Cenderahati Dari London

Monday, July 10, 2017

8 comments
Cenderahati Dari London  |  Raya baru ni berkesempatan beraya di rumah kakak aku di Aspa Cottage pada raya pertama.. Kebiasaannya kalau keluar beraya pun mesti raya ke-2 tapi tahun ni kitorang pulun beraya ke rumah kakak sulong aku raya pertama lagik.. Sempatlah jumpa anak-anak kakak aku walaupun tak semua sekali.. Tapi bukan itu yang aku nak cerita sebenarnya.. Hehe.. Yang aku nak ceritanya adalah cenderahati dari London yang aku dapat dari anak sedara aku.. Hiks.. Kite layan gambar raya dulu sekeping.. Haha!!


Syok betul makan tu mak buyong... Hehe.. Menambahkan berat badan biasalah kan...  Masa tengah merehatkan diri setelah kekenyangan yang melampau, anak saudara aku datang kat aku hulur tangan.. Ingatkan nak salam, rupanya dia hulur cenderahati yang dibelinya dari London.. Eceli, aku minta dia belikan pelekat peti untuk aku.. Buat kenang-kenangan.. Ingatkan dia tak beli dah.. Rupanya ada rezeki aku dapat pelekat peti dari London.. Yelahkan, nak pergi sana memang tak la.. So, ada yang pergi mintaklah tolong belikan... Hobi baru aku sekarang ni kan kumpul pelekat peti.. Huhuhu.. 

Cenderahati Dari London
Cenderahati Dari London

Inilah hasilnya.. Dapat 2 pelekat peti dari sana.. Alhamdulillah.. Boleh tambah koleksi pelekat peti aku.. Yeahh!! Mintak beli satu tapi dapat 2.. Memang terbaik.. Kalau ada kengkawan yang pergi melancong pastu balik buat giveaway hadiahnya pelekat peti dari sana, memang aku akan join.. Manelah tahu ada rezeki menangkan.. Dapatlah tambah koleksi pelekat peti dari negara lain pulak.. 


Antara koleksi yang ada.. Sikit aje baru sebab baru jerk berjinak-jinak mengumpulnye.. Setakat ni yang best dari korea dan london la.. Yang lain tempatan aje.. Tu pun banyak dah yang rosak kena baling dek budak kecik tu.. Ikan pun hilang muncung.. hehe.. Yang vietnam habis rosak dah si Qhaliff punya kerja.. Tinggal ajelah yang ini.. Huhu... 

Apa-apa pun, thankz to my anak sedara, Azuan coz belikan mak saudaranya ni pelekat peti dari London.. Kehkehkeh!!

A post shared by @shnrzn_ on


A post shared by @shnrzn_ on


Read More

Review Novel | Dari Tanah Ke Tanah By Tajul Zulkarnain

Friday, July 7, 2017

8 comments
Review Novel | Dari Tanah Ke Tanah By Tajul Zulkarnain  |  Alhamdulillah akhirnya dapat juga aku habiskan novel psiko ni.. Novel Dari Tanah Ke Tanah by Tajul Zulkarnain... Novel yang membuatkan fikiran aku berkecamuk dan bercelaru tak menentu.. Novel yang betul-betul mencabar fikiran dan perasaan aku.. Starting baca dah membuatkan aku pening untuk memahami jalan ceritanya.. Tapi ku gagahkan juga diri untuk menghabiskan novel ni.. Dah beli tak kan tak nak baca kan... Mesti habiskan juga walaupun agak mencengkam perasaan dan fikiran.. Hahaha ayat aku tak leh blah wehhh!!

Dari Tanah Ke Tanah By Tajul Zulkarnain
Dari Tanah Ke Tanah By Tajul Zulkarnain

Starting baca novel ni, aku dah tak faham jalan ceritanya... Aku siap whatsapp kawan ulat buku aku Blogger Sha Mohamad dengan menyatakan padanya yang aku tak  boleh nak blah baca buku ni.. Agak sukar untuk aku faham jalan ceritanya.. Sha cakap dekat aku, agar aku baca slow-slow dan nanti akan faham juga.. Bila dah dapat sokongan padu bak bola lontar peluru hehehe aku gagahkan diri untuk teruskan bacaan aku.. Dan akhirnya, aku faham jalan ceritanya walaupun agak psiko.. Nasib baik aku tak mental ohh!! Hiks..

