Ayam Goreng McD Pedas Meletop

Saturday, April 15, 2017

6 comments
Ayam Goreng McD Pedas Meletop  |  Assalamualaikum wbt... Hai korang...  Kebelakangan ni dok viral tentang kesedapan Ayam Goreng McD.. Katanya sampai sold out disesetangah permis McD.. Dasyat betul penangan Ayam Goreng McD ni yek... Dah bila viral camtu, rasa nak mencuba jugak kesedapan yang dikatakan tu.. Hehe.. Jumaat baru ni kawan opiz aku ajak pekene Ayam Goreng McD.. Aku apa lagi dah macam orang mengantuk disorongkan bantal aje la gayanya.. Ahakz.. Ini bermakna dapatlah aku merasa Ayam Goreng McD Pedas Meletop yang viral sangat tu.. Hiks..

Ayam Goreng McD Pedas Meletop
Ayam Goreng McD Pedas Meletop

Tak de pulak gambar aku ye.. Ini tidak adil..!! Haha.. Dah aku yang snap pic, memang tak de la dalam gambar kan... Member-member aku tu makan dah tak ingat dunia tu.. kohkohkoh!! Tak pe la, nampak peha ayam tu pown dah ok.. Aku ni kalau makan ayam memang pilih bahagian peha aje tak pun kepak.. Bahagian isi memang tak boleh nak blah.. Cepat muak... Kecuali tak de pilihan.. Makan jerk la..

Kitorang order yang box punya ada 9 ketul ayam.. Air beli ala carte jerk.. Macam biasa, air pilihan mestilah Milo Ais... Air bergas tak boleh nanti bergelegak usus perut.. Hehe.. So, kitorang makan 3 orang makanya 3 ketol sorang... Memang tak dapat disangkal lagi, Ayam Goreng McD Pedas Meletop ni memang sedap.. Rasa pedas dan rempah dia tu sampai ke isi ayam.. Memang terbaik.. Tak yah cicah sos dah, memang pedas... Patutlah kecoh sangat.. Sana sini dok cerita pasal ayam goreng mekdi ni.. Rupanya memang sodap dik nonnn!! 

Aku dapat habiskan 2 ketul aje sebab kekenyangan... Ayam dia tak sama cam dulu.. Dulu ayam mekdi ni kecik seto'et jerk.. Sekarang ayam dia dah setanding ayam KFC.. Rasa nak p ripit lagi la.. Tapi tunggu gaji la.. Haha.. 


Read More

Review Novel | Tombiruo by Ramlee Awang Murshid

Friday, April 14, 2017

13 comments
Review Novel | Tombiruo by Ramlee Awang Murshid  |  Berjaya juga aku menghadam novel Tombiruo by Ramlee Awang Murshid dengan penuh gayanya.. Hehe.. Baru novel pertama.. Ada 2 buah novel lagi iaitu Semangat Hutan dan Tombiruo Terakhir sambungan daripada kisah Tombiruo ni perlu dibaca untuk mengetahui kisah sepenuhnya... 

Tombiruo by Ramlee Awang Murshid
Tombiruo by Ramlee Awang Murshid

Btw, novel Tombiruo ni best rupanya.. Tak hairan la ramai betul peminat kepada penulis hebat Ramlee Awang Murshid ni.. Cerita yang digarapkan dalam novel ni sangat suspen sampaikan aku tak sabar nak tahu cerita selanjutnya dan kesudahan ceritanya.. Pada permulaan membaca novel ni iaitu dibahagian Prolog, aku rasakan bahasanya terlalu berat untuk aku baca dan fahamkan jalan ceritanya.. Bila dah masuk bab 1, aku dah rasa seronok membaca.. Rupanya ianya sebuah cerita yang seronok dibaca... Hehe..

