Resepi Masak Lemak Kuning Telur Itik Simple Tapi Sedap


Resepi Masak Lemak Kuning Telur Itik Simple Tapi Sedap  |  Assalamualaikum wbt.. Hi korang.. Lamanya tak share resepi kat sini.. Yang ada pun kat sini, banyak yang repost balik.. hehe.. Hari ni agak rajin sikit nak masak dan share resepi sebabnya resepi kali ni agak menjadi dan rasanya lebih sedap dari sebelum ni.. hehe.. 

Hari ni, kita masak menu telur itik.. Masak lemak kuning telur itik.. Ini merupakan kali kedua aku cuba masakan ni.. Kenapa baru kali kedua? Haaaa sebabnya sebelum ni aku tak makan telur itik.. Ada rasa geli.. Tak tahulah kenapa.. Tapi bila dah cuba, sedap rupanya.. Sampaikan dah jadi feberet aku dah masakan ni.. Hehe.. Jom aku share dengan korang resepi Masak Lemak Kuning Telur Itik Simple Tapi Sedap..


Resepi Masak Lemak Kuning Telur Itik

Bahan-bahan :-
  • 5 biji telur itik
  • 1 helai daun kunyit
  • 2 inci kunyit hidup
  • 10 tangkai cili padi kampung hijau + merah (ikut tahap kepedasan masing2 ye)
  • 2 batang serai - dititik
  • 1 kotak santan
  • 2 asam keping
  • garam & serbuk perasa
Cara memasak :-
  1. Tumbuk/mesin kunyit hidup dan cili padi.. Kalau bahan ditumbuk, bolehlah titik serai di dalam batu lesung..
  2. Masukkan bahan tumbuk/mesin tadi ke dalam periuk dan masukkan air sedikit. Masak seketika bersama serai yang  telah dititik tadi..
  3. Selepas itu boleh masukkan asam keping.. Ini juga bertujuan untuk hilangkan bau hanyir telur itu..
  4. Masukkan santan yang dicampur sedikit air.. Kalau tak campur air, nanti terlalu pekat pulak.. Hiks..
  5. Masak seketika, then barulah masukkan telur itik yang dipecahkan dalam mangkuk bagi mengelakkan terkena telur yang dah busuk. Masuk sebiji demi sebiji ye.. Jaga api dan jangan kacau terlalu kuat supaya telur tidak pecah.
  6. Bila dah hampir masak telurnya, bolehlah masukkan daun kunyit yang dihiris halus mahupun kasar.. Ikut citarasa masing-masing.. Macam aku lebih suka hiris halus.. hehe
  7. Last sekali baru masukkan garam dan serbuk perasa secukup rasa.. 
Selamat mencuba guys!!





QuickEdit
Lea Azleeya
4 Comments

4 comments:

[name=Lea Azleeya] [img=//1.bp.blogspot.com/-grWfwgzBOkQ/Xq8WSYJDTsI/AAAAAAAAfZI/tVxseM6NvuIeDN_Ksav4Cf2pX3udRXJGQCLcBGAsYHQ/s1600/lea%2B1.jpeg] [description=Hi, Lea here! I'm lifestyle & beauty blogger based in Kuantan, Pahang. I'm started blogging since Jun 2013. For any review, please email me at sotskirts@gmail.com] (facebook=http://www.facebook.com/s0tskirt) (twitter=http://www.twitter.com/LeaAzleeya) (instagram=http://www.instagram.com/lea_azleeya) (youtube=http://www.youtube.com/leaazleeya)