Top Social

Image Slider

Showing posts with label resepi. Show all posts
Showing posts with label resepi. Show all posts

Kacang Panjang Masak Lemak Putih Simple

Thursday, May 16, 2019
Kacang Panjang Masak Lemak Putih Simple  |  Ada kala berbuka dengan lauk yang simple lagi sedap berbanding berbuka dengan pelbagai lauk sehinggakan tak tahu nak makan yang mana satu.. Betul tak? Satu lagi, boleh berlaku pembaziran.. Cewahh.. Baru-baru ni rasa rindu masakan Mak yang menjadi feberet aku iaitu Kacang Panjang Masak Lemak Putih.. Serius sedap weh.. Mak aku masak la apa pun semuanye sedap beb.. Masakan seroang ibu tiada tandingan.. Kan? Hiks..

Dah rasa rindu tu kenalah buat sendiri.. Nak balik umah mak time keje memang tak la.. Letih woihh!! So, decide masak sendiri aje.. Lagi pun bukannya susah sangat kan.. Masak kacang panjang lemak putih dan ikan goreng pun dah cukup menyelerakan sampai bertambah-tambah nasik.. hehe.. Yang mana belum pernah cuba masakan ni, boleh try resepi kat bawah ni ye.. Simple jerk aku buat..


Kacang Panjang Masak Lemak Putih Simple

Bahan-bahan

6 @ 7 batang kacang panjang
1 biji bawang besar - dibelah 4
2 biji cili besar - dibelah 4
1 kotak santan ayam brand
1-2 ekor ikan selayang/ikan kembung - direbus & diambil isinya
Garam & serbuk perasa secukup rasa

Cara-Cara
  • Kacang panjang yang telah dipotong, direbus seketika. Jangan terlalu lama ye.. Nanti lembik tak sedap.. Toskan.
  • Masukkan santan ke dalam periuk dan masukkan isi ikan serta cili besar. Aku guna ikan selayang.. Manisssss.. hehe.. Masak dengan api yang perlahan.
  • Setelah mendidih, masukkan kacang panjang dan juga bawang besar.
  • Kemudian masukkan garam dan serbuk perasa secukup rasa. Masak seketika. 
  • Setelah masak, bolehlah dihidangkan..


Simple-simple sudahhh.. hehe.. 2 orang jerk pun makannya..
Selamat mencuba guys..


Gulai Kuning Ikan Kembung Sedap Dan Mudah

Wednesday, May 15, 2019
Gulai Kuning Ikan Kembung Sedap Dan Mudah  |  Teringin nak makan Gulai Kuning Ikan Kembong.. Cara buatnya mudah jerk sebenarnya, cuma bila penyakit M tu selalu sangat menyerang tu yang tak terbuat tu.... Kali ni aku gagahkan diri jugak untuk memasak menu kegemaran aku ni sebabnya memang teringin sangat-sangat nak makan.. Dah macam orang mengidam jerk gayanya ye.. hehe.. So, kali ni kita buat sampai jadi.. 

Jadi ke idok??? Jom kita check resepi dan jangan lupa cuba ye.. Hiks.. Makan ngan sambal belacan sedap woii.. Tapi aku jerk malas nak buat sambal belacan.. Jadi, kita bedal jerk dengan sambal belacan adabi.. Haha.. 


Resepi Gulai Kuning Ikan Kembong Sedap dan Mudah

Bahan-Bahan

4 ekor ikan kembung
2 ulas bawang merah*
1 inci kunyit hidup*
2 hiris lengkuas*
3 keping asam gelugor
4 bij cili api
1 biji timun 
1 kotak santan ayam brand
Garam secukup rasa


Cara-Cara
  • Bersihkan ikan dengan sempurna.. Kalau rasa besar boleh potong dua.. 
  • Kisar halus bawang merah, kunit hidup dan lengkuas. Aku campur santan sikit masa blend tu.. Hiks..
  • Belah dua timun dan potong mengikut citarasa masing-masing.. Biasa kalau buat gulai ni kene potong tebal sikit.. Macam aku guna timun jepun.. hehe Itu jerk yang ada dalam freezer.
  • Masukkan santan, bahan kisar dan asam gelugor ke dalam periuk atau kuali mengikut keselesaan masing-masing ketika memasak.. Panaskan sehingga mendidih.
  • Kemudian masukkan ikan, timun, cili api, garam dan serbuk perasa secukup rasa.
  • Masak jangan terlalu lama ye, nanti ikan akan hancur.. Kacau supaya masak pekat sekata.
  • Siap dan boleh dihidangkan..


Selamat mencuba..!!


