Assalamualaikum wbt..
Sinopsis Novel Awak Sangat Nakal! | Sebuah lagi novel diadaptasikan ke drama... Awak Sangat Nakal! Lakonan Sharnaaz Ahmad dan Ayda Jebat.. Drama ni dah mula ditayangkan pada hari semalam 07 November 2016 di Astro Ria.. Best ke novel ni sampai diadaptasikan ke drama...?? Haaa kalau nak tahu kenalah baca novel dan tonton dramanya.. Sebelum tu, jom kita baca sinopsis novelnya dulu...
SINOPSIS NOVEL AWAK SANGAT NAKAL!
Pertemuan antara Johan Rizqin dan Erine Johanna
bermula apabila gadis itu ditinggalkan mama dan papanya selama sebulan di bawah
jagaan orang gajinya, Mak Munah. Oleh sebab dia kebosanan duduk di kampung,
Erine menjadikan Johan Rizqin, mangsa usikannya.
“Eh, saya nak panggil awak apa eh? Johan Rizqin tu, nama yang panjang tu.”
“Jo..”
“Jo apa? Joe Jambul? Jongang? Joyah? Jongos?”
Masalahnya, Johan Rizqin sudah bertunang dengan Ain Humaira, anak angkat Mak Munah. Tetapi kehadiran Erine, menyebabkan Johan mula berubah hati. Entah kenapa, dia merasakan perasaannya lain sejak diusik Erine. Tetapi untuk mendapatkan Erine, Johan terpaksa berdepan banyak cabaran.
Walaupun begitu, Erine masih tidak boleh menerima cinta yang Johan berikan. Bukan kerana soal hati, bukan kerana tidak cinta, tetapi kerana amanah arwah suami Mak Munah kepada Johan. Erine merasakan dia menjadi penghalang kepada amanah itu.
Gara-gara kenakalan dan sikap ingin tahunya untuk mencari siapa yang diamanahkan kepada Johan, Erine berjaya merungkai seribu satu rahsia, teori dan konspirasi yang disimpan Mak Munah selama 23 tahun. Erine kemudian mula merancang dan membuat pakatan sulit untuk menyelamatkan Johan daripada dibunuh. Tapi, sehebat mana pun rancangannya, hebat lagi perancangan Allah SWT.
Adakah pengorbanan Erine kepada Johan, tidak sia-sia? Atau, hidupnya berakhir dengan hukuman mati?
“Apa abang pula... Ini dia, depan abang ni, budak nakal. She turned her can’ts into cans, and her dreams into plans. She is Erine Johanna. Awak sangat nakal, tapi sebab itulah abang sayang.”
Kalau tak boleh... paksa sampai boleh!
“Eh, saya nak panggil awak apa eh? Johan Rizqin tu, nama yang panjang tu.”
“Jo..”
“Jo apa? Joe Jambul? Jongang? Joyah? Jongos?”
Masalahnya, Johan Rizqin sudah bertunang dengan Ain Humaira, anak angkat Mak Munah. Tetapi kehadiran Erine, menyebabkan Johan mula berubah hati. Entah kenapa, dia merasakan perasaannya lain sejak diusik Erine. Tetapi untuk mendapatkan Erine, Johan terpaksa berdepan banyak cabaran.
Walaupun begitu, Erine masih tidak boleh menerima cinta yang Johan berikan. Bukan kerana soal hati, bukan kerana tidak cinta, tetapi kerana amanah arwah suami Mak Munah kepada Johan. Erine merasakan dia menjadi penghalang kepada amanah itu.
Gara-gara kenakalan dan sikap ingin tahunya untuk mencari siapa yang diamanahkan kepada Johan, Erine berjaya merungkai seribu satu rahsia, teori dan konspirasi yang disimpan Mak Munah selama 23 tahun. Erine kemudian mula merancang dan membuat pakatan sulit untuk menyelamatkan Johan daripada dibunuh. Tapi, sehebat mana pun rancangannya, hebat lagi perancangan Allah SWT.
