Baby Headband Hadiah Giveaway Sis Hawa

Monday, July 24, 2017

16 comments
Baby Headband Hadiah Giveaway Sis Hawa  |  Bulan Mei yang lalu aku ada up entry pasal aku Menang Giveaway Anjuran Sis Hawa kan.. Dannn hadiahnya dah pun aku terima beberapa hari yang lepas... Baby Headband hadiah giveaway Sisi Hawa.. Alhamdulillah.. Sebenarnya aku dapat 1 aje headband ni.. Disebabkan beberapa masalah yang tak dapat dielakkan dan Sis Hawa terpaksa pos lambat hadiah aku, beliau hadiahkan lagi 2 headband buat aku.. Allahuakbar.. Tq ye Sis Hawa.. 


Sebenarnya aku pun dah lupa tentang hadiah giveaway ni.... Tetiba dapat email dari Sis Hawa mohon maaf sebab terlewat pos hadiah.. Aku pun tertanya-tanya giveaway yang mane satu ni.. Bila check balik dekat blog, oh baru tahu aku ada menang giveaway anjurannya.. Thankz too Sis Hawa atas emel tersebut..

Apa-apa pun baby headband yang aku dapat ni sangat comel.. Tapi kan, ritu scan baby aku ni LELAKI.. Hehe.. Tak dapat lee nak digunapakai pada baby baru aku nanti.. Jawabnya kene hadiahkan pada anak saudara la headband ni.. Hikhik..

Moga Sis Hawa terus dimurahkan rezeki dan berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi.. :)


Read More

Novel Preloved Anna Lee Terukir Cinta

Sunday, July 23, 2017

5 comments
Novel Preloved Anna Lee Terukir Cinta  |  Assalamualaikum wbt.. Hai korang.. Terasa semangat nak update blog bila line internet ok... Dah banyak hari line internet macam siput sampaikan tak boleh nak upload gambar... Naik fedap aku di buatnya... Sejak dua menjak ni aku lebih banyak bercerita pasal novel kan.. Biasalah kalau dah minat buku, memang tak jemu-jemu apdet pasal buku.. Risau kalau-kalau korang yang jemu nanti nak singgah blog picisan aku ni.. Ngeeee!! Now, aku nak cuba kumpul novel karya Anna Lee pulak.. Ramai yang cakap novel karya beliau best.. Baru ni dah beli novel preloved Anna Lee Terukir Cinta... Alhamdulillah, kondisi novelnye masih baru... Harga pun murah jerk.. 

Anna Lee Terukir Cinta
Anna Lee Terukir Cinta
Owner lama novel ni cakap dia baru baca sekali aje novel ni.. Sebab tu keadaan novelnye masih baru.. Buat masa ni aku mencari novel preloved aje la dulu.. Nak beli baru terasa terbeban pulak dengan kekangan kewangan sekarang.. Nak stop beli, rasa cam tak boleh nak pujuk hati ni yang terlebih gilakan buku.. Hahaha..!!

Eceli, novel ni aku dah baca separuh pun.. Takat ni jalan ceritanya memang best.. Nanti dah habis baca, aku review yek.. Tak sabar nak baca novel The Unsung Hero pula karya Melur Jelita.. Novel yang dihadiahkan untuk aku oleh seorang blogger.. Nantilah aku update pasal ni.. Hiks..



Read More

Review Novel Fixi | Kelabu By Nadia Khan

9 comments
Review Novel Fixi | Kelabu By Nadia Khan  |  Buku Fixi yang kedua aku baca.. Kelabu by Nadia Khan... Aku tahu dekat luar sana terlalu ramai peminat buku fixi.. Tak hairan la bila aku tengok feedback dari pembaca di goodread tentang buku-buku fixi ni ramai gile kot yang bagi review.. Sampaikan satu buku tu mencecah beratus-ratus komen review.. Aku jerk yang terlambat sikit terjebak dengan buku fixi ni.. hehe.. Bila dah terjebak ni mula la susah nak undur balik.. Huh!!

buku fixi, nadia khan, kelabu, novel fixi
Kelabu By Nadia Khan
Novel Kelabu ni aku ambil masa selama 4 hari untuk aku khatam.. Bermula 16 Julai hinggalah 19 Julai baru habis baca.. Bukunya juga agak tebal sikit dengan ketebalan 456 mukasurat.. Eceli buku ni aku beli yang preloved aje.. Kebetulan jumpa yang murah dan keadaan bukunya masih baru, terus je aku rembat.. Janji berbaloi-baloi.. Biasalah aku sebelum beli baru, usha dulu yang preloved.. Kalau bernasib baik, dapatlah yang murah dan kondisi novelnya masih ok.. 


