Tempat Dating Dengan Encik Blog

Saturday, December 31, 2016

8 comments
Assalamualaikum wbt

Tempat Dating Dengan Encik Blog  |  Tajuk kemain saspen lagik ye.. Isi cerita hanya simple aje.. Hiks.. Beberapa hari lepas, aku kerah tenaga aku yang sekangkang kera ni untuk kemas tempat aku berblogging.. Ruangan kerja aku la senang cerita.. Kemahin aku mengangkat buku dan rak buku.. alih sana alih sini meja study aku  ni.. Dulu la meja study, sekarang dah jadi meja kerja.. Hehe.. 

Lepas dah penah pusing sana pusing sini, barulah aku berpuas ati dengan susun atur dan kekemasan tempat aku berblogging ni.. Rasa selesa diri sendiri dan juga bijik mata ni memandang persekitaran meja kerja aku ni.. Baru rasa semangat sikit nak berblogging.. tak gitu korang??

Moh le aku lanje satu gambo suasana kedamaian di meja kerja aku ini.. Huhu..


Aceee aceee, siap tunjuk laman blog tu.. Tau la pakai template baru... ehh terrrrrr-kabo lak.. Haha.. Tapi bukan itu isunye disini.. Yang aku nak tekan kan disini adalah meja kerja aku bersih berkilat dan kemas.. Kemas tak korang?? Adehh aku lupa nak amek gambo sebelum dan selepas.. Ehh Selepas yang ni la.. Gambo sebelum lupa nak amek..

Inilah hasilnya setelah penat lelah mengejas sana sini.. Alhamdulillah aku sangat berpuas hati.. Selesa sangat.. Korang tamo ke kongsi tempat korang lak?? Mane tau leh curik idea.. Hahaha!!


Read More

Cabaran 7 Hari Blogging #5 - Subjek Kegemaran

5 comments
Assalamualaikum wbt..


Cabaran 7 Hari Blogging #5 - Subjek Kegemaran  |  Waduh-waduhh.. Kok nya lambat sekali up entry ini... Sering kelupaan sih.. Haisss, terkecek indonesia pulak.. Mentang-mentang la berurusan dengan orang indonesia siang tadi.. Hehe..

Okeh, berbalik pada tajuk utama kita.. SUBJEK KEGEMARAN?? Apakah?? Task kali ni, minta aku ceritakan tentang subjek kegemaran aku.. Hurmm agak susah ni.. Bageymana yaaa!!

Untuk membereskan task yang ke-5 ni, aku cerita la sikit tentang subjek kegemaran aku time skolah-skolah dolu.. Subjek ape ye aku suka snagat dulu.. Hurmm Hampir terlupa aku ni.. Almaklumlah dah lama tinggal sekolah.. 

Tak pe la.. Aku perah jugak otak aku untuk ingat.. Jom baca cerita pendek aku ni..

Time sekolah menengah dolu, subjek yang aku paling suka adalah subjek Bahasa Melayu.. Aku suka sangat buat karangan time sekolah dulu.. Seronok cari isi tersurat dan tersirat.. Memang best.. Dapat belajar perkataan-perkataan baru yang sering digunakan dalam sesebuah karangan yang baik dan berkualiti.. Ingat lagi time kami diberi tugasan untuk buat karangan.. Masa cikgu bagi markah dan ulas karangan kami, ada sorang kawan aku ni, cikgu puji karangan dia.. Dia gunakan perkataan yang sebelum ni memang kami tak pernah tahu dan tak pernah terlintas untuk diguna pakai dalam karangan yang kami buat.. Nak tahu perkataan ape?

"Dewasa ini,"

Itulah perkataan yang kami rasa sangat pelik dan unik yang digunakan oleh kawan aku tu dalam karangan nya!! Time tu aku tak ingat tingkatan berapa.. Kawan aku ni, kakak dia cikgu.. Tu sebab dia boleh guna pakai perkataan educated cenggitu.. Hehe.. 

Selain bahasa melayu, matematik pown aku suka.. Tapi malas lah dah aku nak cerita kat sini dan terlebih malas nak menaip dah.. Haha.. Jari jemariku dah keletihan.. Time to sleep..!! Jumpa esok lak ye.. Nite olls..~





Read More

Tonton Drama Biar Aku Jadi Penunggu Full Episod

Friday, December 30, 2016

5 comments
Assalamualaikum wbt.


Tonton Drama Biar Aku Jadi Penunggu Full Episod  |  Nampaknya sekali lagi aku ketinggalan drama adaptasi terbaru di Slot Akasia TV3 iaitu Biar Aku Jadi Penunggu.. Asek tertinggal aje aku ni kan.. Drama ini mula ditayangkan pada 26 Disember 2016 dan akan bersiaran sebanyak 28 episod.. Banyak tu.. 