Untuk buku pertama ni, aku boleh klasifikasikan kisahnya berkenaan pembunuhan dan penyiasatan.. Pembunuhan yang berlaku ditempat yang berlainan tetapi berkaitan antara satu sama lain... Sehinggakan ianya berkaitan rapat dengan Tombiruo.. Korang tau tak apa maksud Tombiruo ni? Kalau yang dah baca novel ni mesti dah tau kan.. Bagi yang belum, harussss tak tahu tuuuu.. hehe..
TOMBIRUO.. Dalam bahasa suku kaum Kadazan-Dusun, Tombiruo membawa maksud roh atau hantu, yang dipercayai wujud secara halus dan nyata. Kewujudannya juga dipanggil Rogon.. Suku kaum Murut memanggilnya Alingu atau Adah.. Mangat pula panggilan dalam bahasa suku kaum Bajau... Suku kaum Brunai mempercayai kewujudannya sebagai Ranggau, manakala orang-orang Cina memanggilnya Kui...

Kisah Novel Tombiruo
Bermula kisah beberapa kes pembunuhan di Kuala lumpur dengan cara yang sama seksa, rogol dan suntik dadah berlebihan sehingga mati.. Suspen berjaya ditangkap beserta bahan bukti dan dijatuhkan hukuman gantung sampai mati.. Tetapi suspek yang ditangkap bukan penjenayah sebenar.. Beberapa kes pembunuhan dengan cara yang sama berlaku pula di Sabah selepas itu.. Sehingga membawa kepada kisah pembalakan haram, pembunuhan dirancang, perebutan harta pusaka, kematian demi kematian dan ada juga la kisah yang sweet-sweet terselit.. Hehe.. Diantara kisah-kisah inilah wujudnya watak Tombiruo tu.. Dan watak-watak yang ada dalam novel ni sebenarnya berkaitan antara satu sama lain secara tidak langsung dan secara langsung.. 

Watak Dalam Novel 
Dalam novel ni watak paling menonjol sudah pastinya Tombiruo ataupun nama betulnya Ejim.. Diikuti dengan watak Amiruddin dan Wan Suraya.. Ejim seorang lelaki yang gagah perkasa yang mempunyai semangat pahlawan dalam diri yang dijaga dan dibesarkan oleh bapa angkatnya di dalam sebuah hutan tebal.. Ada sebabnya dia tinggal dalam hutan tebal tau.. Sebab wajahnya tak menyerupai manusia malah tidak juga seperti binatang atau haiwan.. Sebab itu orang menggelarkannya sebagai Tombiruo.. 

Amiruddin pula membesar dirumah anak yatim dan tidak tahu asal usul sebenar dirinya.. Dia berkahwin dengan Salina anak orang ternama dan kaya di daerah Keningau dan mempunyai seorang anak lelaki bernama Amirul.. Dia seorang renjer hutan..

Wan Suraya pula adalah wartawan akhbar Bacaria dan bekerja di Kuala Lumpur.. Wan Surayalah punca Amiruddin tahu asal usulnya sehinggakan Amiruddin tau yang dia ada kembar... Nak tau kembarnya siapa? Hehe.. Tombiruo a.k.a Ejim adalah kembarnya.. Perghhh kisahnya memang menarikla.. Kengkadang cam tak terjangkau dek akal jalan ceritanya camni.. 

Ending
Ending novel ni haruslah tergantungkan sebab ada sambungannya.. Tapi untuk kes pembunuhan tu memang dah berakhir dan tahu siapa dalangnya.. Rasa puas membaca dan tak kecewa sebab meskipun ceritanya tergantung tetapi tetap ada ending untuk kes pembunuhan tu.. Terbaikk..

Konklusi
Kesimpulannya, aku rasa novel ni memang superb.. Tak rugi aku hadam novel ni dengan tekun walaupun memakan masa 2,3 hari.. Hehe.. Patutlah ramai yang suka penulisan penulisnya.. Memang best.. Aku kasi 9.9 per 10 bintang-bintang kehidupan untuk novel ni.. haha!!


Bagi yang belum baca, aku rasa korang tak puas kot takat baca review aku.. Untuk lebih penghayatan baik korang baca sendiri.. Memang tak rugi uolls.. Percayalah.. 