Mula-mula baca buku ni, aku tercari-cari tentang maksud tajuk buku ni KELABU.. Apa yang kelabunya? Sudut mane nak dikaitkan dengan kelabu.. Bila dah lama-lama baca, oh!! baru aku faham.. Kelabu itu datang dari sisi sebuah kehidupan seorang yang bernama Amir.. Serius ye, permulaan aku baca buku ni memang seronok dan santai.. Rasa sangat selesa bila baca dengan gaya penyampaian yang menarik dan sempoi.. Jalan cerita yang lancar dan bersahaja.. Bila dah sampai part 'kelabu' itu, aku dah semakin down untuk terus membaca... Rasa macam jalan cerita yang tak best untuk dibaca dan rasa sangat janggal.. Tapi, disebabkan aku dah beli buku ni, terasa rugi pulak kalau stop sekerat jalan aje.. Jadi, aku gagahkan diri jugak untuk hadam cerita kelabu ni sampai penamatnya..

Novel yang mengisahkan sisi gelap atau lebih sesuai dengan tajuk buku ni kelabu seorang yang bernama Amir atau nama sebenarnya Amira yang menjalani kehidupannya sebagai seorang 'pengkid'.. Pernah putus cinta beberapa kali dengan gadis-gadis dan mempunyai cinta baru dengan seorang student bernama Jun.. Jun dapat menerima dirinya seadanya... Hadoiii!! Kusut aku baca.. Haisss..!! Pelbagai konflik berlaku sepanjang perhubungan itu... Sehingga akhirnya, dia kembali kepada fitrah asal.. Alhamdulillah.. Hehe.. 

Dengan ini, marilah pakat baca review penuh aku di Goodreads ni ye.. Malas la nak taip banyak kali.. Haha..!!

REVIEW AKU DI GOODREADS


KELABU

My rating: 4 of 5 stars

Starting baca novel Kelabu ni, rasa sangat seronok dan aku suka cara penceritaan, penyampaian dan bahasa yang digunakan oleh penulis.. Setelah tahu identiti si 'hero' dalam cerita ni, terasa sedikit down untuk meneruskan pembacaan.. Tetapi aku gagahkan juga untuk habiskan novel ni sehingga tamat..

Kenapa aku rasa down?

Hurmm sbb Kelabu mengisahkan tentang kisah perjalanan hidup seorang 'pengkid' yang mempunyai teman wanita... Bila hampir ke penghujung, jalan cerita kembali menarik kerana si 'hero' ingin kembali kepangkal jalan.. Alhamdulillah.. Endingnya agak tak best sebab tak jelas ending walaupun aku faham akan endingnya macam mane.. hehe.. Tapi penceritaannya seolah-oleh tergantung.. Mungkinkah ada sambungan.. Ahakz..

Sungguhpun begitu, aku tetap suka novel Kelabu ni sebab gaya bahasanye yang sempoi dan best bagi aku membuatkan aku seronok untuk membacanya walaupun jalan ceritanya aku tak berapa nak suka.. Haha!!

Tapi kalau diikutkan realiti mungkin inilah yang berlaku dalam masyarakat kite hari ini.. Dan dengan novel Kelabu ni, kite dapat selami kehidupan seorang 'Pengkid'... Pape pun tahniah kepada penulis, sebab aku suka sangat gaya bahasanya.. Terbaikk!!..




Oklah, mungkin sedikit down baca buku ni setelah tahu siapa Amir yang sebenar.. Tetapi buku ni banyak juga pengajarannya dan ianya memang berlaku dalam masyarakat kita pada hari ini.. Dengan membaca buku Kelabu ni, kita dapat selami perjalanan hidup seorang 'Pengkid'.. Boleh dijadikan pengajaran dan ikhtibar.. Yang penting pengakhirannya adalah baik.. Kembali kepada fitrah asal.. 


