T-Shirt Rekaan Unik Dari Printcious Dah Sampai.. Membeli Sambil Menderma!

Wednesday, June 10, 2020

8 comments
T-Shirt Rekaan Unik Dari Printcious Dah Sampai.. Membeli Sambil Menderma!  |  Alhamdulillah akhirnya sampai juga t-shirt yang aku tempah di Printcious.. T-shirt ini designnya direka khas oleh Printcious dalam usaha mengingatkan masyarakat untuk mengambil langkah pencegahan terhadap Covid-19.. Disamping itu juga, dengan membeli t-shirt rekaan khas ini kita telah menyumbang kepada 2 badan kebajikan.. Sambil membeli sambil menderma, itukan lebih baik..



Sebenarnya T-Shirt ini mempunyai 6 design.. Kesemuanya cantik-cantik belaka.. Boleh tengok kat SINI.. Antara design yang dihasilkan adalah Stay At Home, Social Distancing, Wash Hand, Wear Mask, Cover Your Cough dan Exercise..

Aku dah dapatkan 4 design untuk dijadikan koleksi peribadi aku... Ikutkan hati, nak beli kesemuanya sebab semuanya cantik-cantik belaka.. T-Shirt ini didatangkan hanya berwarna putih berkolar bulat yang dijual dengan harga RM29.90 sahaja untuk sehelai dan boleh didapati dalam saiz XS hingga ke 3XL...


Orite, ini wajah sebenar baju yang telah siap di print... Siap boleh cetak nama sendiri di atas baju.. Barulah bermakna kan.. Aku memilih wear mask dan wash hand kerana ianya dah menjadi norma baru untuk kita sekarang.. Sejak Covid-19 melanda, kehidupan kita dah berubah 180 darjah ke norma yang baru.. Sekarang ni kalau nak keluar kemana-mana, dah kena pakai mask dan perlu kerap cuci tangan sama ada dengan sabun atau dengan hand sanitizer.. Sebab itu aku memilih design ini.. Lagi pun designnya cantik.. hehe.. 


Untuk dua helai lagi, aku memilih social distancing dan juga cover your cough.. Why? Ok, untuk dua design ni ofkoslah social distancing tu salah satu norma baru yang perlu kita lalui sekarang ni.. Melihatkan ada sesetengah orang tidak mengamalkannya.. Jadi, mesej baju ni sangat tepat untuk disampaikan kepada semua orang yang melihatnya.. Untuk cover your cough ni pula, aku pilih untuk mengingatkan aku sendiri juga, dimana kadang-kadang aku sendiri terlepas batuk seperti biasa tanpa cover... Haha.. Bahaya woii.. So, aku akan pastikan aku sentiasa cover aku punya batuk lepas ni mengikut arahan yang diberikan dengan betul.. Hiks.. 


Inilah keempat-empat design yang aku ada.. Korang tak teringin ke.. Sekurang-kurangnya bila kita pakai, kita dah ingatkan orang sekeliling kita untuk sentiasa amalkan norma baru ini bagi langkah pencegahan penularan Covid-19... Lagi pun designnya cantik.. Boleh buat koleksi sempena memperingati musim Covid ini.. 


Eh apa pulak ni? Haha sempat lagi tempah mouse pad.. Hiks.. Banyak design baru untuk mouse pad.. So, buatla satu untuk aku guna di pejabat.. Macam-macam lagi tau yang ada kat Printcious ni.. Kalau korang rasa buntu nak bagi hadiah pada yang tersayang, boleh terjah laman web printcious ni dan reka sendiri hadiah korang tu.. Ini lebih memberi makna kepada yang menerima.. 



Baju saiz kanak-kanak pun ada tau.. Tapi untuk design norma baru ni tak de sebenarnya... Aku yang copy paste design di Printcous dan tempah t-shirt kanak-kanak buat anak-anak aku.. Dorang pun nak jugak berkempen.. Haha.. Baju Qhaliff terbeli kecik sikit.. Haduhai.. Silap saiz..

