Printcious Melancarkan Rekaan T-Shirt Yang Unik Bagi Mengumpul Dana Untuk Disumbangkan Kepada MERCY Malaysia


Printcious Melancarkan Rekaan T-Shirt Unik Bagi Mengumpul Dana Untuk Disumbangkan Kepada MERCY Malaysia  |  Wahh lama gila tak terjah laman web Printcious.. Dah dekat nak raya ni, hajat hati nak la cari barang DIY yang boleh dibuat hiasa dalam rumah ni.. Ada yang lebih menarik perhatian aku rupanya di Printcious.. Apa tu? Haaa, Printcious kini sedang melancarkan rekaan T-shirt unik dalam usaha mengingatkan masyarakat untuk mengambil langkah pencegahan terhadap Covid-19.. Hasil dana RM 50,000 akan disumbangkan kepada dua badan kebajikan termasuk  MERCY Malaysia.

Printcious Melancarkan Rekaan T-Shirt Yang Unik Bagi Mengumpul Dana Untuk Disumbangkan Kepada MERCY Malaysia

Bagus sangat ada usaha murni macam ni.. So, kita sebagai rakyat Malaysia yang prihatin kena support mereka.. Masa ni lah kita nak menyumbang sama dengan membeli T-shirt rekaan unik mereka.. Oh ya, mungkin ramai yang masih belum familiar dengan nama Printcious ni kan.. Bagi aku memang dah sinonim sangat dengan laman web ni sebabnya aku suka cenderamata DIY yang mereka sediakan.. Serius berkualiti dan cantik.. Orite, jom aku kenalkan korang dengan laman web Printcious ni.. 

Printcious Melancarkan Rekaan T-Shirt Yang Unik Bagi Mengumpul Dana Untuk Disumbangkan Kepada MERCY Malaysia

Printcious merupakan sebuah platfom e-dagang terkemuka yang berkepakaran dalam cenderamata dan hadiah rekaan sendiri yang telah ditubuhkan pada tahun 2015 lagi.. Printcious telah memenangi pelbagai anugerah keusahawanaan termasuklah Pemenang SITEC Top E-Commerce Merchant Awards (2017), Pemenang Pertandingan Dream Factory Start-up (2018), Anugerah Young / Emerging Business Excellence dalam Anugerah Sin Chew Business Excellence (2018). Printcious juga adalah salah seorang peserta dalam MaGIC Accelerator Programme (Kohort 1) pada 2015 dan juga salah satu penerima bantuan Cradle Fund iaitu program Cradle CIP-500 pada 2016.

Itulah serba sedikit tentang Printcious dimana kini yang terbaru mereka telah melancarkan rekaan unik T-shirt dalam usaha mereka untuk mendidik masyarakat mengambil langkah pencegahan terhadap Covid-19. Melalui hasil jualan barangan terhad ini, RM 50,000 akan disumbangkan kepada MERCY Malaysia dan sebuah badan kebajikan yang tidak dinyatakan sebagai usaha untuk melawan wabak Covid-19.

Printcious Melancarkan Rekaan T-Shirt Yang Unik Bagi Mengumpul Dana Untuk Disumbangkan Kepada MERCY Malaysia

Dalam pencarian tema untuk menghasilkan T-Shirt unik ini, seperti biasa Printcious akan menggunakan idea kreatif mereka yang sememangnya lain dari yang lain sekaligus dapat membuatkan rakyat Malaysia jatuh cinta dengan hasilnya.. Tak cakap orang lain, aku sendiri pun memang suka dengan design yang diberikan oleh Printcious bagi setiap produknya..

Printcious Melancarkan Rekaan T-Shirt Yang Unik Bagi Mengumpul Dana Untuk Disumbangkan Kepada MERCY Malaysia

Untuk T-Shirt unik kali ini, protokol keselamatan yang telah diamalkan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seperti membasuh tangan dan penjarakan sosial telah diangkat sebagai tema untuk tujuan ini oleh Printcious dengan harapan agar masyarakat terus kekal berjaga-jaga terutamanya apabila kerajaan telah membenarkan fleksibiliti untuk perniagaan beroperasi semula. Memang lawa sangat T-Shirt yang mereka hasilkan.. Walaupun nampak simple tapi penuh bermakna.. Aku suka dan pasti akan memilikinya sebagai koleksi peribadi aku..

Printcious Melancarkan Rekaan T-Shirt Yang Unik Bagi Mengumpul Dana Untuk Disumbangkan Kepada MERCY Malaysia

Pada masa ini, terdapat keperluan untuk semua orang memainkan peranan mereka dalam melawan Covid-19 dengan memanfaatkan kekuatan unik mereka. Kami mungkin tidak dapat mengeluarkan sejumlah besar wang untuk memberi bantuan tetapi kami telah mengambil inisiatif untuk berkerjasama dengan rakan kongsi kami seperti Ricoh (syarikat pengimejan dan elektronik yang terkenal), Gildan (Jenama T-shirt No. 1 di USA), Exabytes (Cloud dan Penyedia Solusi Digital di Asia Tenggara) dan Main-Main (Inkubator Kreatif di Malaysia) untuk melancarkan sebuah siri rekaan T-shirt yang unik untuk dijual kepada masyarakat”, menurut Vincent Tong, Ketua Pegawai Eksekutif Printcious.