Singgang Pedas Ikan Kerisi Versi Terengganu

Monday, May 13, 2019
Singgang Pedas Ikan Kerisi Versi Terengganu  |  Selamat berpuasa semua.. Dah hari ke-8 kita berpuasa.. Pejam celik pejam celik sekejap jerk rasanya masa berlalu.. Puasa tahun ni aku agak kerajinan untuk memasak.. Mood dah berubah agaknye.. Haha!! Yang mane masakan tak pernah buat pun aku rasa nak cuba buat.. Harapnya rasa rajin ni terus melanda sehingga habis puasa.. Hiks.. 

Ok, kali ni aku nak kongsikan resepi Singgang Pedas Ikan Kerisi Versi Terengganu.. Lama gila dah tak makan singgang pedas ni.. Rindu betul masakan mak aku.. Bila dah teringin sangat nak makan, apa lagi kite terus aje buat memandangkan ikan kerisi pun masih berbaki dalam freezer... Orite, tak nak cakap banyak, jom semak resepinya..


Singgang Pedas Ikan Kerisi Versi Terengganu

Bahan-bahan
3 @ 4 ekor Ikan Kerisi
5 biji cili api merah*
4 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 inci lengkuas*
1/2 inci kunyit hidup*
5 keping asam gelugor
8 tangkai daun kesum
2 kuntum bunga kantan (dibelah 2) - aku tak isi
3 cawan air
Garam secukup rasa

contoh bahan-bahan (sumber : resepi mama)

Cara-cara
  1. Ikan kerisi dibuang sisi dan dibersihkan.
  2. Kisar halus cili padi, bawang merah, bawang putih, lengkuas, kunyit hidup bersama 1 cawan air.
  3. Masukkan bahan kisar ke dalam periuk bersama asam gelugor, 2 cawan air dan garam secukup rasa. Masak sehingga mendidih.
  4. Kemudian, masukkan ikan, bunga kantan (aku tak isi sebab malas nak p beli hehe) dan daun kesum.
  5. Biarkan mendidih lagi dengan api yang perlahan selama 5 minit.
  6. Siap dan boleh dihidangkan..



Bihun Goreng Tom Yam

Sunday, July 08, 2018
Bihun Goreng Tom Yam  |  Petang tadi terasa nak makan mee goreng.. Tapinya encik suami request bihun goreng.. Dia memang tak suka sangat mee lebih suka bihun.. Jadi, aku setuju aje lah dengan cadangan dia tu.. Time dok sediakan bahan-bahan, idea nak buat bihun goreng tom yam pun datang.. Terus kerah encik suami belikan pes tom yam.. Tak pernah buat lagi sebelum ni.. Walaupun tak pernah buat, aku tetap kuatkan diri untuk cuba sesuatu yang tak pernah aku buat.. hehe.. 


Cuma ada sedikit frust bila mana encik suami bawak balik pes tom yam putih.. Huhu.. Pasrah jerk lah aku.. Tapi alhamdulillah bihunnya tetap jugak menjadik.. Pada awalnya nak buat setengah bungkus aje.. Sekali encik suami suruh pulak buat sebungkus terus.. Banyak-banyak siapa nak makan.. Tapi aku buat jugak la.. Haha.. Ok, jom tengok resepi Bihun Goreng Tom Yam versi Lea Azleeya..


Resepi Bihun Goreng Tom Yam

Bahan-Bahan
1 bungkus bihun - rendam sehingga lembut dan toskan
1 labu bawang besar - hiris (nak kisar pun boleh)
3 ulas bawang putih - ketuk
200gm ayam - potong kecil
2 senduk cili kisar (aku sukat guna senduk nasik)
3 sudu pes tom yam (terpaksa guna pes tom yam putih sebab encik suami salah beli.. huhu)
1 biji tomato - hiris nipis
3 helai daun limau purut
Lobak -hiris nipis memanjang
Lada - potong  nipis serong
1 mangkuk air (kalau nak bihun basah lebihkan sukatan air)

Cara-Cara
  • Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bawang putih dan bawang besar sehingga kekuningan
  • Masukkan cili kisar dan pes tom yam.. Tumis sehingga pecah minyak
  • Masukkan ayam dan masak sekejap..
  • Masukkan air, garam, gula dan serbuk perasa secukupnya.
  • Masak seketika dan masukkan lobak, tomato dan sawi
  • Kemudian masukkan daun limau purut yang telah dicarikkan
  • Bila dah sayur dah lembut, masukkan bihun dan goreng sehingga ramuan sebati
  • Last sekali masukkan lada yang telah dipotong nipis..
  • Masak seketika dan bolehlah dihidang

Lebih sedap kalau makan dengan telur dadar.. Perghh terangkat.. Selamat mencuba..


