Althea Pore Purifying Serum Cleanser Review

Thursday, December 27, 2018

Althea Pore Purifying Serum Cleanser Review  |  Alahai, Althea buat hal lagi la uollss!!!.. Lepas Stay Fresh Body Sparkling Mist, kini muncul pula baby baru dari Althea iaitu Pore Purifying Serum Cleanser yang ohsem lagik best!! Ini bukan cleanser biasa-biasa tau kerana cleanser ini mengandungi formula yang menyerupai serum.. Jawabnya lepas ni aku kena spend duit lebih lah untuk terus setia dengan produk terbaru dari Althea ni sebabnya aku dah tangkap cintan dah dengan produk ni..


Seperti yang aku katakan di awal tadi, Althea Pore Purifying Serum Cleanser ini merupakan pembersih wajah yang mengandungi formula menyerupai serum dimana ia mempunyai fungsi 2 dalam 1 iaitu sebagai pembersih dan juga makeup removal.. Selain dapat membersihkan makeup, ia juga dapat membersihkan segala kekotoran dan minyak yang tersumbat di dalam liang pori tanpa mengeringkan kulit dan mengekalkan keseimbangan pH kulit wajah...

Apa yang lebih menarik tentang Althea Pore Purifying Serum Cleanser ni adalah formula serumnya dapat membantu mengecilkan liang pori, kulit bersih sempurna, kulit terasa lebih segar dan paling penting kulit menjadi lebih lembut dari biasa.. Memang best weh produk ni.. Tak caya sila cuba sendiri hokeh!


Bahan Utama Althea Pore Purifying Serum Cleanser
  • Ekstrak Daun Pudina - menyejukkan kulit dan menenangkan kerengsaan
  • Minyak Biji Jojoba - Melembapkan kulit 
  • Ekstrak Daun Pokok Teh - Mempunyai sifat antibakteria yang dapat membersihkan kulit


Packaging Althea Pore Purifying Serum Cleanser Mudah Dibawa Kemana Sahaja

Didatangkan dalam botol plastik yang 'kurus' berwarna biru aqua jernih yang cantik.. Sekali tengok memang terasa sangat eksklusif.. Label nama produknya juga sangat simple dan chic membuatkan aku lebih terpaut dengan packagingnya.. Paling penting, Althea Pore Purifying Serum Cleanser mudah dibawa kemana sahaja kerana botolnya yang 'kurus' dan tidak sebesar mana itu boleh dimasukkan ke dalam beg makeup atau terus sahaja masukkan ke dalam handbag.. Tak berat pun uollss...
 

Cara Guna Althea Pore Purifying Serum Cleanser 

Sejak aku diperkenalkan dengan Althea Pore Purifying Serum Cleanser ni, rutin harian aku menjadi lebih mudah dari sebelum ni.. Mana tak nya, produk ni berfungsi 2 dalam 1.. Ia boleh dijadikan sebagai pembersih dan sekaligus sebagai makeup removal.. Gile jimat tu! Tak perlu lagi nak beli secara berasingan.. Beli aje Althea Pore Purifying Serum Cleanser ni dah dapat 2 fungsi yang diperlukan.. Lagi best formula yang menyerupai serumnya itu dapat menjaga kulit kita.. Memang terbaik sehh!!

Macam mana nak gunakan Althea Pore Purifying Serum Cleanser ni? Meh aku ajar cara yang betul menggunakan produk ini..


Sebagai Pembersih Wajah
  • Lembapkan wajah dengan air
  • Letakkan Althea Pore Purifying Serum Cleanser pada tapak tangan
  • Urut secara perlahan ke seluruh kulit wajah dengan gerakan membulat selama 5 hingga 10 saat
  • bilas dengan air bersih
Sebagai Makeup Removal
  • Titiskan sedikit Althea Pore Purifying Serum Cleanser pada tapak tangan
  • Urut pada wajah dengan gerakan membulat untuk mengeluarkan kotoran dan solekan pada wajah
  • Bilas dengan air bersih..

Serius, makeup memang mudah tanggal dengan menggunakan Althea Pore Purifying Serum Cleanser ni.. Tak caya, meh tonton video ni..


Sekarang ni aku rasa kulit muka aku lebih bersih sebabnya selepas balik kerja atau sebelum solat, aku akan cuci dulu makeup aku dengan Althea Pore Purifying Serum Cleanser ni.. Biasanya aku guna tisu basah aje tetapi ia tidak membantu membersihkan makeup secara keseluruhan.. Malah aku terpaksa cuci sekali lagi dengan pencuci muka.. Now, tak perlu lagi semua tu lepas ada Althea Pore Purifying Serum Cleanser ni.. Memang benar-benar membantu meringankan rutin penjagaan wajah aku.. TQ Althea kerana mengeluarkan produk sebagus ini.. hehe..

Dapatkan Althea Pore Purifying Serum Cleanser Sekarang Untuk Kulit Lebih Bersih Dan Cantik!


Aku dah cuba.. Korang bila lagi? Bagi korang yang ingin mencuba Althea Pore Purifying Serum Cleanser ni, bolehlah dapatkannya di https://my.althea.kr/ sekarang juga untuk kulit lebih bersih dan cantik.. Nampak eksklusif kan tetapi jangan bimbang kerana harganya sangat mampu milik iaitu RM33.00 sahaja untuk sebotol (150ml)...

Haaa apa fikir lagi tu, jom terjah laman web Althea sekarang juga!

Untuk sebarang pembelian dan maklumat lanjut, sila layari :-

Website


6 comments: