Top Social

Singgang Pedas Ikan Kerisi Versi Terengganu

Monday, September 16, 2019
Selamat berpuasa semua.. Dah hari ke-8 kita berpuasa.. Pejam celik pejam celik sekejap jerk rasanya masa berlalu.. Puasa tahun ni aku agak kerajinan untuk memasak.. Mood dah berubah agaknye.. Haha!! Yang mane masakan tak pernah buat pun aku rasa nak cuba buat.. Harapnya rasa rajin ni terus melanda sehingga habis puasa.. Hiks..

Singgang Pedas Ikan Kerisi Versi Terengganu

Ok, kali ni aku nak kongsikan resepi Singgang Pedas Ikan Kerisi Versi Terengganu.. Lama gila dah tak makan singgang pedas ni.. Rindu betul masakan mak aku.. Bila dah teringin sangat nak makan, apa lagi kite terus aje buat memandangkan ikan kerisi pun masih berbaki dalam freezer... Orite, tak nak cakap banyak, jom semak resepinya..


Singgang Pedas Ikan Kerisi Versi Terengganu


Bahan-bahan
3 @ 4 ekor Ikan Kerisi
5 biji cili api merah*
4 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 inci lengkuas*
1/2 inci kunyit hidup*
5 keping asam gelugor
8 tangkai daun kesum
2 kuntum bunga kantan (dibelah 2) - aku tak isi
3 cawan air
Garam secukup rasa

contoh bahan-bahan (sumber : resepi mama)

Cara-cara menyediakan masakan singgang pedas terengganu.
  1. Ikan kerisi dibuang sisi dan dibersihkan.
  2. Kisar halus cili padi, bawang merah, bawang putih, lengkuas, kunyit hidup bersama 1 cawan air.
  3. Masukkan bahan kisar ke dalam periuk bersama asam gelugor, 2 cawan air dan garam secukup rasa. Masak sehingga mendidih.
  4. Kemudian, masukkan ikan, bunga kantan (aku tak isi sebab malas nak p beli hehe) dan daun kesum.
  5. Biarkan mendidih lagi dengan api yang perlahan selama 5 minit.
  6. Siap dan boleh dihidangkan..



15 comments on "Singgang Pedas Ikan Kerisi Versi Terengganu"
  1. Owh.. ada eh versi pedas.. Tak pernah makan lak..

    ReplyDelete
  2. Lauk sihat ni sis Lea... nak wat jugak laahh.. lama jgk xmakan lauk nih..pah hirup kuoh masam2..aihhh..

    ReplyDelete
  3. Ya allah...sedapnyaaaa...akak suka lauk pauk macam ni...sedap dan dana ngan tekak

    ReplyDelete
  4. SIMPLE DAN SEDAP...

    SALAM RAMADHAN

    ReplyDelete
  5. mudoh sangat, sepinggan je bahannya. tapi gak, hmmm M ado. hahahah

    ReplyDelete
  6. Suka kuah ni. Suka hirup kuah tu masa panas2.hehe.

    ReplyDelete
  7. dulu ada roommate terengganu, hari-hari mention nak makan singgang. ingatkan lauk apa la rupanya kat kedah panggil pindang..

    ReplyDelete
  8. lauk diet saya ni wak.. tapi makan lauk jek la.. nasi tak boleh makan.. hee~

    ReplyDelete
  9. lauk ray time kecik2 dulu. tiap minggu makan singgang tmbh pulak dgn kicap. fuhhh marvelous

    ReplyDelete
  10. mudah sangat resipi ni! Nak try buat lah nanti.

    ReplyDelete
  11. Sedapnyo napok lea weh...hahaha

    ReplyDelete