food ·
kuantan
7 comments
Lauk Singgang Sedap Menu Istimewa Di Restoran Bummbu Nasi Singgey Kuantan
Tuesday, January 1, 2019
Lauk Singgang Sedap Menu Istimewa Di Restoran Bummbu Nasi Singgey Kuantan | Hujung minggu baru-baru ini aku berkesempatan sekali lagi hang out dengan geng-geng Blogger Pantai Timur.. Last jumpe di Bukit Gambang Resort hari tu.. Bila dah berkumpul ramai-ramai ni, tidak sah kalau tak mencari tempat makan yang sedap.. Kebetulan dorang sampai time makan tengahari.. Jadi, kami decide untuk makan tengahari di restoran yang menghidangkan menu istimewa iaitu Lauk Singgang sedap.. Di mana? Dah tentulah di Restoran Bummbu Nasi Singgey, Kuantan. Best ke? Haa tak cuba tak tahu ye..!! Hehe..
Bersama kengkawan lunch di Restoran Bummbu Nasi Singgey Foto - Husniey Husain |
Restoran Bummbu Nasi Singgey
Restoran Bummbu Nasi Singgey ini mula beroperasi pada 05 Ogos 2018 yang lalu yang menghidangkan menu istimewa iaitu Lauk Singgang.. Selalunya kalau sebut saje lauk singgang ni, ia sangat sinonim dengan negeri Terengganu dan Kelantan terutamanya Singgang Ikan Tongkol.. Di sini pula iaitu di Restoran Bummbu Nasi Singgey ini terkenal dengan Singgang Dagingnya yang sedap.. Jangan bimbang bagi peminat lauk Singgang Ikan Tongkol, ia juga ada dihidangkan di sini.. Aku juga salah seorang peminat lauk singgang ni tau.. Lagi mengancam kalau ada sambal belacan, memang terangkat weh!!
Kalau dari rumah aku ke Restoran Bummbu Nasi Singgey ni memakan masa selama 15 sahaja untuk sampai.. Tidak lah jauh mana.. Tapi nak dijadikan cerita, pada hari kejadian aku yang paling lambat sampai.. Haha!! Nak buat macam mana, kene layan keranah anak yang pelbagai ragam ni dulu.. Itu yang lambat sikit tu.. hehe.. Nasib baik semua sporting.. Mula-mula tak tahu jugak lokasinya, siap guna waze.. Hehe.. Rupanya dekat ajooo.. Kat bawah ni aku sertakan alamatnya ye..
ALAMAT
Restoran Bummbu Nasi Singgey
A25, Jalan Kurnia Jaya 3,
Perkampungan Belukar Maju,
25150 Kuantan, Pahang
MASA OPERASI
Setiap Hari
9.00 Pagi - 6.00 Petang
LOCATION
Mesti korang tertanya-tanyakan apa maksud Bummbu itu? Ok, Bummbu sebenarnya bahasa jawa yang bermaksud perencah atau rempah. Disebabkan owner kedai ini berasal dari negeri Cik Siti Wan Kembang iaitu Kelantan, maka terciptalah nama Restoran Bummbu Nasi Singgey.. Kiranya gabungan jawa dan kelantan la ni.. Hehe..
Apa yang istimewanya di restoran ini, resepinya adalah turun temurun dari tok neneknya terutamanya Nasi Singgey dimana didatangkan dengan Singgang Daging atau Singgang Ikan.. Bila resepinya turun temurun, haruslah sedap kan.. Jadi, sebab itulah korang kena cuba sendiri keenakan singgang di sini..
Menu Istimewa Di Restoran Bummbu Nasi Singgey
Menu yang dihidangkan di restoran ini didatangkan dalam bentuk set.. Korang boleh pilih set menu mana yang korang ingin nikmati.. Ia hadir bersekali dengan sambal belacan dan ulam timun.. Jom kite tengok menu ape yang ada.. Harganya pun sangat berbaloi-baloi.. Kiranya kalau makan kat restoran ni memang tak kering lagi la poket korang tu.. Harga mampu milik bak kata orang.. Hehe.. Leh tengok menu penuh kat bawah ni..
Menu Pilihan Aku
Kali ni aku memilih untuk menikmati Bummbu Set C - Kambing Bakar yang berharga RM11.00 sahaja.. Dalam set ni ada nasi putih, sambal belacan, ulam timun, singgang daging dan ofkos daging kambing Manakala air pula aku memilih Jagung Bummbu Blend.. Walaupun set nasinya dihadirkan sekali dengan air sirap atau teh o beng, tetapi tekak aku ni tetap jugak nak rasa Bummbu Blend..
Mula-mula risau juga kambingnya berbau hamis.. Aku kalau kambing berbau hamis memang tak boleh nak telan.. Satu lagi risau kotlah dagingnya liat, boleh patah gigi ni.. haha!! Alhamdulillah semuanya dalam keadaan yang baik dan serius sedap.. Rempahnya memang terasa dan kena dengan selera aku.. Meh belanja gambar sikit.. Hehe..
Bummbu Set C - Kambing Bakar |
Lauk Singgang |
Jagung Bummbu Blend |
Aku bukan datang seorang tetapi dengan encik suami dan anak-anak.. Jadi, menu pilihan suami aku pula Set D - Ikan Bakar yang berharga cuma RM8.00 sahaja bersekali dengan air sirap atau teh o beng mengikut pilihan masing-masing.. Ehh suami aku pun tak nak kalah, nak jugak rasa Bummbu Blend.. Aku dah ambil jagung jadi dia pilih Milo Bummbu Blend..