Oklah, bagi yang ingin mendapatkan koleksi T-Shirt unik dari Printcious ni bolehlah buat tempahan di laman web mereka.. Apa yang bestnya, Printcious menawarkan penghantaran PERCUMA untuk setiap pembelian melebihi RM70 ke seluruh Malaysia termasuklah Sabah & Sarawak. Oh ya, ada satu lagi yang menarik untuk korang iaitu beli 6 design @ RM150 dan dapatkan BAUCAR TUNAI BERNILAI RM150 secara percuma untuk membeli belah di Printcious.. Best gile weh!! So, ape tunggu lagi.. Jom shopping di Printcious sekarang jugak..

Pembelian boleh dibuat secara atas talian melalui : https://www.printcious.com/my/stores/covid19-awareness..


Read More

Review Novel | Scarlett by Sha Hanim Ramli

Tuesday, June 9, 2020

4 comments
Scarlett by Sha Hanim Ramli  |  Kemurungan ni sangat bahaya sebenarnya... Satu penyakit yang  boleh meragut nyawa jika tidak dirawat.. Hilang rasa happy.. Hilang rasa bahagia... Apa yang dirasa hanyalah sepi, kosong, kelam, gelap dan tiada makna... Fuhhh alhamdulillah habis jugak aku hadam novel Scarlett karya Sha Hanim Ramli ni.. Agak tebal juga tetapi aku dapat habiskan dalam masa 2 hari sahaja disebabkan ceritanya agak menarik inspirasi dari sebuah kisah benar... Serius sangat menarik..


Sebenarnya aku tak tahu pun tentang kewujudan novel Scarlett ni.. Ini pun Kak Fa (Blogger Farawaheda) yang kenalkan kat aku.. Bila tengok video tentang novel ni kat IG beliau, tertarik untuk aku baca sendiri lagi pula novel ni dari kisah benar.. Serius teruja.. Sekurangnya kita baca tu, kita tahu itu kisah benar bukan khayalan semata.. Lagi excited untuk baca.. 


Tajuk : Scarlett
Penulis : Sha Hanim Ramli
Muka Surat : 450
Penerbit : HuCAD Consultants
Tahun Terbitan : Ogos 2018


Sinopsis Scarlett


Deprasi, andai tidak dirawat bakal meragut nyawa sendiri. Maka Biarlah badai itu berlalu..

"Tapi kalau tuan berani berdepan dengan wanita psyhco, dialah orangnya.

Cuma perlu ingat, jangan berumah di tepi pantai kalau tak sangguh dilambung ombak."

"Aku dulu terlatih sebagai tentera risik pun tak terfikir untuk cipta sistem dalam otak sendiri atau untuk hidupkan semula otak yang 'mati' macam otak dia tu."


Review Scarlett


Ok jujur aku cakap, novel Scarlett ni agak berat jalan ceritanya.. Sampai satu tahap aku baca, aku rasa beratnya.. Terbeban rasanya.. Seolah aku yang hadap bende tu.. Tak sanggup nak lalui satu persatu jalan ceritanya.. Sungguh berat... 

Novel ni katanya inspirasi dari sebuah kisah benar.. Mengisahkan seorang wanita yang mengalami kemurungan yang teruk.. Kemurungan sejak kecil lagi sehinggalah dewasa... Setiap satu kisah hidupnya dari kecil hinggalah dewasa sangat menyayat hati.. Aku tak pasti andai aku yang lalui semua tu, aku rasa aku akan masuk tanjung rambutan ataupun mati bunuh diri.. Nauzubillah.. Mintak dijauhkan ya Allah.. 

Starting aku baca, agak keliru dengan watak yang ada dalam novel ni.. Yelah sekejap kisah Qaseh.. Lepas tu tetiba kisah Zareef dan Zaifa lak.. Eh, dah kenapa.. Biasa la mula-mula datang keliru tu memang sebal jerk rasa.. Jenis tak sabar gini lah gayanya.. Cepat sangat gelabahnya.. Haha.. Lepas baca habis barulah tau kait mengaitnya.. Hehe.. Maafkan saya.. Haha..