Baca review novel - BARONGAN



Read More

Pampers Goo.N Pilihan Terbaik Untuk Anak

Thursday, April 13, 2017

12 comments
Pampers Goo.N Pilihan Terbaik Untuk Anak  |  Bila dah jadi mak budak ni kan, antara perkara pertama yang dititikberatkan adalah pemilihan pampers yang sesuai untuk anak... Aku sangat cerewet dalam bab memilih pampers.. Mane tak nye, kalau tersalah pilih pampers silap haribulan naik ruam pulak sebab tak sesuai... Tapi kalau tak cuba mane nak tahu sesuai ke tidak kan.. So, kenalah try and error... Baru tahu yang mana sesuai dan tak sesuai untuk simanja kita.. Kulit budak ni kan sensitif... So, kite sebagai ibu kenalah ambil tahu tahap sensitiviti kulit anak kita tu.. Jangan main belasah aje.. Kesian dorang nanti... Korang nak tahu tak pampers jenama apa jadi pilihan aku? Haaa kali ni, pampers Goo.N pilihan terbaik untuk anak aku si Qhaliff tu.. Memandangkan pampers lama dah habis dan agak kurang memuaskan aku, jadinya aku decide untuk tukar pampers lain.. hehe..

Pampers Goo.N Pilihan Terbaik Untuk Anak
Pampers Goo.N Pilihan Terbaik Untuk Anak
Aku rasa jenama Goo.N ni dah tak asing lagi kot dikalangan mummy-mummy kat Malaysia ni... Di bawah label Goo.N ni sendiri terdapat produk lain lagi bukan hanya sekadar pampers sahaja.. Baby Wipes pun ada.. Tapi yang tu nanti aku cerita ye.. Aku nak cerita tentang pampers Goo.N pilihan aku ni dulu iaitu Goo.N Friend Pants Super Jumbo Doraemon Edition..


Ok, kalau bab pemilihan pampers ni, aku lebih excited untuk cuba pampers yang berteknologi Jepun.. Dan pampers Goo.N ni adalah salah satu jenama lampin pakai buang yang berteknologi Jepun.. Sebab itu aku memilih jenama ini untuk anak aku.... Aku lebih suka memilih yang jenis pants.. Mudah dipakai dan tak perlu main kejar-kejar dengan si kecik tu.. Hiks.. Lagi menarik bila pampers Goo.N ni dihiasi dengan gambar Doremon and Friends.. Makin teruja si kecik tu nak memakainya.. Dah la kartun kegemaran dia tu.. Haha..!! Ini adalah special edition tau... Jom tengok pampersnya pula..


Haaa menarikkan gambar yang ada pada pampers ni.. Gambar-gambar nilah yang akan menjadi daya penarik bagi kanak-kanak untuk lebih excited memakainya.. Pemilihan pampers ni bukan takat tengok pada hiasan yang ada pada pampers aje tau.. Keselesaan perlu lebih diutamakan.. Sepanjang anak aku menggunakan pampers ni, alhamdulillah sangat sesuai.. Tiada berlakunya kemerah-merahan mahupun ruam.. Yang paling aku suka tentang pampers Goo.N ni adalah TAK BOCOR!! Bab-bab bocor ni memang aku hanginn bila berlaku.. Alhamdulillah pampers Goo.N adalah pilihan terbaik buat anak aku.. 


Ehh apa yang comel sebelah pampers tu?? Hehe.. Firstime tengok, aku dah jatuh cinta dengan kecomelannya.. Haha..!! Haaa yang comel sangat tu adalah Goo.N Limited Edition Penguin Baby Wipes Box dan yang dalam paket tu Goo.N Baby Wipes... Yang ini khas untuk baby baru nanti... Hehe.. Teruja tau nak sambut baby baru.. So, teruja jugak nak belikan dia barang-barang yang super cute camtu... Hiks..


Aku suka baby wipes dari Goo.N ni.. Tekstur tisunya sangatlah lembut dan memang tak ragu-ragu untuk digunakan pada baby aku yang bakal lahir nanti.. Lagi memudahkan bila ada wipes box comel tu, senang kerja-kerja untuk menarik baby wipes semasa kerja-kerja mengelap dilakukan.. Hehe..


