Lazada Box Of Joy Sempena Online Revolution 2016

Friday, November 18, 2016

Assalamualaikum wbt..

Lazada Box Of Joy Sempena Online Revolution 2016  |  Wohaaa!! Hey korang yang kaki shopping online, aku ada berita baik untuk korang.. LAZADA sekarang ni tengah buat sales besar-besaran tau.. Bermula 11.11 hingga 12.12, LAZADA mengadakan jualan tahunan terbesar iaitu Online Revolution (OR)..

11.11 - 12.12 | Online Revolution Sales

Online Revolution bagi tahun ini bertemakan Brands For All di mana Lazada Malaysia menawarkan diskaun hebat ke atas pelbagai rangkaian produk dan pelbagai jenama antaranya ialah seperti Nestle, L'oreal, Drypers, Mamypoko, Samsung dan banyak lagi..

Jadi bersempena dengan Online Revolution ini, Lazada dengan bermurah hatinya menghadiahkan aku sebuah kotak keriangan iaitu BOX OF JOY.. Thankz Lazada Malaysia..!! -smile-

Apa yek agaknya yang ada dalam kotak ni?? Meh kite tengok sama-sama...

Box Of Joy untuk aku.. Hiks..

Aku terima kotak istimewa ni petang semalam.. Kemain excited lagi aku.. Tak sabar-sabar nak bukak tengok hasil di dalamnya... Beratnya boleh tahan.. Makin tak sabar aku nak tahu apa ada dalam kotak ni.. Kowt-kowtlah ada jongkong emas kan.. Haha..!!


Jeng.. Jeng.. Jeng.. Inilah produk-produk yang ada dalam Box Of Joy ni.. Bukak aje kotak dah nampak kepala panda tu terjojol keluar.. Haha.. Jom kita keluarkan kesemua barang yang ada... Kasi susun elok-elok... Baru nampak semua sekali kan...


Ok.. Produk yang aku terima dari Lazada dalam Box Of Joy ni adalah dari Jenama Nestle [Nescafe, Maggi, Full Cream Milk, Cerelac & Lactokid], Tefal, Mamypoko, L'oreal, San Disk, Foodpanda dan Milo.. Oh satu lagi, Voucer dari Lazada pown dapat juga tapi kenapa tak kelihatan dalam gambar ni?? Menyorok ekk.. Hahaha.. Sebenarnya, aku terlupa nak letak.. Adesss...!!

Jom tengok satu persatu barangan yang aku dapat...

Tefal Manual Chopper 
[klik sini untuk shopping]

Teruja aku dapat Tefal Manual Chopper ni.. Dah lama kot aku nak beli chopper ni.. Asyik tertangguh aje.. Sekarang tak payah nak fikir dah, Lazada telah merealisasikan hasrat aku tu.. Haha.. TQ Lazada.. 

Produk L'oreal  - Mythic Oil | Nutrifier Shampoo | Dual Stylers
[klik sini untuk shopping]

Seronok dapat banyak barang L'oreal.. Korang pown tahukan jenama L'oreal ni dah memang terkenal.. So, tak perlulah aku cerita kehebatan jenama ni.. Dulu aku pernah pakai shampoo L'oreal.. Memang best.. 

Produk Nestle - Lactokid | Cerelac | Full Cream Milk | Maggi
[klik sini untuk shopping]

Ini pulak produk dibawah label Nestle.. Si Qhaliff, aku bukak aje Box Of Joy, terus aje dia ambil cerelac tu.. Kemain dia.. Tak sempat aku nak snap gambar.. Kalau korang perasan, dalam gambar ni cerelac tu dah tinggal plastik hokeh.. Haha.. 

Maggi OatMee tu aku tak pernah rasa lagi sebelum ni.. Not bad jugak rasa dia.. Lepas ni bolehlah buat stok Maggi OatMee pulak dekat rumah.. Sempena OR ni, hanya RM 14 sahaja untuk 2 bundle OatMee.. Boleh check SINI.. 

Untuk brand Lactokid pula aku dapat pen dan beg comel tu.. Boleh tarok make up aku.. Haha.. Yang kotak pink tu adalah Full Cream Milk.. Perghh memang sedap rasa dia weh.. Rugi sape tak beli dan minum.. Memang best.. Nak beli klik SINI... FOC menanti anda!! Yeahhh...

