Hobi Segarkan Mata

Hobi Segarkan Mata


Assalamualaikum wbt..


Hobi Segarkan Mata  |  Haaa inilah hobi yang dapat menyegarkan mata aku.. Menanam pokok bunga.. Gile tak segar, pepagi nak pergi kerja dah boleh hadap bunga-bunga yang ada kat laman rumah.. Segar aje mata... Macam-macam bunga aku beli.. Encik somi pown suka bunga jugak.. So, senanglah sikit.. Aku beli bunga, dia tukang jaga.. Hehe.. Kire ok la tu kan..

Buat masa ni, bunga-bunga ni aku park dulu kat lantai camni.. Nenanti kalau ada duit lebih, aku tempah le rak pokok bunga ni dengan adik aku.. Mahal jugak kos buat rak bunga weh.. Leh pengsan seminggu.. 

Cara susun tu, dah cam nak jual pokok bunga jerk kan.. Dulu aku susun kedua-dua belah pagar aku.. Yang boleh aku susun camni tu, sebabnya kat sebelah lagi tu, bila time siram bunga, air masuk kawasan rumah jiran aku.. Pastu berlumut rumah dia.. Tak best la.. Kat sebelah sini pown masuk jugak, tapi tak berlumut pulak.. Ada la sikit-sikit, aku dah kasi sental dah.. 

Mesti korang pelikkan, camne aku boleh sental simen jiran sebelah.. Pagar dorang berkunci hokek.. Yang sebelah sini tak de orang tinggal.. Aku sental melalui lubang-lubang pagar hijau tu jerk.. Bersih wooo.. Licin berkilat.. Hehe.. Sental lumut jerk la.. huhu..

Jom tengok pokok kesayangan aku..


Nin dia.. Korang tau tak apa nama pokok ni?? Huhu.. Sebenarnya, aku sendiri pown tak tahu apa nama pokok ni.. Dah alang-alang tak tahu tu, baik kite tarok nama kan.. Jadi, aku telah namakan pokok ini dengan nama pokok reggae.. Haha!! Korang tengok la dedaun dia tu, dah macam rambut dreadlock aje.. Tu sebab aku kasi nama tu.. 

Ni pokok kesayangan aku.. Satunya, sebab keunikannya.. Selain tu, time nak beli bunga ni, hanya sepokok ni aje yang ada dekat kedai bunga tu.. Pastu mahal pulak tu.. Sebab dah minat, aku beli la jugak.. Tengok kat kedai lain ada je pokok ni tapi tak seunik yang ini.. 

Oklah, habis dah cerita bunga aku.. Hobi korang apa pulak??



Read more »
Lea Azleeya
10 Comments
Pageview Blog Lea Azleeya Cecah Setengah Juta

Pageview Blog Lea Azleeya Cecah Setengah Juta


Assalamualaikum wbt..


Pageview Blog Lea Azleeya Cecah Setengah Juta  |  Alhamdulillah.. Mungkin tak sehebat blog blogger-blogger lain yang dah mencecah juta-juta.. Tapi aku bersyukur dengan pencapaian blog aku saat ini.. 


Kalau nak diikutkan pada awal aku berblogging dulu, tak terjangka dek akal aku untuk capai pageview sampai setengah juta iaitu 500K + +.. Walaupun memakan masa yang agak lama untuk mencapainya, namun aku berpuas hati.. Pada blogger yang dah mencapai angka juta-juta, aku doakan korang terus berjaya dalam dunia blogging ni.. Aku masih bertatih dalam dunia ini.. Mohon beri tunjuk ajar ye dan mohon beri teguran andai aku tersasar cara atau perbuatan.. Hehe..

Tq tak terhingga pada yang tak pernah jemu datang singgah ke blog aku ni.. :)


Read more »
Lea Azleeya
25 Comments
 Menangi Percutian Ke Suria Resort

Menangi Percutian Ke Suria Resort


Assalamualaikum wbt..


Menangi Percutian Ke Suria Resort  |  Wohaaaa!! Jarang-jarang aku join contest besar cenggini.. Kali ni nak mencuba, mana tau kowt-kowt ada rezeki untuk pergi bercutikan... hehe.. Korang  tak nak cuba ke?? Ahakz..

Okeh, untuk menyempurnakan syarat yang ke-4 dalam contest ni, aku kena jawap soklan "Kenapa anda nak bercuti di Suria Resort?"..