Watak utama novel ni adalah Qaseh.. Qaseh ni mengidap penyakit kemurungan sejak kecil lagi.. Ibunya meninggal dunia selepas melahirkannya.. Disebabkan itu, ayahnya menghukum dia sebagai punca kematian ibunya.. Dituduhnya anak membawa sial.. Ayahnya abaikan dia setelah berkahwin baru... Mak tiri dia pun sama naiklah jugak dok dera, buli, herdik, hina dan bermacam lagi la perbuatan jahat dia buat pada Qaseh ni yang menyebabkan dia kemurungan.. Dia selalu dipukul dan didera.. Sehinggakan satu masa, deprasi dia tu membawa dia kepada mencederakan diri sendiri.. Kepuasan akan dapat dia rasai bila dia mencederakan diri sendiri.. Allahuakbar.. Aku rasa nak pergi cekik jerk ayah dan mak tiri dia tu weh!! Haaa nampak emosi terlebih..


Tak dapat aku bayangkan budak kecik yang tak tahu apa-apa diperlakukan begitu.. Bukan setakat mak bapak yang buat macam tu tetapi adik beradik tiri pun sama jugak.. Manala tak depress budak tu.. Siot je kan.. Bila dah tak tahan sangat, plan lari dari rumah untuk mencari sinar baru di luar.. Bukan sinar yang dia dapat sebaliknya kegelapan yang dihadap... 

Dia berjaya melarikan diri dan dibantu oleh haider dan juga Jaslin.. Dorang ni tokan dan penagih dadah.. Sebagai membalas jasa dorang yang membantu si Qaseh ni larikan diri dari rumah, dorang soh si Qaseh ni jual dadah.. Bila Qaseh berkeras tak nak dan nak blah dari kehidupan dorang, si Jaslin ni berdendam dan buat plan nak hancurkan masa depan si Qaseh.. Dari situlah bermula titik yang lebih hitam dalam hidup Qaseh.. Dia dirogol beramai-ramai.. Seramai 9 orang jantan jahanam.. Allahuakbar.. Tak terluah rasanya bila baca kisah ni.. 

Tak tergambar dek perasaan macam mana nak hadap masa depan bila diri diperlakukan sebegitu.. Qaseh hidup dalam kegelapan selepas itu.. Hatinya dah mati dek kisah silam yang menjerut rasa bahagia dan gembiranya.. Dia rasa rendah diri dan tak berguna.. Sehinggalah dia pulih semula berkat dari usaha nekadnya yang terdorang oleh satu perasaan cinta terhadap seorang lelaki yang benar-benar ikhlas menerimanya dan sanggup membantu dia pulih.. 

Serius best sangat cerita Scarlett ni walaupun jalan ceritanya agak berat untuk dibaca dan diterima.. Kisah yang meruntun jiwa dan dapat rasa kemurungan yang dialaminya.. Seksa.. Sungguh seksa.. Kalau tak kuat, memang boleh meragut nyawa sendiri.. Korang yang nak tahu cerita penuh, kena baca sendiri baru dapat rasa apa yang dirasa.. 

Rating & Cadangan


Rating : ðŸŒŸ 🌟 🌟 ðŸŒŸ 🌟 

Kenapa aku bagi 5 bintang? Hurm sebabnya aku suka novel Scarlett ni.. Mungkin ada kelemahan dimana-mana di dalam novel ni, tetapi kisahnya yang cukup mantap membuatkan kelemahan itu tertutup dengan sendirinya..

Mula-mula nak beli novel ni, aku rasa sedikit mahal harganya.. Yelah sekarang ni aku asek beli novel fixi je kan.. Harga lebih murah.. Bila nak beli novel ni dengan harga RM35 plus postage RM7, aku rasa berat sangat.. Dah biasa beli buku RM50 untuk 3 buah novel sekali postage sebab tu terasa agak mahal untuk novel Scarlett ni.. Bila di fikir banyak kali, aku gagahkan jugak membelinya sebab novel ni dari kisah benar.. Aku nak baca.. Itu tarikannya.. 

