Selamat Hari Guru, Cikgu....

Tuesday, May 16, 2017

Selamat Hari Guru, Cikgu....  |  Malam semalam aku keluar mencari makan di luar.. Malas betul nak memasak semalam.. Hehe.. Sebelum pergi makan, aku ke Taman Tas dulu untuk singgah kedai 2Ringgit.. Ada barang sikit nak dibeli.. Sampai aje kat simpang nak masuk kawasan Maybank Taman Tas, kemain sesak lagi dengan kereta.. Jammed jalan dalam tu.. Tertanya jugak la kenapa.. Sesak betul malam tu dengan orang ramai.. Biasa tak macam tu.. Pelbagai andaian dan telahan dibuat kami suami isteri.. Tapi tak punya jawapan.. Rupanya, pagi ni baru ketemu jawapannya.. Semalam Taman Tas terlalu ramai orang sebab hari ni adalah Hari Guru.. Patut la jammed jalan.. Ramai yang nak mencari hadiah sempena Hari Guru.. Kedai 2Ringgit pun penuh orang.. MR. DIY pun ramai orang jugak.. Fenomena betul.. Pape pun Selamat Hari Guru, Cikgu... hehe..

sumber : google

Buat semua cikgu-cikgu yang pernah mengajar aku suatu ketika dulu, aku nak ucapkan Selamat Hari Guru.. Jasamu tetap ku kenang sehingga akhir hayat.. Engkaulah pendidik dan pembina negara dan bangsa.. Juga Selamat Hari Guru buat semua pendidik di Malaysia malahan seluruh dunia.. Bukan mudah sebenarnya jadi guru ni kan.. Banyak cabaran dan pancarobanya.. Besar sungguh jasa mereka pada kita... 

Dalam ajarannya ada harapan
Dalam tegurannya ada doa
Dalam marahnya ada sayang
Dalam diamnya ada kebijaksanaan
Dalam tangannya ada sahsiah terbina

Dia, insan bergelar CIKGU..


Buat rakan-rakan blogger yang bergelar CIKGU, aku nak ucapkan SELAMAT HARI GURU... Teruskan usaha dan daya korang mendidik anak bangsa.. Jasa korang sangat besar dan sangat dihargai.. Koranglah wira negara yang sebenar... :)


7 comments:

  1. selamat hari guru kepada semua guru, pensyarah dll

    ReplyDelete
  2. Selamat menyambut hari guru 2017.Share video ini untuk ucapan hari guru anda.(^_^).

    ReplyDelete
  3. Kannn.ramai gilerr otg kat kedai rm2. Beratur pnjang.

    ReplyDelete