Resepi Kari Ikan Simple dan Sedap


Resepi Kari Ikan Simple dan Sedap  |  Hari ni haru kedua puasa ganti dan selesai sudah puasa ganti aku tahun ni selama 7 hari... 5 hari dah buat awal-awal dulu.. Yang balance 2 hari ni je baru buat.. Ni la padah ganti diakhir-akhir waktu.. Tapi ok la puasa di rumah dimusim PKP.. Tak de la terasa sangat walaupun penat melayan kerenah anak-anak.. Semalam berbuka bubur mekdi je.. Hari ni tekak rasa nak makan Kari Ikan untuk berbuka puasa... Nyumm Nyumm!! So, kita buat sampai jadi.. Thankz tu kawan yang tolong beli bahan-bahannya.. Hiks.. Bahan kat umah ni tak cukup.. Seb baik ada kawan yang sudi COD.. Ahakz..

Resepi Kari Ikan Simple dan Sedap


Resipi Kari Ikan Pelaling Paling Simple dan Sedap!

Bahan-Bahan
  • 4-5 ekor ikan pelaling - boleh juga guna ikan selayang, tongkol, tenggiri dan sebagainya
  • 1 kotak santan kotak
  • 4 cawan air
  • 4 biji bendi - nak isi banyak pun boleh.. ikut suka korang la
  • 2 biji tomato - ni pun sama.. ikut citarasa masing-masing  nak isi berapa bijik
  • 2 senduk minyak untuk menumis

Bahan Tumis
  • 1 biji bawang besar - hiris nipis
  • 5 ulas bawang putih - hiris nipis
  • 1 inci halia - hiris nipis

Bahan Pes (Satukan untuk jadikan pes)
  • 2 paket kecil rempah kari - aku guna Babas
  • 1 paket kecil serbuk cili - aku guna Faiza
  • 1 1/2 keping asam gelugur
  • 3 tangkai daun kari
  • 1 sudu makan garam
  • 1/2 sudu teh gula
  • sedikit perasa
  • 1 1/2 cawan air

Resepi Kari Ikan Simple dan Sedap

Cara-cara memasak Kari Ikan Pelaling
  1. Panaskan minyak dan masukkan bahan-bahan tumis. Masak hingga wangi.
  2. Kemudian masukkan daun kari serta pes
  3. Masak pes tadi sehingga betul-betul masak, pecah minyak dan rempahnya bertukar warna
  4. Seterusnya masukkan santan dan air 4 cawan (sebab aku guna santan kotak kan).. Kacau dan biarkan mendidih
  5. Bila kuah dan mendidih dalam 2-3 minit, masukkan ikan, bendi dan tomato
  6. Setelah kari mendidih, sesuaikan rasa.. Sekiranya kurang rasanya, masukkan sekali lagi garam, gula dan perasa ikut citarasa sendiri
  7. Sedia untuk dihidang


QuickEdit
Lea Azleeya
7 Comments

7 comments:

  1. Bila tgok lauk Lea ni kan..teringin plak nak makan kari kari kembung...ikan kembung yg gemuk2 tu..bestnyaa..letak bendi banyak2..

    ReplyDelete
  2. it has been years since ray last makan lauk kari.
    i stop eating curry due to some reason.

    ReplyDelete
  3. JEMPUT https://belogsjm.blogspot.com/2020/04/pencarian-bloglist-by-aisyhah-nyais.html

    ReplyDelete
  4. terbaik tu...tambah pula kalau ikan bawal, ikan tongkol ka sedap sangat

    ReplyDelete
  5. Sedapnya... Mengancam tambah ada bendi.. hehehe

    ReplyDelete
  6. Sedapnya kari ikan. Lama tak makan sebab jarang meng kari :)

    ReplyDelete
  7. Letak bendi mmg sedap sgt makan dah sayur siap

    ReplyDelete

[name=Lea Azleeya] [img=//1.bp.blogspot.com/-grWfwgzBOkQ/Xq8WSYJDTsI/AAAAAAAAfZI/tVxseM6NvuIeDN_Ksav4Cf2pX3udRXJGQCLcBGAsYHQ/s1600/lea%2B1.jpeg] [description=Hi, Lea here! I'm lifestyle & beauty blogger based in Kuantan, Pahang. I'm started blogging since Jun 2013. For any review, please email me at sotskirts@gmail.com] (facebook=http://www.facebook.com/s0tskirt) (twitter=http://www.twitter.com/LeaAzleeya) (instagram=http://www.instagram.com/lea_azleeya) (youtube=http://www.youtube.com/leaazleeya)