sgshop
Showing posts with label sgshop. Show all posts

RM100 SGShop Shopping Credit Selamat Digunakan

Tuesday, July 25, 2017

11 comments
RM100 SGShop Shopping Credit Selamat Digunakan  |  Wohaaa!! Alhamdulillah, order terakhir aku di SGShop dah pun sampai ke tangan... Dengan ini, RM100 SGShop shopping credit yang aku menang dalam Giveaway SGShop Shopping Credit By Wani Sukarno telah selamat aku gunakan.. Hehe... Apa yang aku beli tu?? Masih lagi memborong baju Qhaliff.. Kan aku dah cerita kat entry yang lepas - Borong Baju Anak Di SGShop Malaysia..


Sebelum ni aku dah borang 3 pasang baju Qhaliff.. Dan ini adalah yang balance duit, aku beli lagi sehelai.. Maka selamatlah sudah shopping credit aku gunakan.. Hiks.. Macam biasalah, nak tunggu parcel sampai memang lambat sebab kite beli barangan terus dari China.. Yang penting harga murah dan barang berkualiti... 


Dalam banyak-banyak baju kat SGShop tu, yang ini jugak aku berkenan.. Tak tahu kenapa.. Pada mata aku smart.. Siap bertali bagai.. Nampak lah kelainannya sikit dan ada style.. Nanti-nanti kalau dah serabut sangat dengan tali tu, aku kasi potong jerk la.. Haha.... Kalau korang rasa nak shopping baju anak-anak korang ke, baju korang sendiri ke, atau barang-barang lain, korang bolehlah terjah laman web SGShop Malaysia.. Banyak gile kot barang best-best kat sana.. Jangan rambang mata sudahhh!!


Read More

Borong Baju Anak Di SGShop Malaysia

Friday, July 14, 2017

19 comments
Borong Baju Anak Di SGShop Malaysia  |  Ada yang masih tak tahu ke tentang SGShop? SGShop ni adalah sebuah website online shopping yang barangnya adalah terus dari China.. Untuk kita yang berada di Malaysia ni, boleh shopping di SGShop Malaysia supaya lebih mudah dalam urusan pembelian dengan menggunakan bahasa melayu atau inggeris.. Hiks.. Baru-baru ni aku sekali lagi borong baju anak di SGShop Malaysia.. Sebelum ni dah pernah shopping di sana tetapi menggunakan duit sendiri.. Kali ni shopping dengan sakannya kerana Menang Giveaway SGShop Shopping Credit By Wani Sukarno bernilai RM 100..


Pada awalnya, aku nak shopping baju newborn untuk bakal baby yang akan lahir nanti.. InsyaALLAH... Tetapi memandangkan aku tengok baju newborn yang ada kat laman web tu agak mahal harganya, jadi aku shopping aje baju si Qhaliff.. Baju Qhaliff lagi murah berbanding baju newborn.. Huhu... First shopping aku pilih 3 helai baju.. Tak berani nak beli banyak sebab risau kos pos dan servis casnya tinggi dan terpaksa tambah duit sendiri pulak.. So, bila dah bayar kos pos dan servis cas, ada lebihan credit.. Aku beli lagi sehelai baju Qhaliff untuk habiskan credit yang ada.. Cuma kos pos belum dibayar lagi.. Tunggu sampai warehouse dulu.. Hiks..

Borong Baju Anak Di SGShop Malaysia
Borong Baju Anak Di SGShop Malaysia
Memandangkan Qhaliff kurang baju berseluar pendek, aku borong semuanya seluar pendek.. Baju belang-belang merah tu, tengok dalam gambar lawa, bila sampai, lahaiii cam baju pompuan la pulak.. Haha.. Tak pe la, seluarnya masih boleh dipakai.. Hiks.. Tak sabar pulak nak tunggu yang sehelai lagi.. Hehe.. Setakat ni kualiti baju sangat ok berpadanan dengan harganya... Yang tak dayanya nak membayar kos pos dan servis casnya yang kadang kala agak mahal mengikut barang... Biasalahkan barang dari china, haruslah mahal kos posnya.. So, kene tengok barang yang dibeli jugak.. Kena buat perbandingan harga dulu sebelum beli..

Orite, kalau korang nak try beli barang terus dari China bolehlah layari laman web SGShop Malaysia... Banyak barang-barang menarik dan murah.. Kalau nak borong buat berniaga memang berbaloi-baloi..