Adakah pengorbanan Erine kepada Johan, tidak sia-sia? Atau, hidupnya berakhir dengan hukuman mati?
“Apa abang pula... Ini dia, depan abang ni, budak nakal. She turned her can’ts into cans, and her dreams into plans. She is Erine Johanna. Awak sangat nakal, tapi sebab itulah abang sayang.”
Kalau tak boleh... paksa sampai boleh!
Assalamualaikum wbt..
Pageview Blog Lea Azleeya Pecah Rekod | Allahuakbar.. Semalam berlaku keajaiban bila mana jumlah pageview untuk blog aku melambung-lambung tingginya.. Mungkin dua tiga hari ni aku agak rajin update blog dan bertepatan dengan isu yang orang cari.. Syukur alhamdulillah..
Pageview semalam - Isnin 7/11/2016
Tak sangka sampai boleh cecah sampai angka 8K.. Sebelum ni nak cecah 1K pown agak payah.. Tapi semalam seolah-olah satu keajaiban telah berlaku.. Haha.. Bila dapat pageview banyak macam ni terasa bersemangat untuk terus berblogging... Insyaallah akan aku terus berusaha untuk jadi lebih baik.. Cewahh berkobar-kobar hakak.. Haha..
Doakan Blog Lea Azleeya ni terus berjaya yekk..
Assalamualaikum wbt..
Klik banner untuk join
Mega Giveaway By Blogger's Family 2016 | Ponnn Ponnnn!! Hellooo BLOGGER MALAYSIA!! Jom ramai-ramai join Mega Giveaway by Blogger's Family ni.. Hadiah menarik menanti anda.. Okeh, aku intro sikit ye tentang GA ni.. Alah malas pulak rasa nak buat ayat.. Hurmm jom tengok apa kata penganjurnya lah senang... Wohaa!!
Haaa itulah kata-kata aluan daripada penganjurnya Blogger Nabila.... Baiklah, kalau dah nama pown GIVEAWAy, mesti sebelum join tu nak tau dulu hadiah-hadiahnya kan.. Okeh, kat bawah ni aku akan senaraikan hadiah apa yang bakal dimenangi oleh para peserta yang bertuah.. Mari kita lihat..



Banyak gile bapaknya hadiah.... Jom la join korang-korang semua.. Kita bukan mencari seorang atau dua orang pemenang sahaja tau.. Tetapi kita mencari pemenang seramai 15 @ 16 orang untuk memenangi hadiah-hadiah seperti di atas nunn.. Cerah wooo peluang untuk menang tu..
So, ape tunggu lagi.. Dipersialah join ye.. Terbuka kepada semua blogger Malaysia.. Tak kira pangkat dan usia.. Cewahhh.. Gituu sekali ayat.. Hehe.. Giveaway ini akan tamat pada 10 Disember 2016.. Cepat-cepat korang join.. Cuba nasib...
Good Luck buat korang.. xoxo..!!
Assalamualaikum wbt..
Akhirnya... Follower Cecah Juga Ke Angka 400!! | Alhamdulillah setelah sekian lama berblogging, akhirnya tercecah juga hari ini jumlah follower ke angka 400.. Terima kasih tak terhingga kepada semua follower Blog Lea Azleeya ini.. Semoga blog ini memberi manfaat kepada korang semua... Ambillah yang baik sahaja ye.. Andai ada yang tak berkenan dihati korang tentang blog ini, harap dimaafkan mungkin tak disengajakan atau tanpa sedar... Hiks..
Love Uolls.. Insyaallah, aku akan follow balik mana-mana blog yang belum aku follow.. Kalau tak perasan tu mintak maaf banyak-banyak ye.. Tegur-tegur la kalau korang dah follow blog aku tapi aku tak follow lagi blog korang.. Kengkadang tak terperasan jugak.. Hehe..
Ok.. Bubey..!!
Assalamualaikum wbt..
Menang Lagi - 3Days Header Giveaway by Mellya | Tak terkata dan hanya terlafaz ucapan 'Alhamdulillah' sahaja semasa aku membaca Keputusan Pemenang 3Days Header Giveaway by Mellya ni.. Rezeki pada bulan November ni agak melimpah ruah untuk aku.. Syukur sangat-sangat.. TQ ALLAH.. TQ adik Fhatin...
Okeh, walaupown tak berjaya untuk memenangi header tetapi aku tetap bersyukur kerana masih dipilih sebagai pemenang bagi memenangi hadiah berupa Face Mask daripada Adik Fhatin.. Boleh la jugak aku bermask-mask nanti yek... Hehe..
Apa-apa pown aku nak ucapkan terima kasih pada adik Fhatin kerana sudi memilih diriku ini sebagai pemanang.. Cewahhh!! Len kali adik buat lagi giveaway pasti akak akan join.. hehehe..
Sebelum aku akhiri entry ni, jom lah kite reramai berkenalan dan terjah blog Adik Fhatin kita yang chomel ni.. Blog beliau pown cantik tau.. Rugi tak terjah.. Jommmmm!!
Assalamualaikum wbt..
Tarikh Keputusan UPSR 2016 Diumumkan Keluar | Wahh tak lama lagi keputusan UPSR akan keluar.. Mesti tak sabar ibu bapa dan adik-adik kita untuk mengetahui keputusan masing-masingkan.. Bila tarikh keputusan keluar ye?? Sebelum tu mari kita tengok tarikh rasmi keputusan UPSR bagi tahun-tahun sebelum ini terlebih dahulu..
Tarikh Pengumuman Keputusan UPSR 2016
Okeh bagi tahun ini pula, tarikh rasmi pengumuman keputusan UPSR bagi tahun 2016 ialah pada 17 NOVEMBER 2016 (KHAMIS)..
Pada tarikh tersebut, calon-calon UPSR boleh mendapatkan slip keputusan melalui sekolah masing-masing.. Selain itu juga, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menyediakan perkhidmatan semakan ringkan ringkas keputusan secara online dan sistem pesanan ringkas (MySMS 15888)..
Semak Keputusan UPSR 2016 Secara Online
Ibu bapa pelajar juga boleh membuat semakan secara online iaitu dengan mengikuti beberapa langkah seperti dibawah :-
Step 1
Klik pada pautan ini >>>> https://sppat.moe.gov.my/semakan/ dan anda akan dibawa ke paparan seperti gambar dibawah :-
Sistem semakan ini hanya diaktifkan bermula pada tarikh dan masa hebahan keputusan diumumkan secara rasmi..
Step 2
Sila masukkan No. Kad Pengenalan tanpa tanda (-) dan Nombor Angka Giliran tanpa selang dalam ruangan yang disediakan..
Semakan keputusan secara online menerusi portal rasmi Lembaga Peperiksaan hanya memaparkan RINGKASAN KEPUTUSAN SAHAJA.. Slip keputusan penuh hanya boleh diperolehi di sekolah atau di Jabatan Pelajaran Negeri (JPN)...
Semakan Keputusan UPSR 2016 Melalui SMS
Calon/Ibubapa pelajar juga boleh menyemak keputusan melalui perkhidmatan sms dengan cara :-
Taip :-
UPSR (jarak) ANGKA GILIRAN dan hantar ke 15888
Contoh :-
UPSR KC001A044 dan hantar ke 15888
Semoga tahun ini lebih ramai calon-calon yang mendapat keputusan yang cemerlang dalam UPSR..
Assalamualaikum wbt..
