Cara Meningkatkan Trafik Blog

Wednesday, March 23, 2016

2 comments

Assalamualaikum wbt..



Dah menceburkan diri dalam dunia blog ni kene la tau macam-macam ye dak?? Satu persatu aku belajar tentang blog.. Almaklum la aku ni baru je lagik berjinak-jinak dan aktif berblog ni.. Tak berapa nak khatam lagik pasal blog.. Ada bende yang aku cari tak jumpa, aku akan tanya kepada kawan-kawan yang dah otai.. 

Dua, tiga hari ni aku belajar pulak bagaimana nak majukan blog aku.. eh eh!! majukan ekk.. Maksud aku meningkatkan trafik blog aku ni... Puas jugak aku google cara-cara dia.. Sampai naik pening aku cuba fahamkan cara-cara yang diberi... Adalah satu perkara yang berjaya aku buat... Tapi masih lagik blur-blur berkenaan kegunaan dan kebaikannya.. Haha!! teruk betul pemahaman aku yek...!!

Cara untuk meningkatkan traffik blog yang paling banyak aku jumpe adalah :-

1. Daftar blog di search engine - google.. yahoo.. bing... 
2. Jadikan blog lebih mesra search engine dengan menggunakan plugin SEO yang sesuai...

Kebanyakannya memang cara inilah yang disuggest oleh blogger-blogger otai... Cam aku yang baru ni, pening jugak dibuatnya nak faham satu-satu cara tu... Haha... Walau macam mana pown aku akan cuba jugak buat... Nak tengok jugak ape hasilnya kan..

Blog yang banyak membantu dan menjadi rujukan aku untuk permasalahan ini adalah blog Denai Hati..
Penulisannya mudah difahami... Tak de la aku pening sangat nak ikut step-step dia... Korang pown boleh la rujuk kat sini bagi meMAJUkan blog korang.. Haha!!


Selamat mencuba...!!
Read More

Qhaliff Tak Sihat...

Tuesday, March 22, 2016

2 comments

Assalamualaikum wbt..

Ahad lepas Qhaliff bangun tido agak lambat.. Lena betul dia tido.. Mungkin disebabkan pukul 6 pagi baru dia dapat tido... Biasa la budak kecik ni dah banyak main sekarang.. Tido pun tak mau... Yang seksooo ummi dia ni haa.. Terpaksa bersengkang mata layan dia.. Hari-hari pun macam tu la waktu dia tido... 

Tapi hari tu lambat betul dia bangun.. Tak macam selalu... Pukul 2 petang pun tak sedar lagi.. Aku dah risau takut-takutnya perut dia lapar... Nak kejutkan tak sampai hati... Bukak tv kuat-kuat pown tak sedar jugak... Sabar lagik... Last-last dia bangun pukul 3 lebih... Terus mandikan.. minum susu.. makan nasi... 

Hurmm rupa-rupanya Qhaliff tak sihat... Batuk.. Selesema.. Lahai patut la sedap sangat tido.. Rupanya badan tak sihat... Sian anak ummi... Meleleh aje hingus... Biasa la kalau dah tak sihat asek merengek aje la dia... Sampai ummi tataw nak buat macam mana dah.. Nak pujuk cam ne... 



Ni gambar lama dia tak sihat sebelum-sebelum ni... Tacing betul tengok gambar ni.. Ni dekat rumah pengasuhnya.. Kasi mainan pown dah tamo... hikhik... Tapi ni cerita lama la.. Yang sekarang ni pown lebih kurang cam tu jugak la.. Nama lagik tak sihat kan.. Mesti la merengek.. Manja lebih...



Ummi umpan mainan... Sekejap je ok.. pastu nangis balik... Adoii pening sekejap mak nakk.. Haha... Orang cakap petua untuk selesema lumurkan kunyit hidup atas hidung... Terus pegi dapur carik kunyit hidup.. sekali dah habis la pulak... Mood-tensen... Semalam suruh encik suami pergi carik kunyit hidup.. Dah dapat tu terus dikerjakan kunyit tersebut.. Kupas kulit kunyit tu.. tumbuk-tumbuk sikit... terus sapu pada hidung... Kuning anak ummi jadinya.. hikhik..



Nampakkk... atas hidung dah kuning... stedi tengok tv.. hidung dah selesa kan... Petua yang mujarab... Titik ubat hospital dalam hidung tak jalan... tak menjadik.. kene cara tradisional ni jugak... Ummi harap anak ummi cepat sembuh.. Anak ummi suka dan senang makan ubat.. Alhamdulillah...