Baby Wipe Box ni boleh di lock dan di unlock tau... Kiranya selamat la daripada kanak-kanak.. Bila dah lock, dorang tak boleh nak bukak dah.. Jadinya, aku tak perlu risau lagi bila Qhaliff main dengan box comel ni.. Selamat wipes aku.. haha!!

Oklah, kalau korang nak tahu, produk-produk jenama Goo.N ni aku beli di Lazada Malaysia masa Baby Fair Sale ari tu... Kalau korang pun berminat untuk menggunakan produk dari jenama Goo.N ni boleh la terjah laman web Lazada Malaysia... Sekarang ni masih ada diskaun tau untuk produk Goo.N ni... Rugi tak grab cepat-cepat... So, apa tunggu lagi tu, jom serbu laman web Lazada Malaysia sekarang!!

Dapatkan 
Pampers Goo.N Friend Pants Super Jumbo Doraemon Edition 
dengan diskaun hebat di >> Lazada Malaysia << sekarang!!


Read More

Remove Widget Top Commentators

Wednesday, April 12, 2017

18 comments
Remove Widget Top Commentators  |  Untuk yang entah keberapa kali aku remove widget top commentators blog aku ni... Bukan saje nak remove tapi TERPAKSA remove... Kenapa remove?? Hurmm sebab utama, ianya dah mengganggu banyak fungsi dalam blog aku.. Nak tahu apa yang dah jadi kat blog aku ni bila pasang widget ni?? Haa baca kat bawah ni...
  • Aku tak boleh balas komen kengkawan kat entry aku lebih dari SATU..
  • Blog lambat loading.. Lambat sesangat.. Sampai tahap menyampah aku menunggu.. huh..
  • Aku perasan juga, sejak pasang widget ni BUTTON DELETE dekat kotak komen dah jadik berterabur.. OMG!! tensen hakuuu.. Dah nak kene setting balik.. Berpinar mata dok tengok coding... Hadoii!!
  • Lain-lain masalah, belum dikesan lagi.. Ngeeee... haha!!
Pendek kata, template blog aku  ni tak support kot widget Top Commentator ni.. So, maaf la ye pada pengomen-pengomen setia blog aku ni.. Tak dapat nk hargai korang dengan memasang widget ni... Insyaallah aku akan usha widget lain untuk top commentators ni.. 


Remove Widget Top Commentators
Remove widget Top Commentators
Tamatlah riwayat widget ni.. Dah nak kene fikir pulak nak letak ape dekat column bawah blog nun.. Letak bloglist aje la kowt.. Tengok la camne nanti.. Hiks..


Read More

Beli Novel Sekolah Bernama Kehidupan Dengan Harga 10 Ringgit

9 comments
Beli Novel Sekolah Bernama Kehidupan Dengan Harga 10 Ringgit  |  Assalamualaikum.. Hi korang!! Aku tambah koleksi novel lagi.. Entah bila aku nak baca semua novel tu pown aku tak tahu lah... Kali ni aku beli novel karya Asmar Shah.. Sebelum ni belum pernah beli lagi novel karya beliau.. Ni kira firstime la.. Aku beli novel Sekolah Bernama Kehidupan dengan harga 10 ringgit sahaja... Aku tak pasti sama ada novel ni prelove atau masih baru.. Sebab bila sampai ke tangan novel ni masih ok dan macam belum terusik..

Beli Novel Sekolah Bernama Kehidupan Dengan Harga 10 Ringgit
Beli Novel Sekolah Bernama Kehidupan Dengan Harga 10 Ringgit

RM10?? Yepp RM10 sahaja.. Murahkan.. Nak tahu aku beli dari siapa novel ni.. Haaa aku beli dari seorang penulis juga.. Freelance Writer at Fixi, Fatrim Shah... 


Tu dia.. Berlonggok buku untuk dijual... Katanya ada buku prelove dan ada buku baru.. Novel yang aku beli ni tak pasti baru ke prelove.. Tak tanye pulak dia.. Hehe.. Pada asalnya aku nak rembat novel Kelibat tu.. Tapi tak sempat, orang lain dulu yang dah sambar... Huhu.. Kecewa ohh!! 

