Assalamualaikum wbt..
Klik banner untuk join
Segmen Blog Review Safirul Amar | Jom korang join segmen simple ni.. Nanti blog korang akan di review oleh blogger Safirul Amar ...
Tarikh Tamat
20 November 2016
Assalamualaikum wbt..
Klik banner untuk join
Giveaway Miniature Photography by Waza Studios | Menarik giveaway ni.. Teruja nak join bila tau hadiahnya berupa gambar yang kreatif seperti banner tersebut.. kiut-kiut aje kan.. Ok, GA ni dianjurkan untuk memperkenalkan Waza Studios...
So, kalau korang nak hadiah kiut ni, korang kene la join juga.. Mana tau ada rezeki untuk kita menangkan.. Dapatlah menang gambar comel tu.. Ahakz.. Jom korang join reramai.. Syarat penyertaan mudah sangat... Rugi tak join..
Tarikh Tamat
01 Disember 2016
(10 Malam)
Assalamualaikum wbt..
Kes 'Curi' Bayi Di Hospital - Tahap Keselamatan Hospital Dipersoal | Allahuakbar.. Terkejut aku baca berita dalam paper pagi tadi tentang kes culik bayi 5 hari di Hospital Tanah Merah (HTM) kelmarin.. Kabarnye, bayi yang baru berusia 5 hari itu dilarikan oleh sepasang suami isteri dari wad penjagaan bayi hospital tersebut...
Alhamdulillah dengan kecekapan dan tindakan pantas pihak polis, bayi itu dapat dikesan semula beberapa jam selepas kejadian itu berlaku.. Pasangan suami isteri tersebut telahpun ditahan reman untuk siasatan lanjut..
Keratan akhbar - Harian Metro 17 November
Haisss camnelah boleh jadi camni yek.. Camne pulak orang lain boleh daftar keluar anak orang lain.. Konfius aku.. Kalau aku la berada tempat ibu bayi tu, tataw la camne.. Leh gile aku jadinya.. Huhu..
Keratan akhbar - Berita Harian 17 November
Bila berlaku kes macam ni, dah semestinya tahap keselamatan hospital dipersoalkan.. Kenapa boleh terjadinya kejadian seperti ini.. Longgarkah tahap kawalan keselamatan di hospital kerajaan?? Siapa yang patut dipersalahkan dalam hal ini?? Wahh banyak benoo soklannya ye...
Mehlah kite tengok macam maca sebenarnya prosedur dan proses kawalan keselamatan bayi di hospital bagi mengelakkan kejadian pertukaran atau penculikan bayi.. Aku dapat info ni dari akhbar Harian Metro [17 Nov 2016]..
PROSEDUR DAN PROSES KAWALAN KESELAMATAN BAYI DI HOSPITAL BAGI MENGELAKKAN KEJADIAN PERTUKARAN ATAU PENCULIKAN BAYI
sumber : Harian Metro - 17.11.2016
SEBELUM KELAHIRAN
- Menerima maklumat kemasukan dan status ibu ke wad bersalin yang akan dipakaikan tag nama oleh Pejabat Daftar Masuk
- Tag nama sementara untuk bayi disediakan dan sentiasa dikepilkan bersama laporan perubatan ibu
- Untuk ibu yang menjalani kelahiran pembedahan, pengesahan nama akan dibuat di hadapan ibu sebelum dibius di dewan bedah.
SEMASA KELAHIRAN
- Kelahiran disambut oleh pegawai perubatan, bidan bertauliah atau pelatih
- Selepas dilahirkan, bayi terus ditunjukkan kepada ibu untuk pengesahan jantina dan diletakkan dalam pelukan ibu sebelum dipasangkan tag nama pada pergelangan kaki bayi.
SELEPAS KELAHIRAN
- Ibu dan bayi akan dipindahkan ke post-natal, bayi diperiksa dan disahkan berpandukan dokumen iaitu borang kemasukan bayi, kad pengenalan/passport ibu.
- Tag nama ibu dan nama bayi akan dipastikan betul ketika penyerahan kepost-natal dan kedua-duanya dipakaikan tag nama.