Klik banner untuk join
Shanghai Fridge Magnet Giveaway by Jari Manis & Scdha Sein Travel | Hadiah Giveaway berupa Fridge Magnet!!! Mesti join la kalau hadiahnya pelekat peti.. Tadi tengah blogwalking terserempak pulak dengan GA ni.. Terus aje bukak New Post untuk buat entry ni.. Haha.. Gile excited..
Okeh, Giveaway ni dianjurkan oleh 2 orang blogger iaitu Jari Manis : Travel List dan Scdha Sein Photo And Travel .... Penganjur mencari 10 orang pemenang dan hadiah akan ditambah sekiranya penyertaan menggalakkan.. So, ape lagik korang.. Jom la join reramai.. Leh la ramai sikit yang menang nye.. Hehe..
Nak tag rakan-rakan lah..
Tarikh Tamat
07 Disember 2016
Assalamualaikum wbt..
Tonton Konsert Gegar Vaganza 3 Minggu Ke-4 | Semalam aku berkesempatan menonton Konsert Gegar Vaganza secara live di TV.. Tak macam minggu sudah terpaksa mengadap PC tengok secara online yang linenye tersangkut-sangkut.. Huh.. Untuk persembahan pada minggu ni aku rasa semuanya berikan yang terbaik dan tidak mengecewakan.. Tapikan aku sedikit terkejut dengan penyingkiran pada minggu ini.. Rasa tak percaya pown ada.. Sebabnya, persembahan beliau ok pada minggu ni.. Tapi itulah adat bertandingkan ada menang ada kalah.. Mungkin bukan rezeki beliau untuk terus berada dalam Gegar Vaganza ni..
Siapakah "Beliau" yang aku maksudkan tu?? Kalau korang dah menonton konsert semalam sampai habis mesti korang dah tahukan sape yang tersingkir.. Tapi bagi yang belum tahu, meh la aku kabo ke korang sapa yang tersingkir semalam..
PESERTA GEGAR VAGANZA YANG TERSINGKIR PADA MINGGU KE-4
Pada konsert semalam beliau telah menyampaikan lagu "Jangan Menangis Sayang' berduet dengan Acong Sweetchild.. Beliau yang aku maksudkan adalah ELLY MAZLEIN....
Tamatlah sudah perjalanannya di dalam Gegar Vaganza Musim yang ke-3 ini.. Tapi manalah tahukan kowt-kowt nanti ada pemilihan semula untuk yang terkeluar.. Hehe.. Siapa tahukan..
Untuk anugerah PASANGAN PALING MENYENGAT dimenangi oleh Ayai.. Ayai berduet dengan Nora menyampaikan lagu Terlanjur Cinta (Rossa & Pasha)... Tuah ayam nampak di kaki.. Tuah orang nampak pada lagu.. Haha.. Tahniah Ayai..
SENARAI LAGU KONSERT GEGAR VAGANZA MINGGU KE-5
Konsert Gegar Vaganza 3 Minggu Ke-5
Tema : Hitz Vaganza
Tarikh : 13.11.2016 (Ahad)
Lagu Pengacara GV3 Minggu Ke-5
JIHAN & NABIL - Teman Tapi Mesra (Ratu)
Okelah.. Itu saja info dari aku tentan konsert semalam dan minggu depan.. Kalau yang belum tengok konsert semalam, jom kite tengok dekat link kat bawah ni.. Kasi klik saja dekat situ.. Hoho..!!
Credit : Kepala Bergetar
Jom Tonton
Credit : Kepala Bergetar
info ·
kesihatan ·
story
6 comments
9 Jenis Makanan yang Perlu Dielakkan Sebelum Tidur
Sunday, November 6, 2016
Assalamualaikum wbt..
9 Jenis Makanan yang Perlu Dielakkan Sebelum Tidur | Tajuk kemain lagik ye.. Mane taknye, sejak kebelakangan ni aku rasa badan macam tak selesa sikit.. Lebih tepatnya rasa berat badan dah bertambah... Haha.. Camne lah jadi camtu?? huhuhu.. Manelah tak rasa macam tu, kalau dah tengah malam aku dok bedal meggi.. meggi.. dan meggi... Sebenarnya dah tahu tak elok tapi mulut nak makan, buatlah jugak..
