Segmen Bloglist #1 December ciklapunyabelogdotblogspotdotmy

Sunday, November 27, 2016

7 comments
Assalamualaikum wbt..

Klik banner untuk join

Segmen Bloglist #1 December ciklapunyabelogdotblogspotdotmy   |  Lama tak join segmen maupun giveaway.. Seperti yang korang tahu, diri ini amat membizi sampai tak punya masa untuk menjengok blog kengkawan.. Inikan pula nak join segmen maupun giveaway kan.. Hehe..

Kali ni rasa terpanggil untuk menjoinkan diri dalam segmen bloglist yang blogger CikLa ni buat.. Sesambil buat job, sesambil curi peluang untuk join segmen.. Bak kata orang sambil menyelam, minum lah airnya sekali.. Gokk gokkk gokk kata Dato' Sri Vida.. 

Dengan lafaz bismillah, Lea Azleeya join segmen cikla ni.. Hiks..


Tarikh Tamat
30 November 2016
8 Malam



Read More

Tefal Manual Chopper Dari Lazada Memudahkan Kerja Di Dapur

5 comments
Assalamualaikum wbt..


Tefal Manual Chopper Dari Lazada Memudahkan Kerja Di Dapur  |  Entry sebelum ni aku ada bersembangkan tentang Lazada Box Of Joy Sempena Online Revolution 2016.. Dalam kotak keriangan tersebut, aku dapat pelbagai barangan dan produk daripada Lazada.. Seronok bukan main bila dapat hadiah yang best cenggitu.. Dalam bebanyak barangan dalam kotak keriangan tu, yang paling aku admire adalah Tefal Manual Chopper.. Excited ko aku dapat bende alah ni.. Bukan ape, dah lama kowt aku nak beli bende ni.. Lastnya dapat hadiah pulak dari Lazada.. Ya ampunnn.. Terima kasih Lazada..

Jadinya, hari ni aku nak berkongsi dengan korang tentang keseronokan aku menggunakan bende ajaib ni di dapur.. Bende ajaib tu.. Haha... Ajaib la sebab boleh menghancurkan bebawang dengan sekelip mata tanpa menggunakan letrik.. Hah gituuu... Ko haddooo?? Haha.. Ok, jom ikut aku..


Tengahari tadi, mood memasak aku lain macam sikit.. Yelah, firstime nak guna Tefal Manual Chopper lah katakan.. Nak jugak merasai keajaiban bende alah ni.. Mudah ke tidak ke.. Haa.. Untuk Set Tefal Manual Chopper ni, terdapat 3 bende iaitu bekas, penutup dan bilah pisau.. Tajam ohh bilah pisau dia.. Seriau aku tadi.. 


Istimewanya Tefal Manual Chopper ni, bahagian bawahnya ada gelungan getah yang aku anak panahkan warna biru tu.. hehe.. "anti-slippering base".... So, bekas tak akan bergerak semasa kerja-kerja menchopper bawang dijalankan.. Cewahh.. Memang terbaikk... 


Bawang dah tersedia dan redha untuk dihancurkan.. Ahakz.. Untuk masak tengahari tadi, aku guna hanya sebiji bawang besar sahaja.. Sebab tu la korang nampak sikit tu.. Hehe.. Nak isi banyak pown ok, sebab bekas dia agak besar jugak la..  


Satu lagi istimewanya Tefal Manual Chopper ni ialah penutupnya akan dilock macam blander juga.. So, tak perlu risau penutup tercabut semasa menchop bawang.. Huhu.. Gile safety kan.. 


Yeahh dah tiba masanya untuk kite chop bawang tadi.. Lepas dah ready ditutup semua bagai, just letak aje kat bawah dan tarik.. Mudah kan... Kerja-kerja menarik pown mudah aje.. Tak guna tenaga sangat pown.. Sesambil makan roti aje boleh tarik... Hehe.. Mudah dan hebat gituu...!!


Inilah hasilnya setelah 3 kali aku main tarik tali.. Hancoq semua bawang tadi... Mudahnya..!!

Dah siap hancurkan bawang barulah senang hati aku nak memasak.. Mata pown relax aje tak pedih dan berair macam selalu.. Dolu-dolu, bila memasak aje mesti berair mata-mata dok kupas dan cincang bawang.. Sekarang tak lagi dengan adanya Tefal Manual Chopper ni.. Segalanya mudah.. Mood memasak kembali bersinar gitu.. 

LAGI TENTANG TEFAL MANUAL CHOPPER..!!


Ohh aku tak cerita tadi yek satu lagi.. Tefal Manual Chopper ni mudah dibersihkan ye kerana bilah pisaunya boleh dicabut.. Jadi, kerja mencucinya jadi lebih mudah.. Takde lah korang tersagat jari jemari sendiri nanti.. Hehe..



Oklah.. Kalau korang nak juga merasai mudahnya kerja di dapur seperti aku, korang bolehlah mendapatkan Tefal Manual Chopper ni... Aku yakin, kerja-kerja di dapur korang akan lebih mudah dan senang.. Tak perlu berdrama airmata lagi dekat dapur tu.. Dengan Tefal Manual Chopper ni korang dah boleh save air mata korang tau.. Haha..!!

Kat mana nak dapatkan Tefal Manual Tefal ni?? Dekat mana lagi kalau bukan di LAZADA... Sekarang masih berlangsung sale Online Revolution.. Ada potongan harga yang berbaloi-baloi.. Rugi kalau tak beli sekarang.. So, ape tunggu lagi.. Jom serbu laman web LAZADA sekarang...

Segalanya ada di Lazada...

