Pro.Care Rahsia Puteri Feminine Wash Membersih dan Mengekalkan Kesihatan Bahagian Intim Wanita


Pro.Care Rahsia Puteri Feminine Wash Membersih dan Mengekalkan Kesihatan Bahagian Intim Wanita  |  Sebagai seorang wanita, banyak perkara yang perlu dititikberatkan.. Bukan saja menjaga ketrampilan dan kecantikan sahaja ada satu perkara lagi yang sangat penting untuk kita jaga iaitu penjagaan bahagian intim wanita.. Aku yakin, ramai dikalangan kita pada hari ini yang mengambil remeh tentang perkara ini.. Betul tak? Jangan begitu wahai wanita.. Ia perlu dijaga rapi supaya tidak mendatangkan masalah seperti keputihan, kegatalan, kekeringan, bau busuk dan sebagainya yang mungkin akan mengganggu keselesaan kita seharian..

Pro.Care Rahsia Puteri Feminine Wash Membersih dan Mengekalkan Kesihatan Bahagian Intim Wanita

Rahsia Puteri Feminine Wash Membersih dan Mengekalkan Kesihatan Bahagian Intim Wanita

Bahagian intim wanita ni sangat unik dan memerlukan penjagaan khas.. Faraj mempunyai pH berasid secara semulajadi yang membantu mengekalkan keseimbangan bakteria yang baik dan buruk. Mencuci dengan sabun biasa atau gel mandian boleh menyebabkan ketidakseimbangan pH yang akan mengakibatkan masalah seperti jangkitan dan gejala kekeringan, bau busuk dan kegatalan. Oleh itu, amalan pembersihan bahagian intim yang betul adalah penting untuk mengekalkan kesihatan faraj.

Pro.Care Rahsia Puteri Feminine Wash Membersih dan Mengekalkan Kesihatan Bahagian Intim Wanita

Haaa sebab itulah pentingnya menggunakan pembersih kewanitaan.. Aku sendiri menggunakannya.. Now, aku gunakan Rahsia Puteri Feminine Wash.. Memang sangat sesuai untuk aku.. Biasanya aku akan try and error.. Ada yang sesuai dan ada yang tidak sesuai.. Rahsia Puteri Feminine Wash ni memang serasi dengan aku dan inilah rahsia aku mengekalkan kesihatan bahagian keintiman..

Rahsia Puteri Feminine Wash Untuk Kebersihan dan Kesegaran Faraj

Pro.Care Rahsia Puteri Feminine Wash Membersih dan Mengekalkan Kesihatan Bahagian Intim Wanita

Kalau korang nak tahu, Pro.Care Rahsia Puteri Feminine Wash ini adalah formulasi semulajadi dengan campuran ekstrak herba. Ia direka khas untuk membersih bahagian intim wanita. Ia juga sesuai untuk kegunaan harian bagi memastikan kebersihan dan kesegaran miss v.

Seperti yang aku katakan tadi, pencuci wanita Rahsia Puteri ini diperkaya dengan pelbagai ekstrak herba semulajadi antaranya :-

1.  Pueraria Mirifica (Lobata)
  • Mengurangkan simptom menopaus
  • Mengurangkan kekeringan faraj
  • Memulihkan epitelium faraj atropik
2.  Quercus Infectoria (Manjakani)
  • Melindungi organ seks wanita daripada kulat, bakteria dan jangkitan faraj yang lain
  • Mengurangkan keputihan yang berlebihan
3.  Labisia Pumila (Kacip Fatimah)
  • Mengawal aturan kitaran haid
  • Bertindak sebagai antioksidan
  • Menggalakkan sintesis kolagen kulit
  • Sebatian fenolik dan flavonoid dalam tumbuhan mempunyai ciri-ciri anti-kulat dan anti-radang
4.  Piper Betle (Daun Sirih)
  • Antioksidan semulajadi untuk menyingkirkan radikal bebas
  • Mengelakkan bau yang tidak menyenangkan
5.  Allium Sativum (Bawang Putih)
  • Melindungi daripada jangkitan virus, bakteria dan yis
  • Mengurangkan tindakbalas alahan

Kebaikan Rahsia Puteri Feminine Wash

Pro.Care Rahsia Puteri Feminine Wash Membersih dan Mengekalkan Kesihatan Bahagian Intim Wanita