Bila dah order dua menu berbeza, haruslah bertukar-tukar rasa kan.. Kau rasa yang aku sikit, aku rasa yang kau sikit.. Baru adil kan.. Hehe.. Bila aku rasa Ikan Bakarnya, wahhh mengancam pulak sambal ikan bakar tu.. Sedap sehingga menjilat jari.. Encik suami pun cakap sedap.. Dia susah sikit nak puji masakan ni.. Yang ni memang dia cakap sedap.. Rasa dia memang padu beb!! Aku pun sama naik menghabiskan ikan tersebut... Haha!! Meh belanja gambar lagi.. Cite saje tanpa gambar tak guna kan.. Kite up gambar sekali.. Hiks..
Bummbu Set D - Ikan Bakar |
Milo Bummbu Blend |
Ehh korang jangan ingat ni aje menu yang ada kat Restoran Bummbu Nasi Singgey ni ye.. Banyak lagi.. Meh tengok yang member-member aku order pulak.. Western pun ada tau.. Sayang sekali aku tak sempat nak merasai menu yang lain sebabnya perut dah kenyang.. Jadi, layan gambar jerk la ye..
Daging Bakar Foto - Husniey Hussain |
Chicken Ball Foto - Husniey Husain |
Tuna Sandwich |
Ayam Plate Foto - Husniey Husain |
Ayam Plate ni nampak sangat menyelerakan oii.. Aku tak sempat nak rasa ritu.. Jadi, harus ripit nanti ni untuk merasai kesedapannya bak kata kawan aku.. Hehe.. Aku pulak memang penggemar western food.. Jadi, harus cuba menu ni nanti.. Harga pun tak mahal mane cuma RM13.50 sahaja.. Selain ayam, korang boleh juga pilih sama ada nak daging atau kambing plate.. Harga sehingga RM17.50 sahaja... Murah gile kot! Bagi penggemar western food, korang wajib cuba Bummbu Plate ni tau..
Selain Jagung Bummbu Blend, korang juga boleh pilih 2 lagi jenis flavor sama ada Milo ataupun kopi.. Ikut selera tekak masing-masing ye.. Bagi aku Jagung Bummbu Blend memang sedap, lemak manis dan secukup rasa.. Harga tak mahal mana cuma RM4.50 untuk setiap satu.. Kalau ke Restoran Bummbu Nasi Singgey ni jangan lupa cuba ye Bummbu Blend ni.. Memang sedap..
Oh ya, sekarang ni mereka sedang membuat special offer dengan menyediakan minuman berharga cuma RM0.50 sahaja untuk air sirap ais dan juga teh o ais.. Kat mane nak dapat offer camni deknon oiii.. Kalau nak ikut memang tak berbaloi jual air dengan harga tersebut.. Tapi tidak di Restoran Bummbu Nasi Singgey ni yang bermurah hati mengadakan offer istimewa ni buat pelanggannya yang tercinta.. Cewahh.. Ayat aku kalau tak over tak sah kan.. Haha!!
Apa Kata Aku Tentang Restoran Bummbu Nasi Singgey
Ok firstly, melangkahnya aku masuk ke dalam restoran ni, aku dah terpaut dengan hiasan dalamannya yang menggunakan kerusi meja dari pallet kayu yang menjadi salah satu daya tarikan restoran ini.. Bukan itu sahaja, hiasan lukisan di dinding juga membuatkan ia kelihatan agak hipster dan tidak terlalu sarat.. Nice!!
Beramah mesra dengan owner restoran |
Suasana restoran juga boleh dikatakan bersih dan selesa.. Masa aku datang makan tu, ramailah jugak pelanggan di restoran ni.. Ini membuatkan aku lebih excited untuk mencuba.. Bila pelanggan pun ramai, dah tentulah makanannya mempunyai daya tarikannya yang tersendiri kan.. Satu lagi mestilah sedap.. Betul tak?
Tentang menunya pula, aku sangat puas hati dengan menu pilihan aku sendiri iaitu Kambing Bakar dan juga Ikan Bakar.. Kedua-duanya memberi kepuasan yang tersendiri.. Kedua-dua menu tak mengecewakan dan menepati citarasa aku sekeluarga.. Anak aku sendiri pun excited dengan Jagung Bummbu Blend.. Kemain lagik dia minum.. hehe..
Nak cari parking pun sangat senang kat sini sebabnya banyak kemudahan tempat letak kereta disediakan.. Kawasan ini juga kawasan tumpuan memandangkan terdapat kedai Eco RM2 di hadapan restoran ini.. Jadi, boleh dikatakan lokasinya juga stategik.. Setakat ini waktu operasinya adalah bermula seawal jam 9 pagi hingga 6 petang.. Aku harap akan datang waktu operasinya akan dilanjutkan sehingga ke belah malam pula.. Barulah aku menyinggah sokmo kat restoran ni belah malam.. Hehe..
Kepada yang inginkan kelainan dan ingin merasai masakan singgang yang sedap, bolehlah cuba hidangan di Restoran Bummbu Nasi Singgey ni.. Aku pasti korang akan berpuashati seperti mana aku berpuashati dengan makanannya.. Restoran ini juga membuat servis penghantaran makanan ke beberapa lokasi yang berhampiran.. Haaa, yang mane berdekatan dengan restoran ni, kalau malas nak keluar bolehlah order dari rumah sahaja.. Tak perlu lagi nak bersesak-sesak dijalan raya kan..
Rating : 🌟 🌟 🌟 🌟 / 5
Untuk maklumat lanjut, sila layari :-
Facebook
Instagram