Shopping Purse Di Zalora Dengan Kupon Diskaun CupoNation

Wednesday, May 31, 2017

20 comments
Shopping Purse Di Zalora Dengan Kupon Diskaun CupoNation  | Hi korang!! Terasa lama tak bersiaran walaupun baru 2 hari aku membizi dengan  tugas hakiki.. Hehe.. Aku ada cerita nak dikongsikan dengan korang.. Hari gaji baru-baru ni, aku ada usha Purse kat laman web Zalora.. Almaklumlah purse yang aku guna sekarang  ni dah agak uzur keadaannya.. Aku plan nak tukar baru aje sebagai reward untuk diri sendiri juga setelah berpenat lelah bekerjakan.. Huhu..
Shopping Purse Di Zalora Dengan Kupon Diskaun CupoNation
Shopping Purse Di Zalora Dengan Kupon Diskaun CupoNation

Dalam banyak-banyak purse dari pelbagai brand yang ada di Zalora, aku dah terjatuh cinta dengan Guess Cate Wallet ni.. Tapi masalahnya, harga purse ni agak mahal dan lari dari bajet sebenar aku.. Bagaimana aku nak merealisasikan impian aku untuk memiliki purse ni dengan bajet yang aku ada?? Korang rasa?? Hehe..

CupoNation.. Korang pernah dengar tentang website ni?? Aku sendiri pown tak pernah dengar sebelum ni.. Macam mana aku tahu tentang CupoNation ni?? Haaaa jom dengar cerita aku..

Nak dijadikan cerita, sebelum aku bershopping purse di Zalora time gaji ritu, aku  check dulu mana-mana website yang menawarkan kupon diskaun percuma.. Mana tahu ada voucher-voucher yang best untuk digunakan.. Bolehlah jimat lagi kan.. Dalam membelinya kita mestilah bijak.. Lagi murah lagi baik dan lagi sakanlah kita bershoppingkan.. Hehe.. Tapinya, takde pula kupon yang available.. Agak kecewa jugak la aku time tu..

Tapi aku tetap tak berputus asa, aku terus google, then aku jumpa review tentang website CupoNation ni di blog kawan aku.. Dia dah pernah menggunakan voucher dari website CupoNation ni dan dari reviewnya dia sangat berpuas hati dan menyukainya.. Aku pown apa lagi, terus buka website CupoNation ni untuk tahu lebih lanjut tentangnya..

Kalau korang nak tahu, CupoNation ni adalah sebuah website yang menawarkan kupon diskaun percuma yang baru saja dilancarkan di Malaysia.. Perkara pertama yang aku check bila masuk ke laman web CupoNation ni adalah senarai stores yang ada.. Banyak juga stores yang ada dalam CupoNation ni, antaranya Ofcoz la Lazada dan Zalora.. Selain tu, Foodpanda, Air Asia, Domino's, Expedia, 11street dan banyak lagi..

Lagi seronoklah jawabnya lepas ni aku bershopping.. Bukan takat bershopping aje, makan-makan pown dapat diskaun.. Bercuti pown ada diskaunnya.. Wahhhh, seronok wehh..!! Haha..

Okeh, berbalik cerita purse aku tu.. Aku dah check kupon diskaun Zalora di CupoNation, Alhamdulillah ada voucher diskaun yang boleh digunakan..


Kalau dah tertulis 'View Code' tu bermakna adalah diskaun untuk shopping di Zalora.. Klik aje kat situ.. Nanti akan keluarlah codenya.. Mudah aje..



Masukkan aje Kod Diskaun tadi kat ruangan yang disediakan tu.. Then terus tekan apply..


Yeeeeyyyyy!! Code diskaun diterima.. Dari harga RM 179.00 dapat lagi jimat sebanyak RM 26.85 dengan menggunakan kod diskaun CupoNation.. So, dapatlah aku miliki purse dengan bajet yang aku ada.. Aku bajet dalam RM 150 aje sebenarnya.. Tapi tak pe la.. Aku cuma perlu tambah RM 2.15 aje lagi.. Tak banyak.. Sangat berbaloi-baloi dan dapat jimat dalam pembelian.. Memang terbaikk!!

Makin seronoklah aku shopping lepas ni.. Korang macam mana pulak? Haa kalau nak dapatkan deals yang terbaikk dan berbaloi dengan kupon diskaun free, korang bolehlah check di CupoNation ye.. Rugi tau kalau shopping tak guna kupon diskaun yang ada di CupoNation..

