Giveaway Time by Aishah Badrulhisham

Tuesday, May 16, 2017

6 comments
Giveaway Time by Aishah Badrulhisham  |  Yeahh... Tadi dok berjalan ke blog member-member, nampak ada rakan blogger join Giveaway Time by Aishah Badrulhisham ni.. Blog beliau pun belum ku follow.. Jadinya, aku join terus la GA ni.. Hadiah pun menarik.. Produk Skincare Organik dan Shawl.. 

Giveaway Time by Aishah Badrulhisham
Klik banner untuk join

Orite, giveaway ni berlangsung selama 2 minggu sahaja je kengkawan.. So, pada sesiapa yang berminat untuk turut serta, moh le pakat klik banner kat atas ni untuk ke tempat giveaway ini berlangsung.. Cewahh.. 

Tarikh Tamat
30 Mei 2017


Read More

Segmen: Bloglist 1st Time by Lokman Hakim

Monday, May 15, 2017

11 comments
Segmen: Bloglist 1st Time by Lokman Hakim  |  Rasa rajin pulak nak join segmen.. Ritu dah siap chop bagai nak join segmen anjuran blogger Lokman Hakim ni.. Lastnye terlupa camtu jerk.. Rini baru ternampak balik orang join.. So, cepat-cepat hakak copy banner dan join.. Haha!! Gitu sekali ceritanya yek..

Segmen: Bloglist 1st Time by Lokman Hakim
Sape-sape yang belum join tu, jom la pakat-pakat join ye.. Kalau terpilih jadi bloglist Lokman Hakim ni, untung tau.. Ramai yang view page beliau tau.. Rugi tak join.. 

Tarikh Tutup
20 Mei 2017


Read More

Memilih Set Bersalin Yang paling Bagus

5 comments
Memilih Set Bersalin Yang paling Bagus  |  Kandungan aku dah masuk 5 bulan lebih.. Dah start otak bercelaru fikir barang-barang baby dan set bersalin nanti.. Agak malas nak memikirkannya.. Tapi kena jugak fikir... hehe.. Untuk yang lepas aku guna produk Anugerah, Nona Roguy dan Tanamera... Tapi tak ambil 1 set.. Orang cakap akan berlaku pembaziran bila ambil 1 set.. So, aku amek langkah terbaik, beli yang perlu sahaja.. Masa Qhaliff dulu, produk Anugerah aku cuma ambil minyak telon baby, Minyak Pilis, Losyen Sejuta Khasiat (hijau) dan Minyak Sejuta Rahsia.. Untuk produk Nona Roguy pula aku cuma ambil pil Phytonatal untuk memudahkan pembuangan.. Dan Tanamera aku ambil Minyak Kelapa Dara dan Sabun Herba... Kira campur-campur la.. Untuk kali ni, aku dah tak tahu pulak nak try yang mana.. Ada la jugak dok risik-risik dengan member pengalaman dorang.. Macam-macam cadangan aku dapat.. Antaranya..

Nona Roguy
sumber : google

Ramai yang suggest Nona Roguy.. Tak dinafikan, pil Phytonatal dia memang superb terbaik.. Mungkin aku akan ambil juga untuk kali ni.. Dan kalau aku memilih produk ni, aku akan ambil juga Minyak untuk barut.. Nak amek 1 set memang tak mungkin.. Akan berlaku pembaziran.. hehe..

Mustika Ratu
sumber : google

Ada juga yang suggest Mustika Ratu.. Katanya lebih ok dari Nona Roguy.. Boleh cepat kurus.. Hurmm Cam teruja jugak nak guna.. Hehe.. Tapi kesesuaian sebenarnya atas badan masing-masing kot.. Masih memikirkannya..

Amway
sumber : google

Yang ni set Amway.. Ramai jugak yang guna ni.. Dia ada step-step dia.. Bila boleh mula makan yang tu.. Bila boleh mula ambil yang ni.. Hah gituu.. Rajin ke aku ni? Hehe..

Anugerah
sumber : google

Atau masih nak kekalkan dengan produk Anugerah?? huhuhu.. Tapi hati ni dok rasa nak pakai produk lain pulak.. Haha.. Nak pilih produk untuk berpantang pun susah kan.. Hehe..

Kot-kot la korang ada suggestion untuk aku.. Leh la kongsi-kongsi.. Senang sikit aku nak memilihnya nanti.. Tak gitu?? Hiks..


Read More

Takut Orang Mengata...

17 comments
Takut Orang Mengata...  |  Korang suka tak kalau orang mengata korang..?? Tak pun korang seorang yang takut orang mengata korang.. Rini aku nak bercerita tentang tajuk Takut Orang Mengata.. Tajuk ni aku ambil dari buku 20 Sen Untuk Ke Syurga karya Ustaz Elyas Ismail... Seperti yang aku janjikan di entry INI... Aku akan upkan kat sini kupasan Ustaz Elyas Ismail dibawah tajuk tersebut yang terdapat dalam buku ini...

20 sen untuk ke syurga
Takut Orang Mengata...

