Memilih Set Bersalin Yang paling Bagus

Monday, May 15, 2017

Memilih Set Bersalin Yang paling Bagus  |  Kandungan aku dah masuk 5 bulan lebih.. Dah start otak bercelaru fikir barang-barang baby dan set bersalin nanti.. Agak malas nak memikirkannya.. Tapi kena jugak fikir... hehe.. Untuk yang lepas aku guna produk Anugerah, Nona Roguy dan Tanamera... Tapi tak ambil 1 set.. Orang cakap akan berlaku pembaziran bila ambil 1 set.. So, aku amek langkah terbaik, beli yang perlu sahaja.. Masa Qhaliff dulu, produk Anugerah aku cuma ambil minyak telon baby, Minyak Pilis, Losyen Sejuta Khasiat (hijau) dan Minyak Sejuta Rahsia.. Untuk produk Nona Roguy pula aku cuma ambil pil Phytonatal untuk memudahkan pembuangan.. Dan Tanamera aku ambil Minyak Kelapa Dara dan Sabun Herba... Kira campur-campur la.. Untuk kali ni, aku dah tak tahu pulak nak try yang mana.. Ada la jugak dok risik-risik dengan member pengalaman dorang.. Macam-macam cadangan aku dapat.. Antaranya..

Nona Roguy
sumber : google

Ramai yang suggest Nona Roguy.. Tak dinafikan, pil Phytonatal dia memang superb terbaik.. Mungkin aku akan ambil juga untuk kali ni.. Dan kalau aku memilih produk ni, aku akan ambil juga Minyak untuk barut.. Nak amek 1 set memang tak mungkin.. Akan berlaku pembaziran.. hehe..

Mustika Ratu
sumber : google

Ada juga yang suggest Mustika Ratu.. Katanya lebih ok dari Nona Roguy.. Boleh cepat kurus.. Hurmm Cam teruja jugak nak guna.. Hehe.. Tapi kesesuaian sebenarnya atas badan masing-masing kot.. Masih memikirkannya..

Amway
sumber : google

Yang ni set Amway.. Ramai jugak yang guna ni.. Dia ada step-step dia.. Bila boleh mula makan yang tu.. Bila boleh mula ambil yang ni.. Hah gituu.. Rajin ke aku ni? Hehe..

Anugerah
sumber : google

Atau masih nak kekalkan dengan produk Anugerah?? huhuhu.. Tapi hati ni dok rasa nak pakai produk lain pulak.. Haha.. Nak pilih produk untuk berpantang pun susah kan.. Hehe..

Kot-kot la korang ada suggestion untuk aku.. Leh la kongsi-kongsi.. Senang sikit aku nak memilihnya nanti.. Tak gitu?? Hiks..


5 comments:

  1. Perkongsian yg bagus lea. Boleh jd rujukan akn dtg ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe.. lea pun tengah memilih yang mana satu nak guna ni ana... Fenin..

      Delete
  2. haha..tak ada pengalaman lagi, boleh jadi rujukan kat saya nanti.. ;)

    ReplyDelete
  3. Jue dulu makan sendayu tinggi.. luaran sponsor by Tanamera..

    ReplyDelete
  4. Macam-macam set ada.. Pilih je skrg nie kan Lea..

    ReplyDelete