Read More

PinkBoxCereal Hermosa Beauty Kit

Saturday, July 22, 2017

6 comments
PinkBoxCereal Hermosa Beauty Kit  | Holaa!! Hati aku sekarang ni tengah berbunga-bunga cinta tau.. Bukan sebab tengah bercinta dengan seorang yang bergelar manusia, tetapi tengah bercinta dengan produk kecantikan.. Haha.. Boleh ke macam tu?? Huh mestilah boleh...!! Ok, baru-baru ni aku ada terima sebuah kotak ni tau.. Warna gold lagik kotak tu uolls.... Dah bila ada jerk perkataan 'gold' tu, haruslah exclusive bagi aku kan.. Dah la exclusive, limitid edition pulak tu.. Hehe.. Overkan aku.. Haha.. Kotak apakah?? Aku dapat Gold Digger Box - Emergency Beauty Kit dari PinkBoxCereal bersama produk Hermosa di dalamnya.. 


Inilah rupa Gold Digger Box tu.. Exclusive kan? Orite, mungkin ada dikalangan korang yang belum kenal dengan PinkBoxCereal ni kan.. Jadinya, jom kenali serba sedikit tentang PinkBoxCereal ni..

Diasaskan oleh Malaysian Beauty Influencer, Puan Shafiqah Shafie (who goes by the name of PinkBoxCereal on Instagram, Facebook and Youtube), SHOPPINKBOXCEREAL mula di created pada Ogos 2016 melalui Instagram bagi memenuhi permintaan pengikutnya bagi produk kecantikan yang dipilih secara khusus dan dipakai sendiri olehnya..
Shoppinkboxcereal adalah yang pertama menghasilkan Emergency Beauty Kit di Malaysia, dimana pelanggan boleh memesan produk kecantikan yang berbeza dari jenama tempatan dan antarabangsa terpilih yang terdapat di laman web dan akan di packed dalam #emergencybeautykit box. 
Lebih daripada 100 Emergency Beauty Kit terjual setiap minggu merupakan satu pencapaian yang membanggakan Shoppinkboxcereal di Instagram.. 1 April 2017, adalah tarikh dimana shoppinkboxcereal.com telah dilancarkan dan secara rasminya shoppinkboxcereal menjadi Malaysian Skincare and Cosmetics e-commerce company yang menghasilkan #emergencybeautykit yang pertama di Asia.. Shoppinkboxcereal kini dimiliki secara persendirian oleh Puan Shafiqah Shafie dan suaminya, Lylia Fahmi.
Fuhhh panjang lebar aku terangkan latar belakang Shoppinkboxcereal ni.. Harapnya korang dapat menghadam maklumat yang aku bagi tu yek.. Hehe.. Oklah, tentang ShoppinkBoxCereal korang pun dah tahu, sekarang aku nak unbox pulak kotak yang aku dapat tu.. Apa yang ada kat dalam kotak emas tu?? Jom sama-sama kite lihat... Yeahhh!!

A post shared by L E A A Z L E E Y A 👻 (@lea_azleeya) on

PinkBoxCereal Hermosa Beauty Kit
PinkBoxCereal Hermosa Beauty Kit

Dalam Gold Digger Box - PinkBoxCereal Emergency Beauty Kit ini terdapat 3 item dari Hermosa iaitu Hermosa Cleansing Water (50ml), Hermosa 24K Gold Serum (Anti-Ance & Glowing) (15g) dan Hermosa Lipcreme Long Wear (Red Revival).. Firstime bukak kotak ni, aku dah rasa nak lompat bintang.. Mane tak nye dapat produk yang best camni.. Tak sabar nak cuba tau!! Orite, jom aku tunjukkan kat korang satu persatu item yang ada..


Size : 50ml  |  Harga : RM 45.00


OMG!! Itulah perkataan pertama yang keluar dari mulut aku semasa aku apply cleansing water ni kat muka aku.. Firstime guna cleansing ni, aku dah jatuh cinta dengannya.. Nak tahu kenapa? Dengan Hermosa Cleansing Water ni, make-up aku berjaya dibersihkan dengan sempurna tanpa perlu memedihkan kulit muka.. Make up pun dapat ditanggalkan dengan jayanya.. Memang terbaik!!

