Nescafe Gold Blend Barista Coffee Machine Review

Assalamualaikum wbt..


Nescafe Gold Blend Barista Coffee Machine Review | Okeh! Sebelum ni aku pernah up entry tentang Event InvolveAsia x Nescafe kan.. Ingat tak?? Kalau tak ingat atau saje-saje wat tak ingat, korang boleh klik [ SINI ] ye.. Haaa kali ni, aku nak review pulak pasal sebuah mesin yang sangat exclusive bagi aku iaitu Nescafe Barista Machine... Kenapa aku cakap mesin ni sangat exclusive? Sebabnya hanya dengan 1 sentuhan sahaja kite dapat menikmati coffee yang sangat enak.. Fuhhh teringat pulak coffee yang aku bancuh guna Nescafe Barista Machine ni tempoh hari.. Terbayang-bayang aroma Nescafe Gold Blend yang harum tu... Nikmat ohhh!! 


Ok, sebelum aku bercerita lebih lanjut tentang Barista Machine, aku nak cerita dekat korang tentang kopi yang ohsemm ni.. Nescafe Gold Blend... Aku sebenarnya bukanlah peminat kopi dan nescafe.. Kalau pergi kedai makan mahupown dekat rumah sendiri memang aku menolak untuk minum kopi.. Tapi bila aku try minum Nescafe Gold Blend yang dibancuh dengan Barista Machine hari tu, aku dah mula jatuh cinta dengan Nescafe Gold Blend ni.. Sebabnya, rasa Nescafe Gold Blend ni sangat berbeza dengan kebanyakan kopi atau jenis nescafe yang lain.. Rasa dia lebih enak dan harummm!!

Nescafe Gold Blend ni mempunyai aromanya yang tersendiri kerana ianya dihasilkan dengan kopi Arabica dan Robusta Beans yang bermutu dan berkualiti tinggi.. Tu sebab aku cakap tadi, Nescafe Gold Blend ni lain dari yang lain sehinggakan aku dah terpikat dengannya.. Cewahhh, dah cam bercinta pulak ye..!! Tapi serius aku cakap, sekarang ni hari-hari aku nak kena minum Nescafe Gold Blend ni... Kalau tak, rasa tak lengkap hidup wehh!!


Taraaaa Nescafe Barista Machine in da' house!!.. Tak sabar sebenarnya aku nak cerita dekat korang tentang kehebatan mesin kopi ni..... Pengalaman pertama aku menggunakan mesin ni agak teruja.. Mane taknye, mesin ni agak berbeza dengan mesin kopi yang lain.. Mudah dan simple saje cara penggunaannye... Just tekan satu button, dah siap kopi yang kita kehendaki.. Tak perlu dah susah payah carik gula.. carik susu.. carik kopi.. pastu nak kacau bagai untuk siapkan satu hidangan kopi.. Dengan Nescafe Barista Machine ni, segalanya mudah... Cam aku cakap tadi 'at one touch'.. Hanya dihujung jari..



Kalau korang nak tahu, Nescafe Barista Machine boleh menyediakan 5 jenis kopi iaitu Latte, Cuppuccino, Espresso, Lungo dan Americano.. Mesin ini juga berbeza dengan mesin kopi yang lain kerana Nescafe Barista Machine menggunakan freeze-dried instant coffee in a hopper bukan menggunakan kopi jenis kapsul seperti mesin-mesin kopi yang lain... Jom tengok cara penyediaan coffee menggunakan Nescafe Barista Machine ni.. Sangat mudah..


Kredit (Video) : Fieza Sani (blog) Fieza Sani (Youtube)

Mudahkan.. Aku tak teringat nak shoot video masa bancuh coffee menggunakan mesin ni.. huhu.. Tapi memang mudahla cara penyediaannya.. Masa dah siap bancuh Nescafe Gold Blend tu, aku tengok buih dia mak aii, Halusssssssss!! Bak kata Harith Iskandar dalam iklan Nescafe tu.. hehe.. Kalau nak bancuh tu, guna lah gelas yang transparent ye supaya kita nampak keunikan pada setiap hidangan kopi-kopi tersebut.. Ahakz..

