Giveaway RM1000 Shopping Credit SGshop Malaysia By Cikzacom

Wednesday, May 31, 2017

3 comments
Giveaway RM1000 Shopping Credit SGshop Malaysia By Cikzacom  |  Satu lagi giveaway SGShop yang aku nak join... Moga-moga adalah rezeki untuk menangkan.. Sebab banyak barang sebenarnya yang nak dibeli untuk sambut baby baru nanti.. Kalau menang, bolehlah save bajet sikit.. hehe.. Kali ni nak join pulak giveaway SGShop by Cik Za ni... 

Klik banner untuk join

Aku dah pun mendaftar akaun SGShop Malaysia dengan menggunakan username : LeaAzleeya.... So, dengan lafaz bismillah aku menjoinkan diri dalam giveaway ni.. hehe...

Hadiah untuk pemenang giveaway ni adalah shopping credit bernilai RM 100 untuk 10 orang pemenang.. Andai kata ada rezeki aku untuk menang ni, harusss aku beli kabinet baju untuk baby baru aku nanti.. Hajat hati nak letak kat umah mak aku.. Senang time pantang nanti.. Aku dah siap usha dah kat SGShop kabinet tu.. Nak tengok tak camne gayenye?? Meh aku tunjuk..


Banyak lagi sebenarnya pilihan.. Tapi aku tertarik yang ni sebab warna putih dan cam comel jerk gambar-gambar yang ada depan pintu kabinet tu.. Harga RM 61.81.. Mungkin kalau termasuk dengan postage tu cukup la RM100 kot.. Ghehe...!!

Orite, kalau korang berhajat jugak nak shopping free di SGShop Malaysia, bolehla join giveaway  ni.. Kot-kot rezeki menyebelahi kitakan.. Leh la shopping kabinet comel ni..


Tarikh Tutup
31 Mei 2017


Read More

Cuti Perayaan Persekolahan 2017 Rasmi Dari KPM

Tuesday, May 30, 2017

7 comments
Cuti Perayaan Persekolahan 2017 Rasmi Dari KPM  |  Ada lagi tak dikalangan korang yang bergelar ibubapa kepada anak-anak yang masih bersekolah tapi belum tahu tentang Jadual Cuti Perayaan Persekolahan Bagi Tahun 2017? Kalau ada moh le aku kasitau sikit ye tentang perihal ni.. Untuk makluman mommies and daddy, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telahpun mengeluarkan surat siaran KPM Bilangan 18 Tahun 2016 bertarikh 13 Disember 2016 berkenaan Takwin Penggal dan Cuti Persekolahan Tahun 2017 Bagi Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan. 


Sebenarnya takwin penggal dan cuti persekolahan ni bukan saja penting buat ibubapa pelajar tapi juga pada guru-guru.. Dengan adanya takwin ni, senanglah para guru untuk merancang aktiviti untuk pembangunan pelajar sepanjang tahun 2017 ni.. Bila dah dekat nak raya ni, mesti ibubapa nak merancang percutiankan.. Ada yang nak balik kampung la.. Ada jugak yang nak bercuti kemana-mana dengan family.. Dengan adanya jadual cuti perayaan ni, bolehlah rancang percutian dengan lebih selesa.. Tak gitu?? Jom tengok Jadual Cuti Perayaan Persekolahan Bagi Tahun 2017.


Jadual dah ada.. Jadinya, korang bolehlah rujuk dan rancang cuti perayaan korang ye.. Kalau nak lebih detail, korang boleh baca surat siaran yang dah dikeluarkan oleh KPM.. Aku upkan kat bawah ni.. Klik aje link yang aku kasi bawah ni yek.. Selamat merancang percutian buat korang semua.. :)



Read More

Menang Giveaway Free Name Card by Busyra Takiyudin

6 comments
Menang Giveaway Free Name Card by Busyra Takiyudin  |  Alhamdulillah rezeki di bulan Ramadhan.. Aku tersenarai sebagai Pemenang Giveaway Free Name Card by Busyra Takiyudin.. Nama-nama pemenang dah pun diumumkan pada 27 Mei 2017 yang lalu.... Kalau korang join jugak giveaway ni, bolehlah semak senarai pemenang kat SINI.. 