PROSES DISCAJ
- Pemeriksaan dibuat oleh jururawat yang akan menyediakan borang pengenalan discaj bayi untuk semakan pengawal di pintu keluar dan ibubapa atau waris akan mengisi maklumat dan menandatangani dalam buku rekod.
- Jururawat akan memberi arahan supaya ibubapa atau waris menunjukkan 'Borang Pengenalan Discaj Bayi' untuk semakan pengawal di pintu wad dan pintu utama bangunan hospital.
- Bagi bayi yang tiada ibubapa, penjaga yang sah perlu mendapat kebenaran bertulis Pegawai Kebajikan atau Pengarah Hospital. Pengawal di pintu keluar wad akan menyemak dan ibubapa perlu menurunkan tandatangan dalam buku rekod.
- Tag nama ibu dan bayi akan dipakai hingga sampai ke rumah.
Keratan akhbar - Harian Metro
Alhamdulillah time aku bersalin dulu, prosedur dan kawalan keselamatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan sangat ketat.. Time nak discaj tu banyak betul nak kene sign dan isi borang itu dan ini.. Mengikut prosedur katanya.. Alhamdulillah semuanya terkawal dengan baik.. Nak keluar dari bangunan HTAA tu pown kena tunjuk borang discaj bayi dulu dekat pengawal.. Tak boleh sewenang-wenangnya keluar sembrono aje..
Mungkin bagi yang tak tahu prosedur ni, mereka akan rasa menyusahkan dan cerewet.. Tapi itulah pentingnya prosedur ini bagi memastikan tidak berlakunya kejadian tak diingini seperti ini...
Assalamualaikum wbt..
Klik banner untuk join
Giveaway Salam Sihat Bersama Mashitah Mamat | Blogger Mashitah Mamat buat giveaway lagi.. Kali ni hadiah lagi menarik.. Hadiah berupa produk shaklee.. Wajib join ni.. Mane tau ada rezeki untuk menang kan.. Hehe..
Jom tengok hadiah-hadiahnya..
Jom lah join ramai-ramai korang..
Tarikh Tamat
15 Disember 2016
contest ·
win
23 comments
Menang Segmen Bloglist Nov-Dis by Fatina Mdzfr
Wednesday, November 16, 2016
Assalamualaikum wbt..
Menang Segmen Bloglist Nov-Dis by Fatina Mdzfr | Rezeki untuk menang segmen ada lagi buat sekian kalinya.. Alhamdulillah.. Kali ni menang pula di segmen pencarian bloglist Nov - Dis oleh Blogger Fatina..
Terima kasih buat Fatina kerana sudi memilih blog hakakkk yang tak seberapa ni untuk dimasukkan kedalam bloglist.. hehe..
Jom korang kite berkenal-kenalan dengan blogger Fatina.. Sesambil tu leh tambah kenalan dan follower sesama sendiri kan..
Assalamualaikum wbt..
Menang Segmen Pencarian Bloglist Aerillhassan.com Nov - Dis | Blog Lea Azleeya menang lagi bagi menghiasi bloglist di Blog Aerill Hassan.. Alhamdulillah.. TQ tak terhingga buat blogger Aerill kerana sudi memilih Blog Lea Azleeya.. Hehe..
08 November senarai peserta diapdet dan Blog Lea Azleeya merupakan peserta yang ke-8 menyertai segmen tersebut.. Cewahhh!!
Pada 14 November pula, senarai pemenang diumumkan.. Cewahh lagi..!! Dah macam kronologi kes aje.. Haha.. And the winner is.......
Tuuuu no #8.. Aku menang.. Yeyyyy!! Alhamdulillah.. Thankz blogger Aerill Hassan.. Jom korang kite terjah blog penganjur...
Pada 14 November pula, senarai pemenang diumumkan.. Cewahh lagi..!! Dah macam kronologi kes aje.. Haha.. And the winner is.......
Tuuuu no #8.. Aku menang.. Yeyyyy!! Alhamdulillah.. Thankz blogger Aerill Hassan.. Jom korang kite terjah blog penganjur...
Assalamualaikum wbt..