Pasta Goreng Pedas Versi Melayu

Monday, July 02, 2018
Pasta Goreng Pedas Versi Melayu  |  Pagi tadi aku sarapan nasi goreng.. Lunch aku bedal pulak nasi berlauk.. Balik kerja, mood makan nasik dah tak de sebab hari ni rasanya dah banyak makan nasik.. Sedang aku dok fikir nak masak apa, encik suami terlebih dahulu dah santap nasi dengan lauk semalam yang masih elok dan powerrrrr rasanya.. Haha!! Katanya tak nak membazir.. Bagus betul laki aku ni.. Kikiki.. Lastnya aku teringat pasta yang berbaki yang sebelum ni aku buat makanan untuk si Aqiff.. Sekarang ni dia dah tak nak dah pasta, dia layan nasik pulak.. Jadi, tak nak membazir aku decide masak Pasta Goreng Pedas Versi Melayu.. Kohkohkoh!!


Sebenarnya ni kali pertama aku buat pasta goreng ni.. Kire resepi campak-campak jerk la ni.. Main agak-agak jerk.. Yang pastinya harus pedas.. Tapi kesian jugak anak aku si Qhaliff tu makan pedas-pedas.. Tapi yang peliknya, dia layan baik punye walaupun pedas.. Biasa, kalau tengok makanan merah-merah dah tak nak makan.. Katanya pedas!! Tapi kali ni, boleh pulak dia makan.. Makan pun 3, 4 mulut jerk la.. Pastu layan telur goreng pulak sebijik.. Haha!! 

Dah ada masa ni, bolehlah aku up resepinya terus.. Walaupun resepi campak-campak, alhamdulillah boleh dimakan tanpa ada yang pengsan.. Haha!! Encik suami dah makan nasik, boleh layan lagik Pasta Goreng Pedas Meletop ni 2 pinggan.. Uisss, ada tangki spare ke dia? Haha!! Aku masak ni guna bahan yang ada jerk.. Kalau ada daging cincang atau ayam atau udang lagik best.. Tapi malangnya semua tiada kecuali ayam yang keras kejung dalam peti ais.. Takan nak tunggu cair kot!! Malam buta kang baru dapat makan jawabnya.. Jadi, guna ajelah apa ada ye.. Jom belek Resepi Pasta Goreng Versi Melayu aku ni..

RESEPI PASTA GORENG PEDAS VERSI MELAYU


Bahan-Bahan :-
300g pasta (aku guna yang jenis sayuran)
1 biji bawang besar - cincang halus
2 ulas bawang putih - cincang halus
2 sudu besar cili kisar
1 biji tomato - potong dadu
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
1 sudu Chicken Stock Knorr
Lobak Merah
Cili Besar (Merah) - Hiris (Guna lada benggala merah + hijau + kuning lagik cunnn)
Cili Padi (Hijau) - Potong kecil-kecil
1 cawan kecil air rebusan pasta
Garam, gula dan Pasti Sedap Knorr secukup rasa
Minyak untuk  menumis

Cara-Cara :-
1.  Rebus pasta terlebih dahulu sehingga lembut.. Jangan lupa isi sedikit garam tau masa merebus tu. Dah siap sila toskan ye..
2.  Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga keperangan. Selepas itu masukkan cili kisar dan tumis sehingga pecah minyak.. Kemudian masukkan buah tomato yang telah didadukan tadi dan masak sehingga layu.. Aku guna tomato segar sebab aku tak suka sos tomato.. Hehe
3.  Masukkan sos cili, sos tiram dan Chicken Stock Knorr.. Kacau rata dan tuangkan air rebusan pasta tadi.. Kacau sebentar dan biar mendidih.. 
4.  Masukkan sedikit gula dan sekiranya kurang masin, boleh tambah sedikit garam..
5.  Last sekali, masukkan pasta yang telah ditoskan airnya.. Gaul rata dan masukkan Cili Besar Merah, Cili Padi Hijau dan juga Lobak merah.. Gaul rata dan masak sebentar.. Kemudian bolehlah tutup api dan nikmatinya bersama keluarga.. Cewahh!!.. Lagi sedap makan bersama telur goreng.. Nyumm nyummm!!


Selamat mencuba.. :)



Ikan Talapia Masak 3 Rasa Yang Simple Dan Mudah

Tuesday, May 22, 2018
Ikan Talapia Masak 3 Rasa Yang Simple Dan Mudah  |  Hari ahad baru ni encik suami request nak makan Ikan Talapia Masak 3 Rasa... Jadi, aku usahakan juga untuk buat walaupun sebelum ni tak pernah buat.. Haha!! Kiranya firstime la aku try buat ni.. Ada la jugak usha resepi kat internet sekali imbas.... Bende tak pernah buat jadi nak jugak tahu basicnya macam mana ye dak? hehe.. Lepas tu main agak-agak sendiri jerk la... Nasib baik menjadik.. Huhu.. Jom tengok resepinya...