Biar Aku Jadi Penunggu.. Haiss tajuk kemain seram agik tu.. Nak jadi penunggu la pulak.. Hehe.. Tapi ni bukan cerita seram tau.. Novel ni aku belum pernah baca lagi.. Kalau dah di adaptasikan ke drama, harusss la laris nanti novel ni.. Mesti best novel ni kan.. Pulak lagik keluaran Kaki Novel.. Jom tengok siapa yang berlakon dalam drama ni..

Para Pelakon :-
  • Janna Nick sebagai Iffat
  • Ashraf Muslim sebagai Afeet
  • Oktovia Menrose sebagai Damia Hani
  • Shah Iskandar sebagai Fazree
  • Miera Lyana sebagai Hayati
  • Azah Azmi sebagai Afia
  • Lan Siro sebagai Lokman
  • Mahmod Ali Basha sebagai Dato' Azman
  • Wilma Mohamad sebagai Datin maimon

Sinopsis Drama


Biar Aku Jadi Penunggu mengisahkan Ifaat Hamani (Janna Nick) yang sebenarnya menaruh perasaan terhadap Afeef Adwan (Ashraf Muslim) dalam diam dan berharap agar mereka dapat hidup dengan bahagia setelah Afeef pulang dari luar negara, seperti mana yang dijanjikan olehnya. 

Namun, perasaan keliru mula wujud dalam hati Ifaat apabila Afeef langsung tidak pernah menghubunginya setelah dia berlepas ke luar negara. Ifaat tertanya-tanya bahawa adakah dia telah melakukan kesilapan dengan mengahwini seorang lelaki yang langsung tidak mencintainya. 

Selepas tiga tahun tanpa sebarang khabar berita, Afeef telah mengejutkan semua orang dengan kepulangannya ke tanahair bersama seorang anak lelaki. Rupa-rupanya, Afeef telah mendirikan rumahtangga bersama Damia di luar negara, tetapi perkahwinan mereka itu gagal dan tidak dapat diselamatkan lagi. 

Oleh itu, Afeef kembali dengan sebuah harapan baharu, dia juga ingin menunaikan segala janjinya kepada Ifaat. Hati Ifaat benar-benar terguris dengan apa yang telah terjadi. Dia menyambut kepulangan suaminya itu dengan dingin. 

Segala kasih sayangnya telah hapus apabila dia mengenangkan perbuatan suaminya yang menyakitkan hati itu. Sikap dingin Ifaat membuat Afeef berasa jauh hati dengan isterinya, lebih-lebih lagi apabila Ifaat sentiasa mengungkit sikap Afeef yang tidak setia dan suka mungkir janji.

Ifaat dan Afeef sering bertengkar dan juga tidak bersependapat kerana masing-masing mempunyai ego yang tinggi dan langsung tidak mahu mengalah. Ifaat juga tidak bersedia untuk menjalani kehidupan sebagai seorang isteri kerana Afeef telah mengkhianati kepercayaannya selama ini. Namun, mampukah Afeef memujuk hati Ifaat yang telah dilukainya itu?



Credit to http://www.kbergetar.com




Tonton Drama Biar Aku Jadi Penunggu 


sumber foto : myinfotaip

Jom tonton drama
>> BIAR AKU JADI PENUNGGU FULL EPISOD <<


Selamat Menonton!!


Read More

Segmen 12 Jam Bloglist #24 Mialiana.com

Thursday, December 29, 2016

7 comments
Assalamualaikum wbt..



Pencarian bloglist bagi bulan Januari dan Februari 2017 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 28 Disember 2016, iaitu tepat jam 2.30 petang sehingga hari esok, 11.30 malam 29 Disember 2016. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #24 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

10 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Disember 2016.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...



Read More

Cabaran 7 Hari Blogging #4 - Makanan Yang Kurang Digemari

6 comments
Assalamualaikum wbt..


Cabaran 7 Hari Blogging #4 - Makanan Yang Kurang Digemari  |  Task ke-4 pula hari ni.. Hampir terlupa dek kerana terlalu bizi dengan kerja.. Cewahh... Untuk task kali ni, makanan yang kurang digemari pula dipersoalkan.. Banyak juga makanan yang aku tak berapa nak gemar tapi aku nak up 1 aje kali ni.. Makanan yang betul-betul aku tak boleh blah la kiranya ni.. Nak tahu apakah?? 