So, koleksi novel aku makin bertambah.. Bila aku nak habiskan semua?? Haha!! Kene tunggu aku habiskan novel Ramlee Awang Murshid dulu ye.. Baru aku boleh start yang lain-lain.. Hiks..


Read More

Hadiah Giveaway Dari Blogger SA-VIORS

19 comments
Hadiah Giveaway Dari Blogger SA-VIORS  |  Petang semalam balik kerja tengok ada parcel sampai rumah Pengasuh anak aku.. Aku memang guna alamat rumah Pengasuh anak sebab kalau guna alamat rumah aku jawabnya kena pergi collect sendiri la.. Huhu.. Aku terfikir-fikir parcel ape la ni.. Rasa macam tak de beli pape.. Bila dah sampai rumah terus koyak plastik parcel tu.. Oh!! rupenya hadiah giveaway dari Blogger SA-VIORS, Adik Rii... Hampir lupa tentang hadiah ni.. Aku ni kan jenis pelupa sikit.. Almaklumlah usia dah meningkat 'remaja' ni.. Ekeke..

Hadiah Giveaway Dari Blogger SA-VIORS
Hadiah Giveaway Dari Blogger SA-VIORS
Aku dapat 2 buah buku.. Satu buku motivasi agama Lukisan Tarbiah terbitan Tarbiah Sentap.. Aku memang suka baca buku terbitan Tarbiah Sentap ni.. Boleh buat aku tersentap membacanya... Hiks.. Satu lagi buku komik Lawak Kampus.. Seronok sekali sekala dapat baca komik.. Senang ati rasa.. Selain tu dapat beg comel mungee mungee.. OMG!! sangat comel ok.. Boleh letak barang make up atau dibuat bekas pensil.. Terbaikkk.. Button badge Running Man pun dapat jugak satu beserta sepucuk surat dari Adik Rii.. 


Ni suratnya.. Kata-kata dari Adik Rii untuk diri ini.. cewahh.. Btw, thankz ya Adik Rii untuk hadiah yang terlalu istimewa ni.. Moga Adik Rii terus diperluaskan rezeki olehNYA dan berjaya di dunia dan di akhirat.. 

Yang belum kenal dengan Blogger bernama Rii ni boleh la terjah blog beliau ye... Leh kenal-kenal tambah kenalan dalam dunia blog ni... Tak gitu.. 

Jom terjah!!


Read More

Berjaya Goreng Keropok Keping

Tuesday, April 11, 2017

17 comments
Berjaya Goreng Keropok Keping  |  Hi korang... Aku bercuti mengapdet blog lebih kurang 2 hari kalau tak silap aku, sebabnya nak siapkan entry untuk job review aku... Ada yang rindu aku tak?? haha Perasan tak sudah aku ni ye.. Entry kali ni, saje je nak kongsi dengan korang berita baik bahawasanya aku dah berjaya goreng keropok keping pada hari ahad lepas... Apa yang bestnye dengan cerita ni??

berjaya goreng keropok keping
Aku berjaya goreng keropok keping tanpa pengsan.. haha!!
Sumber foto : 
http://www.iklaneka.net.my/keropok.htm

Apa yang best ye?? Haaa mane taknye, aku ni kan tengah mengandung.. Memang tak boleh masuk dapur langsung sebelum ni.. Tak boleh bau orang menumis, menggoreng dan apa sajelah yang berkaitan dengan memasak.... Boleh muntah aku.. Kecuali masak air la.. haha... Ahad baru ni aku cuba nasib dengan menggoreng keropok keping.. Harap-harap alahan aku tu 100% dah pergi meninggalkan aku.. Alhamdulillah, semuanya ok.. Aku dah pulih dari alahan sepenuhnya.. So, lepas ni bolehlah cuba menumis pulak.. Nak tengok betul tak peratusan kepulihan aku tu.. Fuhh ayat cam doktor.. Haha!!

TQ pada yang sentiasa mendoakan kepulihan aku selama ni yek.. Korang memang baik hati.. Muaxxxx... Hiks..


Read More