Indahnya Ramadhan Tahun Ini

Tuesday, June 20, 2017

Indahnya Ramadhan Tahun Ini  |  Ramadhan tahun ni memberi kelainan pada diri aku.. Aku rasa lebih bersemangat untuk menjalani ibadah puasa.. Tahun ni Ramadhan jatuh pada bulan Jun.. Bulan kelahiran aku.. Alhamdulillah.. Satu lagi yang istimewa, aku menyambut Ramadhan tahun ni dalam keadaan aku sedang preggy.. Yeahh!! Dapatlah aku berpuasa penuh.. Tak gitu?? Hehe.. Tapi dengan izin ALLAH SWT juga la... InsyaALLAH, aku boleh.. Sebelum puasa hari tu, aku rasa tak yakin dengan diri bahawasanya aku dapat berpuasa dengan jayanya.. Alhamdulillah, sehingga hari ini aku dapat berpuasa tanpa sebarang masalah.. Masa yang berlalu pun aku rasa terlalu cepat... Sehinggakan tak terasa sudah berada di penghujung Ramadhan.. Inilah Ramadhan yang paling indah buat aku.. 

Indahnya Ramadhan Tahun Ini
Indahnya Ramadhan Tahun Ini

Nak throwback sikit kisah yang berlaku dalam bulan Ramadhan tahun ni... Dah alang-alang bercerita tentang Ramadhan kan.. Nak jugak selit aktiviti yang dilakukan sepanjang bulan Ramadhan ni.. Seperti biasa, setiap tahun kat tempat aku bekerja memang akan mengadakan Tadarus Al-Quran dikalangan pegawai dan kakitangan.. Alhamdulillah, tahun ni ramai yang menyertainya.. Seperti tahun-tahun yang lalu, kami dibahagikan mengikut unit.. Aku mewakili unit aku iaitu unit pentadbiran... Setiap kali Ramadhan, inilah aktiviti yang kami tunggu-tunggu.. Bila lagikan nak membaca Al-Quran beramai-ramai sambil diperbetulkan mana yang salah.. Kalau baca dekat rumah, tak de orang nak betulkan andaikata kita tersalah baca.. 


Pernah satu tahun tu aku tak dapat nak join Tadarus kerana time tu aku dalam bercuti pantang.. Hehe.. Nasib baik tahun ni aku tengah mengandung dan bukan dalam pantang.. Haha!! Alhamdulillah tahun ni aku dapat sertai tadarus sehinggalah habis juzuk yang ditetapkan.. Tak pernah ponteng walaupun sehari.. Syukur.. Terima kasih Ya ALLAH kerana memberikan kesihatan yang baik pada aku sepanjang Ramadhan ini... Tadarus Al-Quran pada tahun ni dapat dihabiskan dalam waktu yang singkat.. Alhamdulillah...

Pada 15 Jun 2017 baru-baru ni, tempat aku mengadakan Program Ihya' Ramadhan Khatam Al-Quran dan Majlis Berbuka Puasa... Sebelum program bermula, macam-macam dugaan dan cabaran dihadapi oleh kami.. Paling tragis, time aku otw nak masuk kerja petang tu, pokok tumbang menghalang laluan ke tempat kerja.. Tunggulah kami dalam kereta, sehingga kerja-kerja mengalihkan pokok tersebut dilakukan.. Ramai juga yang terkandas.. Disebabkan itu juga majlis agak lewat berjalan.. 


E'eh chubbynya aku.. Haha.. Hadoiii... Kelihatan terlalu gumuk ye di situ.. Huk!! Nasib baik tengah preggy kan.. Kalau tak sentap mak nakk... Hikhik..!! Ni, masa majlis penyampaian cenderahati kepada semua yang terlibat dalam Tadarus Al-Quran.. Tahun ni untuk kaum Hawa, diberi cenderahati berbentuk kain pasang dan senaskah surah yaasin... Untuk kaum Adam pula, mereka diberi sehelai kain pelikat dan senaskah surah yaasin.... 


