Drama Dia Bidadariku Pengubat Rindu

Saturday, April 1, 2017

6 comments
Assalamualaikum wbt..


Drama Dia Bidadariku Pengubat Rindu  |  Korang layan tak drama ni haritu.. Drama Dia Bidadariku ni disiarkan bermula 06 Mac 2017 yang lalu sebanyak 13 episod di Astro Ria... Teraju utama drama ni ofkos la pelakon kesayangan aku, Erra Fazira dan heronya pula Hisyam Hamid.. Drama ni sebenarnya dah habis disiarkan.. Aku je lambat update tentang drama ni.. 

Eceli, aku merindui lakonan Erra Fazira.. Rasanya dah lama dia tak beraksi di layar perak.. Alhamdulillah, bila drama ni disiarkan terubat rindu aku nak tengok dia berlakon.. Hehe... Lagi pun jalan cerita drama ni menarik.. Aku suka.. Drama ini juga adalah adaptasi sebuah novel.. Cumanya aku frust jugak la dengan endingnya yang seolah-olah tergantung dan tiada kesudahan.. Huhu..

Tapikan aku rasa macam akan ada sambungan aje drama ni.. Mungkin macam drama Dia semanis Honey lakonan hebat Siti Nordiana dan Alif Satar.. Atau pown akan menyusul filem, sambungan daripada drama ni.. Siapa tahukan.. Hiks.. Teruja jugak aku.. Dan harapan aku agar ada sambungan drama ni.. Nak tahu jugak la kesudahan hidup Suri lakonan Erra Fazira dalam drama ni kan.. Oh ya, aku suka jugak tengok watak Khaliff, lakonan Wan Raja dalam drama ni.. Mencuit hati.. hehe..

Kalau yang dah tengok mesti tau jalan ceritanya kan.. Bagi yang belom tengok boleh la tengok dekat link yang aku bagi kat bawah ni nanti..  Sebelum tu, korang boleh baca sinopsis cerita ni dulu ye..

Para Pelakon
Erra Fazira sebagai Suri
Hisyam Hamid sebagai Ammar
Norman Hakim Sebagai Ridzal
Tisha Shamsir sebagai Qaseh
Wan Raja sebagai Khaliff
Dian P.Ramlee sebagai Ummi 


SINOPSIS DRAMA DIA BIDADARIKU

Mengisahkan tentang Suri, lakonan Erra Fazira seorang andartu yang hatinya telah tertutup untuk bercinta lagi setelah dia putus tunang 15 tahun yang lalu.. Setelah 15 tahun berlalu, tiba-tiba bekas tunangnya Ridzal, lakonan Norman Hakim yang agak psiko telah kembali untuk merebut cintanya.. Disamping itu juga, muncul seorang jejaka bernama Ammar, lakonan Hisyam Hamid yang ingin cuba untuk memenangi hati Suri dan mendapatkan cintanya.. Berjayakah Ammar untuk mandapatkan cinta Suri yang telah lama dingin itu?.. 


Haaaa sinopsis pown tergantungkan.. Kalau nak tahu apa yang akan terjadi, korang boleh klik link bawah ni untuk menonton kisah selanjutnya.. Best cerita ni...


Jom tonton


Read More

Review Novel | Barongan

Friday, March 31, 2017

4 comments
Assalamualaikum wbt..


Review Novel | Barongan  |  Eceli, aku dah habis baca novel ni 28hb ritu.. Masa mula-mula nak beli ritu tak de la rasa excited sangat sebab dalam hati berkata-kata yang novel ni tak best dan tak seram.. Hehe.. Dah kenapa aku beli kan kalau dah macam tu? Hurmm aku beli sebab time tu dorang tengah buat sale.. Jadi aku rembat aje la yang mana ada.. huhu.. Beli dah lama sebenarnye.. Bulan 1 kalau tak silap aku..