Hermosa Cleansing Water ini dihasilkan daripada bahan botanical seperti Aloe Vera dan Chamomile yang membantu untuk menghidrat, memberi keselesaan dan menyerikan kulit wajah.. Paling penting ia dapat mengekalkan kelembapan semulajadi kulit.. Kulit lebih bersih dan tona pun sekata..


Cara penggunaan :-
  • Semburkan sedikit Hermosa Cleansing Water ni ke cotton pad / wet tissue / facial tissue
  • Bersihkan muka dengan perlahan dalam gerakan bulatan
  • Selepas tu bolehlah cuci muka dengan pembersih muka yang korang guna
Kalau nak best lagi korang boleh guna Hermosa Organic Charcoal Soap.. Hasilnya lagik marbeles!!


Size : 15g  |  Harga : RM 85.00


Serum ni istimewa tau.. Ia mengandungi 24K Gold, Orange Extract dan Licorice Extract... Serum ini sangat ringan ye teksturnya, tak melekit dan mudah meresap... Ia juga dapat menegangkan kulit sebaik sahaja diapplykan ke kulit  wajah.. Apa pula fungsi serum ni yek? Jom kite semak satu persatu..
  • Merawat jerawat yang aktif dan juga blackheads
  • Merawat parut jerawat
  • Mengekalkan kelembapan kulit
  • Menyerikan kulit wajah secara semula jadi
  • Anti penuaan
  • Anti oksidan
  • Anti jerawat

Wahh banyak betul manfaat serum ni.. Kalau korang bermasalah jerawat, boleh lah mencuba serum dari Hermosa ni.. Serum ni juga sesuai untuk semua jenis kulit ye.. Aku suka serum ni, bau dia wangi sangat dan berwarna pink gituu.. Pastu kat dalamnya terdapat cebisan keemasan.. Cewaaahhh cebisan keemasan tuu.. Ayat tak nak kalah.. Tapi betul la kan.. Nama lagi mengandungi 24K Gold.. Hiks.. Paling penting serum ni FREE paraben, alcohol, mineral oil, animal oil dan bahan merbahaya yang lain..



Cara Penggunaan :-
  • Apply pada kulit wajah selepas pakai toner
  • Boleh digunakan dengan any other serum and essence
  • Boleh digunakan pada waktu siang mahupun malam
  • Juga boleh digunakan sebagai makeup base/primer


Harga : RM 39.00


Hermosa Lipcreme Long Wear yang aku dapat ni kod Red Revival.. Firstime ni tau aku ada lipstik warna merah.. Merah bukan sebarangan merah, merahnya sangatlah menyerlah dan meriah.. hehe.. Sekali sekala tukar warna lipstik ape salahnya kan.. Kebiasaannya warna lipstik aku lebih kepada warna nude.. Kali ni aku cabar diri aku untuk pakai warna merah pula..

Cantik warna Red Rivival ni..

Opsss!! Aku tersuka pulak warna ni.. OMG!!

Cantikkan warnanya.. Selain warna Red Revival ni, terdapat pelbagai pilihan warna lagi seperti Ginger, Belle, Perfect Nude dan Nude Thrill... Hermosa Lipcreme ni adalah dari jenis matte.. Walaupun dari jenis matte, ia tak mengeringkan bibir ye, sebaliknya melembabkan dan bibir akan terasa lembut dan selesa.. Paling penting tahan lama uolls..!! Tak perlu dah nak apply banyak kali.. Lipcreme ni mengandungi Vitamin E dan Collagen tau... Bukan saja dapat bergaya cantik dengan bibir menawan tetapi dapat juga menjaga kesihatan bibir kan.. Tak gitu?? Satu lagi yang aku suka tentang lipcreme ni, baunya harum bau vanilla... Aku suka!!


