Menang Giveaway Tudung iBawal Di Instagram By Blogger Cik Suzlin

Wednesday, June 21, 2017

25 comments
Menang Giveaway Tudung iBawal Di Instagram By Blogger Cik Suzlin  |  Syukur alhamdulillah, rezeki aku dibulan Ramadhan yang penuh berkat ni mencurah-curah... Daripada tawaran job review yang berbayar mahupun tak berbayar, menang giveaway anjuran rakan-rakan blogger, dpt surprise gift untuk birthday dan sebagainya.. Tak putus-putus rezeki dariNYA buat aku.. Syukur tak terhingga.. TQ ALLAH... Sesungguhnya rezeki itu datang tanpa disangka-sangka dan hanya DIA yang tahu dan Maha Pemberi Rezeki.. Rezeki seterusnya aku perolehi dengan memenangi giveaway anjuran Blogger Cik Suzlin di Instagram... Firstime tau aku menang giveaway di Instagram... Biasa di blog aje.. ^_^ ... Kali ni aku menang Giveaway Tudung iBawal anjuran Blogger Cik Suzlin atau lebih dikenali dengan nama 'Mak'... :)

menang giveaway ibawal
Menang Giveaway Tudung iBawal Di Instagram By Blogger Cik Suzlin

Giveaway ni agak senang syaratnya.. Cuma like, share dan tag... Aku sekadar mencuba nasib sahaja pada mulanya.. Tak sangka pula terpilih... Katanya, iBawal ni bila digosok berbau wangi... Ramai juga blogger yang review tentang tudung iBawal ni.. Tak sangka pula, aku dapat memilikinya nanti.. Hiks.. Thankz to Cik Suzlin a.k.a Mak... Moga Lin dimurahkan dan dilimpahkan rezeki yang halal olehNYA... 

Review di IG : Lea_Azleeya

Okies, kot ada blogger yang belum mengenali atau belum follow blog mahupun IG Cik Suzlin ni boleh la terjah blog dan IG beliau... Leh kenal-kenal antara satu sama lain disamping meramaikan kenalan dikalangan blogger kan... Moh kite blogwalking sesama..


Blog The Real Blogger Mak

Instagram CikSuzlin
https://www.instagram.com/ciksuzlin/



Read More

Akhirnya Terpilih Sebagai Pemenang Giveaway SGShop Shopping Credit By Wani Sukarno

Tuesday, June 20, 2017

16 comments
Akhirnya Terpilih Sebagai Pemenang Giveaway SGShop Shopping Credit By Wani Sukarno  |  Alhamdulillah, setelah percubaan beberapa kali join giveaway SGShop shopping credit anjuran rakan-rakan blogger, akhirnya terpilih sebagai pemenang Giveaway SGShop Shopping Credit by Wani Sukarno.. Sebenarnya, nama pemenang dah diumumkan pada 14 Jun 2017 yang lalu.. Tapi aku jerk terlupa nak update tentang hal ini.. Otak terlalu sarat dengan idea sampai tercicir entry untuk yang ini.. Hukhuk!!

Akhirnya Terpilih Sebagai Pemenang Giveaway SGShop Shopping Credit By Wani Sukarno
Terpilih Sebagai Pemenang Giveaway SGShop Shopping Credit By Wani Sukarno
Pinjam banner cantik ni ye wani.. ^_^

Giveaway RM1000 Shopping Credit by Wani Sukarno ni aku join akhir bulan Mei hari tu.. Tak sangka juga terpilih sebagai pemenang untuk kali ni.. Alhamdulillah ada rezeki aku untuk shopping di SGShop nanti.. Pape pun nak ucapkan terima kasih bebanyak pada Blogger Wanie kerana sudi memilih diri ini sebagai pemenang... Cewahhh.. Ayatnya ya ampunnn!!




Plan asal aku kalau menang giveaway ni nak beli kabinet baju untuk baby baru.. Tetapi bila di riki-riki dengan Blogger Sha tentang pembelian rak buku beliau di SGShop, terus tak jadi kerana kos postage agak mahal berbanding harga barang.. So, aku kuburkan niat aku tu dan aku akan shopping baju baby aje nanti kat SGShop... Hiks.. 

Orite, kalau korang tak de idea nak masak ape hari ini, korang boleh terjah Blog Wani Sukarno untuk mendapatkan resepi-resepi yang superb sedap... Berlambak uolls resepi kat blog beliau... Semua sedap-sedap belaka.. Tak pun, kalau korang nak beli produk Nurraysa pun boleh.. Beliau ada menjual produk tersebut...

Jom terjah sekarang!!





Read More

Sambut Perayaan Ramadhan Ini Dengan Penebusan #GrabJuice

4 comments
Sambut Perayaan Ramadhan Ini Dengan Penebusan #GrabJuice  |  Tiada tempat letak kereta, beratur panjang untuk membeli barang dan ramai pengguna jalan raya menuju ke pusat membeli belah yang sama paa bulan Ramadhan. Ia adalah senario yang tidaklah lagi asing pada setiap musim perayaan apabila terdapat tawaran khas dan jualan untuk dinikmati, akan tetapi janganlah dikalahkan olehnya sebelum anda keluar rumah anda... 