"INGAT SHOPPING INGAT LAZADA"

ENJOY SHOPPING WITH LAZADA MALAYSIA!!



Read More

Aku Yang Terlalu Busy..!!

Friday, November 25, 2016

6 comments
Assalamualaikum wbt


Aku Yang Terlalu Busy..!!  | Minggu yang terlalu bizi untuk aku.. Pelbagai bende nak kena hadap.. Rasa tak cukup kaki tangan kengkadang.. Tak cukup masa pown iya juga... Di tambah pula hari, di hari permulaan gaji ni.. Hadoii lagi banyak bende nak kena fikir dan settlekan.. 

Ehhh panjang pulak aku mengeluh ye.. Bukan nak mengeluh kosong, tetapi saje nak luah perasaan kat sini... Haha.. Buat kengkawan blogger yang kenal diri ini, aku harap jangan berkecik hati ye kalau aku tak punya kesempatan untuk melepak dekat laman rumah korang sebab korang sangat setia datang jengok laman aku ni.. Hehe.. Thankz sangat-sangat..

Esok pown tataw lagi punya kesempatan tak untuk jengok blog aku ni.. Esok hari panjang yang sangat sibuk dengan urusan keluarga... Kesana kemari menguruskan hal keluarga pula..

Minggu hadapan juga merupakan hari bizi sedunia aku.. Haha.. Gile dah macam PM dah bizi aku ni.. Tahap naga bizi nye.. Bila nye aku tak bizi ni?? Adehh.. Time tak bizi time tidooo.. Wahahaha..

Ok lah.. tu jerk la aku nak menceceh kat sini dan meluahkan apa yang terbuku dalam hati ni.. Cewahh Gitu sekali yek.. Cam sengsara sangat jerk gayanya.. Ada yang sudi mereview blog aku ni, aku ucapkan bebanyak terima kasih.. Kengkadang tak sangka, aku terjun dalam dunia blogging ni tetiba dapat pulak perhatian daripada blogger-blogger yang sentiasa sokong aku.. Thankz uolls.. Moga korang terus maju dalam dunia blogging.. Aminn...

Read More

Cara simpan Ubat Yang Selamat Dan Betul

Thursday, November 24, 2016

9 comments
Assalamualaikum wbt..


Cara simpan Ubat Yang Selamat Dan Betul  |  Kebanyakan orang bila balik dari klinik atau hospital dan dibekalkan dengan ubat, mesti simpan dalam peti ais kan.. Samalah dengan aku... Peti ais la tempat aku simpan segala macam ubat.. Bebaru ni, aku terbaca satu artikel tentang cara penyimpanan ubat yang selamat dan betul ni.. Barulah aku tahu cara yang sebenar simpan ubat ni.. Bila dah tahu, terpanggil pulak nak kongsikan dengan korang semua..

Bukan saja cara pengambilan ubat aje yang kena betul, tetapi cara simpan ubat pown kena betul tau supaya kualiti, keberkesanan dan keselamatan ubat tu terjamin..


PANDUAN PENYIMPANAN UBAT YANG SELAMAT DAN BETUL

1. Tempat Khas

Simpan ubat di tempat yang selamat dan yang dikhaskan adalah penting supaya memudahkan pencarian ubat yang diinginkan jika berlaku sebarang kecemasan.. Selain itu juga, ia memudahkan kita mengingati tempat ubat yang disimpan disamping itu dapat mendisiplinkan diri untuk mengambil ubat tepat pada waktu yang ditetapkan..

2.  Asing Mengikut Jenis

Simpan ubat secara berasingan mengikut jenis yang berbeza seperti ubat makan (tablet dan sirap) dan ubat kegunaan luar (krim, salap dan ubat titis) supaya dapat mengurangkan kekeliruan .. Mencampur adukkan ubat-ubatan yang berlainan jenis boleh menyebabkan kesilapan pengambilan ubat..

3.  Mengikut Suhu Yang Disarankan

Simpan ubat mengikut suhu yang disarankan (sila rujuk label bungkusan ubat) dapat mengelakkan kerosakan ubat tersebut kerana terdapat beberapa jenis ubat yang memerlukan tempat penyimpanan dengan suhu tertentu.. Jika ubat berkenaan rosak disebabkan kesilapan cara penyimpanan, maka kualiti ubat juga akan terganggu dan keberkesanan ubat tidak terjamin serta berkemungkinan akan mendapat kesan sampingan yang tak diingini..

4.  Simpan Dalam Bekas Asal Yang Berlabel

Simpan ubat dalam bekas asal dan jangan sesekali tanggalkan label ubat yang mengandungi maklumat seperti nama ubat, kekuatan ubat, cara pengambilan, kaedah penyimpanan dan tarikh luput..

5.  Jauh Dari Kanak-Kanak

Simpan ubat di tempat yang tidak dapat dilihat atau dicapai oleh kanak-kanak supaya tidak berlaku perkara yang tidak diingini..


PERKARA YANG PELU DIELAKKAN DALAM PENYIMPANAN UBAT


  • Jangan simpan ubat di dalam kereta dalam jangka masa yang lama
  • Jangan simpan ubat berlainan dalam bekas yang sama dan bercampur aduk
  • Jangan simpan ubat ditempat yang terdedah kepada cahaya matahari, suhu tinggi dan kawasan yang lembap seperti di tepi tingkap, di atas peti sejuk atau di dalam bilik air..
  • Jangan simpan ubat di dalam peti sejuk kecuali diarahkan berbuat demikian (rujuk label bungkusan ubat)
  • Jangan simpan ubat yang sudah tamat tarikh luput, rosak dan hilang labelnya.


sumber : Portal Rasmi MyHealth KKM


Read More