Dah beli dan baca, aku puashati dengan harga tu.. Dengan cerita yang sangat menarik, berbaloi-baloi aku beli dengan harga tu.. Kisahnya masih bermain-main difikiran aku.. Harapnya aku tak depress la lepas ni.. Haha.. 

Buat penulis, syabas diucapkan kerana berjaya menghasilkan sebuah novel yang sangat menarik seperti ini.. Moga penulis diberi kesihatan yang baik dan dapat menghasilkan novel yang lebih ohsem lepas ini.. Tumb up!


Read More

Jom Dapatkan Maklumat dan Tips Kesihatan

Saturday, June 6, 2020

2 comments
Jom Dapatkan Maklumat dan Tips Kesihatan | Assalamualaikum.. Hai korang... Haa tengah buat apa tu? Kalau takde urusan penting diluar, duduklah dirumah ye supaya kita boleh hapuskan terus rantaian Covid-19 ni dan kembali dengan kehidupan normal seperti dulu.. Sekarang pun normal bukan tak normal tetapi dengan norma yang baru.. Hah gitteww.. Okeh, tak nak bebel panjang lebar, hari ni aku nak share dengan korang maklumat dan tips kesihatan yang patut kita tahu dan amalkan.. 

Jom Dapatkan Maklumat dan Tips Kesihatan

Aku nak perkenalkan kepada korang semua sebuah laman web kesihatan yang selalu menjadi rujukan aku dan juga ramai orang iaitu laman web Tips Kesihatan. Dalam laman web ini korang boleh dapatkan informasi berkenaan penyakit, jenis rawatan dan yang paling best ada banyak tips untuk gaya hidup sihat.. Jadi mudahlah kan, hanya bukak laman web ni saja korang dah dapat pelbagai info kesihatan.. 

Apa yang aku suka sangat tentang laman web ini adalah penulisannya yang santai, mudah difahami dan kalau ada terma perubatan pun akan diterangkan secara ringkas.  Selain itu, aku juga boleh print setiap artikel yang ada di dalam laman web ini sebagai rujukan sendiri, keluarga mahupun kenalan dengan hanya menekan ikon print dekat hujung artikel tersebut.. Format printing dia memang cantik dan tak berserabut.

Kalau korang nak cari maklumat berkaitan sebarang penyakit atau apa-apa sahaja berkaitan kesihatan bolehlah layari laman web tersebut ya.. 
Read More

Cara Paling Berkesan Menghilangkan Sakit Sendi dan Otot Dengan Perozin

Friday, June 5, 2020

2 comments
Cara Paling Berkesan Menghilangkan Sakit Sendi dan Otot Dengan Perozin  |   Holaaa!! Hi korang.. Lama dah blog ni kesepian tanpa dikemaskini.. Almaklumlah dah kembali bekerja seperti biasa.. Masa dah menjadi terhad dan badan agak keletihan.. Biasalah dah semakin senja ni.. Bila balik dari opiz, badan dah rasa lenguh-lenguh dan sendi-sendi pun rasa nak tercabut.. Hehe.. Nasib baiklah sekarang ni aku dah ada ' bff ' baru.. Perozin namanya.. Hiks.. Kalau korang nak tau Perozin ni bukanlah makhluk bernama manusia tetapi krim sapu yang banyak manfaatnya dan salah satunya ia mampu menghilangkan sakit sendi dan otot dengan berkesan.. Bagus tau! Jom aku cerita..

Cara Paling Berkesan Menghilangkan Sakit Sendi dan Otot Dengan Perozin

Kalau dulu-dulu, asal sakit sendi je mesti dok amalkan petua tradisional hilangkan sakit sendi.. Petua orang tua-tua banyak tetapi agak cerewet untuk diamalkan dan kadang kala agak kurang berkesan.. Now, dah tak perlu nak bersusah payah sebabnya dengan Perozin ni je dah dapat melegakan sakit sendi dan otot yang kita alami.. Serius best dan bagus sangat!

Apa Itu Perozin?