Adik nak selfie satu kali ummi...!!




Read More

Blogwalking By CORETANKU

3 comments

Assalamualaikum wbt..



Join segmen dari blog Hatinufid lak... Syarat-syarat sangat lah mudah... Jom join sesama..


TARIKH MULA & TAMAT SEGMENT

18 Mac 2016 Hingga 31 Mac 2016

Pemenang akan diumumkan pada 01 April 2016

5 Blog Yang Bertuah akan dipilih secara Random.org Dan akan dimasukkan dalam Bloglist Coretanku Selama 3 Bulan.
Read More

Giveaway Cash RM600 MAC2016 by Emas Putih

4 comments

Assalamualaikum wbt..

Pagi ni join GA by Emas Putih... Setelah bertungkus lumus melunaskan syarat-syarat yang perlu dipatuhi... Hehe... 

Dengan lafaz bismillah LA join GA by Emas Putih ni... 
-SMILE-



*sila tekan banner diatas untuk join*

Hadiah :
Top Referral RM100x1
Random Cash RM50x10

Start : 20 Mac 2016 - 3 April 2016

Read More

Read The Second Time | Semai Benih-Benih Syurga

Monday, March 21, 2016

No comments

Assalamualaikum wbt..


Sejak kebelakangan ni terasa jauh dari Tuhan.. Mungkin iman aku sedang menurun... Terfikir apa harus aku buat??... Rasa gelisah.. Rasa tak tenang... Perkara ini tak boleh dibiarkan... Nanti akan 'sakit' jiwa dan rohani... Aku harus top up balik iman aku... Haaa.. Ingat prepaid hp je boleh top up!! Iman pown kene top up tau.. Sebabnya iman ni ada turun naiknya... Kalau terus dibiarkan harusss 'kemarau berpanjangan' iman kita jadinya... Aku rasa aku perlu baca buku agama... Freshkan balik rasa jiwa... Dah lama juga aku tinggalkan membaca buku-buku agama dek kerana sibuk menguruskan anak aku sorang tu.. hikhik..

Buku yang menjadi pilihan aku untuk dijadikan santapan rohani... Buku Semai Benih-Benih Syurga... Kenapa aku pilih buku ni..?? Hurmm Sebabnya penulisan buku ni amat memberi kesan kepada diri aku.. Pendek kata, boleh membawa keinsafan tahap tertinggi.. Hehe... 

Buku ni banyak bercerita berkenaan syurga neraka... Aku rasa setiap orang perlu membaca buku ni dan memilikinya... Buku ini memberi kesedaran dan meninggalkan kesan yang mendalam kepada kita.. Percayalah.. Tak rugi beli tau...!!


Read More

GRANOLA - REVOLUSI BIJIRIN LAZAT & BERKHASIAT

Friday, March 18, 2016

No comments

Assalamualaikum..



Pernah dengar tak tentang bijirin campuran cam gambar kat atas ni.. DASTO GRANOLA.. Aku pun baru je tahu berkenaan produk ni.. Itu pun diperkenalkan oleh kawan aku.. Kalau tak memang tak tahu tentang kewujudan produk ni..  Jom aku kasi detail sikit berkenaan Dasto Granola ni.. Rasa dia perghhhh memang superb sedap.. Aku pown dah beripit-ripit order granola ni dengan kawan aku tu... beripit-ripit??? Apakah?? Haha..

Dasto Granola ni diasaskan oleh Dr. Aishah Solutions.. Produk bumiputera hokeh!!  Aku nak cite ke OHSEM-an Granola ni kat korang... Sila teruskan pembacaan ye..

Faedah Kesihatan Granola

1. Keupayaan untuk menurunkan kolestrol,
2.  Mengawal pencernaan,
3. Membantu dalam usaha penurunan berat badan,
4.  Meningkatkan kesihatan jantung,
5.  Meningkatkan tenaga,
6.  Mencegah anemia
7.  Menggalakkan fungsi organ yang betul
8.  Menurunkan tekanan darah
9.  Meningkatkan aktiviti kognitif
10. Meningkatkan kualiti kulit
11. Membina tulang yang kuat
12. Elak kencing manis
13. Hormon merangsang pertumbuhan tisu baru
14. Mencegah kanser


Wah banyak gila kan manfaat kesihatan untuk kita bila kita makan granola ni... Kalau nak tahu lebih lanjut leh la tengok kat sini ye.. Granola... 