Nescafe Pandan
[klik sini untuk shopping]

Nescafe Pandan!! Korang pernah rasa tak?? Aku tak pernah rasa lagi sebelum ni Nescafe Pandan... Semalam baru aku rasa keenakan nescafe pandan ni.. Sedap juga.. Kalau korang nak rasa bolehlah beli dekat SINI ye... Murah dan enak..

Sebelum ni aku dok layan Nescafe Gold aje.. Almaklumlah dekat rumah tu ada Nescafe Gold Blend Barista Machine.. So, layan Nescafe Gold aje la.. Sampai lupa nescafe lain.. Ahakz.. 


Ni la Nescafe Gold Blend Barista Machine yang aku cakap tu.. Machine ni boleh buat 5 sytles of coffee tau hanya dengan one touch only.. Cewahhh spiking london pulak.. Haha.. Serius, mesin kopi ni best.. Lain dari yang lain.. Kalau nak tahu lebih lanjut tentang mesin ni boleh baca dekat SINI.. Now, di Lazada kalau korang beli Nescafe Gold Blend Barista Machine ni, korang akan dapat sekali dengan Nescafe Gold Jar 200G dan Necafe Gold 170G Refill.. Boleh tengok dekat SINI kalau tak percaya.. Hiks..

SanDisk - Dual Drive M3.0
[klik sini untuk shopping]

Haaa ni satu lagik barang rare kata orang.. Haritu adalah sorang member opiz aku datang tunjuk bende alah ni dekat aku.. Masa tu aku blur-blur lagik.. Lepas dia terangkan dekat aku kegunaannya, wahh rasa nak beli la pulak.. Dan sekali lagi la ni, Lazada merealisasikan impian aku tu.. Haha.. TQ Lazada kerana memahami.. cewahh!! 

SanDisk ni dual fungsi tau.. Boleh guna di pc dan boleh guna di Android.. Tu yang istimewanya SanDisk Dual Drive ni.. Boleh intai-intai kat SINI kalau berkenan dan ada hasrat nak beli ye... 

Mamypoko & FoodPanda
[klik sini untuk shopping]

Mamypoko memang brand yang aku sendiri akui berkualiti... Terutama Pampers.. Brand lain memang tak setanding brand Mamypoko ni bagi aku.. Kenapa aku cakap camtu, sebabnya aku dah guna pampersnya untuk anak aku Qhaliff.. Tiada kebocoran dan sangat selesa.. Untuk kali ni aku dapat Mamypoko Wipes.. Juga terbaik dari ladang... Lembut aje..

Mommy-mommy and Daddy-daddy diluar sana, kalau nak cuba wipes ni boleh terjah SINI ye.. Ada potongan hebat dari Lazada.. Rugi tak beli...

Ola Bola Bag Milo
[klik sini untuk shopping]

Yeyyy!! Dapat beg balik kampung.. Fuhhh.. Alhamdulillah, boleh guna kalau nak pergi kursus nanti.. Beg lama tu kecik sangat.. Dapat yang ni boleh la bawak baju banyak sikit.. Besar kowt... 

Korang boleh dapatkan beg ni di SINI... Ada promosi.. Beli milo dapat beg ni dan beberapa barang lagik.. Oh my!!! Bestnyee...


Banyak lagi produk dan jenama terkenal yang ditawarkan potongan harga terhebat di Lazada sempena Online Revolution ni... Kalau korang nak tahu kena lah terjah laman weh Lazada Malaysia sekarang.. Rugi tak shopping sempena Online Revolution ni kerana ini adalah sales secara besar-besaran yang dibuat oleh Lazada untuk pelanggannya.. Potongan sehingga 95% tau.. Bermula 11.11 dan akan berakhir pada 12.12..


Untuk pelanggan baru, korang akan diberi potongan sebanyak 20% atau maksimum diskaun sebanyak RM25 dengan menggunakan kod : 20LAPOR25 ... Kod ini valid mulai 1 Nov hingga 17 Dis..

Jangan lupa tau bershopping sakan di :-


Segalanya ada di Lazada
"INGAT SHOPPING INGAT LAZADA"

ENJOY SHOPPING WITH LAZADA MALAYSIA!!


5 comments:

  1. Kuang asam lazada dilupakan nya mek --' tk terjah bru tahu

    ReplyDelete
  2. Seronoknya dapat box dari lazada... jom shopping

    ReplyDelete
  3. bestnya kak leaa.. bnyk hadiahnya tu.. hehe

    ReplyDelete
  4. Wah lea lain2 barang blogger dapat .. x dapat pon patung panda tu hiii

    ReplyDelete
  5. I jeles dgn patung tu je.. hahaha..

    ReplyDelete