Read More

Akhirnya Terpilih Sebagai Pemenang Giveaway SGShop Shopping Credit By Wani Sukarno

Tuesday, June 20, 2017

16 comments
Akhirnya Terpilih Sebagai Pemenang Giveaway SGShop Shopping Credit By Wani Sukarno  |  Alhamdulillah, setelah percubaan beberapa kali join giveaway SGShop shopping credit anjuran rakan-rakan blogger, akhirnya terpilih sebagai pemenang Giveaway SGShop Shopping Credit by Wani Sukarno.. Sebenarnya, nama pemenang dah diumumkan pada 14 Jun 2017 yang lalu.. Tapi aku jerk terlupa nak update tentang hal ini.. Otak terlalu sarat dengan idea sampai tercicir entry untuk yang ini.. Hukhuk!!

Akhirnya Terpilih Sebagai Pemenang Giveaway SGShop Shopping Credit By Wani Sukarno
Terpilih Sebagai Pemenang Giveaway SGShop Shopping Credit By Wani Sukarno
Pinjam banner cantik ni ye wani.. ^_^

Giveaway RM1000 Shopping Credit by Wani Sukarno ni aku join akhir bulan Mei hari tu.. Tak sangka juga terpilih sebagai pemenang untuk kali ni.. Alhamdulillah ada rezeki aku untuk shopping di SGShop nanti.. Pape pun nak ucapkan terima kasih bebanyak pada Blogger Wanie kerana sudi memilih diri ini sebagai pemenang... Cewahhh.. Ayatnya ya ampunnn!!




Plan asal aku kalau menang giveaway ni nak beli kabinet baju untuk baby baru.. Tetapi bila di riki-riki dengan Blogger Sha tentang pembelian rak buku beliau di SGShop, terus tak jadi kerana kos postage agak mahal berbanding harga barang.. So, aku kuburkan niat aku tu dan aku akan shopping baju baby aje nanti kat SGShop... Hiks.. 

Orite, kalau korang tak de idea nak masak ape hari ini, korang boleh terjah Blog Wani Sukarno untuk mendapatkan resepi-resepi yang superb sedap... Berlambak uolls resepi kat blog beliau... Semua sedap-sedap belaka.. Tak pun, kalau korang nak beli produk Nurraysa pun boleh.. Beliau ada menjual produk tersebut...

Jom terjah sekarang!!





Read More

Giveaway RM1000 By Solehah Shamsuddin & SGShop Malaysia

Wednesday, June 14, 2017

15 comments
Giveaway RM1000 By Solehah Shamsuddin & SGShop Malaysia  |  Wahhh blog tak berupdate hari ni... Untuk tidak membiarkan blog terus sepi sekuntum mawar merah, aku join giveaway by Blogger Solehah Shamsuddin x SGShop ni... Mane tahu ada rezeki untuk menang, dapatlah bershopping di SGShop... Banyak bende jugak yang nak dibeli ni tau.. Hehe!!

Giveaway RM1000 By Solehah Shamsuddin & SGShop Malaysia
Giveaway RM1000 By Solehah Shamsuddin & SGShop Malaysia
Klik banner untuk join

Oke, untuk memenuhi syarat yang ditetapkan untuk giveaway ini, aku sertakan segala butiran yang diperlukan seperti kat bawah ni...

Usernama SGShop Malaysia | LeaAzleeya

ID Blog | Blog Lea Azleeya

Facebook | Lea Azleeya

Instagram | Lea_Azleeya

Hadiah untuk pemenang giveaway ni adalah shopping credit bernilai RM 100 untuk 10 orang pemenang.. Andai katalah ada rezeki aku menang giveaway ni, aku nak shopping pakaian untuk baby baru aku nanti.. Banyak jugak yang menarik di SGShop... Rambang mata jadinya.. Murah pulak tu... 


Orite, kalau korang berhajat jugak nak shopping free di SGShop Malaysia, bolehla join giveaway anjuran Sis Solehah Shamsuddin ni.. Giveaway ni berlangsung hanya selama seminggu sahaja hokeh.. Cepat-cepat tau.. Kot-kot rezeki menyebelahi kitakan.. Leh la shopping di SGShop free..!! Hiks..


Tarikh Tutup
20 Jun 2017


Read More