Mask Dari Blogger Mellya | Aku dapat Mask 2 keping daripada Blogger Mellya a.k.a Fhatin Amelia ... Mask ni hadiah aku menang 3Days Header Giveaway by Mellya.. Aku dah pernah apdet tentang kemenangan aku ni kat SINI... So, inilah hadiah yang aku menangi itew...!!
Inilah rupa mask tersebut.. Packaging dia cantik sangat.. Rasa sayang nak guna.. Haha.. Satu jenis butter dan satu lagik jenis rose... Aku belum berkesempatan nak guna lagik.. Nanti ada masa terluang baru guna.. Tak sabari sebenarnya nak bermask-mask ni.. Haha..
Wokeh la.. Pape pown aku nak ucapkan terima kasih bebanyak pada Blogger Fhatin diatas pemilihan pemenang ini.. Cewahh.. Moga adik Fhatin yang chomel ni dilimpahkan rezeki yang halal olehNYA... Aminn..
MOh kite terjah blog Fhatin Amelia ni..
BLOG MELLYA CRAYOLA
Assalamualaikum wbt..
Hadiah Menang Segmen dari Blogger Cik Nur | Holaaaaaa.. Hadiah comel dari Blogger Cik Nur dah sampai... Alhamdulillah.. Terdahulu aku ada apdet yang aku menang segmen bloglist by Cik Nur [SINI]... Dann inilah hadiah comel yang aku dapat hasil dari bersegmen di blog Cik Nur...
Chomel aje bungkus.. hehe..
Lea Azleeya dapat keychain pangkor ye.. Thankz Cik Nur.. Kebiasaan blogger buat segmen bloglist tak de hadiah yang disediakan.. Tapi kali ni lain sikit.. Cik Nur siap sertakan hadiah misteri lagi buat pemenang.. Alhamdulillah.. Moga Cik Nur dilimpahkan rezeki yang halal olehNYA..
So, sape-sape yang belom follow blog Cik Nur, leh la terjah blog beliau.. Leh kenal-kenal sesambil tambah follower.. Hehe..
BLOG CIK NUR
Assalamualaikum wbt
Caj Wad Dan Rawatan Hospital Kerajaan Naik Mulai Januari 2017 | Ping!! Naik lagi... Terkini, caj wad dan rawatan hospital kerajaan pula dinaikkan bermula 1 Januari 2017.. Berita tentang kenaikan kadar bayaran hospital ini telah pown disahkan oleh Menteri Kesihatan sendiri..
Kenaikan Caj Wad Tidak Menjejaskan 1.97j Pesakit
KUALA LUMPUR 14 Nov. – Kenaikan caj perkhidmatan wad dan rawatan bagi kelas pertama dan dua pada 1 Januari 2017 tidak akan memberi kesan kepada pesakit kelas tiga yang mewakili 1.97 juta daripada dua juta jumlah keseluruhan pesakit di hospital kerajaan.

S. Subramaniam
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkata, kenaikan hanya memberi kesan kepada 1.5 peratus atau 32,000 pesakit yang kebanyakannya merupakan golongan berkemampuan.
Katanya, ketetapan itu dibuat berikutan tiada kenaikan caj dilakukan sejak 34 tahun lalu, selain kerajaan mahu mengurangkan pembiayaan subsidi kepada pesakit berkemampuan.
Bagaimanapun, beliau tidak menyatakan berapa peratus kenaikan caj perkhidmatan wad akan dikenakan.
“Kenaikan caj seperti yang dilaporkan di surat khabar kebanyakannya cuma berlaku pada kelas pertama dan separuh daripada rawatan yang diberikan di kelas dua. Dari dahulu lagi perkhidmatan di kelas satu dan dua perlu dibayar, kita tidak menaikkan kadar bayaran untuk jangka masa panjang lebih kurang 30 tahun.
“Walaupun tiada kenaikan caj, kerajaan masih menyediakan subsidi yang tinggi untuk perkhidmatan kelas satu dan dua, oleh itu, kami perlu pastikan kumpulan miskin serta berpendapatan rendah diberikan keutamaan. Prinsip menjaga kebajikan rakyat tetap terpelihara walaupun berlaku kenaikan caj,” katanya dalam sidang akhbar khas di sini hari ini.
