7 Perkara Yang Boleh Membuat Anda Bermotivasi Di Waktu Pagi

Friday, March 18, 2016


Assalamualaikum wbt..

Tergerak hati untuk buat entry berkenaan motivasi diri... Mungkin penangan daripada mesyuarat pagi tadi.. hehe.. Bila dah duduk dalam satu-satu jabatan atau organisasi, pastinya pelbagai ragam dan sikap manusia yang kita kene hadap ye tak?? Ada yang berdengki.. ada yang berdendam.. ada yang bajet gut.. Haha.. ada yang poyos.. semua lah dok ada.. tapi bukanlah kata semuanya yang buruk-buruk aje... ada jugak yang baik-baik.. Cumanya yang lebih menjadi tumpuan dan lebih kedepan untuk dijadikan cerita mulut-mulut manusia ni adalah yang buruk-buruk.. Pelik kan?? Tapi benarrrrr... Manusia lebih suka bercakap berkenaan keburukan berbanding kebaikan... Tulah yang nyata dalam masyarakat masa kini..

Okeh.. untuk slot motivasi kita pada petang ni, aku nak kasi kat hangpa berkenaan 7 perkara yang boleh membuatkan kita BERMOTIVASI di waktu pagi... Ahhh patutnya entry ni diwujudkan waktu pagi baru kena kan.. Tak pe la.. Esokkan masih ada.. Haha.. Insyaallah.. Moga dipanjangkan usia kita semua untuk berjumpa cahaya hari esok..


7 perkara OHSEM yang patut kita lakukan di waktu pagi


1.  Bersyukur
Perkara pertama yang patut dan sangat-sangatlah perlu kita lakukan di waktu pagi malah setiap saat dalam hidup kita adalah BERSYUKUR ye kengkawan. Bersyukurlah dengan nikmat tuhan yang diberikan kepada kita.. Kita masih diberi peluang untuk meneruskan kehidupan... Kita masih punya kesempatan untuk melakukan yang terbaik untuk hari ini dan lebih baik dari hari sebelumnya. Jadi bersyukurlah..

2.  Tanam Semangat Motivasi
Bertekad dalam diri untuk sentiasa bersemangat dan bermotivasi.. Macam mana caranya?? Hah mudah aje.. Setiap pagi bolehlah latih diri untuk baca dalam seminit dua petikan atau artikel-artikel pendek berkenaan motivasi diri.. Jangan pula pepagi sampai-sampai aje pejabat terus buka newspaper ke.. email ke.. magazine ke.. bukak internet baca gosip-gosip hangat ke... tak pown berkumpul ramai-ramai buat sesi mengumpat... Sebabnya, semua tu akan melahirkan sesuatu yang negatif dalam diri dan menghalang kita dari bermotivasi sepanjang hari... cewahh...!!

3.  Luangkan Masa Untuk Majlis Ilmu @ Sesi Motivasi
Rajin-rajinlah mengikuti sesi-sesi motivasi atau majlis ilmu.. Tak kira la melalui TV ke.. Radio ke.. You Tube ke.. atau di Jabatan sendiri.. Luangkanlah masa dan tumpuan 5 - 7 minit memberi motivasi pada diri sendiri melalui sesi-sesi motivasi pendek tersebut. Motivasi juga perlu dijaga supaya kita lebih bersemangat untuk melaksanakan tugasan kita dengan lebih berkeyakinan.

4.  Mulakan Dengan Bismillah
"Mulakan hari anda dengan Bismillah".. Pernah dengarkan ayat ni..!! So, untuk lebih bersemangat dan diberkati dalam bekerja, mulakan lah dengan bismillah dalam apa jua perkara yang kita lakukan.. Contohnya, bila kita nak punch card masuk kerja tu bacalah bismillah dulu.. Semoga kita dijauhkan dari bisikan syaitan yang boleh membuatkan kita lalai.. mengantuk... lemah macam bateri nak habis saja.. Dengan cara ini juga, semoga kita diberikan keberkatan dalam bekerja olehNYA.. 

5.  Set Target Kemajuan Diri Sendiri
Perkara ini perlu dititikberatkan.. Kadang-kadang bila kita ke tempat kerja, kita tak tahu apa yang kita nak capai pada hari tersebut... Betul tak awak-awak sekalian?? Yang kita fikirkan semata-mata nak sampai tempat kerja... bekerja... cukup pukul 5 petang (bg yang bekerja waktu pejabat) balik rumah... rehat.. makan/minum... tidur... Zzzz...Keesokan harinya pun perkara sama berulang dan hari-hari seterusnya tanpa perubahan... Oleh sebab itu, kita perlu ubah sikap... set target kita.. apa yang perlu dicapai atau yang mahu kita capai.. Contohnya kita sebagai pekerja.... setkan berapa tugasan yang perlu disiapkan dalam tempoh tertentu yang telah ditetapkan... Barulah kerja kita teratur dan cemerlang... Kecekapan seorang pekerja di nilai dari kepantasan, ketepatan dan kekemasan..

6.  Warna Cerah dan Ceria Memberi Peranan
Lihatlah warna-warna cerah atau ceria kerana warna boleh mempengaruhi mood kita.. Warna cerah dan ceria boleh membuatkan kita jadi energatik.. ceria.. dan penuh dengan idea.. Warna cerah adalah seperti warna kuning.. merah.. biru.. hijau.. Dekatkan diri dengan benda-benda berwarna cerah dan ceria kerana ia mampu merubah mood seseorang supaya menjadi lebih positif... 

7.  Memaafkan Itu Indah
Penuhkanlah hati kita dengan sifat kemaafan kerana memaafkan itu sangat indah.. Memaafkan orang boleh membuatkan hati kita tenang... Buang jauh-jauh apa jua yang bersarang dalam hati... segala dendam... rasa tidak puas hati.. sakit hati.. geram.. benci dan yang seangkatan dengannya.. Berikanlah kemaafan kepada sesiapa jua seawal pagi... Supaya kita menjadi lebih positif ... Seandainya emosi-emosi negatif ini bersarang di hati kita, ianya boleh menghalang motivasi diri... Makanya anda akan menjadi orang yang tidak bersemangat dan berfikiran negatif dimana anda akan sentiasa melihat keburukan sahaja pada diri orang lain.. Oleh itu, bermaaf-maafanlah sesama kita ye...Macam hari raya la pulak ekk..!! hehe ... Kesimpulanya, perubahan perlu dalam diri supaya hidup lebih bermotivasi, positif dan cemerlang...

--

Sekian dulu motivasi dari saya.. cia.. cia.. cia.. 

Aku up entry ni untuk diri aku jugak sebenarnya.. Manusia ni kan tak perfect... Memang perlukan perubahan.. Tak nak berubah duduklah ditakuk lama.. Aku pown kurang motivasi diri nak habaq hang.. Sebab tu aku up entry ni.. Moga sama-sama kita berubah ye.. Cewahhh...!! Pape pown agama paling WIN.. Iman perlu tinggi baru hidup lebih OHSEM dan bermakna... !!

Nak up gambar ni jugak untuk aku dan korang..!!


No comments

Post a Comment