Bila dah rasa badan sedikit tak selesa, timbul pulak kesedaran nak menggoogle, makanan ape yang tak sesuai diambil sebelum tidur.. Penting untuk kita tahu tentang ini sebenarnya supaya kita tak tersalah mengambil makanan yang boleh menjejaskan kesihatan kita.. Kesihatan perlu dijaga brooo..
So, jom kita tengok makanan apa yang perlu kita elakkan sebelum tidur..
9 Jenis Makanan yang Perlu Dielakkan Sebelum Tidur
Sumber : google
1. KOPI
Sepertimana yang korang tahu, kopi mengandungi kafein yang tinggi dan ianya boleh menyebabkan korang susah nak tidur.. Bukan itu sahaja tau, ianya juga bersifat diuretic, yang menyebabkan korang kerap ke tandas dan mengakibatkan korang mudah terasa lapar.. Bila dah tengah malam terasa lapar, aku yakin korang akan selongkar apa saje yang ada dekat dapur untuk dimakan termasuklah junk food.. Awas!! Ini boleh menyebabkan berat badan naik ye.. Macam aku.. hahaa..
2. COKLAT
Untuk membuatkan hari rasa tenang dan gembira, ubat paling mujarab ialah dengan memakan coklat.. Tapi harus diingat ye, coklat juga tidak sesuai di makan sebelum tidur kerana ia juga mengandungi kafein dan gula yang tinggi.. Bila korang makan coklat dengan berselera sekali, kandungan gula akan meninggi didalam badan dan akan membuatkan korang mudah terasa lapar.. Akibatnya, lagi banyaklah korang makan nanti.. Hehe..
3. KEJU
Keju adalah makanan yang perlu dielak sama sekali kerana keju mengandungi kalori dan lemak yang tinggi dan boleh menyebabkan kegemukan.. Keju juga akan memberi gangguan terhadap perut sekiranya diambil sebelum tidur seperti terasa sesak dan mual..
4. MAKANAN PEDAS
Perghh makanan pedas la sedap kan.. Tapi tak elok tau diambil sebelum tidur kerana kandungan cili dan rempah ratus akan menyebabkan perut korang mudah meragam dan paling kronik boleh menyebabkan korang mengalami heartburn atau dalam bahasa malayu nye rasa pedas di dalam dada.. Keadaan ini akan membuatkan korang sukar untuk tidur.. So, elakkan la ye..
5. KEK, AISKRIM & BISKUT
Elakkan makan makanan ini sebelum tidur kerana dengan memakan makanan ini kandungan gula didalam darah akan meningkat dan juga akan menambah tenaga mengakibatkan korang sukar tidur.. Sebaiknya gantilah dengan makanan yang lebih sihat seperti buah-buahan...
6. BURGER
Yang ni memang aku gemooo sangat makan.. Haha.. Tapi korang kena tau yang makanan ni kandungan lemak dan kalorinya sangatlah tinggi.. So, sangat tak elok ye makan sebelum tidur..Nanti bertambah pulak lemak dalam badan korang dengan kalorinya sekali..
7. KACANG & BIJIRIN
Bijirin adalah makanan yang sememangnya kaya dengan protein dan serat.. Sekiranya korang mengambilnya sebelum tidur, besar kemungkinan korang akan mengalami perut yang tidak selesa sepanjang malam kerana makanan ini mengandungi gas dan menyebabkan angin dalam badan..
8. SODA
Korang pown tahukan minuman soda ni bahaya untuk kesihatan kerana kandungan gula didalam minuman ini sangat tinggi.. Ianya boleh mengakibatkan sakit jantung dan diabetis sekiranya kerap meminumnya.. So, please say "NO" pada minuman ini.. Jaga lah kesihatan korang ye...
