transformers
Showing posts with label transformers. Show all posts

Filem Transformers The Last Knight

Thursday, July 6, 2017

15 comments
Filem Transformers The Last Knight  |  03 Julai 2017 yang lalu aku berkesempatan menonton filem Transformers The Last Knight di GSC, ECM Kuantan.... Kali ni pergi menonton dengan encik suami.. Selalunya aku akan pergi tengok wayang dengan BFF aku si Yatt.. Tapi dia sekarang dah tak available kan.. So, sekarang kalau nak menonton kena pergi dengan encik suami aje la jawabnya.. Mungkin nextime aku akan kembali menonton dengan BFF aku tu.. Ahakz.. 

Filem Transformers The Last Knight
Filem Transformers The Last Knight

Dengar cerita, ini adalah filem transformers yang terakhir... Tapi melihatkan endingnya, rasanya ada sambungan lagi.. huhuhu.. Takkan lah cerita se-femes ini akan berakhir ye dak?? Ahakz.. Korang dah tonton ke filem ni? Sebelum aku pergi nonton filem ni, aku dah dengar pendapat-pendapat mereka yang dah pergi tengok.. Macam-macam feedback aku dengar.. Ada yang cakap ceritanya agak membosankan.. Tak sehebat cerita sebelum ni.. Betul ke? hehe.. Nak tau tak feedback aku pulak lepas tengok filem ni? Hihi..


Bagi aku, filem Transformers kali ni agak membosankan dan tak sehebat jalan cerita filemnya sebelum ini.. Korang bayangkanlah, aku boleh layan mata time tengok filem ni.. Mengantuk siot!! Puas aku dok kontrol mata supaya tak terkatup.. Hehe.. Yelah, dah bayar tiket mahal-mahal, takan nak membuta kot dalam tu kan.. Harussslah paksa tengok sampai habis jugak walaupun bosan.. Huhu... Paling kecewa bila Optimus Prime muncul hanya beberapa kali.. Rasanya dua kali jerk kot.. Huk!! Cam hampeh jerk..

Korang bayangkan lagik ye, aku rasa punyalah lama duduk dalam panggung wayang tu.. Ceritanya hanya dalam 2 jam lebih, tapi aku rasakan macam 5 jam dah duduk dalam tu... Sampaikan aku tanye encik suami, bila nak habis ni... Hehe.. Tapi itu pendapat aku jerk la yek.. Bagi korang, mungkin best.. Pendapat setiap orangkan berbeza-beza.. So, kalau nak tahu best ke tidak, kenalah pergi menontonnya sendiri... Baru boleh nilai best ke tidak.. 


Read More