Penyediaan Hidangan Hari Raya Yang Sihat Dengan Menggunakan California Raisins

Friday, May 22, 2020

Penyediaan Hidangan Hari Raya Yang Sihat Dengan Menggunakan California Raisins  |  Hanya beberapa hari je lagi kita sebagai umat Islam akan menyambut Hari Raya... Namun, perayaan Hari Raya Aidilfitri tahun 2020 ini mungkin agak sedikit berbeza berbanding tahun-tahun yang lepas dari segi kemeriahan dan suasana memandangkan kita dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Semua aktiviti sosial dan kemasyarakatan yang biasa dilakukan perlu dihentikan bagi mencegah wabak COVID-19 merebak.

Penyediaan Hidangan Hari Raya Yang Sihat Dengan Menggunakan California Raisins

Walaupun tak dapat beraya bersama family di kampung, namun kita masih boleh menyambutnya secara sederhana bersama family sendiri dan inilah peluangnya untuk kita cuba memasak dan menyediakan makanan sendiri di rumah. Bagi Hari Raya ini, mungkin sudah ramai sedang merancang juadah Hari Raya yang boleh dimasak memandangkan kita semua tidak dapat pulang ke kampung. Sungguhpun begitu, pengambilan makanan yang sihat juga harus dititikberatkan dimusim perayaan ini.. Jangan pula nanti, selepas raya ramai yang merungut naik berat badan atau sakit-sakit.. Oleh itu, kita sangat di sarankan agar sentiasa mengamalkan pemakanan yang sihat sepanjang musim perayaan yang bakal tiba nanti..

Bagaimana nak menyediakan hidangan hari raya yang sihat? Haaaa menurut Pakar Dietition iaitu Cik Rushda Adiba Ismail antara penduan penyediaan hidangan sihat di Hari Raya ialah :

  • Gunakan daging yang dibuang lemak dan ayam yang telah dibuang kulit.
  • Gunakan susu rendah lemak
  • Kurangkan gula, minyak dan lemak dalam penyediaan biskut raya dan kek.
  • Kurangkan penggunaan pewarna tiruan dalam kuih-muih, kek dan puding.
  • Gunakan ramuan tinggi serat untuk membuat biskut dan kuih raya seperti tepung bijirin penuh, oat dan kismis.
Penyediaan Hidangan Hari Raya Yang Sihat Dengan Menggunakan California Raisins
Cik Rushda Adiba Binti Ismail, Pakar Dietation KPJ Damansara Specialist Hospital

Ramai individu cuba mengurangkan pengambilan gula tetapi dalam masa yang sama ingin kekalkan rasa kemanisan biskut dan kuih raya. Sebagai alternatif, kismis boleh digunakan bagi menggantikan gula kerana ia manis secara semulajadi dan tiada gula tambahan.

Penyediaan Hidangan Hari Raya Yang Sihat Dengan Menggunakan California Raisins

Kismis California sesuai digunakan untuk penyediaan pencuci mulut, biskut dan kuih raya. Kismis California mudah didapati di pasaran untuk kegunaan dalam resepi masakan.  Tambahan pula, Kismis California dikeringkan di bawah matahari dan rasa manis buah kering ini terbit secara semulajadi. Ini menjadikan kismis California snek berkhasiat yang sesuai dinikmati oleh semua peringkat umur.  

Harga Kismis California berpatutan dan mudah didapati di pasar raya dalam bungkusan makanan ringan dan senang dibawa..

Bagi Syawal ini, penyediaan biskut Raya, pencuci mulut atau hidangan utama dengan menggunakan Kismis California sangat digalakkan untuk menggantikan penggunaan gula. Resepi ringkas menggunakan Kismis California boleh dicuba seperti resepi di bawah ini..

Puding Roti Kismis California Dengan Sos Kastard

Penyediaan Hidangan Hari Raya Yang Sihat Dengan Menggunakan California Raisins

Bahan-Bahan Puding Roti Kismis California
  • 60 gm Kismis California
  • 8 keping roti putih 
  • 500ml susu rendah lemak 
  • 2 biji telur,saiz sederhana 
  • 1 sudu kecil gula 
  • 1 sudu kecil esen vanila

Bahan-Bahan Sos Kastard
  • 300ml susu rendah lemak
  • 1 sudu kecil gula
  • 2 sudu besar tepung kastard

Bahan tambahan
  • 1 sudu kecil mentega untuk gris permukaan loyang

Cara-cara Penyediaan Puding Roti Kismis California Dengan Sos Kastard
  1. Panaskan oven 10 minit pada suhu 180°c.
  2. Satukan susu rendah lemak, 30 gm Kismis California, telur, gula dan esen vanila dalam satu bekas.
  3. Koyakkan roti atau boleh potong.. Kemudian rendam roti ke dalam campuran tadi. Pastikan semua bahagian roti terendam dan meresap bahan cecair tadi.
  4. Tuangkan ke dalam loyang yang telah digris mentega. Taburkan baki kismis, 30 gm ke atas adunan puding roti. Biarkan dalam 10 minit.
  5. Bakar pada suhu 180°C selama 30 minit.
  6. Untuk sos kastard, campurkan semua bahan B ke dalam periuk dan kacau hingga menjadi pekat. Gunakan api kecil.
  7. Puding roti boleh dipotong dan tuang sos kastard ke atas puding roti.

Salad Sayur Bersama Kismis California

Penyediaan Hidangan Hari Raya Yang Sihat Dengan Menggunakan California Raisins

Bahan-Bahan
  • 60 gm Kismis California
  • Daun salad (merah dan hijau)
  • Ceri tomato
  • Lobak merah, hiris panjang
  • Sos salad (thousand island dressing)

Cara Penyediaan Salad Sayur Bersama Kismis California
  1. Basuh dan toskan daun salad, kemudian potong kecil.
  2. Dalam satu mangkuk, campurkan semua bahan-bahan. Gaul rata bersama sos salad dan sedia dihidang.
  3. Sesuai dinikmati sebagai snek (sejukkan dahulu) atau boleh dihidang bersama hidangan utama semasa perayaan. 

Selamat mencuba!

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai fakta pemakanan dan petua resipi mengenai Kismis California, sila lawati laman web https://www.raisins.org atau https://caraisins.com/




4 comments:

  1. abe kie sentiasa memastikan makanan yg terbaik dan menyihatkan utk dimakan. x perlu yg mahal2.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Leaazleeya... ini pun salah satu kismis favourite SS ni. sedap dimasak dan dimakan bgitu saja.

    ReplyDelete
  3. Nice sharing Lea.. Sedap puding roti dengan salad tu..

    ReplyDelete
  4. uurm puding roti dapnye !! saya suka ada raisins n chop chips..

    ReplyDelete