Banyak kebaikan pembersih kewanitaan Rahsia Puteri ini tau.. Apa yang bagusnya feminine wash ini, ia tidak akan menyebabkan kerengsaan selepas digunakan kerana ia dihasilkan mengikut pH optimum faraj iaitu pH4.0. Sebaliknya, kalau korang akan mengalami kesegaran dan sensasi dingin selepas digunakan.. Bukan itu saja tau, ada lagi kebaikan Rahsia Puteri ini iaitu :-

  • Melindungi daripada jangkitan dan kerengsaan faraj
  • Mencegah bau yang kurang menyenangkan
  • Mengurangkan keputihan
  • Menganjalkan kulit secara semulajadi
  • Mengurangkan kekeringan faraj untuk memastikan kebersihan dan kesegaran faraj

Cara Menggunakan Rahsia Puteri Feminine Wash

Pro.Care Rahsia Puteri Feminine Wash Membersih dan Mengekalkan Kesihatan Bahagian Intim Wanita

  1. Basahkan bahagian intim dengan air
  2. Picit sedikit Pro.Care Rahsia Puteri Feminine Wash pada tapak tangan 
  3. Basuh bahagian intim dengan lembut.
  4. Biarkan selama 30 saat sebelum dibilas.
Untuk kekerapan penggunaan pembersih kewanitaan ini pula, ianya bergantung kepada setiap individu itu sendiri. Ia boleh digunakan sekali, dua kali ataupun tiga kali sehari mengikut kesesuaian masing-masing. Oh ya, Pro.Care Rahsia Puteri Feminine Wash ini tidak sesuai untuk wanita hamil dan perempuan yang belum mengalami haid pertama.

Testimoni Aku Selepas Menggunakan Rahsia Puteri Feminine Wash

Pro.Care Rahsia Puteri Feminine Wash Membersih dan Mengekalkan Kesihatan Bahagian Intim Wanita

Sejujurnya, aku adalah seorang yang sangat menitikberatkan penjagaan mahkota kewanitaan.. Untuk memilih pembersih wanita yang sesuai sangatlah sukar sebenarnya.. Ada kala sesuai, ada kala tiada keserasian.. Selalunya aku akan try and error.. Yelah kalau tak try dulu mana nak tahu sesuai ke tak kan.. Bila dah cuba Rahsia Puteri Feminine Wash ni, aku rasa inilah yang paling sesuai buat aku dan sehingga kini aku masih setia dengannya.. 

Aku try and error pun aku tengok jugak kandungan bahannya.. Kalau produk tersebut mengandungi bahan semulajadi dan tidak berbahaya barulah aku berani nak try.. Kenapa aku pilih Rahsia Puteri Feminine Wash ni? Haaa salah satu sebabnya kandungannya terdiri daripada ekstrak herba semulajadi dan selamat digunakan disamping memberi kebaikan kepada kesihatan bahagian intim.. Itu yang bagusnya.. 

Selain tu juga, aku suka sangat dengan bau feminine wash ni.. Wangi dan bila guna terasa dinginnya sekaligus memberi kesegaran.. Aku pun lebih yakin setiap hari dan sentiasa berada dalam keadaan yang selesa.. 

Dah tahu rahsia puteri? Haa inilah rahsianya.. So, buat korang yang ingin mencuba atau nak tahu lebih lanjut tentang Pro.Care Rahsia Puteri Feminine Wash ni, bolehlah layari :-

Info Line : 1800.88.3679



QuickEdit
Lea Azleeya
5 Comments

5 comments:

[name=Lea Azleeya] [img=//1.bp.blogspot.com/-grWfwgzBOkQ/Xq8WSYJDTsI/AAAAAAAAfZI/tVxseM6NvuIeDN_Ksav4Cf2pX3udRXJGQCLcBGAsYHQ/s1600/lea%2B1.jpeg] [description=Hi, Lea here! I'm lifestyle & beauty blogger based in Kuantan, Pahang. I'm started blogging since Jun 2013. For any review, please email me at sotskirts@gmail.com] (facebook=http://www.facebook.com/s0tskirt) (twitter=http://www.twitter.com/LeaAzleeya) (instagram=http://www.instagram.com/lea_azleeya) (youtube=http://www.youtube.com/leaazleeya)