Top Social

Baby Bottle Labels Dari Baby Koala Menjadikan Penyimpanan Susu Ibu Lebih Mudah!

Sunday, September 23, 2018
Baby Bottle Labels Dari Baby Koala Menjadikan Penyimpanan Susu Ibu Lebih Mudah!  |  Menjadi seorang ibu perkara yang paling membahagiakan adalah dapat menyusu badan anak sepenuhnya.. Aku sendiri tak dapat menikmati saat bahagia tu dalam tempoh yang lama.. Paling lama pun hanya 6 bulan sahaja.. Selepas 6 bulan, anak-anak aku dengan sendirinya menolak untuk menyusu badan..

sumber foto : google

Time menyusu badan, perkara yang paling penting yang perlu aku buat setiap hari adalah pump susu mengikut jadual supaya stok susu sentiasa ada untuk bekalan ke rumah pengasuh.. Time tu jugak aku gigih buat label pada milk storage bottle anak aku supaya tidak tertukar dengan botol susu anak orang lain yang dijaga oleh pengasuh yang sama..

Macam-macam gaya dan macam-macam kaedah aku labelkan botol susu anak aku tu.. Mula-mula aku terus tulis dekat botol susu.. Lama-lama botol susu jadi kotor dan comot.. Lepas tu aku guna pulak kertas sticker.. Tetapi lepas kena air, dah tak boleh ditanggalkan gam yang terlekat dekat botol tersebut.. Stressss jadinya..

Baby Bottle Labels Dari Baby Koala Menjadikan Penyimpanan Susu Ibu Lebih Mudah!


Itu dulu, sekarang tidak lagi dengan adanya Baby Bottle Labels dari Baby Koala ni.. Bukan sahaja menjadikan penyimpanan susu ibu lebih mudah malah untuk melabel bekal makanan anak aku ke pengasuh pun mudah.. Yelah, sekarang ni aku dah tak breastfeeding lagi.. Anak aku pun dah 1 tahun umurnya.. Apa yang perlu aku fikirkan sekarang, hanya melebel bekalan makanan dia setiap hari ke pengasuh.. Nasib baiklah ada Baby Bottle Labels dari Baby Koala ni.. Memudahkan kerja-kerja melabel bekalan makanan anak aku tu..

Kalau korang nak tahu, Baby Koala ini merupakan sebuah jenama baby di Malaysia yang telah melancarkan produk genius iaitu Baby Bottle Labels untuk menjadikan penyimpanan susu ibu lebih mudah. Ini bertepatan dengan tagline mereka iaitu "Menjadikan kehidupan anak-anak lebih mudah"..

Bagi aku sendiri, produk genius yang dikeluarkan oleh Baby Koala ini sangat membantu dan memudahkan kerja aku menguruskan bekalan anak-anak aku.. Memandangkan aku seorang ibu yang bekerja, jadi dengan adanya Baby Bottle Labels ni, aku dah tak perlu nak buang masa untuk mencabut dan mencuci kesan label kertas sticker dan mencuci marker pen pada botol susu atau bekas makanan anak aku.. Memang meringankan kerja aku..

Boleh Tulis, Basuh Dan Tulis Semula!


Yang mana ibu-ibu yang masih breastfeeding tu, tak kiralah sama ada korang mengepam susu semasa waktu bekerja atau dirumah, aku sangat recommend korang guna Baby Bottle Labels dari Baby Koala ni supaya korang boleh melabel botol susu anak korang dengan nama, tarikh dan contents tanpa sebarang masalah dan tak perlu lagi nak risau botol susu anak korang tertukar.. Jangan risau, Baby Bottle Labels ni korang boleh tulis, basuh dan tulis semula sekerap mana yang korang mahukan.. Bestkan!!


Sejak menggunakan Baby Bottle Labels dari Baby Koala ni, hilang stress aku time nak melabel.. Haha.. Seperti yang aku katakan tadi, Baby Bottle Labels ni bukan sahaja boleh digunakan pada botol penyimpanan susu badan sahaja tetapi boleh juga digunakan untuk melabel botol air, bekas makanan kecil dan sebagainya.. Apa yang menarik lagi, Baby Bottle Labels ni didatangkan dalam warna yang menarik.. Warna warni uolls!! Time melabel, seronok jerk tengok label berwarna-warni.. Warnanya pun cantik.. hehe.. Oh ya, setiap pek mengandungi 4 keping label botol dan 1 marker pen.. Hiks..!!

Keistimewaan Baby Bottle Labels Baby Koala


  • Boleh digunakan dengan mana-mana marker pen kerana ia mudah dipadam dengan air
  • Sangat elastik dan fleksibel
  • Dihasilkan daripada silikon gred makanan berkualiti tinggi yang bebas BPA, BPS, PVC dan Phthalate. 
  • Mesra alam dan tidak beracun
  • Mudah dan menjimatkan
  • Boleh di sterilizer, dishwasher dan microwave save
  • Sangat disyorkan untuk setiap kana-kanak.
  • Sesuai untuk ibu-ibu menyusu untuk melabelkan botol simpanan susu, susu formula untuk mengenalpasti botol bayi, sippy cup dan botol air
  • FDA A.S diluluskan

Cara Penggunaan Baby Bottle Labels Baby Koala

  • Masukkan label pada botol
  • Tulis pada label menggunakan marker pen yang disediakan atau mana-mana permanent marker pen. Tunggu selama beberapa saat untuk membiarkan dakwat kering sebelum menggunakannya.
  • Jika memanaskan botol di dalam air, pastikan korang lap label perlahan-lahan supaya tulisan tidak hilang.
  • Selepas mencuci label, jika ingin menulis semula dengan serta merta, pastikan label kering dengan mengelapnya dengan tuala kering.
  • Untuk menghilangkan tulisan, hanya perlu bilaskan label dengan air dan gosok atau lap denga span.
  • Untuk penggunaan chiller bag dengan pek ais, pastikan botol simpanan susu diletakkan dalam ziplock bag secara individu bagi mengelakkan kelembapan yang boleh menyebabkan tulisan hilang.
Dapatkan Baby Bottle Labels Baby Koala sekarang!!


Yeah, sekarang ibu-ibu dah boleh bersenang-senang dengan adanya Baby Bottle Labels dari Baby Koala ni.. Tak perlu lagi nak stress memikirkan cara nak melabel botol susu dan bekas makanan anak.. Sememangnya Baby Koala memahami semua ibu di Malaysia dengan menjadikan hidup ibu lebih mudah! Nak hidup jadi lebih mudah, jom dapatkan Baby Bottle Labels dari Baby Koala ini sekarang juga!!

Untuk sebarang pembelian dan maklumat lanjut, sila layari :-

Facebook

Instagram

Email
hellobabykoala@gmail.com


6 comments on "Baby Bottle Labels Dari Baby Koala Menjadikan Penyimpanan Susu Ibu Lebih Mudah!"
  1. Comelnya kak lea. Memang memudahkan terutama untuk ibu-ibu yang bekerja.

    ReplyDelete
  2. Wah best lah ada label macam ni. Mudah sungguh kerja ibu lepas ni

    ReplyDelete
  3. Bagusnya.. beli sekali, guna berkali kalo..

    ReplyDelete
  4. Bagus melabel ni.mudah untuk rujukan ibu

    ReplyDelete