Review Novel | Scarlett by Sha Hanim Ramli


Scarlett by Sha Hanim Ramli  |  Kemurungan ni sangat bahaya sebenarnya... Satu penyakit yang  boleh meragut nyawa jika tidak dirawat.. Hilang rasa happy.. Hilang rasa bahagia... Apa yang dirasa hanyalah sepi, kosong, kelam, gelap dan tiada makna... Fuhhh alhamdulillah habis jugak aku hadam novel Scarlett karya Sha Hanim Ramli ni.. Agak tebal juga tetapi aku dapat habiskan dalam masa 2 hari sahaja disebabkan ceritanya agak menarik inspirasi dari sebuah kisah benar... Serius sangat menarik..


Sebenarnya aku tak tahu pun tentang kewujudan novel Scarlett ni.. Ini pun Kak Fa (Blogger Farawaheda) yang kenalkan kat aku.. Bila tengok video tentang novel ni kat IG beliau, tertarik untuk aku baca sendiri lagi pula novel ni dari kisah benar.. Serius teruja.. Sekurangnya kita baca tu, kita tahu itu kisah benar bukan khayalan semata.. Lagi excited untuk baca.. 


Tajuk : Scarlett
Penulis : Sha Hanim Ramli
Muka Surat : 450
Penerbit : HuCAD Consultants
Tahun Terbitan : Ogos 2018


Sinopsis Scarlett


Deprasi, andai tidak dirawat bakal meragut nyawa sendiri. Maka Biarlah badai itu berlalu..

"Tapi kalau tuan berani berdepan dengan wanita psyhco, dialah orangnya.

Cuma perlu ingat, jangan berumah di tepi pantai kalau tak sangguh dilambung ombak."

"Aku dulu terlatih sebagai tentera risik pun tak terfikir untuk cipta sistem dalam otak sendiri atau untuk hidupkan semula otak yang 'mati' macam otak dia tu."


Review Scarlett


Ok jujur aku cakap, novel Scarlett ni agak berat jalan ceritanya.. Sampai satu tahap aku baca, aku rasa beratnya.. Terbeban rasanya.. Seolah aku yang hadap bende tu.. Tak sanggup nak lalui satu persatu jalan ceritanya.. Sungguh berat... 

Novel ni katanya inspirasi dari sebuah kisah benar.. Mengisahkan seorang wanita yang mengalami kemurungan yang teruk.. Kemurungan sejak kecil lagi sehinggalah dewasa... Setiap satu kisah hidupnya dari kecil hinggalah dewasa sangat menyayat hati.. Aku tak pasti andai aku yang lalui semua tu, aku rasa aku akan masuk tanjung rambutan ataupun mati bunuh diri.. Nauzubillah.. Mintak dijauhkan ya Allah.. 

Starting aku baca, agak keliru dengan watak yang ada dalam novel ni.. Yelah sekejap kisah Qaseh.. Lepas tu tetiba kisah Zareef dan Zaifa lak.. Eh, dah kenapa.. Biasa la mula-mula datang keliru tu memang sebal jerk rasa.. Jenis tak sabar gini lah gayanya.. Cepat sangat gelabahnya.. Haha.. Lepas baca habis barulah tau kait mengaitnya.. Hehe.. Maafkan saya.. Haha..

Watak utama novel ni adalah Qaseh.. Qaseh ni mengidap penyakit kemurungan sejak kecil lagi.. Ibunya meninggal dunia selepas melahirkannya.. Disebabkan itu, ayahnya menghukum dia sebagai punca kematian ibunya.. Dituduhnya anak membawa sial.. Ayahnya abaikan dia setelah berkahwin baru... Mak tiri dia pun sama naiklah jugak dok dera, buli, herdik, hina dan bermacam lagi la perbuatan jahat dia buat pada Qaseh ni yang menyebabkan dia kemurungan.. Dia selalu dipukul dan didera.. Sehinggakan satu masa, deprasi dia tu membawa dia kepada mencederakan diri sendiri.. Kepuasan akan dapat dia rasai bila dia mencederakan diri sendiri.. Allahuakbar.. Aku rasa nak pergi cekik jerk ayah dan mak tiri dia tu weh!! Haaa nampak emosi terlebih..


Tak dapat aku bayangkan budak kecik yang tak tahu apa-apa diperlakukan begitu.. Bukan setakat mak bapak yang buat macam tu tetapi adik beradik tiri pun sama jugak.. Manala tak depress budak tu.. Siot je kan.. Bila dah tak tahan sangat, plan lari dari rumah untuk mencari sinar baru di luar.. Bukan sinar yang dia dapat sebaliknya kegelapan yang dihadap... 