KENAPA AKU NAK BERCUTI DI SURIA RESORT?

Ok, ni jawapan aku ye.. First, aku memang dah lama tak bercuti-cuti malaysia.. Hehe.. Rasanya last bercuti time bujang-bujang dulu.. Sepanjang aku kawen ni, rasanya tak pernah bercuti lagi... Oppsss.. Ada, time hanimun ritu.. hahaha.. Kantoi pulak.. Ekeke.. Tapi tu lain sebab time tu tak de anak lagi.. Sekarang dah ada anak, suasana percutian tu lebih bermakna.. Tak gitu??

Selain tu, pernah dulu time bujang-bujang ada member-member ajak p bercuti di Suria Resort Cherating.. Tapi biasalah, kalau dah tempat sendiri mana maunya.. Sombong bukan main.. Haha.. Tapi adalah kenalan yang cakap, suasana di Suria Resort Cherating tu best.. Aku je sombong-sombong unta masa tu.. So, bila ada contest camni, memang tak nak lepas peluang la.. Nak jugak rasa percutian di Suria Resort bersama family.. Mencipta moment bersama anak-anak... Kalau nak harap dapat pergi sendiri, tataw la bila yek.. Huhu..

Suria Resort ni terdapat di beberapa tempat dalam Malaysia ni.. Tempat yang menarik perhatian aku adalah ofcoslah Suria Resort Cherating... Hahaha.. Jangan kecam hakakkkk yee... !!!

Kenapa Cherating?

Sebabnya, dulu aku sombong-sombong badak tamo pergi sana.. Hehe.. So, kali ni aku nak tengok  sendiri keindahan yang diperkatakan oleh kawan-kawan aku dulu... Bila dilihat di laman web Suria Resort sendiri, aku terpegun dengan fasiliti yang ada disana.. Jom tengok sikit..

Suasana Suria Resort Cherating

Bilik.. Kalau ada yang nak berbulan madu, sangat sesuai..

Ada kolam renang... Suka sangat Qhaliff kalau dapat mandi kolam renang.. hehe

Wahhh Romantiknya.. Untuk pasangan baru kawen memang sesuai..

Dapat tengok penyuuuu.. Hadoiii bestnyeee.. Tapi mungkin mengikut musim jugak kowt... Aku pown tak pasti yang ni.. Kalau dapat tengok ni memang best la.. Tak pernah lagi pegang penyu.. Haha!!

Dekat dengan pantai hokeh!!.. Memang terbaik..

Korang dah tengok kan apa yang best dekat Suria Resort Cherating... Sebab tu leeee aku nak bercuti di Suria Resort... Moment indah pasti tercipta disana.. Kalau korang nak tengok lebih lagi apa yang ada di Suria Resort Cherating, korang boleh klik di link kat bawah ni ye..


Oke la, kalau korang nak mencuba nasib juga, bolehlah join contest yang best ni.. Mana tau rezeki korang untuk pergi bercutikan.. Untuk aku, andai ada rezeki, Alhamdulillah.. Kalau tak de rezeki aku, itu tandanya rezeki tu untuk korang.. Hehe.. Selamat mencuba ye korang semua!!

Tarikh Tamat
01 Februari 2017



Read more »
Lea Azleeya
17 Comments
2017 Money Saving Challenge.... Your Choice?

2017 Money Saving Challenge.... Your Choice?


Assalamualaikum wbt..


2017 Money Saving Challenge.... Your Choice?  |  Kita dah pown melangkah ke tahun 2017.. Hari ni adalah hari pertama dalam tahun baru.. Maka bermulalah kalender baru dalam hidup kita.. Terlalu laju masa berlalu kini.. Sehingga terasa semakin singkat masa setiap hari yang dilalui.. Bumi semakin tua.. Kita pown setiap tahun akan meningkat ke usia yang semakin tua.. Sudahkah cukup ilmu ibadat kita didada untuk ke 'sana' nanti?? Huhu.. Moga kita diberi kesihatan yang baik untuk mengumpul sebanyak mungkin kebaikan didunia untuk ke sana nanti ye..

Ok, aku nak tanye uolls.. Tahun ini apa azam baru korang?? Ada tak terselit dicelah-celah senarai azam baru korang tu untuk MENABUNG?? hehe.. Kalau ada, Alhamdulillah.. Yelah kan, sekarang ni semuanya mahal.. Kena berjimat cermat dan menabung untuk masa depan..