Untuk shopping dengan lebihbijak dan dapatkan deals yang berbaloi-balaoi, korang boleh check di link ini   
à https://www.cuponation.com.my/


Read More

Kenapa Kita Ditakdirkan Bertemu Orang Yang Salah

10 comments
Kenapa Kita Ditakdirkan Bertemu Orang Yang Salah  |  Bila sebut jodoh pertemuan ni, mungkin ada dikalangan kita yang merasakan yang dirinya dipertemukan dengan orang yang salah.. Lebih tepat, bukan seseorang yang mereka impikan... Manusia mana ada yang perfect ye dak?? Semua tak sempurna.. Pasti ada kekurangannya.. Cumanya, bila dah merasakan diri dipertemukan dengan orang yang salah tak kiralah x-kekasih ke, x-wife ke, x-husband ke atau apa saje xxx pasti akan membawa gundah sepanjang kehidupan mereka.. Rasa tak bahagia.. Rasa tak selesa dengan pasangan.. Mungkin ada juga yang timbul perasaan benci.. Betul tak?? Sesungguhnya ada sebabnya ALLAH SWT tu pertemukan kita dengan pasangan kita.... DIA lebih mengetahui segala-galanya.. DIA lebih tahu apa yang terbaik buat diri kita..

sumber foto : rusydee artz

Yang kita suka itu belum tentu ianya baik buat kita.. Sebaliknya yang kita tak suka itu tak semestinya ianya buruk buat kita.. Sesungguhnya ALLAH SWT itu lebih Maha Mengetahui..

Kenapa Kita Ditakdirkan Bertemu Orang Yang Salah?

  • Memang ALLAH sengaha menemukan kita dengan orang yang salah supaya apabila kita bertemu jodoh sebenar, masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.
  • Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat menjadi penilai yang baik..
  • Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yang sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH dalam apa jua keadaan.
  • Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita mendapat kasih sayang yang terbaik khas untuk diri kita.
  • Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar bahawa ALLAH itu Maha Pemurah dan Penyayang kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yang hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan.
  • Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yang mana tidak semua orang berpeluang untuk megalaminya.
  • Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita jadi manusia yang hebat jiwanya.
  • Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita lebih faham bahawa cinta yang terbaik hanya apabila kita bersama-sama ALLAH.
  • Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita lebih mengenali kehidupan yang tidak selamanya kekal.

Read More

SGShop Malaysia | Giveaway RM1000 Shopping Credit By Wani Sukarno

9 comments
SGShop Malaysia | Giveaway RM1000 Shopping Credit By Wani Sukarno  |  Sori yek kalau korang datang Blog Lea Azleeya ni, banyak benooo aku join giveaway anjuran rakan-rakan blogger yang bekerjasama dengan SGShop ni.. Hehe... Ter-xcited aku menjoinkan diri dalam giveaway SGShop ni sebab hadiahnya sangat menarik... Sekali lagi tanpa jemu aku nak join Giveaway RM1000 Shopping Credit by Wani Sukarno ni pula... Aku suka bannernye.. Cantik sangatttttt!!

Giveaway RM1000 Shopping Credit By Wani Sukarno
Giveaway RM1000 Shopping Credit By Wani Sukarno
Klik banner untuk join

Cantikkan banner giveaway ni.. Menambahkan lagi minat aku untuk turut serta dalam GA ni.. Okelah, untuk akaun SGShop Malaysia aku dah pun mendaftar secara rasminya dengan menggunakan username : LeaAzleeya.... Walaupun tak diminta username oleh wanie, aku nak jugak letak kat sini.. Hiks.. Kekwat betul kan.. Haha!!

Seperti giveaway SGShop rakan-rakan blogger yang lain, aku kena nyatakan barang apa yang aku nak sangat beli dekat SGShop Malaysia kalau menang GA ni.. Dan seperti jawapan aku kepada giveaway yang lain juga, aku masih kekalkan jawapan yang sama.. Selagi aku tak menang, selagi tu lah aku akan kekalkan barang yang aku ingin sangat beli dekat SGShop Malaysia nun... Haha.. Mesti korang jemu tengok sebab barang yang sama jerk aku up.. Huhu.. Barang apakah?? Jom tengok..

Ok, hadiah untuk pemenang giveaway ni adalah shopping credit bernilai RM 100 untuk 10 orang pemenang.. Andai katalah ada rezeki aku untuk menang giveaway anjuran Wanie ni, aku akan beli kabinet baju untuk baby baru aku nanti.. Dan kabinet baju tersebut akan aku letakkan di rumah mak aku sebagai persediaan aku berpantang nanti.. Sesambil tu leh la jugak letak kain baju aku jugak.. Haha!! Meh aku tunjuk kat korang camne rupanya kabinet baju tersebut.. Sweettt sangat taooo!!


Inilah rupanya kabinet tersebut... Boleh cantum-cantum.. Banyak lagi sebenarnya pilihan.. Tapi aku tertarik yang ni sebab warna putih dan cam comel jerk gambar-gambar yang ada depan pintu kabinet tu.. Harga RM 61.81 sahaja.. Mungkin kalau termasuk dengan postage tu cukup la kot RM100 tu.. Ghehe...!!

Orite, kalau korang berhajat jugak nak shopping free di SGShop Malaysia, bolehla join giveaway anjuran Wani Sukarno ni.. Kot-kot rezeki menyebelahi kitakan.. Leh la shopping kabinet comel ni..