GOLD DIGGER BOX


Sebelum ni, kotak Emergency Beauty Kit ni berwarna pink.. Now, korang dah boleh upgrade ke kotak berwarna gold pula.. Gold Digger Box Limited Edition.. Bagi aku sangatlah exclusive ye kotak ni.. Sepertimana yang aku dok gebang kat atas nun.. Hehe.. Kotak ini juga sangat berkualiti.. Bukan macam kotak biasa yang lembik tu.. Ni kotak keras yang memang boleh dijadikan make up box case.. Nak buang pun sayang.. huhu..

Macam mana nak dapatkan Gold Digger Box Limited Edition ni?

Kalau korang nak miliki kotak yang super duper exclusive ni, korang hanya perlu add item ini dengan harga RM30 jika nak upgrade pinkbox yang biasa ke Gold Digger Box Limited Edition ini bagi pembelian dibawah RM150... Tapi, jika korang membuat pembelian lebih daripada RM150 dan keatas di dalam satu resit, korang akan dapat upgrade Gold Digger Box ni secara percuma.. Tak perlu bayaran tambahan sebanyak RM30.. Bestkan!!


Perhatian!!
Kotak ini tidak boleh dibeli secara kosong tanpa sebarang pembelian barangan lain yang terdapat di dalam website shoppinkboxcereal.com...



Panjang pulak entry kali ni yek.. hehe.. Biasalah terlebih teruja dengan PinkBoxCereal Hermosa Beauty Kit ni kan, kenalah buat entry panjang sikit.. Oh ya, PinkBoxCereal Hermosa Beauty Kit yang aku dapat ni adalah pakej kombo berharga RM165... Kalau korang nak beli loose item pun boleh jerk.. Tapi bagi aku, kalau beli kombo lagik jimat berbanding loose item.. Apa-apa pun atas pilihan masing-masing juga.. Hiks..

Antara jenama yang terdapat di Shoppinkboxcereal :-
  • True Island
  • Argania
  • Ohmostwanted
  • Hope Girl
  • Dottsy
  • Cocomess
  • Hermosa by Belinda
  • Alysa
  • Shee Beaute
  • Nadre
  • Celebrity Serum
  • Lanna Cosmetics
  • Touchminerals (Ulu Klang)
  • PinkBoxCereal Beauty



Untuk maklumat lanjut atau sebarang pembelian, korang boleh terjah terus di :-

Website

Facebook

Instagram

Youtube


Read More

Review Novel | Penanda Kubur Anira

Thursday, July 20, 2017

11 comments
Review Novel | Penanda Kubur Anira  |  Hi korang!! Banyak hari dah blog ni tak berupdate... Kesibukan makin menjadi-jadi sejak akhir-akhir ni.. Sampaikan tak terjengok blog aku ni.. Hari ni cuba curi masa nan sedikit untuk update blog.. Banyak bende nak update sebenarnya.. hehe.. Untuk masa yang nan sedikit ni, aku review novel dululah... Penanda Kubur Anira karya Hafiz Aziz... 

Penanda Kubur Anira
Penanda Kubur Anira
Eceli, novel ni aku beli yang preloved dari Blogger Sha.. Bila tengok Sha review novel ni, aku jadi teruja nak baca juga.. Nasib baik aku tak  beli lagi.. Kalau tak rugi la.. Sebab Sha jual murah jerk sedangkan buku masih baru.. Sinopsis novel ni berjaya membuatkan aku teruja untuk membacanya... Mana taknya, bila ayat "Taksubnya pada kecantikan tidak akan pernah padam! Nafsunya pada darah tidak pernah puas!" terpampang pada kulit depan novel ni.. Lagilah buat aku tak sabar untuk membacanya.. Pandai penulis menarik minat pembaca... Tahniah.. :)


Novel ni aku baca pada 13 Julai 2017 yang lalu dan mengambil masa selama 3 hari untuk habiskan novel setebal 187 muka surat ni... Taklah setebal mane bukunya.. hehe.. Starting baca buku ni agak teruja... Bila dah lama baca, apakah?? Ohh! Rupanya kisah pontianak... Kisah seorang tua yang dah terlalu tua menjadi kembali remaja dengan menghisap darah pemuda kampung dan juga jantung mereka sebagai santapan... Aku membayangkan novel ni, jalan ceritanya lebih menarik dari yang dikisahkan dalam novel ni tetapi agak hampa sikit sebab kisahnya hanya kisah pontianak yang kadang-kadang ada logiknya dan kadangkala ada yang aku rasa macam tak berapa nak logik.. hehe.. Sungguhpun cenggitu, tak de la aku kata jalan ceritanya tak best, sebenarnya masih best untuk dilayan...