Cara Paling Berkesan Menghilangkan Sakit Sendi dan Otot Dengan Perozin

Perozin adalah krim lembut untuk menghilangkan sakit sendi dan otot yang diperbuat daripada bahan semulajadi seperti halia, daun pudina dan rosemary.. Kalau korang nak tahu, Perozin ni digunakan untuk melegakan kesakitan dengan cepat, berkesan dan berterusan.. Apa-apa pun kesannya bergantung atas pengguna itu sendiri.. Ada yang cepat dan ada sebilangan besarnya akan merasa lega dalam tempoh 24jam selepas penggunakan krim Perozin ni..

Apa yang menjadikan Perozin ni bagus dan diyakini adalah diperbuat daripada bahan semulajadi.. So, takde la rasa risau nak guna.. 3 bahan semulajadi yang digunakan dalam menghasilkan Perozin ni adalah bahan yang banyak memberi manfaat iaitu :-
  • Daun Pudina - Berkesan menenangkan sakit otot dan sendi
  • Halia - Anti-radang, mengurangkan sakit sendi dan otot
  • Rosemary - Anti-radang, mengurangkan tekanan oksidatif

Manfaat Perozin

Cara Paling Berkesan Menghilangkan Sakit Sendi dan Otot Dengan Perozin

Perozin ni sesuai untuk siapa? Ok, Perozin ni sesuai untuk golongan muda, tua (warga emas), atlet, pemandu, suri rumah, wanita hamil, mereka yang menderita sakit lutut terutamanya pelari (sakit patellofemoral), tendonitis, sprains dan lower back. So, kalau korang ada masalah sendi dan otot, bolehlah cuba Perozin ni ye.. Banyak sangat manfaatnya.. Antaranya manfaatnya :-
  • Mengurangkan keradangan
  • Menengakan dan melegakan sakit sendi dan otot
  • Membantu dalam pemulihan
  • Tekstur yang menyenangkan dengan sensasi zero sensation
  • Tidak berminyak
  • Sesuai untuk semua peringkat umur
  • Kandungannya dari bahan semulajadi dan selamat digunakan

Cara Menggunakan Perozin

Cara Paling Berkesan Menghilangkan Sakit Sendi dan Otot Dengan Perozin

Ok korang, ni aku nak ajar cara guna Perozin ni pulak.. Orite kalau korang nak melegakan kesakitan sendi dan otot dengan berkesan, korang boleh sapukan 1 hingga 3 kali sehari pada tempat yang sakit.. Untuk hasil yang terbaik, korang boleh sapu Perozin ni sebelum dan selepas mandi air panas..

Perlu diingat ye kengkawan, Perozin ni hanya untuk kegunaan luaran sahaja.. Bukan untuk dimakan ye.. Elakkan dari terkena mata dan jauhkan dari jangkauan kanak-kanak. Dah siap guna, basuh tangan dengan sabun.. Inilah ubat sakit otot korang tau.. Hehe.. Jangan biarkan sampai terkena demam sakit sendi baru nak bertindak.. Seksa oiii..

Testimoni Aku Lepas Guna Perozin

Cara Paling Berkesan Menghilangkan Sakit Sendi dan Otot Dengan Perozin

Aku sekarang ni dah kerap sangat lenguh sana sini.. Ada masa tu, rasa macam sendi-sendi aku ni nak tercabut sebab terlalu letih.. Seharian bekerja lepas tu sambung pulak jawatan suri rumah bila sesampainya di rumah.. Kesana kemari menguruskan rumahtanga sampaikan nak tidur malam pun rasa tak selesa dek kerana rasa letih dan lenguh sana sini..

Sekarang ni aku akan pastikan, selepas balik dari kerja selepas mandi air panas, aku akan sapu Perozin ni pada kaki dan lutut aku supaya hilang segala sakit sendi yang aku alami.. Bila buat kerja rumah tu, rasa lebih selesa dan laju jerk.. Hehe.. Apa yang aku suka dengan Perozin ni, lepas sapu tu akan rasa sejuk jerk sekaligus dapat menenangkan rasa sakit yang dialami.. Memang rasa best sangat sekarang ni sebab ada 'bff' baru yang boleh menenangkan rasa sakit sendi.. Bagus sangat tau Perozin ni..