Ikan Talapia Masak 3 Rasa Yang Simple Dan Mudah
Ikan Talapia Masak 3 Rasa Yang Simple Dan Mudah

Ikan Talapia Masak 3 Rasa
Oleh : Lea Azleeya

Bahan Untuk Ikan
1 ekor ikan talapia
Tepung Tempura Bistari - lumur pada ikan
Minyak Masak untuk menggoreng


Bahan Untuk Sos
4 ulas bawang putih - ketuk
8 tangkai cili padi - dipotong kecil
1 inci halia - dihiris halus
3 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tiram
1 biji bawang besar - dipotong dadu
1 biji tomato - dipotong dadu
1/4 biji lada benggala - dipotong dadu (aku guna warna hijau & merah)
kuib nenas dalam tin
3 helai daun limau purut - sila buang tulang daun tu ye!
Minyak masak untuk menumis
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Perasa - Pasti Sedap Knorr secukup rasa

Cara-Cara Goreng Ikan
  • Bersihkan ikan sebersih-bersihnya dan gaulkan dengan Tepung Tempura Bistari.. Biasa orang guna tepung jagung kan.. Disebabkan tepung jagung tiada, jadi aku gantikan dengan Tepung Tempura Bistari.. Sedap rupanya..
  • Panaskan minyak di dalam kuali.. Setelah minyak betul-betul panas, barulah masukkan ikan.. Setelah garing, angkat dan ketepikan..


Cara-Cara Buat Sos
  • Panaskan minyak di dalam kuali.. Tumis bawang putih, halia dan cili padi.
  • setelah bawang putih kekuningan, masukkan pula sos cili dan sos tiram... Seterusnya masukkan juga 5 sudu jus nenas di dalam tin beserta daun limau purut.. Sepatutnya kena isi juga sos tomato untuk cipta rasa masam tu.. Masalahnya aku tak suka sos tomato jadi aku lebihkan sikit jus nenas.. Hehe.. Kacau seketika.
  • Last sekali, masukkan bahan-bahan lain seperti bawang besar, tomato, nenas dan cili benggala.. Masukkan sedikit air supaya tak terlalu kering dan seterusnya masukkan garam, gula dan serbuk perasa - Pasti Sedap Knorr secukup rasa..
  • Biarkan kuah mereneh seketika.. Setelah kuah agak pekat dan berkilat, bolehlah diangkat dan terus curahkan ke atas ikan yang telah digoreng tadi..
  • Sedia untuk dihidang!!


Mudahkan!! Dulu-dulu aku ingatkan masak 3 rasa ni susah dan cerewet.. Bila dah buat ni, rasa senang gile kot!! Anytime boleh buat... Cuma bahan-bahannya agak banyak la.. Boleh aje kalau nak isi nenas saja, tetapi kurang sedap dan tak cantik la persembahan Masak 3 Rasa tu.. Betul tak? Hehe..

Orite, kalau korang nak cuba resepi derhaka aku ni, boleh la cuba.. Kalau nak resepi yang penuh, bolehlah terjah resepi dari Kak Azie Kitchen di SINI.. Biasa kalau nak masak apa-apa mesti aku rujuk blog beliau.. Tapi akan terjadinya resepi derhaka sebab aku suka tukar dan ubah bahan-bahannya.. Haha!! Sorry Kak Azie.. Apa-apa pun, resepi ni memang menjadik.. 

Selamat mencuba uolls!!


Resepi Ayam Tumis Paprika Sedap

Sunday, May 20, 2018
Resepi Ayam Tumis Paprika Sedap  |  Sahur pertama kelmarin, aku tak tahu nak masak apa.. Bila jengok dalam peti, cuma ada ayam sahaja.. Tekak rasa nak makan sesuatu yang pedas.. Tapi bosan pulak kalau nak buat ayam masak merah.. Fikir punya fikir, on jerk la Ayam Tumis tetapi diolah sikit resepinya supaya ada kelainan pada rasanya.. Bila dah olah tu, terciptalah Resepi Ayam Tumis Paprika.. Alhamdulillah sedap!! Haha masuk bakul sila angkat sendiri.. 

Resepi Ayam Tumis Paprika Sedap

Eh kenapa tak de lobak dan kacang panjang? Hahaha.. kan aku dah cakap tadi dalam peti ais aku cuma ada Ayam sahaja.. Aku saje je isi nama resepi ni Ayam Tumis Paprika sebab aku masukkan daun limau purut dalam masakan ni.. Bila rasa, ada sikit-sikit macam Paprik.. Kire on la dengan nama tu.. Huhu.. Jom tengok resepinya.. Resepi simple jerk tau!!

