Segmen Ringkas by Amirah Azman

Wednesday, May 17, 2017

4 comments

Assalammualaikum dan salam sejahtera

http://eira-shamiera.blogspot.my/2017/04/segmen-ringkas-by-amirah-azman.html
 CLICK banner untuk Join sekali

TAMAT : 31/05/2017
Read More

Dapatkan Juice Works Raya Rush Anda Sekarang!

Tuesday, May 16, 2017

7 comments
Dapatkan Juice Works Raya Rush Anda Sekarang!  |  Hanya SEKALI setahun berlaku... Mulai 1 Mei sehingga 20 Jun! Ya apa yang kita katakan adalah Juice Works RAYA RUSH


Diperbuat daripada Cranberry yang telah dihancurkan dan juga tembikai, dicampurkan dengan kombinasi Aiskrim Sobet Vanilla rendah lemak dan Jus Air Kelapa, ia adalah minuman berbuka puasa yang MANIS, SEJUK dan MENYEGARKAN.


Kenapa Cranberries?
Mereka juga dikenali sebagai sumber yang sangat baik untuk Vitamin C, Serat dan Mangan, yang mana ia baik untuk pembinaan tulang. Ia juga adalah kaya dengan Vitamin E yang baik untuk membantu melindungi sel daripada kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas dan Vitamin K, dimana ia adalah penting untuk pembekuan darah dan juga membina tulang yang kuat. Ia juga mempunyai tembaga untuk membantu menghindari jangkitan dan ostereoporosis, dan asid panthothenic (yang juga dikenali sebagai Vitamin B5) untuk membantu menukarkan makanan kepada tenaga dan membantu penggunaan protein dan lemak badan anda.


Kenapa Tembikai?
Terdiri daripada kira-kira 92% air, tembikai adalah satu sumber menghilangkan dahaga yang hebat. Ia juga mempunyai Vitamin A, B6 dan C dan juga Lycopene yang sangat signigikan - dimana ia diguna untuk mencegah kanser dan pengerasan arteri - selain antioksidan dan asid amino.


Kenapa Jus Kelapa?
Digelar "minuman sukan alam semulajadi" oleh sesetengah orang, berkalori rendah, rendah lemak dan kolestrol bebas ini kaya dengan elektrolit yang membantu dalam fungsi tubuh kita. Kandungan Potassium adalah lebih tinggi daripada empat batang pisang. Potassium adalah baik untuk mengawal keseimbangan cecair seseorang dan juga membantu mengatasi kesan-kesan natrium untuk mengekalkan tekanan darah yang sihat. Ia juga AMAT menghidratkan.

Akhir sekali, ketiga-tiga buah-buahan ini juga baik untuk membantu senak kerana kepekatan serat yang tinggi. Ia juga boleh membantu untuk mengurangkan berlakunya refluks asid. Jadi, jika anda bimbang memakan makanan berlebihan atau tidak dapat memakan makanan yang seimbang semasa musim puasa ini, MINUMLAH minuman RAYA RUSH daripada Juice Works hari ini!

Ada apa lagi? Hanya pada musim Ramadhan ini, Juice Works menawarkan promosi "BELI 1 PERCUMA 1 JUNIOR"**, untuk minuman Raya Rush. Tawaran ini sah mulai 27 Mei sehingga 27 Jun disemua Juice Works kiosk dari 6 petang hingga 8 malam.

**Terma & Syarat
  • Tawaran ini sah sehingga stok masih ada
  • Promosi ini tidak boleh digabungkan dengan promosi / diskaun / tawaran / baucer lain
  • Minuman percuma yang dipilih mestilah mempunyai nilai yang sama atau lebih rendah daripada nilai minuman yang dibeli
  • Promosi minuman percuma ini adalah sah untuk pembelian minuman Raya Rush sahaja
  • Semua keputusan oleh Juice Works Malaysia adalah muktamad

Minuman Raya Rush boleh didapati dalam 3 saiz cawan :-
  • Junior (250ml) - RM 8.95
  • Midi (450ml) - RM 9.95
  • Power (650ml) - RM 10.95
*Harga yang dipaparkan adalah termasuk 6% GST
*Boleh didapati di semua cawangan Juice Works & Juice Works 2GO di Malaysia





TENTANG JUICE WORKS MALAYSIA

Juice Works Malaysia adalah perintis syarikat jus buah-buahan yang segar di negara di mana mereka dipercayai oleh beribu-ribu pelanggan-pelanggan setia untuk kraf yang menggunakan ramuan bahan-bahan semulajadi yang terbaik.