Sinopsis novel Dari Tanah ke Tanah


Moh tengok review aku tentang novel Dari Tanah Ke Tanah hasil karya Tajul Zulkarnain...


Dari Tanah Ke TanahDari Tanah Ke Tanah by Tajul Zulkarnain
My rating: 4 of 5 stars

Expectation aku bila firstime tengok tajuk dan kulit buku novel ni, membayangkan ini adalah novel ilmiah.. Mengisahkan sebuah kematian dan alam kubur.. Ternyata, jangkaan pandang pertama aku tu meleset sama sekali..

Novel ini sebenarnya mengisahkan perjalanan hidup seorang pesakit mental tidak kronik yang hampir-hampir terjebak dengan kegiatan haram dan rasuah disebabkan kekurangan yg ada padanya sebagai pesakit mental... Sahabat baiknya terlibat dgn kegiatan menjual tanah rezab melayu kepada bukan melayu dan terlibat dengan rasuah... Dia hampir-hampir terlibat.. Nasib baiklah, dia agak kuat pegangan agamanya dan terus menghindarkan diri dari terus terjebak... Biasalah manusia kan, kalau dh nampak duit banyak boleh jadi sawan... hehe..

Tapi serius ye kengkawan, baca novel ni sangat mencabar fikiran dan perasaan.. Kena fahamkan betul-betul.. Aku dah rasa cm aku pulak nak tersampuk sakit mental baca novel ni... huhuhu... Bercelaru fikiran sekejap..

Kalau korang sukakan novel yang boleh cabar pemikiran korang, bolehlah try baca novel ni.... Tapi bacalah dengan penuh berhemah ye, takut nanti korang lak yang mental... Haha..

View all my reviews


Sedikit coretan cinta dari Tajul Zulkarnain buat aku, Lea Azleeya.. Cewahh!!


Read More

Filem Transformers The Last Knight

Thursday, July 6, 2017

15 comments
Filem Transformers The Last Knight  |  03 Julai 2017 yang lalu aku berkesempatan menonton filem Transformers The Last Knight di GSC, ECM Kuantan.... Kali ni pergi menonton dengan encik suami.. Selalunya aku akan pergi tengok wayang dengan BFF aku si Yatt.. Tapi dia sekarang dah tak available kan.. So, sekarang kalau nak menonton kena pergi dengan encik suami aje la jawabnya.. Mungkin nextime aku akan kembali menonton dengan BFF aku tu.. Ahakz.. 

Filem Transformers The Last Knight
Filem Transformers The Last Knight

Dengar cerita, ini adalah filem transformers yang terakhir... Tapi melihatkan endingnya, rasanya ada sambungan lagi.. huhuhu.. Takkan lah cerita se-femes ini akan berakhir ye dak?? Ahakz.. Korang dah tonton ke filem ni? Sebelum aku pergi nonton filem ni, aku dah dengar pendapat-pendapat mereka yang dah pergi tengok.. Macam-macam feedback aku dengar.. Ada yang cakap ceritanya agak membosankan.. Tak sehebat cerita sebelum ni.. Betul ke? hehe.. Nak tau tak feedback aku pulak lepas tengok filem ni? Hihi..


Bagi aku, filem Transformers kali ni agak membosankan dan tak sehebat jalan cerita filemnya sebelum ini.. Korang bayangkanlah, aku boleh layan mata time tengok filem ni.. Mengantuk siot!! Puas aku dok kontrol mata supaya tak terkatup.. Hehe.. Yelah, dah bayar tiket mahal-mahal, takan nak membuta kot dalam tu kan.. Harussslah paksa tengok sampai habis jugak walaupun bosan.. Huhu... Paling kecewa bila Optimus Prime muncul hanya beberapa kali.. Rasanya dua kali jerk kot.. Huk!! Cam hampeh jerk..