Sambut Perayaan Ramadhan Ini Dengan Penebusan #GrabJuice
Sambut Perayaan Ramadhan Ini Dengan Penebusan #GrabJuice

Menangani masalah transit dengan perjalanan pintar, dengan mengambil Grab dan menerima ganjaran untuk kegunaan anda.. Ramdhan ini, Juice Works dengan kerjasama Grab, menawarkan #GrabJuice, tawaran eksklusif penebusan Juice untuk pelanggan-pelanggan Grab yang menuju ke mana-mana pusat membeli belah yang mempunyai cawangan Juice Works, diseluruh negara. Beli 1 percuma 1 promosi junior eksklusif, termasuk cawangan Juice Works outlet yang terbaru di Starling Mall.


Minuman yang sihat yang menyegarkan ini adalah minuman yang sesuai untuk pembeli belah yang penat dan umat Islam yang berpuasa pada bulan Ramadhan ini.. Tubuh manusia terdiri daripada 60% air dan kehilangan walaupun 1.5% daripada H2O yang boleh menyebabkan dehidrasi yang ringan, hilang mood, kehilangan tenaga dan fungsi-fungsi kognitif.. Ini adalah penting untuk meningkatkan pengambilan cecair selepas aktiviti fizikal atau kekurangan pengambilan cecair untuk tempoh yang lama..

Menurut kajian oleh University of Connecticut, pengambilan separuh pinggan setiap hidangan sehari dengan buah-buahan segar dapat membantu untuk memberikan tambahan dua cawan air setiap hari. Jus buah-buahan menggabungkan kedua-dua cecair dan semua kebaikan buah-buahan, jadi apa yang boleh menjadi lebih baik untuk menghilangkan dahaga anda selepas satu hari puasa atau hari yang memenatkan?

Tebus minuman anda untuk mendapat kebaikan daripada buah-buahan segar dengan semudah 1,2,3!


Berikut adalah cara-cara untuk membuat penebusan :-

  • Ambil Grab ke mana-mana pusat membeli belah yang mempunyai cawangan Juice Works.
  • Tunjukkan sejarah tempahan Grab anda di kaunter Juice Works untuk membuktikan bahawa anda menaiki Grab pada hari itu
  • Nikmati tawaran eksklusif anda dari Juice Works (Beli 1 Percuma 1 Junior - mana-mana pilihan)
Mudahkan... Ambillah Grab dan dapatkan #GrabJuice anda hari ini..!!





TENTANG JUICE WORKS MALAYSIA

Juice Works Malaysia adalah perintis syarikat jus buah-buahan yang segar di negara di mana mereka dipercayai oleh beribu-ribu pelanggan-pelanggan setia untuk kraf yang menggunakan ramuan bahan-bahan semulajadi yang terbaik.

Diasaskan oleh Jason Choy dan Ling Mooi Li, pasangan berkenaan membuka kiosk pertama di pusat beli-belah Curve pada Disember 2004. Setelah tidak lama ia dibuka, kiosk tunggal ini telah memenangi pujian daripada pelanggan-pelanggan untuk menu jus yang sihat dan smoothie yang sangat lazat.


Juice Works Malaysia kini berada di 28 lokasi di seluruh negara dan banyak lagi akan dibuka pada masa-masa akan datang. Bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk gaya hidup sihat, Juice Works Malaysia juga menawarkan peluang francais sebagai sebahagian daripada rancangan pengembangannya, serta kiosk mudah alih untuk menyampaikan minuman kepada pelanggan yang asyik bergerak.

Untuk maklumat lanjut boleh layari :-



Read More

Indahnya Ramadhan Tahun Ini

9 comments
Indahnya Ramadhan Tahun Ini  |  Ramadhan tahun ni memberi kelainan pada diri aku.. Aku rasa lebih bersemangat untuk menjalani ibadah puasa.. Tahun ni Ramadhan jatuh pada bulan Jun.. Bulan kelahiran aku.. Alhamdulillah.. Satu lagi yang istimewa, aku menyambut Ramadhan tahun ni dalam keadaan aku sedang preggy.. Yeahh!! Dapatlah aku berpuasa penuh.. Tak gitu?? Hehe.. Tapi dengan izin ALLAH SWT juga la... InsyaALLAH, aku boleh.. Sebelum puasa hari tu, aku rasa tak yakin dengan diri bahawasanya aku dapat berpuasa dengan jayanya.. Alhamdulillah, sehingga hari ini aku dapat berpuasa tanpa sebarang masalah.. Masa yang berlalu pun aku rasa terlalu cepat... Sehinggakan tak terasa sudah berada di penghujung Ramadhan.. Inilah Ramadhan yang paling indah buat aku.. 