20 Sen Untuk Ke Syurga
Buku ini menyentuh perkara-perkara yang kadang-kadang kita tak sedar pun kita buat. Lebih teruk lagi kalau kita sedar dan tahu, tapi sengaja buat. Dah namanya pun manusia, Tapi ini bukan alasan untuk terus 'mengumpul harta' yang tidak baik itu ya. Kita carilah pahala, walaupun dari sekecil-kecil tindakan kita. Contoh? Kalau dalam poket kita ada RM50.20, mana yang kita bagi? Kita kata kita bagi 20 sen. Kalau kita bagi 20 sen, yang masih tinggal RM50. Agaknyalah mana satu milik kita? RM50 yang masih tinggal atau 20 sen yang diberi itu? 20 sen.. Ingat, kita adalah apa yang kita beri. Bukan apa yang kita miliki. Inilah pahala buat kita. Kita buang 'harga yang tidak baik' itu, gantikan dengan yang baik-baik sahaja. Okey?..


Takut Orang Mengata...


Salah ke kalau dulu kita beramal, tapi sekarang kita tak beramal sebab takut orang kata? Kalau nak kira orang nak mengata, sampai bila? Itu sebab kot mana pun, kembalilah kepada panduan ALLAH SWT dan rasul.

Kita mungkin boleh ambil iktibar daripada kisah seekor keldai dengan seorang lelaki tua (ayah) dan seorang budak lelaki (anak). Ketika si ayah menunggang keldai dan membiarkan  anaknya berjalan, orang yang nampak mereka berkata, 

"Apalah orang tua itu, pentingkan diri. Tak ada rasa belas kasihan. Sanggup biarkan anak kecilnya berjalan sedangkan dia bersenang-lenang di atas keldai tunggangannya." 

Mendengar komen orang ramai, lelaki itu memberikan peluang kepada anaknya menunggang keldai dan dia berjalan seiring dengan anak dan keldainya.

Orang ramai berkata pula, 

"Apalah budak tu, sanggup dia biarkan ayahnya yang tua berjalan, sedangkan dia selesa di atas keldai. Tak berperikemanusiaan betul!"

Mendengarkan komen itu, mereka berdua memutuskan untuk berjalan sahaja bersama-sama mengiringi keldai itu.

Tapi, kemudiannya mereka mendengar orang lain berkata,

"Bodohnya orang tua dan anaknya tu, ada kemudahan tapi tak digunakan."

Setelah mendengarkan komen itu, orang tua dan anaknya menunggang keldai itu bersama-sama. Mereka mendengar orang mengata mereka lagi,

"Zalim dan malasnya orang tua dengan anaknya itu. Sanggup berdua tunggang keldai yang kecil tubuhnya."

Ini satu contoh yang terbaik. Apa yang berlaku kalau kita bertindak kerana mengikut kata-kata orang dan sibuk memikirkan apa yang kita buat, takut apa orang kata. Pasti setiap yang kita mahu buat tak akan menjadi.

Itu sebab akhirnya buat amal kerana orang itu salah, tinggalkan amal kerana orang pun salah. Kata Fudhail bin Iyadh, meninggalkan sesuatu amalan kerana bimbang dilihat oleh orang lain adalah riyak manakala berbuat sesuatu amalan untuk dilihat oleh orang lain adalah syirik.

"Ismail, aku selalu nampak kau pergi masjid. Tapi kenapa hari ini tak pergi?"

"Aku malaslah sebab jiran mengata aku tunjuk warak."

Itu bahaya! Meninggalkan amal kerana orang itu salah. Sebab itu ALLAH SWT berfirman dalam surah al-An'am ayat 162, "Katakanlah, sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, matiku hanya kerana ALLAH."

Siapa yang buat kerja bukan kerana ALLAH SWT, dia akan rasa penat. Itu sebab jangan kita remehkan amal walaupun sedikit. Janganlah kisah kira orang nak mengata. Rasa nak buat amal yang sedikit pun, buatlah...

Contohnya ada kucing datang minta sisa makanan. Bagilah sikit makanan kita. Pernah tak kita berfikir kenapa kucing datang kepada kita minta makanan? Mungkin ALLAH SWT nak tingkatkan pahala kita, kurangkan dosa kita dan bersihkan hati kita.

Mungkin di situ laluan, ruang kita dan peluang kita untuk mendapatkan pahala. Jika maka sebab itu, teruskan beramal. Jangan kisah orang nak kata apa... Beristiqamahlah. Kata Nabi Muhammad SAW, "Katakanlah aku beriman kepada ALLAH, kemudian istiqamahlah."

Kata Syeikh Uthaimin dalam syarah Riyadus Salihin, istiqamah ada 4. Pertama, laksanakan yang wajib mengikut sunnah Rasulullah. Kedua, menambahkan ibadah sunnah. Ketiga, menjauhi yang haram. Keempat, konsisten dalam amalan kita.

Biar sikit tapi berterusan. Amalkanlah...

Oleh : Ustaz Elyas Ismail    



Jom kenali Ustaz Elyas Ismail..



Read More