RESEPI AYAM TUMIS PAPRIKA SEDAP

Bahan-Bahan :-

5 ketul ayam
Tepung Tempura Bistari
1 biji Bawang Besar - hiris
3 ulas Bawang Putih - ketuk
5 biji Lada Kecil - buang tangkai & belah 2 bahagian atas sahaja
1 biji Lada Besar (Merah) - hiris
2 sudu besar Cili Boh
2 sudu besar Sos Cili
2 sudu besar Sos Tiram
1 helai daun limau purut
Sedikit Kicap
Sedikit perasa Pasti Sedap Knorr
Garam secukup rasa
Minyak masak

Cara-Cara :-

Goreng Ayam
  • Perap ayam dengan Tepung Tempura Bistara selama 30 minit
  • Selepas 30 minit, gaulkan atau golekkan ayam perap tadi ke dalam Tepung Tempura Bistari sekali lagi
  • Goreng ayam sehingga masak
Tumis Ayam

  • Masukkan minyak ke dalam kuali dan tumis bawang putih & bawang besar..
  • Seterusnya masukkan cili boh dan tumis hingga pecah minyak
  • Masukkan sos cili, sos tiram dan sedikit kicap serta garam dan perasa Pasti Sedap Knorr secukup rasa.. Kacau rata..
  • Sekiranya terlalu kering, boleh masukkan sedikit air..
  • Kemudian, masukkan ayam, lada kecil, lada besar dan daun limau purut.. Kacau rata dan tunggu sehingga masak
  • Dah masak bolehlah dihidangkan..

Pasti Sedap Knorr Menyedapkan Lagi Masakan


Ni tip nak bagi kat korang.. Kalau nak sedapkan lagi masakan korang, pastikan korang guna Pasti Sedap Knorr barulah terangkat masakan korang tu.. Aku memang pengguna setia produk keluaran Knorr ni.. Bukan Pasti Sedap sahaja tetapi Chicken Stock dan Lime Flavoured Powder pun aku guna jugak..

Baca Sini : Chefmanship Akademi Mendidik Pengendali Makanan Dengan Pengurusan Sisa Dan Lebihan Makanan Sebelum Bulan Puasa


Resepi Ayam Korea Pedas Sedap Viral

Tuesday, May 01, 2018
Resepi Ayam Korea Pedas Sedap Viral  |  Dah dekat-dekat nak puasa ni, mulalah mencari resepi yang sedap-sedap untuk menu berbuka nanti.. Asal lalu aje resepi sedap dekat wall facebook atau terbaca dekat mana-mana blog, mesti screen shot simpan dalam phone.. Senang nanti, bila time puasa boleh terus belek aje tak yah nak mencari dah.. Hehe.. Bosan jugakkan kalau hari-hari berbuka dengan menu yang sama.. Jadi, untuk pelbagaikan menu berbuka, kita standby awal-awal resepi yang bajet-bajet best dalam phone.. Hiks.. 


Nak dijadikan cerita, baru-baru ni lalulah dekat wall facebook aku Resepi Ayam Korea Viral dari Blogger LinLiena... Mengancam habis gambar dia... Memang tak mampu untuk menunggu time puasa baru buat.. Haha... Hari gaji baru ni, time beli barang dapur terus aje beli bahan-bahan nak buat Resepi Ayam Korea Viral ni... Tak sabar rasanya nak buat.. Dah terbayang-bayang keenakannya... Tu baru tengok gambar Sis Lin, belum lagi makan ayamnya.. Haha!!

Tapi nak buat tu kena cari masa yang sesuai jugak sebenarnya sebab encik suami kerja shif.. Jadi, tunggu dia cuti baru dapat buat.. Kebetulan hari ni 1 Mei, jadual kerja dia Cuti Mingguan.. Bolehlah buat hari ni untuk makan tengahari.. Tapi kitorang bukan makan dengan nasi putih tau, tetapi makan dengan nasi goreng.. Baru ngam dengan Ayam Korea ni..

Orite, jom aku ajarkan korang cara masak Ayam Korea Pedas Sedap Viral ni... Perghh nama resepi pun aku derhaka wehh!! Haha!!

Resepi Ayam Korea Pedas Sedap Viral

Untuk percubaan pertama ni aku guna 6 ketul ayam sahaja..
Sorry ye, tak snap pulak gambar ayam bersih.. 
Ni gambar yang dah diperap dengan tepung.. Ekeke..


Perap ayam dengan Tepung Tempura Bistari semalaman..
Hakak perap 2 - 3 jam jerk dik non sebab tak sabooo dah nak ngap!! Haha...
(Kalau nak guna Tepung Goreng Seri Aji pun boleh jugak macam Kak Lin guna.. Hiks)


Dah siap perap 2 - 3 jam ayam tadi,
bolehlah golekkan satu persatu dalam Tepung Tempura Bistari


Lepas tu bolehlah digoreng sehingga garing..
Aku kedekut minyak, sebab tu ayam tu tak tenggelam... Haha!!