Jom tengok review penuh aku di Goodreads..


REVIEW AKU DI GOODREADS

Penanda Kubur Anira

My rating: 4 of 5 stars

Penanda Kubur Anira.. Novel seram yang merungkaikan sebuah kisah seram yang berlaku disebuah kampung dizaman dahulu kala.. Kisah pontianak yang mahukan lelaki muda utk dihisap darah dan dimakan jantungnya bagi tujuan kecantikan paras rupa dan dirinya dek kerana sumpahan..

Ramai orang kampung Dangi yang menjadi mangsanya.. Siapa pontianak tu? Dah tajuk pun penanda kubur Anira, so Anira la pontianak itu... hehehe..

Anira ni sebenarnya seorang wanita yang sangat tua dan sangat hodoh.. Untuk kembali cantik, dia kena hisap darah pemuda dan makan jantungnya dan barulah dia kembali menjadi seorang gadis yang sangat cantik.. Terdapat paku dibelakang lehernya... Bila paku itu dicabut, maka terhapuslah segala sumpahan dan kuasanya.. Dia akan kembali menjadi wanita yang sangat tua dan hodoh itu.. Paku itu juga akan menjadi penanda kuburnya apabila dia mati..

Bagi aku, novel ni ada part memang seram gila.. Ada juga part cam biasa-biasa aje.. Ada kadang kalanya, penceritaannya agak kelam kabut sampaikan kena baca dua tiga kali supaya lebih faham akan sesuatu situasi itu.. Watak juga terlalu banyak dalam kisah ini... Tapi pape pun jalan ceritanya menarik... Kalau x menarik memang tak baca sampai habis..



Read More

BAJET BAGUS - Pintu Ke Arah Ujub, Riak Dan Takabbur

Monday, July 17, 2017

30 comments
BAJET BAGUS - Pintu Ke Arah Ujub, Riak Dan Takabbur  |  Assalamualaikum wbt... Hi korang!! Moga semuanya berada dalam keadaan yang baik di pagi isnin ni yang penuh dengan monday blues!! Hehe.. Tajuk pagi ni agak best.. Untuk renung kita bersama agar tak menjadikan diri BAJET BAGUS!! huhu..


BAJET BAGUS - Pintu Ke Arah Ujub, Riak Dan Takabbur
BAJET BAGUS - Pintu Ke Arah Ujub, Riak Dan Takabbur
sumber : google





Read More

Review Novel | The Greatest Of Destiny! By Al-Wahyu

Friday, July 14, 2017

11 comments
Review Novel | The Greatest Of Destiny!  |  12 Julai 2017 yang lalu aku selamat khatam novel cinta The Greatest Of Destiny by Al-Wahyu ni... Memakan masa selama 4 hari jugak untuk aku habiskan novel ni.. Memandangkan masih banyak baki novel yang perlu aku baca untuk mencapai KPI dalam 2017 Challange Goodreads aku tu, makanya aku kenalah berusaha keras bagi memastikan ianya tercapai dengan jayanya.. Cewahhh!! Kerrrlasss ayat ko makk!! hehe.. Novel ni adalah buku yang ke-18 untuk cabaran ini.. So, masih berbaki sebanyak 12 buah buku lagi... Harapnya sempatlah aku habiskan 12 buah buku lagi sebelum akhir tahun ni.. 


Orite, jomlah aku cerita pasal novel ni pulak.. Novel hasil karya Al-Wahyu ni menceritakan tentang sebuah percintaan antara dua orang student university di Melborne yang terputus ditengah jalan akibat ego si lelaki yang terlalu mementingkan status, pangkat, darjat dan juga persahabatan.. Padahal dirinya benar-benar mencintai dan sayang pada si gadis.... Hadoii dah kenapa aku pakai lelaki dan gadis ni.. Hehe.. Okeh, si lelaki namanya Nasih Mikael dan si gadis namanya Alisa Zahira... Setelah sekian lama, Alisa membuka hatinya untuk seorang lelaki lain dan bertunang.. Dalam pada tu, dia berkenalan dengan mama Nasih Mikael tanpa mengetahui siapa sebenar wanita itu dalam satu situasi yang tak diduga.. Sehinggalah membawa perkenalan kali ke-dua di rumah mama Nasih atas urusan kerja.. 