9. KENTANG GORENG
Fuhh ini satu lagi makanan yang syok bila time tonton tv.. Sempoii aje layan tv sambil kunyah kentang goreng.. Tapi tu lah, sebenarnya tak elok untuk kesihatan.. Kandungan minyak didalamnya akan menyebabkan lemak terkumpul dalam badan dan boleh juga meningkatkan kolestrol.. Bahaya woooo.. So, ingat lah ye.. Jangan ikut sedap di mulut aje.. hehe..
Okelah.. Itu sahajalah yang aku nak bebelkan.. Sebelum makan ingat dulu kesihatan ye.. Pilih sesuatu yang berkhasiat untuk di santap.. Peace no war...!!
Assalamalaikum wbt..
Klik banner untuk join
Pencarian Bloglist November & December by Aerillhassan.com | Next segmen.. Kali ni by blogger Aerillhassan.. Beliau mencari 15 bloglist untuk dimasukkan ke dalam blog beliau selama 2 bulan.. Adakah aku bertuah?? Hahaha.. Moga-moga yekk.. Syarat mudah.. So, jomjoin reramai..
Tarikh Tamat
12 November 2016
Assalamualaikum wbt..
SAPS Ibu Bapa | Semak Keputusan Peperiksaan Anak Secara Online | Berita baik buat para ibu bapa di luar sana terutamanya yang terlalu sibuk dengan kerjaya sehingga tak punya waktu untuk melihat keputusan anak disekolah mahupun dirumah.. Sekarang ibu bapa dah boleh semak keputusan peperiksaan anak secara online.. Mudah kan..?? Semuanya hanya di hujung jari sekarang.. Nak semak dimana tu?? Haaa jom aku story sikit..
SAPS Semakan Ibu Bapa membolehkan para ibu bapa untuk menyemak keputusan peperiksaan anak-anak mereka serta melihat prestasi akademik mereka..
APA ITU SAPS IBU BAPA?
SAPS Ibu Bapa merupakan sistem analisis peperiksaan sekolah yang diwujudkan oleh pihak kementerian bagi memudahkan ibu bapa membuat semakan keputusan peperiksaan sekolah anak mereka..
SPAS semakan ibu bapa ini boleh dilakukan secara online.. Antara keputusan peperiksaan yang boleh disemak adalah :-
- Keputusan sekolah rendah dari darjah 1 hingga 6
- Keputusan peperiksaan sekolah menengah dari tingkatan 1 hingga 5
BAGAIMANA CARA UNTUK MEMBUAT SEMAKAN?
Ibubapa/penjaga boleh membuat semakan dengan mengikuti langkah-langkah seperti berikut :-
1. Layari laman portal rasmi SAPS atau klik pada pautan seperti berikut :-
2. Step seterusnya, klik pada petak hijau "SEMAKAN IBUBAPA" dan akan terpapar laman seperti gambar di bawah..
3. Seterusnya, sila masukkan maklumat yang diperlukan seperti No. Kad Pengenalan, Tahun Peperiksaan, Jenis Sekolah, Kod Pengesahan dan klik "SEMAK"..
Mudahkan?? Dengan kemudahan yang disediakan oleh KPM ni, rasanya ibubapa lebih mudah untuk mengetahui perkembangan/prestasi akademik anak-anak mereka.. Oh ye, untuk pengetahuan semua bagi keputusan peperiksaan yang besar seperti UPSR, PT3 dan SPM juga akan di apdet dalam sistem SAPS NKRA ini.. So, akan datang semua peperiksaan dah boleh disemak secara online..
Semoga dengan adanya sistem ini, ibubapa lebih mengambil berat tentang akademik anak-anak dan dapat merancang plan pembelajaran dengan lebih baik dan sempurna..
Subscribe to:
Posts (Atom)



