Bahan-Bahan Sos
****
2 sudu besar Sos Tiram
2 sudu besar Sos Cili
2 sudu besar Madu
2 sudu besar Sos Plum ( Untuk memberikan rasa masam)
Aku tak isi pun sebab malas nak beli.. Hehe



3 ulas bawang putih
3 @ 4 biji cili padi

Kalau korang rasa nak pedas, korang tarok la banyak-banyak cili ye..
Ikut tahap kepedasan masing-masing..  Aku letak 7 biji aje cili api untuk kali ni.. hehe


Tumbuk bawang putih dan cili padi sampai lumat..
Eh! Sorry lesung batu aku dah terbelah dua, jadi aku kisar guna benda alah ni aje.. Ekeke..

Sebenarnya kalau tumbuk lagi sedap tau.. Jadi, korang jangan malas ye..
Mesti kene tumbuk bahan-bahan ni dengan lesung batu baru ada umphh...!!


Kemudian, bolehlah campurkan bahan-bahan sos 
dengan bahan yang telah ditumbuk/kisar tadi.. 

Korang boleh ejas rasa dia time ni.. Kalau korang rasa nak manis, bolehlah tambah madu.. 
Kalau nak masam, bolehlah tambah sos.. Kalau nak pedas, hah korang tumbuk la lagi lada dan tambah.. Hehe..


Ayam goreng dah ada, sos pun dah ada.. Jom kita satukan mereka.. 

Panaskan kuali... Letakkan minyak 2 sudu besar dan tumis sos tadi.. Jaga api ye, jangan terlalu kuat nanti sos hangus.. Masukkan ayam dan kacau rata..



Yeyyyy!! Siap dah Ayam Korea Pedas Sedap Viral kita... Nak makan macam tu aje pun boleh.. Tapi aku lebih suka makan dengan Nasi Goreng.. Sodapppp!!

Ok, Selamat Mencuba..

Credit : Kak Lin


Daging Kunyit Tumis Berbawang Kegemaran Family

Monday, June 12, 2017
Daging Kunyit Tumis Berbawang Kegemaran Family  |  Assalamualaikum wbt.. Hi korang.. Puasa tak hari ni?? hehe.. Kot ada yang tak puasakan... Hiks.. Ok, hari ni aku nak share dengan korang menu kegemaran aku dan family, Daging Kunyit Tumis Berbawang... Lauk ni memang feberet kami sekeluarga.. Sampaikan anak aku si Qhaliff tu pun, kemaheenn selera makan nasi kalau ada lauk ni.. 


Menu ni sebenarnya ciptaan aku sendiri.. Aku tak pasti lah korang pernah masak macam aku ni ke atau pun tak.. Tapi untuk menu kali ni memang aku tak tengok resepi mana-mana, tetapi bikin sendiri saja.. Mungkin juga terinspirasi dengan masakan ayah aku satu ketika dulu.. Dimana, dia pernah masak lauk macam ni... Sedap!! Tapi time tu aku sekolah lagi.. Nak cakap ingat cara dia masak tak jugak.. Aku main agak-agak jerk la.. Akhirnya, menu ni menjadi dan sedap dimulut aku dan family... Sampai laaa sekarang aku masih tak jemu-jemu makan lauk ni...  

Sebenarnya aku tak tahu nak letak nama apa untuk menu ni.. Jadinya aku letak mengikut nama bahan yang ada dalam resepi ni.. Jom tengok resepi ringkas aku...


RESEPI DAGING KUNYIT TUMIS BERBAWANG

Bahan-Bahan :-

Daging
3 bawang besar ( 2 dihiris, 1 dipotong bulat )
3 ulas bawang putih ( diketuk-ketuk )
1 biji cili besar ( dihiris serong )
5 biji cili padi ( dibelah hujung )
Sedikit serbuk kunyit
Garam dan perasa secukup rasa
Minyak untuk menumis


Cara-Caranya :-

  • Panaskan minyak di dalam kuali..
  • Masukkan bawang putih dan tumis sehingga kekuningan..
  • Seterusnya masukkan bawang besar yang dihiris tadi.. Lagi banyak bawang lagi sedap... Tumis seketika..
  • Kemudian, masukkan daging yang telah dipotong nipis.. Kacau seketika sehingga sebati dengan bawang tadi..
  • Masukkan air yang banyak untuk mereneh daging tadi sehingga lembut dan juga serbuk kunyit Biasanya aku akan reneh sebanyak 2 kali... Maksudnya 2 kali la isi air supaya daging betul-betul lembut dan bawang tadi menjadi hancur sebati dengan daging..
  • Setelah daging lembut, masukkan garam dan perasa secukupnya.. Kacau seketika..
  • Akhir sekali masukkan cili besar dan cili api beserta bawang besar yang telah dipotong bulat tadi... Kacau seketika..
  • Siap untuk dihidang...

