Top Commentator Di Blog Starlavenderluna

Top Commentator Di Blog Starlavenderluna  |  Sejak kebelakangan ni aku tak berjaya nak blogwalking ke blog rakan-rakan setiap hari.. Ada saje kesibukan yang aku alami... Dengan shopping rayanya.. Dengan jemputan berbuka puasanya.. Cewahhh.. Jemputan berbuka puasa tu.. Dah macam artis gituwww..!! Padahal jemputan dari keluarga, rakan taulan aje pun.. Haha!! Alah kira jemputan jugak la kan.. Bila dah keluar, memang tak de masa nak jengok blog dan blogwalking.. Mintak maaf sangat-sangat ye rakan-rakan blogger yang rajin singgah kat blog aku ni.. Tak dapat nak balas kunjungan dengan segera.. Mungkin mengambil masa sikit.. Hiks.. Bukan itu yang tujuan utama entry ni.. Tujuan utamanya, cuma nak cerita tentang keberjayaan aku menjadi top commentator di Blog Starlavenderluna tempoh hari...

Top Commentator Di Blog Starlavenderluna
Top Commentator Di Blog Starlavenderluna

Kali ni yang tersenarai dalam Top Commentator blog Starlavenderluna akan menerima hadiah dari Blogger Shikin selaku owner blog.. Alhamdulillah rezeki sempena hari raya namanya tu.. Aku memang suka terjah blog Shikin ni sebab banyak info yang menarik.. Kengkadang aku sendiri tak tahu menahu tentang kewujudan info tersebut.. Dah alang-alang sampai ke blog beliau, tak sah kalau tak tinggalkan komen sepatah duakan.. Alhamdulillah rezeki aku untuk tersenarai dalam Top Commentator blog beliau bagi bulan Mei-Jun 2017


Nampaknya ada saingan sengit disitu.. Hehe.. Sama pulak jumlah komen aku dengan Blogger Sha tu yek.. Tak pe la.. Komen mengomen ni bukan nak bersaing.. Tapi lebih kepada meninggalkan jejak dan support blog kengkawan.. Bila ada masa kita blogwalking.. Tapi time tak berpeluang nak blogwalking, memang tak de la tinggal jejak kita kat blog kengkawan.. Gitu la rutinnya seorang blogger...

Semua yang tersenari juga akan dimasukkan ke dalam bloglist blog  beliau.. Memang terbaik.. Thankz buat Shikin.. 😊 Orite, nak tahu tak hadiah apa yang akan kami terima nanti... Lipstik Novo... Pilihan warnanya pun menarik...


Oklah.. Kalau korang nak info lebih, bolehlah ke blog Starlavenderluna ni... Jom sesama terjah blog beliau...



13 comments on "Top Commentator Di Blog Starlavenderluna"
  1. Alhamdulillah, murah rezeki kak Lea :D

    ReplyDelete
  2. Best kalau jdik top komentar ni..semangat nak komen kat blog orang selalu..hehe

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah tahniah lea. Rezeki ramadhan ni.

    ReplyDelete
  4. Kipidap.... Fara malas beno nk bw sejk2 lappy xdok

    ReplyDelete
  5. Keep it up. Betul Lea. Komen untuk sokong rakan blogger :)

    ReplyDelete
  6. yay tahniah kak lea. akak memang rajin komen pun hikhik

    ReplyDelete
  7. Wah, thanks Lea sebab sudi buatkan entri khas untuk saya.. =) Muahh,.. hihi

    ReplyDelete
  8. Tu yg kalau sy singgah mana2 blog, pasti akan komen 3-4 entry. Sebab x singgah selalu & kekangan masa 😂

    ReplyDelete