Dapatkan Perozin Untuk Melegakan Sakit Sendi dan Otot

Cara Paling Berkesan Menghilangkan Sakit Sendi dan Otot Dengan Perozin

Orite, Perozin ni didatangkan dalam tiup 100ml.. Kalau korang nak dapatkan Perozin ni boleh dapatkan di Watsons, farmasi terpilih atau beli secara online di www.royalepharma.com, Lazada, Shopee dan PrestoMall.. Harga untuk satu tiub Perozin ni adalah RM45.90..

Untuk info lanjut tentang Perozin ni, korang boleh layari :-

➽Facebook : https://www.facebook.com/perozinmalaysia
➽Instagram : https://www.instagram.com/perozinmalaysia/



Read More

Pertubuhan Kebajikan Baitul Husna Kuantan Bina Pantri Makanan #AyamWithYou Untuk Bantu Komuniti Kuantan

Friday, May 29, 2020

3 comments
Pertubuhan Kebajikan Baitul Husna Kuantan Bina Pantri Makanan #AyamWithYou Untuk Bantu Komuniti Kuantan  |  Walaupun negara kini menghadapi situasi sukar akibat wabak Covid-19, semangat saling mambantu, murah hati dan saling percaya-mempercayai tetap utuh dalam kalangan rakyat. Kemudahan lama seperti pantri makanan untuk kegunaan ramai kini diberi wajah baru.

Pertubuhan Kebajikan Baitul Husna Kuantan Bina Pantri Makanan #AyamWithYou Untuk Bantu Komuniti Kuantan

Inisiatif pantri makanan #AyamWithYou oleh Ayam Brand™ dan 13 buah rumah kebajikan dari seluruh negara kini giat membantu pertubuhan amal dan memperkasakan mereka untuk membantu komuniti setempat yang memerlukan. Sebagai contoh, di Kuantan, Pertubuhan Kebajikan Baitul Husna Kuantan, sebuah rumah anak yatim di Kampung Pelindung meneraju usaha membantu komuniti setempat ini dengan menguruskan pantri #AyamWithYou di sini.

Kami bimbangkan kebajikan sesetengah keluarga di sini terutamanya ketika Ramadan dan Hari Raya. Kami sendiri tidaklah mewah, tetapi keperluan mereka lebih mendesak. Kami pernah menyertai kempen Ayam Brand™ Community Care pada masa lalu. Tahun ini, Ayam Brand™ sekali lagi memberikan kepada organisasi kami bekalan produk makanan mereka untuk tempoh dua bulan dan menyarankan pantri makanan atau gerobok rezeki sebagai satu penyelesaian untuk komuniti ini. Mereka telah menyediakan gerobok kalis cuaca ini dan satu bekalan produk berasingan yang boleh kami gunakan buat membantu komuniti kami,” kata pentadbir Pertubuhan Kebajikan Baitul Husna Kuantan, Puan Zuraida Binti Ismail.

Pertubuhan Kebajikan Baitul Husna Kuantan Bina Pantri Makanan #AyamWithYou Untuk Bantu Komuniti Kuantan

Pantri kalis cuaca ini dipasang di hadapan rumah kebajikan tersebut supaya penjarakkan sosial dapat dilaksanakan. Ia terbuka untuk kegunaan umum 24 jam. Penduduk menghantar maklumat mengenai pantri makanan ini menerusi kumpulan komuniti di media sosial dan aplikasi Whatsapp, manakala anak-anak yang tinggal di rumah kebajikan ini diberi tugas menambah produk Ayam Brand™ tersebut setiap hari.

Kami menghantar khidmat pesanan ringkas menerusi WhatsApp dan Facebook memberitahu semua penduduk bahawa bahan makanan di dalam pantri tersebut adalah percuma bagi yang memerlukan, manakala mereka yang ingin menyumbang boleh sumbangkan makanan kering, snek, alat tulis, produk pencuci dan barangan keperluan lain. Anak-anak ini gembira diberi tanggungjawab menguruskan pantri makanan ini dan memastikan bekalan sentiasa penuh kerana mereka berpeluang mengamalkan budi pekerti yang mulia dan sikap murah hati,” kata Puan Zuraida Binti Ismail.