Yang turut hadir Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahya dan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah.
Akhbar hari ini melaporkan Kementerian Kesihatan dijangka menaikkan caj wad dan rawatan kelas satu dan dua di seluruh hospital kerajaan di negara ini sehingga 50 peratus mulai Disember ini.
Kenaikan tersebut didakwa turut melibatkan semua jenis rawatan untuk warganegara seperti bayaran wad am dan wad bersalin, rawatan pesakit ditahan dalam wad, fisioterapi, radioterapi dan nuklear, nefrologi serta psikiatri, namun begitu bagi pesakit warganegara yang memilih untuk dirawat di kelas tiga, caj wad dan rawatan kekal dengan kadar lama.
Subramaniam menjelaskan, kebanyakan pesakit yang mendapatkan rawatan kelas satu dan dua adalah individu berkemampuan dan mereka berminat mendapatkan perkhidmatan di hospital kerajaan mungkin kerana faktor doktor yang merawat mempunyai kredibiliti tinggi.
“Mungkin caj yang dikenakan kepada pesakit terbabit boleh membantu hospital untuk mendapatkan ubat tambahan bagi pesakit kelas tiga,” katanya.
sumber : Utusan Malaysia Online
Kenaikan sebanyak 50 peratus ini hanya melibatkan Kelas Petama dan Kelas Kedua sahaja.. Bagi Kelas ketiga pula tiada kenaikan yang dikenakan... Jom tengok caj apa yang dinaikkan..
Banyak juga yang naik tu ye... Lepas ni kenalah menabung awal-awal buat persediaan kalau nak duduk di kelas pertama atau kelas kedua kan.. Kalau tak, kita pilih ajelah duduk di kelas ketiga... Sama jerk kowt.. Cumanya kelas pertama dan kedua tu lebih selesa la sikit..
Banyak juga yang naik tu ye... Lepas ni kenalah menabung awal-awal buat persediaan kalau nak duduk di kelas pertama atau kelas kedua kan.. Kalau tak, kita pilih ajelah duduk di kelas ketiga... Sama jerk kowt.. Cumanya kelas pertama dan kedua tu lebih selesa la sikit..
passion d'tox ·
product ·
review
6 comments
Singkir Toksin Badan Dengan Passion D'Tox
Tuesday, November 15, 2016
Assalamualaikum wbt..
"Arghhhhhhhh stressssnyeeee....!!
Dah cuba macam-macam produk tapi tak kurus-kurus jugak??!!"
Singkir Toksin Badan Dengan Passion D'Tox | Keluhan yang biasa kita dengar bila usaha nk kurus tetapi tak berjaya.. Siapa yang tak stress kan.. Macam-macam produk dah dok telan ni, tapi cam tu juga... Tak kurus-kurus.. Kalau turun pown, mungkin hanya beberapa kg aje dan bila makan terlebih sikit, berat badan dah mula naik balik... Mana tak hangin kan...!!
Nak tahu tak?? Kalau nak berjaya kurus, kena detox dulu badan kita.. Buang segala toksin dan lemak-lemak degil yang dok ada dalam badan kita ni.. Barulah, bila makan produk kursus ianya berkesan... So, macam mana caranya nak detox badan kita ni?? Mudah saja, gunalah Passion D'Tox...
Apa itu Passion D'Tox?
Ok, baru-baru ni aku diperkenalkan dengan satu produk detox iaitu Passion D'Tox.. Produk ini berfungsi untuk membersihkan usus dan lemak degil yang terkandung dalam tubuh badan kita dengan selamat.. Produk ini mengandungi ekstrak buah-buahan dengan kepelbagaian serat yang kaya dengan Vitamin C dan E.. Minuman kesihatan ini mengandungi serat yang dapat menghalang karbohidrat berlebihan dan kalori daripada pengambilan makanan harian anda.. Jadikan jus berkhasiat ini sebagai sebahagian daripada gaya hidup anda bagi menggalakkan pertumbuhan bakteria baik bagi melancarkan sistem pencernaan agar lebih sihat berbanding sebelum ini.. Paling penting PASSION D'TOX ini TIADA KESAN SAMPINGAN!!