Lepas aku hadam buku ni sampai habis, rupanye buku ni best dan menarik.. Seram.. So, tak rugi la aku beli ritu kan... Lepas ni mungkin aku akan berjinak-jinak pulak dengan novel seram.. Asek baca novel cinta jerk.. Jalan cerita lebih kurang je semua.. Bosan jugak kan.. Hiks..

Mesti korang nak tahu kan buku ni mengisahkan apa?.. Meh aku review sikit.. cewahh..

Watak Utama

Watak utama dalam novel ni seorang perempuan bernama Kyra.. Dia seorang anak yatim piatu dijaga oleh Pak Ngahnya sekeluarga selepas kematian kedua ibubapanya.. Kyra ni seorang yang lurus dan nerd.. Mak Ngahnya sangat membenci Kyra dan selalu buli si Kyra ni dengan menyuruh dia membuat pelbagai kerja rumah.. Haiss kengkadang sakit ati jugak aku dengan si Kyra ni sebab terlalu lemah dan berlembut.. Ikut aje apa orang suruh tanpa membantah... Hadoii!!

Masa dapat sambung belajar pown dia tetap dengan sikap dia tu sampaikan kena buli pulak dengan bebudak satu bilik dengan dia.. Sally dan Ameera.. Anak orang kaya.. Berlagak nak mampos.. Geram jerk aku dengan 2 orang budak perasan bagus ni.. Haha.. Aku pulak emosi kan.. Selain Sally dan Ameera, Ezah juga kawan sebilik Kyra.. Dia rapat dengan si Ezah ni.. Kire kawan baik la..

Universiti Malaysia, Sepang

Kyra dapat sambung belajar di Universiti Malaysia.. Hari pertama masuk kat sana pelbagai perkara pelik berlaku.. Banyak cerita-cerita menyeramkan singgah ke telinganya dan berlaku pada diri dia sendiri.. Perghh yang ni memang seram...

Kat universiti ni jugak la Ezah mati dibunuh oleh Ameera dan Sally tau sebab si Ezah ni suka melawan diorang tak macam Kyra, dia sangat lemah.. Huhuhu...

Tarian Kuda Kepang & Barongan

Haaa nak start dah ni kisah sebenar buku ni.. Kyra dan kumpulannya ditugaskan untuk membuat penyelidikan tentang Barongan ni.. Kan ke Kuda Kepang dan Barongan ni terkenal dekat Johor.. So, kebetulan rakan sekumpulannya berasal dari Batu Pahat, Johor.. Dorang pown kautim la untuk ke sana dan buat kajian..

Masa buat kajian tu la Kyra mendapat semangat yang baru dalam diri dia.. Barongan telah menguasai diri dia.. Barongan mengasut si Kyra ni supaya menjadi kejam dan pendendam.. Barongan mengasut Kyra untuk menuntut bela di atas kematian sahabat baik dia, Ezah.. Barongan menjadi pendamping Kyra dan Kyra menjadi kuat.. Seorang demi seorang yang pernah mengacau Kyra termasuklah yang membunuh kawan baiknya, Ezah tidak terlepas daripada dendamnya.. Habis semua dia bunuh..

Seram & Menakutkan

Aku rasa seram time baca kisah universiti yang dikatakan berhantu.. Selain tu, time Kyra buat pemujaan Barongan dan membunuh mangsa.. Cara bunuh yang diceritakan dalam buku ni menakutkan... Rasa macam aku berada kat situ dan menyaksikannya.. Huh..

Konklusinya

Pendek kata, aku suka buku ni.. Ianya berjaya buat aku teruja, seram dan takut... Haha.. Kalau korang nak tahu lebih lanjut tentang buku ni, korang kene baca sendiri baru best... Lepas ni aku nak try baca buku "Roh Rumah Sewa" pulak dari penulis yang sama..



Read More

Hadiah Kasut Carlo Rino Dari Lazada Malaysia

Thursday, March 30, 2017

18 comments
Assalamualaikum wbt..