Kandungan Granola

Granola secara tradisinya terdiri daripada oat dicampurkan dengan kekacang, bijirin, beras perang, kelapa kering & buah-buahan serta madu. Kemudian dibakar sehingga garing dan kemudian boleh dimakan bersama susu segar, yogurt, buah-buahan atau sebagai snek. 


Nilai Pemakanan Granola

Granola kerap digunakan oleh orang-orang yang suka bersukan dan menjalankan aktiviti lasak. Nilai pemakanan Granola Manfaat kesihatan yang boleh dikaitkan dengan granola adalah disebabkan oleh kandungan vitamin, mineral, dan nutrien penting lain termasuk serat pemakanan, natrium, kalium, zink, fosforus, magnesium, kalsium, vitamin- E, vitamin-C, niasin, vitamin E, zat besi, dan thiamin. 


Okey..!! dah cerita tentang kandungan dan manfaat Granola.. Mesti korang nak tahu harga dia lak kan.. Harga Granola ni tak mahal mane pown... RM 14.90 aje...






Dekat mana nak beli ni???? Hah kalau korang nak beli boleh la layari laman web oda.my... Macam aku, beli ngan kawan aku jerk.. Hehe... Dekat Oda.my korang boleh membeli pelbagai benda dan makanan tau.. Alahhh cam Lazada... Okeh kat bawah ni aku kasi detail berkenaan Oda.my ... Sila lah tengok...











Lepas ni boleh la korang bershopping dekat Oda.my pulak.. Kebanyakannya produk yang dijual adalah keluaran bumiputera... Sambal hitam pahang pown ada beb...

FB Oda.my     :    https://www.facebook.com/odadotmy/
Web Oda.my  :    http://oda.my/



Read More

7 Perkara Yang Boleh Membuat Anda Bermotivasi Di Waktu Pagi

No comments

Assalamualaikum wbt..

Tergerak hati untuk buat entry berkenaan motivasi diri... Mungkin penangan daripada mesyuarat pagi tadi.. hehe.. Bila dah duduk dalam satu-satu jabatan atau organisasi, pastinya pelbagai ragam dan sikap manusia yang kita kene hadap ye tak?? Ada yang berdengki.. ada yang berdendam.. ada yang bajet gut.. Haha.. ada yang poyos.. semua lah dok ada.. tapi bukanlah kata semuanya yang buruk-buruk aje... ada jugak yang baik-baik.. Cumanya yang lebih menjadi tumpuan dan lebih kedepan untuk dijadikan cerita mulut-mulut manusia ni adalah yang buruk-buruk.. Pelik kan?? Tapi benarrrrr... Manusia lebih suka bercakap berkenaan keburukan berbanding kebaikan... Tulah yang nyata dalam masyarakat masa kini..

Okeh.. untuk slot motivasi kita pada petang ni, aku nak kasi kat hangpa berkenaan 7 perkara yang boleh membuatkan kita BERMOTIVASI di waktu pagi... Ahhh patutnya entry ni diwujudkan waktu pagi baru kena kan.. Tak pe la.. Esokkan masih ada.. Haha.. Insyaallah.. Moga dipanjangkan usia kita semua untuk berjumpa cahaya hari esok..


7 perkara OHSEM yang patut kita lakukan di waktu pagi


1.  Bersyukur
Perkara pertama yang patut dan sangat-sangatlah perlu kita lakukan di waktu pagi malah setiap saat dalam hidup kita adalah BERSYUKUR ye kengkawan. Bersyukurlah dengan nikmat tuhan yang diberikan kepada kita.. Kita masih diberi peluang untuk meneruskan kehidupan... Kita masih punya kesempatan untuk melakukan yang terbaik untuk hari ini dan lebih baik dari hari sebelumnya. Jadi bersyukurlah..

2.  Tanam Semangat Motivasi
Bertekad dalam diri untuk sentiasa bersemangat dan bermotivasi.. Macam mana caranya?? Hah mudah aje.. Setiap pagi bolehlah latih diri untuk baca dalam seminit dua petikan atau artikel-artikel pendek berkenaan motivasi diri.. Jangan pula pepagi sampai-sampai aje pejabat terus buka newspaper ke.. email ke.. magazine ke.. bukak internet baca gosip-gosip hangat ke... tak pown berkumpul ramai-ramai buat sesi mengumpat... Sebabnya, semua tu akan melahirkan sesuatu yang negatif dalam diri dan menghalang kita dari bermotivasi sepanjang hari... cewahh...!!