Nin dia..!! Taugehhhh hokeh.. Masak la macam mana pown, aku tetap tak suka dan tak gemar.. Kalau makan mee ada taugeh, harusssss asingkan.. Hehe.. Kronik kan... Ada kisah sebenarnya disebalik cerita ketidakgemaran aku makan taugeh ni... Meh aku story sikit kat korang..

Throwback..................

Zaman aku kecik-kecik dulu, satu hari tu mak aku masak lauk taugeh.. Cam biasa, nak makan amek la lauk tersebut.. Nak dijadikan cerita, time aku menjamu selera tu, tetiba taugeh lekat kat tekak aku.. Apa lagik, rasa cam nak muntah lah.. taugehkan panjang-panjang.... Mungkin aku tak kunyah kowt time tu.. Main telan aje.. Hehe.. Lepas pada kejadian tu, terus aku 'bermasam muka' dengan taugeh.. Terus tak makan dah.. Serik... Sampailah sekarang.. Memang tak leh blah tengok taugeh.. 

Psssttt.. Lagik teruk aku ni tak suka makan sayur.. Haha..

Okey la.. Habis dah cite aku.. Kite jumpa di task yang seterusnye ye.. #5..


Baca juga di sini
Task 1          Task 2          Task 3


Read More

Cabaran 7 Hari Blogging #3 - Makanan Kegemaran

Wednesday, December 28, 2016

8 comments
Assalamualaikum wbt..

Cabaran 7 Hari Blogging #3 - Makanan Kegemaran  |  Untuk task yang ke-3 ni, aku tak nak cerita tentang makanan kegemaran aku yang melibatkan contohnya macam nasi ayam ke.. Nasi kerabu ke.. Tamo..!! Aku nak cerita makanan kegemaran aku dari segi lauk pauk ye... Kira makanan kegemaran jugak la tu kan.. Hehe.. Moh le tengok apa yang aku suka sangat makan..

1.  Masak Lemak Kacang Panjang

Pinjam gambar wahai pemilik gambar

Hoissss.. Sebut nama menu pown dah kecur air liur engkoo!! Aku memang penggemar lauk Masak Lemak Kacang Panjang... Boleh bertambah nasi kalau ada lauk ni.. Kuah mesti kene banjir kalau makan lauk ni barulah terasa keenakannya tu.. Time makan kalau ada lauk ni, memang tak pandang dah lauk lain.. Tak tahulah kenapa aku xcited sangat dengan lauk ni terutamanya yang mak aku masak.. Perghhh memang mantop wa cakap lu..!! Masakan ibu tiada tandingannya... Kalau kat kantin tempat aku kerja, time dorang masak lauk ni mesti dorang kasitau aku awal-awal.. Dorang pown dah tau aku ni gile meroyan bila tengok lauk ni.. Haha..


2.  Masak Lemak Kobis

Pinjam gambo ye mat gebu.. Sedapnya aok masak.. Nyummm

Yang ni satu lagik.. Haiss asek masak lemak jerk aku ni.. Boleh berlemak badan camni.. Haha.. Aku sebenarnya peminat tegar kobis.. Paling suka, Masak Lemak Kobis.. Selain tu suka jugak tarok dalam megi time masak megi.. Berselera makan.. Kobis ni sedap weh.. Masak camne pown sedap.. Masak kicap pown sodap.. Janji tak terlalu lembik.. Haaa..


3. Acar Timun

Pinjam pic ye kak azie kitchen

Acar Timun Mentah?? Apakah?? Yeppp aku memang suka sangat ratah acar timun mentah ni.. Makan nasi lemak pown boleh makan dengan acar timun.. Nasi dagang pown.. Nasi apa jugalah, kalau ada acar timun depan mata memang menyelerakan.. Kengkadang, makan acar timun ni lagik banyak dari nasik.. Gileee ar..!! Paling best time raya.. Mak aku memang buat acar timun ni kalau dia buat nasi minyak dipagi raya.. Aku apa lagik, dok meratah jerk la jawapnye.. Kalau orang tak biasa, mesti pandang pelik aje dekat aku.. Tapi keluarga aku memang dah masak dengan perangai aku.. Hehe.. Acar timun ni lagi sedap bila sejuk baru keluar dari peti ais.. Perghhh sedap oh..!! 


Oklah.. Tu aje la yang menjadi kegemaran aku.. Korang janganlah rasa pelik lak tengok apa yang aku gemar ni.. Hehe.. Mungkin kegemaran korang lebih sopan dari aku.. Haha.. Setel task aku yang ke-3.. Korang camne lak?? Tamo join ke cabaran ni.. Seronok wehhh!!





Read More