Mudahkan... Daging  ni sedap dimakan dengan nasi yang panas-panas.. Memang bertambah la jawabnya... Inilah lauk kegemaran kami sekeluarga.. Kalau beli daging, mesti lauk ni dulu yang akan dimasak..




Ketam Masak Lemak Cili Padi Sedap

Thursday, June 08, 2017
Ketam Masak Lemak Cili Padi Sedap  |  Kalau masak ketam mesti nak kene masak Lemak Cili Padi.. Baru selera makan nasi... Korang pulak, biasa masak macam mana?? Sekarang ni nak makan ketam ke, sotong ke, udang ke, mesti fikir 10 kali sebab harganya boleh tahan jugak... Semuanya dah mahal sekarang.. Tak de bende yang murah kan.. Tapi bila tekak meminta-minta nak makan, kene la jugak beli sikit untuk melepaskan hajat anak tekak ni.. Hiks..

resepi, Ketam Masak Lemak Cili Padi, menu berbuka
Ketam Masak Lemak Cili Padi Sedap
Bagi aku, kalau makan ketam ni lebih nikmat main ratah macam tu aje tanpa makan dengan nasi.. Sebabnya, kalau makan dengan nasi silap-silap terabai nasi tu.. Asek dok sebok mengorek isi ketam tu.. Hehe.. Orite, kat sini aku sertakan sekali lah resepi Ketam masak Lemak Cili Padi ye.. Mane tau kot-kot korang ada niat nak masak ketam.. Leh la try resepi ni pulak.. 


RESEPI KETAM MASAK LEMAK CILI PADI SEDAP

Bahan-Bahan
1 kg Ketam
3 batang serai - diketuk
2 helai daun kunyit
1 keping asam gelugor
1 kotak santan
garam secukup rasa

Bahan Kisar
10 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2cm halia
4cm kunyit hidup
3 cm lengkuas
10 biji cili padi - ikut kepedasan masing-masing
2 batang serai

Cara-Caranya
  • Bersihkan ketam dan belah kepada 2 bahagian
  • Tumis bahan kisar sehingga pecah minyak
  • Masukkan santan dan serai
  • Kacau sehingga mendidih dan jangan berhenti kacau
  • Setelah mendidih masukkan ketam, asam gelugor dan daun kunyit serta garam
  • Kacau sehingga masak
  • Siap untuk dihidang


Salad Telur Hancur Terlebih Sedap

Wednesday, June 07, 2017
Salad Telur Hancur Terlebih Sedap  |  Lama betul tak buat Salad Telur Hancur ni.. Sekali buat bertambah-tambah nasi... Salad Telur Hancur ni sedap kalau dimakan dengan nasi dan sedap juga di makan begitu sahaja.. Wahh dah macam iklan tv pulak ye... hehe.. Tapi serius memang sedap rasanya... Kalau dulu-dulu rasa nak diet sikit tak nak makan nasi, aku buat aje salad telur hancur ni.. Kengkonon la nak diet kan.. haha!!

resepi, food, salad hancur terlebih sedap, resepi lea azleeya
Salad Telur Hancur Terlebih Sedap

Orite, inilah rupa Salad Telur Hancur tersebut... Ini yang dah aku gaul semua sekali termasuk mayones dan sos cili... Dah nak makan kene la gaul semua.. Kalau buat untuk amek gambar aje, memang mayones dan sos cili tu hanya sebagai hiasan ajerk la kan.. Ahakz.. Jom tengok bahan-bahannya dan cara penyediaannya... Mudah aje.. Petik jari dah boleh siap.. Opssss!! Haha...~!!


RESEPI SALAD TELUR HANDUR TERLEBIH SEDAP

Bahan A
3 biji telur
2 biji cili merah (Ditumbuk @ dikisar)
2 biji bawang merah
2 sudu makan  minyak masak
Garam secukup rasa

Bahan B - Untuk Sayur (Dihiris)
Sedikit kubis (Kuantiti mengikut citarasa)
2 biji tomato
3 biji cili merah
1 batang lobak merah
1 labu bawang besar

Bahan C - Sebagai hiasan
1 cawan mayones
3 sudu makan sos cili


Cara Membuat
  • Gaulkan bahan untuk telur kecuali minyak dan masakkan di dalam kuali sebagai telur hancur
  • Gaulkan semua bahan sayur bersama telur hancur
  • HIaskan dengan mayones dan sos cili
  • Hidangkan bersama roti ataupun nasi
Mudahkan.. Simple aje cara nak membuatnya.. Oh ya, aku dapat resepi ni dalam buku masakan sebenarnya... Buku ni aku dah beli tahun 2012 dulu lagi... Sebelum kawen lagik uolls.. Buku apakah?? 1 Hari 1 Resepi oleh Chef Hanieliza.. Aku percaya ramai yang dah memiliki buku masakan yang terbaik di pasaran ni.... Terdapat 365 resepi di dalam buku ni... Sepanjang tahun, kalau ikut betul-betul, memang 1 hari 1 resepi... Tapi rajinkan anda?? Ehhh rajinkah aku?? Huhuhu..