3.  Luangkan Masa Untuk Majlis Ilmu @ Sesi Motivasi
Rajin-rajinlah mengikuti sesi-sesi motivasi atau majlis ilmu.. Tak kira la melalui TV ke.. Radio ke.. You Tube ke.. atau di Jabatan sendiri.. Luangkanlah masa dan tumpuan 5 - 7 minit memberi motivasi pada diri sendiri melalui sesi-sesi motivasi pendek tersebut. Motivasi juga perlu dijaga supaya kita lebih bersemangat untuk melaksanakan tugasan kita dengan lebih berkeyakinan.

4.  Mulakan Dengan Bismillah
"Mulakan hari anda dengan Bismillah".. Pernah dengarkan ayat ni..!! So, untuk lebih bersemangat dan diberkati dalam bekerja, mulakan lah dengan bismillah dalam apa jua perkara yang kita lakukan.. Contohnya, bila kita nak punch card masuk kerja tu bacalah bismillah dulu.. Semoga kita dijauhkan dari bisikan syaitan yang boleh membuatkan kita lalai.. mengantuk... lemah macam bateri nak habis saja.. Dengan cara ini juga, semoga kita diberikan keberkatan dalam bekerja olehNYA.. 

5.  Set Target Kemajuan Diri Sendiri
Perkara ini perlu dititikberatkan.. Kadang-kadang bila kita ke tempat kerja, kita tak tahu apa yang kita nak capai pada hari tersebut... Betul tak awak-awak sekalian?? Yang kita fikirkan semata-mata nak sampai tempat kerja... bekerja... cukup pukul 5 petang (bg yang bekerja waktu pejabat) balik rumah... rehat.. makan/minum... tidur... Zzzz...Keesokan harinya pun perkara sama berulang dan hari-hari seterusnya tanpa perubahan... Oleh sebab itu, kita perlu ubah sikap... set target kita.. apa yang perlu dicapai atau yang mahu kita capai.. Contohnya kita sebagai pekerja.... setkan berapa tugasan yang perlu disiapkan dalam tempoh tertentu yang telah ditetapkan... Barulah kerja kita teratur dan cemerlang... Kecekapan seorang pekerja di nilai dari kepantasan, ketepatan dan kekemasan..

6.  Warna Cerah dan Ceria Memberi Peranan
Lihatlah warna-warna cerah atau ceria kerana warna boleh mempengaruhi mood kita.. Warna cerah dan ceria boleh membuatkan kita jadi energatik.. ceria.. dan penuh dengan idea.. Warna cerah adalah seperti warna kuning.. merah.. biru.. hijau.. Dekatkan diri dengan benda-benda berwarna cerah dan ceria kerana ia mampu merubah mood seseorang supaya menjadi lebih positif... 

7.  Memaafkan Itu Indah
Penuhkanlah hati kita dengan sifat kemaafan kerana memaafkan itu sangat indah.. Memaafkan orang boleh membuatkan hati kita tenang... Buang jauh-jauh apa jua yang bersarang dalam hati... segala dendam... rasa tidak puas hati.. sakit hati.. geram.. benci dan yang seangkatan dengannya.. Berikanlah kemaafan kepada sesiapa jua seawal pagi... Supaya kita menjadi lebih positif ... Seandainya emosi-emosi negatif ini bersarang di hati kita, ianya boleh menghalang motivasi diri... Makanya anda akan menjadi orang yang tidak bersemangat dan berfikiran negatif dimana anda akan sentiasa melihat keburukan sahaja pada diri orang lain.. Oleh itu, bermaaf-maafanlah sesama kita ye...Macam hari raya la pulak ekk..!! hehe ... Kesimpulanya, perubahan perlu dalam diri supaya hidup lebih bermotivasi, positif dan cemerlang...

--

Sekian dulu motivasi dari saya.. cia.. cia.. cia.. 

Aku up entry ni untuk diri aku jugak sebenarnya.. Manusia ni kan tak perfect... Memang perlukan perubahan.. Tak nak berubah duduklah ditakuk lama.. Aku pown kurang motivasi diri nak habaq hang.. Sebab tu aku up entry ni.. Moga sama-sama kita berubah ye.. Cewahhh...!! Pape pown agama paling WIN.. Iman perlu tinggi baru hidup lebih OHSEM dan bermakna... !!

Nak up gambar ni jugak untuk aku dan korang..!!


Read More