Top Social

Mee Goreng Basah Sedap

Friday, October 11, 2019
Mee Goreng Basah Sedap  |  Nampak tajuk! Hehe lama dah tak up entry pasal makanan.. Yang hado semua tentang beauty.. Eh! Dah nama lagi niche pun Lifestyle and Beauty kan... Hiks.. Hari ni aku lari  tajuk sikit... Aku nak kongsi resepi Mee Goreng Basah Sedap.. Memang sodap weh.. Biasa buat mee goreng biasa jerk.. Baru ni teringin nak makan mee goreng basah.. So, kita buat sampai jadi.. Moh tengok resepinya.. Simple tapi sedap meletop.. Hehe..


Oh ya, resepi ni aku cuba dari resepi kak Azie Kitchen, blogger masakan yang aku selalu kagumi.. Boleh dikatakan semua resepi yang beliau kongsi, semuanya menjadi dan sedap.. Termasuklah resepi kari daging.


Resepi Mee Goreng Basah Sedap


Bahan-Bahan
1 bungkus kecil mee kuning
4 ulas bawang putih - ketuk & cincang
1 sudu besar cili kisar
3 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
2 tangkai sawi
2 biji tomato
1 biji lada besar
Ayam
1/2 gelas air
Kicap secukupnya
Garam secukup rasa
Serbuk perasa

Cara-Cara menyediakan mee goreng basah yang sedap!

  • Panaskan  minyak.. Tumis bawang putih sehingga kekuningan.
  • Masukkan cili kisar dan tumis sehingga garing
  • Setelah itu, masukkan sos cili, sos tiram, kicap, dan sedikit air. Masak sehingga mendidih dan pecah minyak. (1/2 gelas air dimasukkan sedikit-sedikit supaya mee tidak terlalu lembik)
  • Selepas pecah minyak, masukkan ayam dan batang sawi.. Kacau rata
  • Kemudian masukkan mee dan daun sawi..  Kacau rata..
  • Seterusnya, bolehlah masukkan tomato, hirisan lada besar, garam dan serbuk perasa.. Kacau rata..
  • Siap! Kalau nak best lagi, boleh perah limau nipis time nak makan tu.. Perghh memang meletop toq!!


Ni dah kering sikit.. hehe

Selamat mencuba!


9 comments on "Mee Goreng Basah Sedap"
  1. my all time favourite ni, mee goreng.. tak pernah cuba buat lagi.. tapi nanti boleh lah pinjam resepi ni, hihiii

    ReplyDelete
  2. Diah pulak tak serasi ikut resepi dia.asyik failed je ahhaha..

    ReplyDelete
  3. Siap masak je terus makan...fuhh pecah peluh.

    ReplyDelete
  4. Tajuk entry pun, hehe dah terliur.

    Peberet kita juga mkn mee grg basah.

    Makan dengan kepok goreng pulak. Walah.

    Done follow sini ya

    ReplyDelete
  5. Sedap tu.. Kinah pun kekadang tengok resepi kak azie kitchen hiiihi

    ReplyDelete
  6. Sedapppnyaaa. tengok pun dah terliur.

    ReplyDelete
  7. meh hantar dekat sha sikit.. hehehe

    ReplyDelete
  8. sedap resepi kak nanti boleh try buat ni

    ReplyDelete