Pertubuhan Kebajikan Baitul Husna Kuantan Bina Pantri Makanan #AyamWithYou Untuk Bantu Komuniti Kuantan

Respon terhadap inisiatif ini amat menggalakkan dengan peruntukan harian produk Ayam Brand™ seperti tuna, kacang panggang, kacang pea, nanas dalam tin dan santan kelapa laku di kalangan penduduk, dan barang keperluan lain ditambah dengan sokongan padu daripada ahli komuniti.

Kami menemui beberapa item yang tidak disangka-sangka di dalam pantri termasuk sayuran segar, buah kurma, susu bayi, lampin dan biskut Raya! Kami dapat merasakan keakraban #KitaJagaKita itu. Projek pantri makanan #AyamWithYou telah menjadikan Ramadan dan Raya ini amat istimewa dengan membina ikatan antara kami berasaskan budi pekerti mulia, sikap saling mempercayai dan bantu-membantu sesama ahli komuniti. Ini membolehkan kami menyumbang secara aktif ke arah kesejahteraan semua,” tambah beliau.

Menerusi program Tanggungjawab Sosial Korporatnya yang telah berjalan sekian lama, Ayam Brand™ telah menyumbangkan lebih 2 juta makanan berkhasiat kepada pertubuhan amal, seterusnya menyediakan makanan berkhasiat untuk lebih 21,800 orang dari 524 buah organisasi dan NGO amal sejak 12 tahun lalu.

Tahun ini jenama tersebut membantu menyokong barisan hadapan Covid-19 di Hospital Sungai Buloh, 13 buah rumah kebajikan, inisiatif pantri makanan #AyamWithYou, dan pusat transit gelandangan Anjung Singgah Kuala Lumpur, dengan perancangan untuk membantu lebih banyak lagi organisasi dan komuniti.

Covid-19 telah mengubah sama sekali perancangan awal kami untuk kempen tahunan Ayam Brand™ Community Care Campaign kali ke-13, tetapi kini kami dapat melihat kesan positif hasil daripada inisiatif pantri makanan #AyamWithYou. Ia mengubah naratif rakan kongsi kebajikan kami daripada menjadi penerima bantuan kepada penyumbang dan penderma dalam komuniti masing-masing. Komuniti di sini telah menerima konsep pantri makanan ‘sila ambil yang anda perlu sahaja’. Ini menghasilkan kitaran kebaikan yang mampu memastikan inisiatif ini terus kekal,” kata Pengurus Pemasaran Ayam Brand, Nathan Deverre.

Pertubuhan Kebajikan Baitul Husna Kuantan Bina Pantri Makanan #AyamWithYou Untuk Bantu Komuniti Kuantan

Kakitangan Ayam Brand™ turut sama menghebahkan mengenai pantri makanan ini supaya lebih ramai boleh mendapat manfaat dan turut memberi sumbangan. Mereka menjadi antara penyumbang pertama dengan menyumbangkan item bukan makanan ke dalam pantri tersebut.

“Kami menghantar senarai barangan yang diperlukan bermula dengan kaum keluarga dan sahabat handai. Sesiapa yang boleh terus menghantar item tersebut ke pantri, ramai daripada kami yang sanggup dan berminat untuk membantu. Malah mereka turut mengongsikan lokasi pantri dengan golongan yang memerlukan. Setiap daripada kita boleh membantu dengan cara tersendiri,” kata seorang eksekutif Ayam Brand™ yang tinggal di kawasan projek pantri ini.

Pantri makanan #AyamWithYou terletak di Lot 132, Kampung Pelindung, 26100 Beserah, Kuantan Pahang. Jadilah sebahagian daripada usaha murni memberi dan menerima barang keperluan ini. 

Untuk maklumat lanjut mengenai inisiatif pantri makanan #AyamWithYou, layari https://www.ayambrand.com.my



Read More