Mesin ni juga boleh dicuci tau selepas digunakan.. Ehh camne pulak tu?? Haa jom tengok tutorial cara pasang dan bukak untuk bersihkan mesin ni selepas digunakan.. hehe..


SATU PERKARA PERLU DIAMBIL PERHATIAN!!

Mesin Barista ni hanya boleh membancuh Nescafe Gold sahaja.. Jangan nak gatal-gatal pergi bancuh dengan lain-lain produk ye.. Apa-apa terjadi dekat mesin tersebut adalah dibawah tanggungjawab sendiri seandainya korang memandai-mandai dok bancuh kopi jenis lain.. hehe.. INGAT TAU!! Barista Mesin hanya untuk Nescafe Gold sahaja okeh!!

Nampak tu dah siap pangkah tu..!! Itu bermakna TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI..



Aku dah ada Barista Mesin ni kat rumah.. Korang camne?? Tak nak ke beli satu letak kat umah korang?? Dah tak payah nak buang tenaga tangan bancuh kopi.. Guna Barista Mesin ni hanya dengan 1 sentuhan jerk kowt kopi dah siap tersedia.. Ahakz.. Mudah dan pantas.. 

Zaman semakin canggihkan sekarang.. Dulu mana ada mesin-mesin kopi ni.. Semua kene bancuh manual.. Dulu takpe la sebab kebanyakan wanita tak bekerja menjadi suri rumah sepenuh masa.. Zaman sekarang boleh dikatakan semua wanita dah berkerjaya.. Terutama yang tinggal dibandar-bandar besar... Taraf hidup tinggi, kalau sorang aje yang kerja mane nak mampu menampung perbelanjaan keluarga.. Tak gitu??

Tu sebab la sekarang pelbagai kemudahan dicipta termasuklah mesin Barista ni bagi memudahkan wanita-wanita yang bekerjaya yang tak punya masa untuk menguruskan rumah tangga dengan sepenuhnya... Dengan adanya mesin kopi Barista ni, mudahlah bagi wanita bekerjaya nak buat kopi pepagi untuk sarapan... Hanya tekan-tekan, dah siap kopi.. Masa yang selebihnya bolehlah digunakan untuk tujuan lain pulak.. Ye dak?? hehe Panjang leboo lak aku membebel yek.. 

Okeh-okeh, dipendekkan cerita! Korang tau tak kat mana nak mendapatkan Nescafe Gold Blend Barista Coffee Mechine  ni?? Haaa korang boleh dapatkan Mesin kopi Barista ni di LAZADA tidak lama lagi... Bila?? Haaa tolong simpan date ni ye korang-korang semua..


Nescafe Barista Machine Exclusive Launch at Lazada :-

Promotion Date 
14 September 2016

Promotion Promo
NESCAFE* Gold Blend Barista Machine with 1 NESCAFE* Gold Blend (200g) 
and 1 NESCAFE* Gold Blend Refill Pack

Promotion Price
RM 239.00
(Normal Price RM 399)

Dapatkan Nescafe Barista Machine pada tarikh tersebut di :-

LAZADA

http://www.lazada.com.my/nescafe-barista/


Jangan lupa ye temujanji anda di Lazada nanti untuk mendapatkan Nescafe Barista Machine yang terlebih ohsem ni.... 1 rumah 1 Nescafe Barista Machine... Segarkan hari mu dengan Nescafe Gold Blend!! Dimana ada Nescafe Gold Blend disitulah perlu ada Nescafe Barista Machine..!! 



6 comments

  1. Bestnyaaa. Patut hadiah kat mak ni. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best sangat.. Boleh la beli satu untuk mak.. Hadiah hari raya.. hiks..

      Delete
  2. melopong mulut baca nih hiii.. nampak best jer guna ... dah la peminat coffee ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh la beli satu mesin ni.. Mudah buat coffee wani.. :)

      Delete
  3. Bagus tp stu jenis kopi je..ala..haha

    ReplyDelete