiful by Ana Suhana  |  Kemain semangat nak update blog bila si kecik tidur.. Kalau budak kecik tu tak tidur, memang tak de harapan nak mengadap pc ni.. Huhu.. Sebelum memerah otak dan jari jemari menaip entry kerja, kita bersantai dulu join giveaway.. Weh, lama dah makcik tak join giveaway... Malam ni nak join giveaway 'Let's Be Beautiful by Ana Suhana'... Tengok tajuk pun dah teruja nak join noq!! hehe..


Nampaknya giveaway ni akan berlansung selama sebulan.. Mesti ramai penyertaan untuk giveaway Blogger Ana kali ni.. Hadiah yang ditawarkan menarik hokeh! Kalau tak join memang rugi besar.. Biasa kalau hadiah dia gempak, mesti syarat penyertaannya agak 'cerewet'.. Haaa korang tak yah risau sebab syarat penyertaannya sangatlah simple.. Jadi, apa tunggu lagi, jom pakat join giveaway ni.. Aku dah join.. Yey!! Haha...

Wish me luck ok!!


Read More