Dia berjaya melarikan diri dan dibantu oleh haider dan juga Jaslin.. Dorang ni tokan dan penagih dadah.. Sebagai membalas jasa dorang yang membantu si Qaseh ni larikan diri dari rumah, dorang soh si Qaseh ni jual dadah.. Bila Qaseh berkeras tak nak dan nak blah dari kehidupan dorang, si Jaslin ni berdendam dan buat plan nak hancurkan masa depan si Qaseh.. Dari situlah bermula titik yang lebih hitam dalam hidup Qaseh.. Dia dirogol beramai-ramai.. Seramai 9 orang jantan jahanam.. Allahuakbar.. Tak terluah rasanya bila baca kisah ni.. 

Tak tergambar dek perasaan macam mana nak hadap masa depan bila diri diperlakukan sebegitu.. Qaseh hidup dalam kegelapan selepas itu.. Hatinya dah mati dek kisah silam yang menjerut rasa bahagia dan gembiranya.. Dia rasa rendah diri dan tak berguna.. Sehinggalah dia pulih semula berkat dari usaha nekadnya yang terdorang oleh satu perasaan cinta terhadap seorang lelaki yang benar-benar ikhlas menerimanya dan sanggup membantu dia pulih.. 

Serius best sangat cerita Scarlett ni walaupun jalan ceritanya agak berat untuk dibaca dan diterima.. Kisah yang meruntun jiwa dan dapat rasa kemurungan yang dialaminya.. Seksa.. Sungguh seksa.. Kalau tak kuat, memang boleh meragut nyawa sendiri.. Korang yang nak tahu cerita penuh, kena baca sendiri baru dapat rasa apa yang dirasa.. 

Rating & Cadangan


Rating : 🌟 🌟 🌟 🌟 🌟 

Kenapa aku bagi 5 bintang? Hurm sebabnya aku suka novel Scarlett ni.. Mungkin ada kelemahan dimana-mana di dalam novel ni, tetapi kisahnya yang cukup mantap membuatkan kelemahan itu tertutup dengan sendirinya..

Mula-mula nak beli novel ni, aku rasa sedikit mahal harganya.. Yelah sekarang ni aku asek beli novel fixi je kan.. Harga lebih murah.. Bila nak beli novel ni dengan harga RM35 plus postage RM7, aku rasa berat sangat.. Dah biasa beli buku RM50 untuk 3 buah novel sekali postage sebab tu terasa agak mahal untuk novel Scarlett ni.. Bila di fikir banyak kali, aku gagahkan jugak membelinya sebab novel ni dari kisah benar.. Aku nak baca.. Itu tarikannya.. 

Dah beli dan baca, aku puashati dengan harga tu.. Dengan cerita yang sangat menarik, berbaloi-baloi aku beli dengan harga tu.. Kisahnya masih bermain-main difikiran aku.. Harapnya aku tak depress la lepas ni.. Haha.. 

Buat penulis, syabas diucapkan kerana berjaya menghasilkan sebuah novel yang sangat menarik seperti ini.. Moga penulis diberi kesihatan yang baik dan dapat menghasilkan novel yang lebih ohsem lepas ini.. Tumb up!


QuickEdit
Lea Azleeya
4 Comments

4 comments:

  1. Saya dah lama tak baca novel. Tertarik pula ak cari buku ni.

    Selalu di IG Lea je. First time jengah blog Lea. Hehe.

    ReplyDelete
  2. banyak kali nak beli tapi tak beli-beli juga.. haha

    ReplyDelete
  3. Rajin Lea membaca. Selamat membaca :)

    ReplyDelete

[name=Lea Azleeya] [img=//1.bp.blogspot.com/-grWfwgzBOkQ/Xq8WSYJDTsI/AAAAAAAAfZI/tVxseM6NvuIeDN_Ksav4Cf2pX3udRXJGQCLcBGAsYHQ/s1600/lea%2B1.jpeg] [description=Hi, Lea here! I'm lifestyle & beauty blogger based in Kuantan, Pahang. I'm started blogging since Jun 2013. For any review, please email me at sotskirts@gmail.com] (facebook=http://www.facebook.com/s0tskirt) (twitter=http://www.twitter.com/LeaAzleeya) (instagram=http://www.instagram.com/lea_azleeya) (youtube=http://www.youtube.com/leaazleeya)