Dalam entry aku yang terdahulu, aku ada upkan jadual menabung 52 minggu kan.. Baca kat sini >> Cabaran Tabung 52 Minggu  .. Kali ni, ada 3 lagi Jadual Money Saving Challenge untuk tahun 2017 nak aku kongsikan dengan korang semua.. Jadual-jadual ini aku perolehi dari facebook saudara Fendi Endy..


Rajin gile kowt saudara Fendi Endy ni buat jadual Money Saving Challenge ni.. Cantik pulak tu.. Sangat bermanfaat.. Ok, jom kita pakat tengok jadual yang dihasilkan oleh Saudara Fendi Endy ni.. 

sumber : SINI

2017 Money Saving 52 Week Challenge... Jadual ni sama dengan yang aku up sebelum ni.. Caranya sama tapi gambarnya berbeza.. Itu aje la.. Yang terdahulu, jadualnya berbentuk tabung dan yang ini berbentuk table.. Dua-dua cantik.. Cantik memang cantik, tapi boleh tak sahut cabaran 52 minggu ni?? Itu lebih penting sebenarnya.. Hehe.. 



sumber : SINI

2017 Money Saving 26 Week Challenge.. Jadual ni pula hanya 26 minggu sahaja.. Jumlah simpanan gandaan RM2.. Minggu pertama korang kena menabung sebanyak RM2 dan minggu seterusnya jumlah simpanan akan bertambah RM2 setiap minggu.. Hehe.. Minggu last tu nampak macam pedih sikit kowt.. Kikiki.. Boleh ke cabar diri korang?? Ahakz..





sumber : SINI

2017 Money Saving 12 Month Challenge.. Yang ni mengikut bulan.. Aku rasa yang ni lebih mudah untuk dilaksanakan kowt.. Haha.. Mane tak mudahnye, dapat gaji terus simpan siap-siap RM25 untuk bulan pertama tu.. Bulan seterusnya gandaan sebanyak RM25 juga sehingga bulan Jun.. Start bulan Julai, jumlahnya mula menurun pula sebanyak RM25 setiap bulan.. Sampailah bulan Disember.. Huhuhu.. Mudah woiii yang ni.. Ekeke.. Akhir tahun dapat jumlah terkumpul sebanyak RM 1,050.. Ok la pada tak de langsungkan.. Hiks.. Korang pown mesti nak pilih yang ni jugak kan.. Malu-malu lak nak mengaku... hehe!!




sumber : SINI


2017 Money Challenge For Kids.. Ini jadual untuk simpanan anak kita... Aku rasa cam nak sahut cabaran yang ni untuk anak aku... Sekurang-kurangnya, ada duit tambahan untuk simpanan dia pada akhir tahun nanti.. Korang pown boleh la buat untuk anak korang juga.. Tapi kalau yang anak ramai tu, buatlah mengikut kemampuan yek.. Yela, faham-faham saje lah zaman sekarang ni, duit sangat terhad.. Barang mahal.. Kang tak terkejar pula nak sahut cabaran ni.. 

Oklah, tu jerk aku nak kongsikan dengan korang.. Khas sempena tahun baru ni.. Kalau korang rasa mampu, korang buat la.. Kalau tak mampu, tak perlu la buat.. Aku cuma sekadar berkongsi sahaja.. Aku sendiri kalau buat pown mengikut kemampuan.. Mungkin aku akan pilih jadual mengikut bulan tu dan jadual untuk anak sahaja.. Itu ajelah yang mampu bagi aku.. Hehe

Selamat menyahut cabaran buat korang semua.. Selamat menyambut tahun baru juga.. Tahun 2017..


Read more »
Lea Azleeya
15 Comments
[name=Lea Azleeya] [img=//1.bp.blogspot.com/-grWfwgzBOkQ/Xq8WSYJDTsI/AAAAAAAAfZI/tVxseM6NvuIeDN_Ksav4Cf2pX3udRXJGQCLcBGAsYHQ/s1600/lea%2B1.jpeg] [description=Hi, Lea here! I'm lifestyle & beauty blogger based in Kuantan, Pahang. I'm started blogging since Jun 2013. For any review, please email me at sotskirts@gmail.com] (facebook=http://www.facebook.com/s0tskirt) (twitter=http://www.twitter.com/LeaAzleeya) (instagram=http://www.instagram.com/lea_azleeya) (youtube=http://www.youtube.com/leaazleeya)