Menang Giveaway Free Name Card by Busyra Takiyudin
Pemenang Free Name Card

Tak sangka sebenarnya boleh menang giveaway ni.. Sebabnya terlalu ramai yang join.. 74 orang kot penyertaan untuk giveaway ni.. Alhamdulillah, kalau dah tertulis rezeki kita memang tak kemana kan.. Thankz to Busyra dan jugak mesin nombor (random.my) sebab pilih nombor #11 - Blog Lea Azleeya untuk menang Name Card... Terharu baq hang!! Hehe..

Tahniah jugak buat pemenang yang lain... Moga lepas ni makin rajin Busyra buat giveaway yek.. Leh join lagik.. Hiks.. Kot ada yang belum mengenali Blogger Busyra kita ni, moh le pakat terjah blog beliau.. Banyak info yang menarik kat blog beliau tau.. Rugi tak follow.. Blog mesra alamnya akan membuatkan korang suka berada di sana untuk membaca entry yang menarik nukilan beliau.. Jom terjah!!






Read More

Sambal Garing Che Nor Pembuka Selera Ketika Bersahur

Monday, May 29, 2017

12 comments
Sambal Garing Che Nor Pembuka Selera Ketika Bersahur  |  Hi korang.. Selamat berpuasa buat semua umat Islam di Malaysia.. Puasa tak hari ni? hehe.. Aku, alhamdulillah masih gagah perkasa untuk terus berpuasa walaupun tengah preggy.. hiks.. Lama kot tak jengok blog.. Rini baru berkesempatan nak update.. Membizi sambut puasa.. Kali ni nak cerita tentang sambal garing yang terlajak sedap ni... Sambal Goreng Che Nor..

Sambal Garing Che Nor
Sambal Garing Che Nor Pembuka Selera Ketika Bersahur
Korang pernah tak tengok dan try Sambal Garing Che Nor ni? Sedap baq hang!! Dah lama sebenarnya nak rasa Sambal Garing Che Nor ni.. Tapi tak tercari.. Sampailah nak masuk bulan Ramadhan baru ni, aku usahakan jugak carik kat Kuantan ni.. Untuk dibuat bersahur dan berbuka.. Ternyatalah sedap seperti yang diviralkan tu.. Memang menjadi pembuka selera time sahur dan berbuka.. Encik somi cakap rasa dia lebih kurang sambal hitam pahang... Tapi tak de la sepedas sambal hitam pahang.. Rasa dia memang best la.. Susah nak cakap.. Korang rasa baru tau kesedapannya tu..

Kat mana aku beli??

Macam biasalah kalau nak beli sesuatu barang, aku akan search dulu kat instagram.. Mudah!! Bila dah search memang banyak la yang menjual Sambal Garing Che Nor ni.. Aku cari yang di Kuantan punya.. Hasil dari carian aku, jumpa la dengan IG Raizan_Suriana ni.. 


Yang menariknya, siap ada perkhidmatan COD lagi.. Cam biasa kalau dah COD, paling minimum kenalah beli 2 botol ye.. Kalau sebotol, tak berbaloi pulak nak buat COD kan.. Kesian la seller hantar sampai depan pintu rumah.. Servis memang terbaik... 

Bagi korang yang dok area Kuantan tu, kalau nak rasa Sambal Garing Che Nor ni, bolehlah terjah IG Raizan_Suriana ni ye.. Tak rugi beli Sambal Garing Che Nor ni, memang sedap rasanya.. Harga untuk sebotol cuma RM 10.00 sahaja.. Aku dah rasa.. Korang bila lagi?? Hiks.. 


Read More