Inilah cenderahati yang aku dan encik suami dapat.. Alhamdulillah rezeki di bulan Ramadhan.. Walaupun sebenarnya tak mengharapkan langsung cenderahati ni dek kerana kegawatan ekonomi sekarang.. Bila dah tertulis rezeki, maka akan adalah juga kan.. Terima kasih kepada yang sudi menyediakan cenderahati ini buat kami semua.. Kain pasang yang aku dapat ni berkaki, so bolehlah buat jubah nanti.. Kain pelikat encik suami ni pun cantik juga.. Pink colour.. Kalau ada sehelai lagi warna sama harusss aku ambil buat baju kurung aku.. Haha.. Cantik sangat warna dia.. Surah Yaasin yang kami dapat, kami letakkan dalam kereta.. Senang kalau diperlukan bila-bila masa.. 

Sori kualiti gambar tak memuaskan.. Hiks ^_^

Masa majlis berbuka puasa malam tu, dapat lagi rezeki makan di meja VIP.. Ramai VIP yang tak dapat hadir dek kerana sebab-sebab yang tak dapat dielakkan.. Jadinya, aku and the geng dipanggil untuk memenuhkan meja VIP yang kosong.. Alhamdulillah.. Rezeki lagi tu.. Syukurr... Nampak tak si tembam tu menaikkan 2 jari menandakan 'peace yoooo'... Haha!! Tak kuasa mak nak tengok muka sendiri... Hadoiiilaa.. Pipi dah macam kuih pau aje.. Ekeke..

Lepas maghrib dan makan berbuka, aku terus balik sebab kena ambil anak pulak dekat rumah pengasuh.. Sepatutnya kene tunggu sampai moreh.. Tapi tak boleh.. Takkan nak biarkan anak sampai tengah malam umah pengasuhkan.. Tak syiokk laa.. Dorang pun nak rehat jugak... Anak aku tu pulak aktif terlebih.. Tak tahu nak duduk diam.. Ada aje bende yang dia nak buat.. Hehe.. 

Apa-apa pun, aku bersyukur kerana dipertemukan dengan Ramadhan tahun ini.. Ramadhan yang paling indah buat aku adalah Ramadhan tahun 2017.... Terlalu manis bagi aku.. Moga ianya dapat aku temui lagi di tahun-tahun yang mendatang.. Insyaallah.. :)




9 comments:

  1. Masa preggy dlu pun puasa jugak,tapi tak penuh sebab selalu sgt tak sihat..

    ReplyDelete
  2. last year e'in tak dapat puasa penuh sebab preggy and bersalin.. huhu.. btw, alquran kite same laa! cume e'in punye kaler biru..

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah.. Aktiviti yang ohsem..
    Cantik kain pasang tu..

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah, tahniah Lea kerana berjaya menghabiskan juzuk yang ditetapkan.. Cantik kain pasang tue, tapi yealah bukanlah cenderamata yang kita harapkan, betul tak..? Apa yang penting, kita dapat membaca Al-Quran bersama-sama sahabat kita dan Insha Allah mendapat keberkatan di bulan Ramadhan nie...

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah, tahniah ye kak dapat habiskan satu juzuk dalam bulan puasa kali ni.. Bestnya dapat khatam satu alQuran

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah.. akak pun suka kalau ngandung.. dapat puasa penuh.. cantik kain tu lea..

    ReplyDelete
  7. Murah rezeki Lea bulan Ramadhan ni :)

    ReplyDelete
  8. Seronoknya.. murah rezeki lea Dan suami

    ReplyDelete
  9. Alhamdullilah. Bagusnya tempat kerja Lea buat aktiviti camni setiap kali bulan Ramadhan. Terisi dengan baik masa dalam bulan Ramadhan. Btw, cantik cenderahati =)

    ReplyDelete