Kami turut mengalukan badan-badan korporat untuk menyokong kempen ini bagi tujuan meningkatkan kesedaran dan meraih dana bagi menghasilkan T-shirt Covid-19 dengan jenama mereka sendiri untuk pekerja mereka. Kami percaya bahawa kebanyakan perniagaan mengalami penurunan tetapi kami perlu terus beroperasi demi membantu memajukan ekonomi dan pada masa yang sama menyokong kerajaan pada waktu pandemic global ini,” beliau menambah. Pengubahsuaian tambahan seperti penambahan nama dan jenama logo juga boleh dilakukan tanpa sebarang cas tambahan.

Untuk kempen istimewa yang berlangsung daripada pertengahan Mei sehingga akhir Julai 2020, Printcious telah menghasilkan 6 rekaan T-shirt kreatif diperbuat daripada kapas Gildan premium sebagai satu peringatan kepada masyarakat untuk mengamalkan langkah-langkah pencegahan. T-shirt putih berkolar bulat ini dijual dengan harga RM29.90 sehelai dan boleh didapati dalam saiz XS hingga ke 3XL.

Printcious Melancarkan Rekaan T-Shirt Yang Unik Bagi Mengumpul Dana Untuk Disumbangkan Kepada MERCY Malaysia

Printcious Melancarkan Rekaan T-Shirt Yang Unik Bagi Mengumpul Dana Untuk Disumbangkan Kepada MERCY Malaysia

Printcious Melancarkan Rekaan T-Shirt Yang Unik Bagi Mengumpul Dana Untuk Disumbangkan Kepada MERCY Malaysia

Semuanya cantik uolls!! Kalau boleh aku nak miliki semua sekali.. Haha.. Serius, kali ni aku teruja dengan temanya.. So, memang aku tak teragak-agak untuk tempah di Printcious untuk support mereka disamping memberi kesedaran kepada rakyat Malaysia betapa pentingnya untuk kita amalkan protokol keselamatan yang telah ditetapkan bagi menangai masalah Covid-19 ni..

Oh ya, selain T-shirt, kempen ini turut merangkumi tote bag dengan rekaan yang sama. Wahh bukan saje T-Shirt tapi boleh juga dapatkan tote bag.. Bolehlah digunakan untuk pergi pasaraya membeli belah kan atau boleh juga digunakan sebagai handbag kita.. Hehe.. Nice sangat.. Manalah tau, bila kita pakai tote bag ni, ada yang melihat dan melahirkan kesedaran kepada mereka.. Itu yang kita mahu sebenarnya.. Apa yang penting usaha itu perlu.. Kali ni, Printcious berhasrat untuk mencapai sasaran hasil jualan untuk 1,000 unit t-shirt dan 1,000 unit tote bag bagi meraih dana.

Printcious Melancarkan Rekaan T-Shirt Yang Unik Bagi Mengumpul Dana Untuk Disumbangkan Kepada MERCY Malaysia

Printcious Melancarkan Rekaan T-Shirt Yang Unik Bagi Mengumpul Dana Untuk Disumbangkan Kepada MERCY Malaysia

Printcious Melancarkan Rekaan T-Shirt Yang Unik Bagi Mengumpul Dana Untuk Disumbangkan Kepada MERCY Malaysia

Mungkin ada dikalangan korang pengumpul tote bag tegar.. So, bolehlah kumpul koleksi dari Printcious ni pulak.. Serius cantik dan unik.. Rugi tau tak dapatkan T-Shirt dan Tote Bag Printcious kali ni.. Ini adalah koleksi limited Edition yang patut korang dapatkan..

Printcious Melancarkan Rekaan T-Shirt Yang Unik Bagi Mengumpul Dana Untuk Disumbangkan Kepada MERCY Malaysia

Bagi yang ingin mendapatkan koleksi T-Shirt dan Tote Bag unik dari Printcious ni bolehlah buat tempahan di laman web mereka.. Apa yang bestnya, Printcious menawarkan penghantaran PERCUMA untuk setiap pembelian melebihi RM70 ke seluruh Malaysia termasuklah Sabah & Sarawak. Oh ya, ada satu lagi yang menarik untuk korang iaitu beli 6 design @ RM150 dan dapatkan BAUCAR TUNAI BERNILAI RM150 secara percuma untuk membeli belah di Printcious.. Best gile weh!! So, ape tunggu lagi.. Jom shopping di Printcious sekarang jugak..

Pembelian boleh dibuat secara atas talian melalui: https://www.printcious.com/my/stores/covid19-awareness..



QuickEdit
Lea Azleeya
5 Comments

5 comments:

  1. dulu saya rajin gak beli hadiah customade dari Printcious ni.. comel2.. hee~

    ReplyDelete
  2. cantiknya. semoga bila tengok gambar tu, kita semua beringat... =)

    ReplyDelete
  3. selamat hari raya LEa. maaf zahir batin

    ReplyDelete
  4. Cantiklah design dia lea....memang terbaik

    ReplyDelete
  5. Patut fosokomg no.. sambil menderma

    ReplyDelete

[name=Lea Azleeya] [img=//1.bp.blogspot.com/-grWfwgzBOkQ/Xq8WSYJDTsI/AAAAAAAAfZI/tVxseM6NvuIeDN_Ksav4Cf2pX3udRXJGQCLcBGAsYHQ/s1600/lea%2B1.jpeg] [description=Hi, Lea here! I'm lifestyle & beauty blogger based in Kuantan, Pahang. I'm started blogging since Jun 2013. For any review, please email me at sotskirts@gmail.com] (facebook=http://www.facebook.com/s0tskirt) (twitter=http://www.twitter.com/LeaAzleeya) (instagram=http://www.instagram.com/lea_azleeya) (youtube=http://www.youtube.com/leaazleeya)