Resepi Sayur Kubis Masak Lemak Paling Simple Tetapi Sedap!


Resepi Sayur Kubis Masak Lemak Paling Simple Tetapi Sedap!  |  Salah satu sayur feberet aku adalah kubis.. Selalunya yang dapat membuka selera aku adalah kubis masak lemak putih.. Hari ini memang teringin sangat makan sayur lemak kubis terengganu.. So, kita buat sampai jadi.. Bukan susah pun.. Semudah ABC jerk nak buat sayur kubis masak lemak ni.. 

Resepi Sayur Kubis Masak Lemak Paling Simple Tetapi Sedap!

Ada juga yang sukakan resepi masak lemak kubis telur.. Tapi bagi aku, kubis masak lemak putih santan kotak ni lagi best.. Di isi bersama-sama ikan bilis.. Rasa dia lagi sedap.. Masak lemak kubis ni jugak boleh letak suhun.. Kot ada yang gemar makan suhun, boleh je tambah untuk banyakkan bahan didalamnya.. Kalau ada yang tak suka warna putih bolehlah buat kubis masak lemak kuning.. Hehe.. Tak salah dipelbagaikan resepinya kan.. Ikut selera masing-masing.. Hiks..

Orite, jom kita tengok resepi sayur kubis masak lemak paling simple tapi sedap rasanya cara aku..

Resepi Sayur Kubis Masak Lemak Paling Simple Tetapi Sedap!


Bahan-bahan
  • Sayur kubis (hiris kecil dan dibasuh bersih2)
  • 1 kotak santan
  • 1 labu bawang besar saiz sederhana (hiris nipis)
  • 1 biji cili merah (hiris nipis)
  • Sedikit carrot (hiris nipis)
  • Segenggam ikan bilis (cuci bersih)  *kalau takda ikan bilis boleh jugak letak udang kering  

Cara memasak Sayur Kubis Masak Lemak
  1. Masukkan bawang yang dah siap dihiris ke dalam periuk bersama dengan ikan bilis/udang kering.
  2. Masukkan santan. Tambah air sikit jangan terlalu pekat santan.
  3. Buka api dan guna api perlahan. Kacau santan dan semua bahan-bahan. Mesti kacau supaya santan tak pecah minyak ye.
  4. Bila dah agak mendidih, masukkan carrot, kubis dan cili merah. Masak sampai sayur masak.
  5. Perasakan dengan garam secukupnya.
  6. Dah siap boleh la tutup api dan hidang.

Selamat mencuba..!




QuickEdit
Lea Azleeya
5 Comments

5 comments:

  1. Memang resepi yang mudah... kalau ada ikan goreng sebagai kawan, pergh.. lagi terangkat..

    ReplyDelete
  2. makan dengan sambal belacan sedapnya lahai..

    ReplyDelete
  3. SEDAPNYA.KALAU ADA IKAN SEPAT MASIN,,PERAHKAN LIMAU KASTURI..MAKAN DENGAN MASAK LEMAK NI..

    ReplyDelete
  4. saya sukaaaa gile sayur kuah santan ni..
    makan dengan ikan masin banyak sisik tuuu pergh..

    ReplyDelete
  5. Ni Kalau makan dgnnsambal tumis mmg mabeles

    ReplyDelete

[name=Lea Azleeya] [img=//1.bp.blogspot.com/-grWfwgzBOkQ/Xq8WSYJDTsI/AAAAAAAAfZI/tVxseM6NvuIeDN_Ksav4Cf2pX3udRXJGQCLcBGAsYHQ/s1600/lea%2B1.jpeg] [description=Hi, Lea here! I'm lifestyle & beauty blogger based in Kuantan, Pahang. I'm started blogging since Jun 2013. For any review, please email me at sotskirts@gmail.com] (facebook=http://www.facebook.com/s0tskirt) (twitter=http://www.twitter.com/LeaAzleeya) (instagram=http://www.instagram.com/lea_azleeya) (youtube=http://www.youtube.com/leaazleeya)