Korang bayangkan lagik ye, aku rasa punyalah lama duduk dalam panggung wayang tu.. Ceritanya hanya dalam 2 jam lebih, tapi aku rasakan macam 5 jam dah duduk dalam tu... Sampaikan aku tanye encik suami, bila nak habis ni... Hehe.. Tapi itu pendapat aku jerk la yek.. Bagi korang, mungkin best.. Pendapat setiap orangkan berbeza-beza.. So, kalau nak tahu best ke tidak, kenalah pergi menontonnya sendiri... Baru boleh nilai best ke tidak.. 


Read More

Lipstik NOVO Hadiah Top Commentator Blog Starlavenderluna

11 comments
Lipstik NOVO Hadiah Top Commentator Blog Starlavenderluna  |  Bila dah terlebih makan kuih raya, semua bende pun lupa.. Hehe.. Agak lambat sikit aku update tentang hadiah yang aku terima daripada Blogger Shikin ni.. Lipstik NOVO hadiah Top Commentator Blog Starlavenderluna.. Di entry terdahulu aku pernah update yang aku tersenarai sebagai Top Commentator di Blog Starlavenderluna kan.. Baca kat SINI... Dan hadiahnya sudah pun selamat aku terima sebenarnya.. Sebelum raya lagi.. Aku aje yang terlupa nak update.. Adesss!!

Lipstik NOVO Hadiah Top Commentator Blog Starlavenderluna
Lipstik NOVO Hadiah Top Commentator Blog Starlavenderluna

Inilah rupa hadiah yang aku terima.. Lipstik NOVO... Lipstik ni best tau.. Dwiwarna.. Warnanya pun cantik.. Bukan jenis matte ye.. Bila pakai, nampak lembap jerk bibir.... Paling best bila apply kat bibir kedua-dua warna, nampak kontra.. Kalau bibir korang jenis cerah, memang cantik pakai lipstik ni.. Ala-ala bibir artis korea gittewwww!! Bibir aku ni tak berapa nak cerah.. Tapi masih ok la bila dipakai..


Dwiwarna... Red + pink... Kombinasi warna yang menarik bila dipakai memang nampak cantik.. Aku biasa pakai warna pink tu belah luar bibir.. Warna merah, belah dalam.. Lipstik ni pun tahan lama.. Lepas makan pun masih bersisa warna lipstiknye... 


Yeahhh... Calit kat tangan sudah.. Kang tunjuk gambar calit kat bibir aku kang, ramai yang muntah hijau pulak.. Haha... Kire jelas la kan tu warnanya.. Pink dan merah.. Banyak lagi sebenarnya variasi warna lipstik NOVO ni.. Kebanyakan warnanya menarik.. 


Ini antara warna-warna yang ada... No.01 tu pun menarik uolls.. hiks.. Aku pernah tengok orang jual lipstik NOVO ni dalam koleksi warna nude... Cantik ohhh!!.. Hadoii... Apa-apa pun, aku nak ucapkan terima kasih bebanyak kepada Blogger Shikin untuk hadiahnya yang terlebih ohsemnesssss ni... Alhamdulillah aku dapat warna yang aku suka.. Thankz tau Shikin...

Orite, nak promot sikit ye.. Kalau korang nak mendapatkan perkhidmatan Urut Terapi Buang Angin Bagi Wanita Muslimah bagi kawasan Salak Tinggi, Nilai, Dengkil, Putrajaya dan Cyberjaya bolehlah menghubungi Blogger Shikin ni.. Beliau ada menawarkan perkhidmatan tersebut.. Hanya untuk Wanita Muslimah aje yerk.. Lelaki tidak dibenarkan sama sekali.. Haha!! Untuk caj perkhidmatan, boleh tengok dekat bawah ni..

Caj Perkhidmatan untuk 1 Jam

Salak Tinggi
RM 35.00

Kawasan lain
Pilihan 1 - RM 35.00 (Rumah beliau)
Pilihan 2 - RM 45.00 (Rumah anda)


Untuk temujanji, sila hubungi :-

Shikin Razali
019-988 4032



Read More