Diasaskan oleh Jason Choy dan Ling Mooi Li, pasangan berkenaan membuka kiosk pertama di pusat beli-belah Curve pada Disember 2004. Setelah tidak lama ia dibuka, kiosk tunggal ini telah memenangi pujian daripada pelanggan-pelanggan untuk menu jus yang sihat dan smoothie yang sangat lazat.


Juice Works Malaysia kini berada di 28 lokasi di seluruh negara dan banyak lagi akan dibuka pada masa-masa akan datang. Bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk gaya hidup sihat, Juice Works Malaysia juga menawarkan peluang francais sebagai sebahagian daripada rancangan pengembangannya, serta kiosk mudah alih untuk menyampaikan minuman kepada pelanggan yang asyik bergerak.

Untuk maklumat lanjut boleh layari :-

Read More

Segmen: Blog Eyja Dot Com Carik Bloglist

7 comments
Segmen : Blog Eyja Dot Com Carik Bloglist  |  Hola... Hari ni hari bersegmen sedunia.. Jadinya kita dok join segmen aje la.. Hehe.. (Padahal tak de idea nak update blog.. hahaha) Kali  ni nak join segmen Blog Eyja Dot Com Carik Bloglist pulak..

Klik banner untuk join

Tarikh Tutup
12 Jun 2017


Read More

Selamat Hari Guru, Cikgu....

7 comments
Selamat Hari Guru, Cikgu....  |  Malam semalam aku keluar mencari makan di luar.. Malas betul nak memasak semalam.. Hehe.. Sebelum pergi makan, aku ke Taman Tas dulu untuk singgah kedai 2Ringgit.. Ada barang sikit nak dibeli.. Sampai aje kat simpang nak masuk kawasan Maybank Taman Tas, kemain sesak lagi dengan kereta.. Jammed jalan dalam tu.. Tertanya jugak la kenapa.. Sesak betul malam tu dengan orang ramai.. Biasa tak macam tu.. Pelbagai andaian dan telahan dibuat kami suami isteri.. Tapi tak punya jawapan.. Rupanya, pagi ni baru ketemu jawapannya.. Semalam Taman Tas terlalu ramai orang sebab hari ni adalah Hari Guru.. Patut la jammed jalan.. Ramai yang nak mencari hadiah sempena Hari Guru.. Kedai 2Ringgit pun penuh orang.. MR. DIY pun ramai orang jugak.. Fenomena betul.. Pape pun Selamat Hari Guru, Cikgu... hehe..

sumber : google

Buat semua cikgu-cikgu yang pernah mengajar aku suatu ketika dulu, aku nak ucapkan Selamat Hari Guru.. Jasamu tetap ku kenang sehingga akhir hayat.. Engkaulah pendidik dan pembina negara dan bangsa.. Juga Selamat Hari Guru buat semua pendidik di Malaysia malahan seluruh dunia.. Bukan mudah sebenarnya jadi guru ni kan.. Banyak cabaran dan pancarobanya.. Besar sungguh jasa mereka pada kita... 

Dalam ajarannya ada harapan
Dalam tegurannya ada doa
Dalam marahnya ada sayang
Dalam diamnya ada kebijaksanaan
Dalam tangannya ada sahsiah terbina

Dia, insan bergelar CIKGU..


Buat rakan-rakan blogger yang bergelar CIKGU, aku nak ucapkan SELAMAT HARI GURU... Teruskan usaha dan daya korang mendidik anak bangsa.. Jasa korang sangat besar dan sangat dihargai.. Koranglah wira negara yang sebenar... :)


Read More