Indahnya Ramadhan Tahun Ini
Indahnya Ramadhan Tahun Ini

Nak throwback sikit kisah yang berlaku dalam bulan Ramadhan tahun ni... Dah alang-alang bercerita tentang Ramadhan kan.. Nak jugak selit aktiviti yang dilakukan sepanjang bulan Ramadhan ni.. Seperti biasa, setiap tahun kat tempat aku bekerja memang akan mengadakan Tadarus Al-Quran dikalangan pegawai dan kakitangan.. Alhamdulillah, tahun ni ramai yang menyertainya.. Seperti tahun-tahun yang lalu, kami dibahagikan mengikut unit.. Aku mewakili unit aku iaitu unit pentadbiran... Setiap kali Ramadhan, inilah aktiviti yang kami tunggu-tunggu.. Bila lagikan nak membaca Al-Quran beramai-ramai sambil diperbetulkan mana yang salah.. Kalau baca dekat rumah, tak de orang nak betulkan andaikata kita tersalah baca.. 


Pernah satu tahun tu aku tak dapat nak join Tadarus kerana time tu aku dalam bercuti pantang.. Hehe.. Nasib baik tahun ni aku tengah mengandung dan bukan dalam pantang.. Haha!! Alhamdulillah tahun ni aku dapat sertai tadarus sehinggalah habis juzuk yang ditetapkan.. Tak pernah ponteng walaupun sehari.. Syukur.. Terima kasih Ya ALLAH kerana memberikan kesihatan yang baik pada aku sepanjang Ramadhan ini... Tadarus Al-Quran pada tahun ni dapat dihabiskan dalam waktu yang singkat.. Alhamdulillah...

Pada 15 Jun 2017 baru-baru ni, tempat aku mengadakan Program Ihya' Ramadhan Khatam Al-Quran dan Majlis Berbuka Puasa... Sebelum program bermula, macam-macam dugaan dan cabaran dihadapi oleh kami.. Paling tragis, time aku otw nak masuk kerja petang tu, pokok tumbang menghalang laluan ke tempat kerja.. Tunggulah kami dalam kereta, sehingga kerja-kerja mengalihkan pokok tersebut dilakukan.. Ramai juga yang terkandas.. Disebabkan itu juga majlis agak lewat berjalan.. 


E'eh chubbynya aku.. Haha.. Hadoiii... Kelihatan terlalu gumuk ye di situ.. Huk!! Nasib baik tengah preggy kan.. Kalau tak sentap mak nakk... Hikhik..!! Ni, masa majlis penyampaian cenderahati kepada semua yang terlibat dalam Tadarus Al-Quran.. Tahun ni untuk kaum Hawa, diberi cenderahati berbentuk kain pasang dan senaskah surah yaasin... Untuk kaum Adam pula, mereka diberi sehelai kain pelikat dan senaskah surah yaasin.... 


Inilah cenderahati yang aku dan encik suami dapat.. Alhamdulillah rezeki di bulan Ramadhan.. Walaupun sebenarnya tak mengharapkan langsung cenderahati ni dek kerana kegawatan ekonomi sekarang.. Bila dah tertulis rezeki, maka akan adalah juga kan.. Terima kasih kepada yang sudi menyediakan cenderahati ini buat kami semua.. Kain pasang yang aku dapat ni berkaki, so bolehlah buat jubah nanti.. Kain pelikat encik suami ni pun cantik juga.. Pink colour.. Kalau ada sehelai lagi warna sama harusss aku ambil buat baju kurung aku.. Haha.. Cantik sangat warna dia.. Surah Yaasin yang kami dapat, kami letakkan dalam kereta.. Senang kalau diperlukan bila-bila masa.. 

Sori kualiti gambar tak memuaskan.. Hiks ^_^

Masa majlis berbuka puasa malam tu, dapat lagi rezeki makan di meja VIP.. Ramai VIP yang tak dapat hadir dek kerana sebab-sebab yang tak dapat dielakkan.. Jadinya, aku and the geng dipanggil untuk memenuhkan meja VIP yang kosong.. Alhamdulillah.. Rezeki lagi tu.. Syukurr... Nampak tak si tembam tu menaikkan 2 jari menandakan 'peace yoooo'... Haha!! Tak kuasa mak nak tengok muka sendiri... Hadoiiilaa.. Pipi dah macam kuih pau aje.. Ekeke..

Lepas maghrib dan makan berbuka, aku terus balik sebab kena ambil anak pulak dekat rumah pengasuh.. Sepatutnya kene tunggu sampai moreh.. Tapi tak boleh.. Takkan nak biarkan anak sampai tengah malam umah pengasuhkan.. Tak syiokk laa.. Dorang pun nak rehat jugak... Anak aku tu pulak aktif terlebih.. Tak tahu nak duduk diam.. Ada aje bende yang dia nak buat.. Hehe.. 

Apa-apa pun, aku bersyukur kerana dipertemukan dengan Ramadhan tahun ini.. Ramadhan yang paling indah buat aku adalah Ramadhan tahun 2017.... Terlalu manis bagi aku.. Moga ianya dapat aku temui lagi di tahun-tahun yang mendatang.. Insyaallah.. :)




Read More