 Buku Resepi 1 Hari 1 Resepi by Chef Hanieliza


Resepi Telur Handur Terlebih Sedap itewww!!



Resepi Sardin Sedap Meletop

Wednesday, June 07, 2017
Resepi Sardin Sedap Meletop  |  Sardin memang feberet aku.. Dari dulu sehinggalah sekarang ni.. Dulu-dulu time bujang, bila pergi kedai makan mesti cari lauk sardin dulu.. Selera lain sikit aku ni.. Ingat lagi time aku pergi KL.. Pergilah cari makan dekat SOGO.. Alaa dekat food court kat atas tu.. Tingkat berapa entah, aku pun dah lupa.. Lama dah tak pergi KL.. hehe.. Member aku pelik sebab aku cari lauk sardin... Padahal berlambak lauk yang lagik sedap-sedap.. Sardin jugak yang aku carik.. hehe..

Resepi Sardin Sedap Meletop

Biasanya sardin ni dikaitkan dengan lauk terdesak bila duit dalam poket dah hampir kering.. Tapi sekarang, aku rasa harga sardin dah mahal berbanding dulu.. Dan boleh dikatakan juga, sardin zaman sekarang adalah makanan orang-orang kaya.. Bila tengok harga setin sardin di pasaran, mangaiii!! Mahai toq!!.. Tapi dah feberet beli la jugak kan.. Kalau makan dekat kedai lagik la rabak poket... Mahal tau harga sardin kalau kita makan dekat kedai sekarang.. Baik beli dan masak dekat rumah.. Berbaloi-baloi.. Aku lebih suka makan sardin jenama Botan.. Rasa dia sedap dan ikannya tak lembut sangat dan tak keras sangat.. Memang best..Sejak dulu sehinggalah sekarang,  masih setia dengan Botan.. Nak beli Ayam Brands mahai sangat.. Kikiki..

Orite, kat sini aku nak share resepi Sardin Sedap Meletop cara aku sendiri... Dari dulu memang camnilah caranya aku masak... Orang lain aku tak tahu la camne caranya kan.. Kalau korang dah tak tahu sangat nak masak ape untuk sahur atau berbuka, boleh la masak sardin aje... Simple tapi menyelerakan.. Jom tengok stepnya..


RESEPI SARDIN SEDAP MELETOP

Bahan-Bahan
1 tin sardin cap botan (aku selalu guna sardin botan.. sedap)
2 biji bawang besar - 1 biji dihiris & 1 biji lagi dipotong bulat
3 ulas bawang putih - diketuk
2 sudu besar cili blend/cili boh (aku biasa guna cili boh aje)
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
Sedikit kicap manis cap kipas udang
1 biji cili besar (merah) - dihiris
5 biji cili padi (hijau)
1 biji tomato - belah 4
1 keping asam keping
2 helai daun limau purut
Garam, gula secukup rasa

Cara-Caranya

  • Panaskan minyak.. Tumis bawang putih dan bawang yang telah dihiris sehingga naik bau..
  • Kemudian masukkan cili blend/cili boh... Tumis sehingga pecah minyak..
  • Seterusnya masukkan sos cili, sos tiram dan kicap.. Tumis sekejap dan masukkan sedikit air..
  • Setelah mendidih, masukkan asam keping, garam dan gula secukup rasa.. Aku lebih suka masukkan garam sebelum masukkan ikan.. Senang nak kacau.. 
  • Setelah semua perasa sebati, masukkan pula ikan sardin yang telah siap dibelah dua.. Tak nak belah pun takpe.. Terpulang la pada korang ye.. 
  • Kemudian last sekali barulah masukkan daun limau purut, bawang potong bulat, tomato, cili merah dan cili api.. Lebih kepada hiasan sebenarnya.. Haha!!
  • Kacau rata dan biarkan seketika... 
  • Siap dan sedia untuk dihidangkan.. 

Mudah jerk kan cara ni.. Kasi campak-campak aje dah siap.. Masak sardin jerk kot... Bukan susah sangat.. Kalau korang nak tukar daun limau purut tu kepada daun kari pun boleh.. Aku biasa jugak isi daun kari.. Rasanya pun memang ohsemnesss sedap... Berbeza dari biasa.. 

Oklah.. Selamat mencuba..!!