Tarikh Tutup
11 Jun 2017


Read More

Panduan Ringkas Solat Terawih Di Rumah

2 comments
Panduan Ringkas Solat Terawih Di Rumah  |  Awal Ramadhan lagi entry ni bertapa dalam draft... 5 Ramadhan barulah berkesempatan untuk publish.. huhu.. Korang camne terawih?? Penuh ke setakat ni?? Bagi aku sendiri agak sukar ke masjid untuk melaksanakan solat Terawih.. Anak masih kecil.. Sukar dikawal.. Kang tak pasal-pasal atas belakang orang dia naik.. Haha!! So, lebih sesuailah bagi aku untuk melaksanakannya di rumah sahaja... Bagi ibu-ibu yang tak berkesempatan untuk ke masjid melaksanakan solat terawih, bolehlah ikut Panduan Ringkas Solat Terawih Di Rumah seperti yang aku upkan kat bawah ni ye.. :)

PANDUAN RINGKAS SOLAT TERAWIH DI RUMAH

Panduan Ringkas Solat Terawih Di Rumah








Sumber : http://alturl.com/j4gxo

Semoga dengan perkongsian ni, dapatlah menjadi panduan buat korang semua yang tak berkesempatan ke masjid untuk menunaikan solat Terawih.. Dan semoga ibadah puasa kita kali ni diberkati olehNYA..





Read More

Giveaway RM1000 Shopping Credit SGshop Malaysia By Cikzacom

3 comments
Giveaway RM1000 Shopping Credit SGshop Malaysia By Cikzacom  |  Satu lagi giveaway SGShop yang aku nak join... Moga-moga adalah rezeki untuk menangkan.. Sebab banyak barang sebenarnya yang nak dibeli untuk sambut baby baru nanti.. Kalau menang, bolehlah save bajet sikit.. hehe.. Kali ni nak join pulak giveaway SGShop by Cik Za ni... 

Klik banner untuk join

Aku dah pun mendaftar akaun SGShop Malaysia dengan menggunakan username : LeaAzleeya.... So, dengan lafaz bismillah aku menjoinkan diri dalam giveaway ni.. hehe...

Hadiah untuk pemenang giveaway ni adalah shopping credit bernilai RM 100 untuk 10 orang pemenang.. Andai kata ada rezeki aku untuk menang ni, harusss aku beli kabinet baju untuk baby baru aku nanti.. Hajat hati nak letak kat umah mak aku.. Senang time pantang nanti.. Aku dah siap usha dah kat SGShop kabinet tu.. Nak tengok tak camne gayenye?? Meh aku tunjuk..


Banyak lagi sebenarnya pilihan.. Tapi aku tertarik yang ni sebab warna putih dan cam comel jerk gambar-gambar yang ada depan pintu kabinet tu.. Harga RM 61.81.. Mungkin kalau termasuk dengan postage tu cukup la RM100 kot.. Ghehe...!!

Orite, kalau korang berhajat jugak nak shopping free di SGShop Malaysia, bolehla join giveaway  ni.. Kot-kot rezeki menyebelahi kitakan.. Leh la shopping kabinet comel ni..


Tarikh Tutup
31 Mei 2017


Read More

Cuti Perayaan Persekolahan 2017 Rasmi Dari KPM

Tuesday, May 30, 2017

7 comments
Cuti Perayaan Persekolahan 2017 Rasmi Dari KPM  |  Ada lagi tak dikalangan korang yang bergelar ibubapa kepada anak-anak yang masih bersekolah tapi belum tahu tentang Jadual Cuti Perayaan Persekolahan Bagi Tahun 2017? Kalau ada moh le aku kasitau sikit ye tentang perihal ni.. Untuk makluman mommies and daddy, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telahpun mengeluarkan surat siaran KPM Bilangan 18 Tahun 2016 bertarikh 13 Disember 2016 berkenaan Takwin Penggal dan Cuti Persekolahan Tahun 2017 Bagi Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan. 


Sebenarnya takwin penggal dan cuti persekolahan ni bukan saja penting buat ibubapa pelajar tapi juga pada guru-guru.. Dengan adanya takwin ni, senanglah para guru untuk merancang aktiviti untuk pembangunan pelajar sepanjang tahun 2017 ni.. Bila dah dekat nak raya ni, mesti ibubapa nak merancang percutiankan.. Ada yang nak balik kampung la.. Ada jugak yang nak bercuti kemana-mana dengan family.. Dengan adanya jadual cuti perayaan ni, bolehlah rancang percutian dengan lebih selesa.. Tak gitu?? Jom tengok Jadual Cuti Perayaan Persekolahan Bagi Tahun 2017.


Jadual dah ada.. Jadinya, korang bolehlah rujuk dan rancang cuti perayaan korang ye.. Kalau nak lebih detail, korang boleh baca surat siaran yang dah dikeluarkan oleh KPM.. Aku upkan kat bawah ni.. Klik aje link yang aku kasi bawah ni yek.. Selamat merancang percutian buat korang semua.. :)



Read More