Semasa pertemuan kali pertama lagi mama Nasih dah berkenan dengan si Alisa ni untuk dibuat menantunya.. Sampaikan dia sanggup mengupah orang untuk menghancurkan tali pertunangan Alisa untuk menjayakan rancangannya menyatukan Alisa dan Nasih.. Sedangkan dia tak tahu sama sekali yang Alisa dan Nasih masing-masing dah mengenali antara satu sama lain.. Dalam masa yang sama Nasih Mikael sedang menagih kasih Alisa kembali walaupun dah tahu Alisa ni sudah bertunang.. Bila tali pertunangan telah terlerai akibat perbuatan mama Nasih, Nasih mengambil peluang yang ada untuk menggantikan si tunang Alisa dalam majlis perkahwinan Alisa supaya majlis tersebut tetap berlangsung tanpa memalukan keluarga Alisa.. Masa majlis tersebutlah mama Nasih terkejut gadis yang dikahwini anaknya itu adalah gadis yang dia nakkan menjadi menantunya.. Gembira bukan kepala kerana dia ingat rancangan dia gagal.. Huhu.. Jahat betul kan.. Haisss.. 

Tapi tula, kalau dah jodoh tak kemana kan.. Larilah jauh mana pun, ia tetap datang pada kita.. Sebab tu aku suka qoute dalam novel ni... Siap up kat blog lagi.. hehe..

Kalau Allah SWT sudah takdirkan dia untuk kamu sejak tercatat di lohmahfuz lagi, datanglah pelbagai halangan sekalipun, kamu dan dia tetap akan bersatu juga. Sebab tiada sesiapa dapat menghalang kuasa Allah SWT.. Tetapi andai kata dia bukan milik kamu, ikhlaskan hati dan redalah dengan ketentuanNYA.. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk setiap hambaNYA.. - The Greatest of destiny! by Al-Wahyu
Baca sini : Jodoh Yang Ditakdirkan 

Banyak lagik liku-liku dalam novel ni sebenarnya.. Kalau aku cerita habis, tak best la kan.. Korang kenalah baca sendiri baru ada feel... Bukan takat kat situ aje ceritanya.. Ada suka, duka yang korang kena lalui dalam novel  ni.. Jom tengok sinopsis novel ni pulak..

Sinopsis The Greatest Of Destiny! by Al-Wahyu

Nampakkan sinopsis tu.. Kalau tak nampak korang besarkanlah gambar tu.. Malas aku nak taip kat sini satu-satu.. Haha!! Jom tengok review aku tentang novel ni dekat goodreads pulak..


REVIEW AKU DI GOODREADS


The Greatest Of Destiny!

My rating: 4 of 5 stars

The Greatest Of Destiny!, novel cinta yang pada aku biasa-biasa aje jalan ceritanya tetapi masih boleh dilayan.. Ada babak² cinta, kecewa, dengki, dendam, sabotaj, pembunuhan dan happy... Aku suka baca kisah pembunuhan dalam novel ni kerana olahan penulis dalam bab ni agak teratur dan menarik.. Last sekali dah semestinya happy ending... Biasa kalau baca novel, kalau endingnye happy, dah boleh agak jalan ceritanya camne.. Semua novel lebih kurang jerk kisahnya bila ending cerita.. Huhuhu..

Kisah sabotaj yang ditonjolkan oleh penulis juga agak menarik... Mungkin ada berlaku dalam masyarakat kite hari ni.. Seorang ibu yang inginkan seorang gadis yang sudah bertunang menjadi menantunya sampaikan sanggup sabotaj pertunangan mereka sehingga terlerai.. Perghhh kejam..!! Kuang hajoooo betol... hehe..

Kiranya novel ni best la jugak jalan ceritanya.. Yang penting tak bosan.. Itu yang paling penting bila baca sesebuah novel..

View all my reviews


Kenali Penulis Al-Wahyu



Read More