Hadiah Kasut Carlo Rino Dari Lazada Malaysia  |  Ingat lagi tak dengan kotak istimewa dari Lazada Malaysia ni?? Box of Joy sempena besday Lazada yang ke-5 hari tu... Aku pernah cerita kan dekat entry sebelum ni... >> 5th Birthday Surprise Box Dari Lazada Sangat Mengejutkan << Dalam kotak istimewa ni terdapat satu voucher yang aku boleh tebus sepasang kasut di Butik Carlo Rino tau.. Dan, aku dah pown tebus kasut tersebut sebab voucher tu akan tamat pada 31.03.2017.. Tak tebus rugi uollsss.. Harus tebuss!!

Voucher Carlo Rino

Aku dah pown tebus kasut tersebut pada 23 Mac 2017 yang lalu sebenarnya.. Minggu lepas dan pada hari gaji.. Hehe.. Bila hari gaji tu rasa semangat sikit nak jenjalan window shopping kan.. Haha.. Walaupun hari gaji tapi cuma window shopping hokehh!! Zaman sekarang ni kene berjimat cermat.. Tak gituu?? Hiks.. Ok, korang nak tengok tak kasut apa yang aku tebus tu?? Lawoo ke, idokk kee kan.. Jom tengok..

Carlo Rino Shoes

Inilah kasut yang aku tebus.. Kasut kerja jerk.. Aku tebus di Butik Carlo Rino, ECM Kuantan.. Pada mulanya aku nak cari kasut untuk pakai raya.. Tapi tak banyak choice kat butik tu.. Tak de yang aku berkenan.. So, aku decide untuk amek kasut kerja aje.. Sebelum ni dah beli sepasang warna hitam.. Jadinya, kali ni aku pilih warna ni pulak.. Lain la sikit kan walaupown paternnya dekat nak sama.. Haha..


Btw, aku nak ucapkan thankz to Lazada Malaysia kerana kasi aku hadiah ni dan thankz to Carlo Rino jugak.. Hiks..

Kasut untuk raya kite carik lain kali pulak.. Tak pown raya pakai jerk selipar tebal aku tu.. Ape de hal.. Bukan nak kemana sangat.. Bagi can bebudak je la melaram.. Mak budak dok dendiam.. Ahakz.. Aku tengok kengkawan kemaheeenn agik tebus kasut cantik-cantik... Jeles aku tau.. Huhu..


Sale birthday dah tamat.. Sekarang tengah berlangsung pulak Big Baby Fair Sale tau kat Lazada.. Sale akan tamat pada 02 April ni hokeh.. Korang dah serbu ke belum laman web Lazada Malaysia? Banyak kot barang baby dari pelbagai jenama yang murah-murah.. Diskaun sehingga 85% tau.. Rugi tak grab.. Time-time ni la nak shopping sakan barang keperluan anak.. Nak-nak lagi ada Flash Sale... Harga memang murah gile..

Jadi apa tunggu lagi, jom terjah sekarang..



Read More

Hitam Dan Putih

10 comments
Assalamualaikum wbt..


Hitam Dan Putih  |  Sekadar untuk renungan kita bersama... 


Putih tidak bermakna cantik... Hitam tidak semestinya hodoh.. Kain kafan itu warnanya putih dan menakutkan... Sedangkan  Ka'abah pula warnanya hitam tapi cantik... 
Adapun manusia, maka apa yang dilihat itu adalah pada akhlaknya bukan pada pemandangan luarnya.. 
Jikalau sifat kelelakian itu diukur dengan suara yang tinggi, nescaya anjinglah  ketua kepada orang-orang lelaki..  
Dan... 
Jikalau sifat kewanitaan itu diukur dengan tidak berpakaian, tentunya monyet/kera terlebih kewanitaannya... 
Oleh itu, sebelum engkau mengangkat kedua-dua matamu dan meminta kepada Allah S.W.T. sesuatu yang hilang, turunkanlah dua matamu itu dan BERSYUKURLAH KEPADA ALLAH apa yang masih ada...
Read More