Kebaikan dan kelebihan yang ada pada PASSION D'TOX
Cara Pemgambilan Passion D'Tox
- Larutkan 1 paket Passion D'Tox ke dalam 150ml air (suhu bilik) dan diminum dengan segera sebelum tidur
- Untuk kesan yang lebih baik, minum segelas air keesokan harinya.
- Tidak digalakkan untuk ibu mengandung dan kanak-kanak
- Sesuai dan selamat untuk ibu yang menyusu
Status Halal & KKM Produk
PASSION D'TOX ini diperakui HALAL dan telah disahkan oleh KKM serta 2,000,000 insurans product..
Pengalaman aku dengan Passion D'Tox
Aku sendiri telah mencuba Passion D'Tox ni... Almaklumlah, aku pown nak juga detox badan aku yang setelah sekian lama tak terdetox ni.. Segala toksin dok ada dalam badan ni.. Nampak aje kurus, tapi toksin berlambak tau.. Haha.. Firstime minum Passion D'Tox ni, aku dah jatuh cinta dengan rasa dia.. Rasa dia best.. Rasa buah.. Tapi satu ajelah, dah siap bancuh kene minum terus.. Sebab nanti dia akan jadi pekat likat.. Hehe.. Fiberkan, biasalah.. So, cepat-cepat bancuh, cepat-cepat jugak minum.. Hokeh!!
Seperti yang disarankan, amalkan sebelum tidur, Jadinya sebelum tidur aku akan minum Passion D'Tox ni dulu.. Dengan mengamalkan Passion D'Tox ni sebelum tidur, keesokan harinya pembuangan berjalan dengan lancarnya... Terasa perut sangat selesa dan badan menjadi segar.. Mungkin bagi diri aku, masalah berat badan tiada tetapi masalah sembelit kadang kala membelenggu juga.. Jadi, itulah pentingnya kita detox diri kita membuang segala toksin yang ada dalam badan supaya ianya tidak mengganggu gugat kesihatan kita... Sesambil tu dapat lah kekalkan bentuk badan kan.. Slim melim gituu... Bertepatan dengan slogan Passion D'Tox iaitu LIFE.EAT.SLIM... Ahakz..
Kalau korang nak detox badan korang juga boleh la cuba Passion D'Tox ni.. Sangat bagut tau.. Harganya pown berpatutan..
HARGA PASSION D'TOX
Murah kan!! Okeh, ada berita baik buat semua pembaca Blog Lea Azleeya ni.. Jika korang juga ingin mencuba Passion D'Tox ni, korang boleh menggunakan code LEAAZLEEYAPDXMY bagi mendapatkan FREE GIFT dengan setiap pembelian produk Passion D'Tox di Facebook Page Passion D'Tox Malaysia.. Bestkan.. Beli produk pastu dapat pulak Free Gift...
Seperti yang disarankan, amalkan sebelum tidur, Jadinya sebelum tidur aku akan minum Passion D'Tox ni dulu.. Dengan mengamalkan Passion D'Tox ni sebelum tidur, keesokan harinya pembuangan berjalan dengan lancarnya... Terasa perut sangat selesa dan badan menjadi segar.. Mungkin bagi diri aku, masalah berat badan tiada tetapi masalah sembelit kadang kala membelenggu juga.. Jadi, itulah pentingnya kita detox diri kita membuang segala toksin yang ada dalam badan supaya ianya tidak mengganggu gugat kesihatan kita... Sesambil tu dapat lah kekalkan bentuk badan kan.. Slim melim gituu... Bertepatan dengan slogan Passion D'Tox iaitu LIFE.EAT.SLIM... Ahakz..
Kalau korang nak detox badan korang juga boleh la cuba Passion D'Tox ni.. Sangat bagut tau.. Harganya pown berpatutan..
HARGA PASSION D'TOX
Untuk keterangan lanjut dan pembelian, sila layari :-
Facebook Page
Instagram
#passiondtoxmalaysia
#passiondtoxmalaysiabyd
#asianmummyathome
#lifeeatslim
#pdx
Subscribe to:
Posts (Atom)






























